Tuesday, December 15, 2009

salji yang halus pun terasa berat

Salam...
Entah la, jasad kat darat, jiwa ke laut, fikiran melayang kat langit. kalau semua tu disatukan, aku pilih nak bertemu kat syurga. tak der beban kena tanggung, tak der derita kena tempuh.

bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah---ayat yang selalu disebut-sebut adik beradik aku. (rindu tu makin membuak). memang betul ayat tu.

depan mata aku, ada segala yang aku idam. tapi aku tahu, nanti semua akan hilang.

dekat diri ini dah biasa dengan yang terbaik, bila tiba kesusahan, mula rasa sakit. mengeluh macam lembu barah kat bontot.

dalam hidup ini dah biasa cerah, bila tiba malam, terhantu-hantu dengan bayang-bayang.

Pernah dengar berakit-rakit kehulu, berenang renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang ke kemudian. - pandai siapa yang buat pepatah ni, pujuk hati biar jangan putus asa.

Gagal tu permulaan kejayaan. macam pucuk rebung, kalau kita ambil rebungnya masa muda, makan masa juga nak tumbuh rebung baru, terus jadi buluh yang tinggi dan kuat. macam tu la luka hati ni, ambil masa nak sembuh.

saat ni aku perlukan keluarga aku. macam cas-cas elektrik, bila bertemu jadi semakin kuat. tapi terlampau jauh...hai..masing-masing rumah berbiji-biji, kereta berderet-deret...x kan tak mampu beli tiket ke sini?atau sponsor aku balik untuk dua hari pun aku dah rasa rahmat... saja jer aku nak balik kejap, nak tatap muka mak dan ayah puas-puas, nak rasa hangat duduk tengah-tengah akak-akak dan abang-abang. rindu semakin menjadi-jadi...ada member-member jadi peganti, tapi sampai bila aku nak nyusahkan semua orang kan?sahabat sejati? rakan karib?kawan baik? macam mana-mana cerita mitos yang kita dengar masa kecil. wujud dalam tidak. hakikatnya pepatah melayu yang satu lagi ni la yang betul "kawan ketawa senang dicari, kawan menangis jarang yang ada".

tak pe la, blog ni memang aku tulis mana yang suram. kalau dikira, setiap entry baru jarak dia jauh-jauh. bermaksud hari yang lain-lain tu aku rasa gembira.

tadi salji kecil-kecil jatuh atas kepala. aku tau dia takut jatuh kat aku sebab aku dah bagi amaran, aku tak suka salji. tapi tak pe la, sudah tiba masa dia turun kat bumi. nanti satu hari nanti mesti aku rindu dengan butir-butir kecil, putih dan sejuk ni.


dalam hati yang sebegini, pada jiwa yang sebegitu, salji yang halus pun terasa berat...

11 comments:

Anonymous said...

Rindu bangat, dik? Sabar..

Anonymous said...

Patience =)although you're far away from home, far from your family, but they are always there for you. Should I say, "Jauh di mata, dekat di hati?" - sorry if this phrase wrong? hehe...~.~

Hey...it's modern already. You can always call back home, video call or anything like it + internet. If you're too miss yr family, then call daily =)

Anonymous said...

Correction. If you're homesick, you should call daily ^^

ummu nurul aiman said...

pak anjut, bila nak webcam lagi??

aMeL said...

Salam Ma'al Hijrah! :)

(letak kat komen sbb xde kotak melalak)

anumz sarah said...

Salam maal hijrah saudara anjut,

Maaf lama tak berkomentar di sini. Kesibukan dgn tuntutan pengajian.

bersabarlah anjut... InsyaAllah ada rezeki nak balik ke rumah dan bersama keluarga. Brgkali ini dugaan si perantau ilmu. Bnykkan2 berdoa pd Dia yg Maha Memberi. InsyaAllah...

p/s: Anum yg 45 minit dari Shah Alam ni pun asyik nak balik umah ja... aish....

anjut said...

salam semua, terima kasih untuk ayat-ayat ada. haritu bengang sikit jer coz dpt markah rendah. tapi lecturer tu da buat balik exam so hopefully markah kali ni cantik la. huhu.selamat ma'al hijrah pada semua. insya'allah kalau ada rezeki kita akan berjumpa.

Anonymous said...

sabarlah, ilmu itu penting untuk masa hadapan kita malah dengan adanya ilmu dapat jadi pendinding diri kita daripada anasir luar. pejam celik dah sampai masanya. masa itulah setiap apa yang kita rasa (suka+benci+sakit+dll) pasti akan dikenang, itulah indahnya bila dah jadi kenangan :)

Banafsaji said...

Sudah m'jd lumrah hdup di perantauan. Kita pasti merindui org2 yg dikasihi esp mak ayah.

Paling rindu bila kita demam atau x sihat. Kalau kt umah, mak akan picit2kn kepala kalau pening, mak akan bwk mknn smpi ke tmpt tdo kalau kita demam xbleh bangun tp bila di rantauan huhuhu :'-( demam ke pening ke, sendirianlah. Larat ke x larat ke, sendiri jgk kena buat... Mak, aku rindukan kasihmu yg tanpa syarat itu. Ayah, aku rindukan sayangmu yg tdk terbatas itu

anjut said...

anonym- huhu, tp saya kdg2 tak suka kenangan2 ni, sbb bg saya kehidupan adalah apa yg ada didepan mata saya. sbb kebanyakkan kenangan akan membuat kita termenung dan membuang masa. huhu. compared to my real life, sy mmg jarang nak termenung2 ingat masa silam, sbb tu saya selalu tulis kat sini, so saya tak yah nak fikir2 kenangan mana satu yg saya nak termenungkan, jimat masa.

cik banafsaji-hanya kasih ayah dan ibu mampu membuat hati bergetar..

Anonymous said...

ouh camtu =) kira keras hati la ni? ehee mmg betul kata encik, tp adakala bila kita rasa sedih kita boleh kenangkan kenangan manis dulu2 sbb mebi bg stengah org itu pkara yg pmangkinkan semangat dlm diri. gitu juga ngan kenangan yg agk "masam" (^^,) byk benda yg kita bley ambil dr sudut positif. ni sbb kenangan tu adala sbuah pgalaman. pkara yg benar2 tjadi dlm khidupan sharian kita. ble encik menulis dlm blog ni pasti encik tringat kembali kenangan-kenangan tu. bohongla kalo encik menidakkan. yg pasti fikiran kita takkan lari dengan mainan prasaan.