Wednesday, January 13, 2010

darah

disaat penduduk Malaysia mengutuk serangan keatas gereja baru-baru ini,
orang islam Palestin terus disembelih, mungkin kalau darah itu tidak tersejat, wujud satu sungai merah mengalir di Gaza dan sekitarnya....

Kalau bangunan batu itu dimusnahkan dianggap kejam,
kenapa pula darah yang mengalir itu didiamkan?
mungkin batu lebih bernilai dari nyawa...

Kalau betul-betul mahukan keadilan, hentikan semua peperangan.
kau islam, kau hindu, kau kristian, kau yahudi, kau buddha, atau kau tanpa agama,
belajar la menilai harga setitik darah.
kalau rasa darah tu murah, kelar la leher sendiri, sebab bagi orang lain, setiap nafas, setiap denyutan nadi mereka adalah lebih dari sebuah harga.



*penat melihat manusia yang bodoh tak menggunakan akal.

Saturday, January 9, 2010

miskin harta, kaya cinta

salam semua.

sekarang tengah musim sejuk. lagi tiga hari final paper. sudah 16 hari elaun tuk sem ni tak masuk lagi. tengah sale besar2an..

kesimpulan?

kesejukan, stress, kelaparan, dan kesakitan hati sebab tak leh join rakyat Besancon membeli belah.

hahaha!nasib baik ada la beberapa orang yang berbudi pekerti disekeliling aku. rasa rumah aku ni meriah jer sbb ada orang-orang datang melawat setiap hari. aneh..biasa teman ketawa senang dicari, tapi kali ni aku rasa teman menangis pulak yang ramai. yupp, terharu dan sangat berterima kasih pada mereka.

hurmm..aku rasa macam tenang jer permulaan 2010 ni. aku pun tak tahu kenapa. sebab selalunya bagi aku "kebahagiaan adalah wang, dan wang adalah kebahagiaan". ni aku dah tahap pokai nauzubillah, tapi aku rasa macam gembira jer. walau sedikit stress untuk exam. aku rasa ni mesti berkat mak bapak aku doakan (ataupun doa kalian?). inilah orang panggil "miskin harta, kaya cinta".

anak-anak aku? biar lah aku kelaparan, tapi jangan sampai diorang kelaparan. sanggup aku tebal muka kumpulkan tulang ayam kat rumah member aku tu untuk diorang. ramai yang datang cakap diorang makin susut badan...aku cuba sedapkan hati jer, tapi dekat lubuk ni, tetap rasa nak menangis. rasa berdosa pulak bela diorang. tak pe la sayang-sayang ku, derita ini hanya sementara. alaaa, bukan tak biasa hidup susah kan?

tak pe la, malas aku nak fikir benda-benda tu. bukak suratkhabar Malaysia, tengah sibuk isu "Allah" dan agama-agama ni. ni lagi satu aku malas nak cakap. padahal banyak jer hujah aku nak cakap, sebab memang dah belajar dulu, tapi serupa macam anjing menyalak bukit jer la, kalau aku cakap pun, kau ingat ada orang nak dengar? dunia ni memang dah disumpah jadi tak aman sampai kiamat kot, yer la, selagi manusia yang diamanahkan jadi khalifah ni, menolak menggunakan kewarasan akal. (bagus lagi aku layan anak-anak aku, kalau diorang terkencing pun aku tak der la nak marah, sebab binatang tak der otak).

hurmm..ok la, tu jer sedikit kata untuk dirasa. insya'allah, nanti aku update lagi. ketemu lagi yer. salam!

Tuesday, January 5, 2010

terpuruk ku

salam.

nak tau tak?aku tak terhenti ketawa dengar lagu Aizat "hanya kau yang mampu" bila sampai ayat:

"Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi, Membuat ku terpuruk rasa ingin mati, Derita yang mendera kapan akan berakhir"

hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

macam bunyi limau purut yang dah mati jer, pastu kena kapan. giler heh buat lagu macam tu?manusia ni kan degil, aku cakap JANGAN bercinta dan mengharap pada manusia, nanti kecewa pastu buat lagu bukan-bukan. cuba cinta dengan alam sekitar ke (kalau tak reti nak cinta kat Tuhan tu!nauzubillah).

cinta is only one of the reasons to live happily. REASONS, maksud nyer banyak lagi cabang kalau nak hidup bahagia. jangan la buang masa dan duit...