Wednesday, November 4, 2009

ular sawa didalam selimut aku

"Besar nyer ular sawa ni!!!ada tiga ekor semua nyer!besar peha pulak tu!" mengigil aku apabila selimut yang membaluti tubuh terselak... entah macamana ular-ular tu boleh mendesup masuk bawah selimut tu. pelahan-pelahan aku turun dari katil , supaya ular-ular tu tak terjaga.

keluar rumah, aku laporkan pada adik beradik aku. abang ipar aku yang sulung, mengambil parang dan membunuh salah sekor ular tersebut. seekor mati. lagi dua ekor tak berganjak dari tempat tidur aku.

aku mencari adik aku. Wawan dekat mana?dia tengah tidur dibilik sebelah. jatuh aku macam nak luruh!!! ada dua ekor ular tedung selar yang amat besar sedang menyeringai di belakang dia! aku nampak emak, dia menghalang aku mengusir ular-ular tu. takut adik aku tersedar dan ular-ular tu terkejut lantas mematuk adik aku. aku menangis. (aku memang lemah..lagi-lagi melibatkan keluarga aku). adik aku masih terlena. tapi kenapa semua orang diam?panggil la bomba! rumah kita diserang ular!

TRETTT TRETTT TRETTT!bunyi alarm, aku terjaga!syukur hanya mimpi!

masih terbayang-bayang ular-ular tu. rasa sejuk dan bersisik kulit ular sawa tu seolah-olah ia benar. risau aku risau...

aku cari di google. "tafsiran mimpi". (jangan berkata tahyul atau apa. kadang2 ada benda yang Tuhan nak sampaikan melalui mimpi. lebih2 lagi kalau dalam mimpi yang aneh macam ni. dan semua orang tak bercakap. dan untuk pengetahuan, dah lama aku tak bermimpi!perkara last aku buat sebelum tidur pulak adalah sembahyang isya'. so, aku tidur dengan air sembahyang. Apasaja mesej yang nak diberitahu ni..).
ini apa yang aku dapat dari http://abby-ukhwah.blog.friendster.com/2007/03/tafsir-mimpi-abjad-a-m/
ULAR
  • menurut Islam:
    • Mendengar Bunyi Kulit Ular: bermakna menjauhkan diri dari musuh yang menyembunyikan permusuhan dan berusaha untuk mengalahkannya. Jika bermimpi dibelit dan dipatuk ular alamatnya akan beristeri dan jika perempuan akan lekas bersuami.
  • menurut Barat:
    • Ular: Bermimpi ular bermakna kejahatan aneka ragam. Kalau anda membunuh ular, anda akan mengalahkan musuh anda. Cara bagaimana anda memegang ular menunjukkan bagaimana anda boleh menangani musuh anda. Kalau anda menginjak ular, anda akan menakutkan penyakit, dan menakutkan seorang (atau sesuatu) lain yang mencuba memikat pasangan anda.
    • Dipatuk ular: Dipatuk ular bermakna musuh yang melawan anda atau mengkritikkan anda.
    • Terpijak di atas ular: Terpijak ular bermakna anda selalunya menakutkan penyakit.
    • Banyak ular kecil: Ular kecil melambangkan kawan yang rupanya ramah tamah tetapi sebenarnya tidak berbaik-baik.
mungkin aku lebih selesa baca yang menurut islam tu. tapi yang barat punya pun berkesan jugak. ular dalam selimut?musuh dalam selimut?macam gunting dalam lipatan...aishhh....jangan la macam-macam...dan kenapa adik aku?kenapa ular tedung tu warna putih??aku pun tak terjawab...

4 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum...,
Mimpi di akhir zaman banyaknya akan jadi kenyataan Nabi saw kata. Sbbnya di akhir zaman takde Nabi atau rasul jadi mimpi org mukmin itu jadi hubungan dgn kita dgn Allah, in fact 1/40 dari ru'yah. Kadang2 kita ditegur Allah dlm mimpi. Tapi mimpi ada 3 kategori, panjanglaa kalau nak hurai satu2. Yang plg bagus tafsirnya dikalangan org2 alim ialah ibn sirin, ada buku pasal tafsir mimpi dari dia. Dan mimpi itu juga ditafsir mengikut latar belakang dan keadaan seseorang sewaktu dia bermimpi.

Cthnya,ada dua org tu mimpi melaungkan azan. Yg sorang tu ditafsir akan ditangkap dan dipotong tgn, yang seorang lagi ditafsir akan pergi haji. Bila anak murd dia tanya kenapa lain2 tafsir mimpi, dia kata sbb sorang tu mmg akhlak dia tak baik , yg sorang lagi tu slalu mengajak org ke arah kebaikan. Dua2 tafsir itu betul dan jadi kenyataan.

Kalau tak salah, mimpi ular dlm islam maknanya musuh atau fitnah. Hanya Allah yang tahu.... byk2 doa minta perlindungan. Eh, Hamzah, kalau mimpi buruk, jgn cerita kat org, bila bangun, ludah ke kiri tiga kali, itu pesan Nabi...
Baca buku syeikh Imran Hussein pasal mimpi, ambik ebook free jer kat website dia.

Itulaa pasal mimpi. Akak dah add awak kat fb, salam perkenalan

anjut said...

owh yer ke?tp kan kak, org kata yg mimpi ular maksud dia musuh tu, org barat punya tafsiran...ermm, saya tak tahu la kategori apa mimpi ni, nak kata baik yer jugak, sebab x der sapa kena baham dek ular tu..huhu...aishhh, siapa la agak nyer musush dlm selimut ni..

yup2, saya dah approved.hehe, salam berkenalan!

Ardinihumaira said...

Salam..
Saya singgah sebab ingin tahu kisah mimpi ni.. Tkt jg kan bny sgt ular tu.. Saya pernah mimpi sekor ular pendek warna warni adala sepanjang pembarir 15cm kot. Saya mimpi dia kena tembak. Tahun lepas.. Ada saya tny orang tp semua heran kenapa ular tu pendek dan colorful. Mimpi mainan tdo je kot kan? Hu. Lg satu saya kerap mimpi dkejar harimau dan d alam mcm bunian.. Ada sesiapa th mksudnya.?

anjut said...

mengikut firasat patik, anda jugak nak bertemu jodoh, tapi anda mengelak utk menerimanya. (haha!). tapi kalau x silap, ikut islam, kalau mimpi berjumpa binatang buas atau alam ghaib, anda akan mendapat rezeki. ermm..kalau dpt tu, jgn lupa hanatar sket ke sini.huhu!