Sunday, November 1, 2009

semangat yang hilang

Salam semua.

cuak jugak sebab entry haritu. aku nak cerita benda lain, tp benda lain yg kena highlight. ermm, kawan aku yang tu, dia ok jer sebenarnya...cuma dia ada masalah 'ego' jer. yang lain2 dia baik jer. aku tengok la, kalau aku rindu balik ngan dia, aku kawan la balik ngan dia. nak wat camana kan, batu, kalau kita rendam dalam air pun, keras jugak. dah manusia tu jenis macam tu...(weh, tp kau x kesian ke ngan anak kau pada aku ni?there's no way aku nak manjakan dia lebih dari anak2 aku. so, kau yg kena datang manjakan dia.).

esok kelas dah nak start. honestly, aku dah x der semangat nak gi kelas tu. apa masalah aku sebenarnya ek?kalau satu Malaysia tahu aku macam ni, mesti aku kena gantung kat tiang salib tu sebab menghabiskan duit kerajaan jer. orang dah hantar gi Perancis tu, belajar jer la. nak kahwin ke apa ke, nanti2 dulu. first thing's first!

tapi macam tu la, bercampur dengan budak2 perancis lain dalam kelas. dia malu, aku pun malu. last2 aku hanya layan beberapa budak dalam kelas aku tu jer. nak aku start the conversation?jangan harap. ada emas kat dalam mulut aku ni. percaya tak, aku hanya ingat dua nama jer budak kelas aku. wakakka!

lecturer2 aku dah la pelik2. ada yang accent italy dia kuat (ternganga2 aku nak faham), yang baik sangat (aku x suka lectrr yg baik sgt, susah nak ngumpat nanti), yang cantik sangat (ni lagi la masalah, nanti aku jadi tersipu2 malu kalau dia pandang aku.mau aku berangan dalam kelas), yang cakap tak der epkdah pun ada (nasib baik kau cantik jugak, kalau tak mesti aku asik membuta jer kat kelas ko!).

otak aku sekarang ni asyik teringat cuti jer. cuti, cuti dan cuti! orang ramai bising dekat aku, sebab aku ni tak pikir pasal pelajaran. weh...kalau hati sudah ke laut, manakan jasad selesa didaratan...nanti la aku cuba cari semangat yang baru. cepat la cuti..cepat la...(weh kau, dah janji nak bawak g le Havre n amik bot ke UK kan?tp tgk keadaan mcm ni, x tau la jadi ke tak...ni semua kau punya pasal!). ermm, cuti Toussaints haritu, aku cukup gembira sebab aku dpt jugak naik Catamaran tu. (walaupun aku upgrade bakat lakonan aku kat museum mercedes tu, tp x kesah la, sebab berbaloi, dpt ilmu).

sekarang ni tgh bercelaru, aku pun tak tau aku pikir apa. makan, minum, tidur semua tungang langgang. kalau bukak youtube asyik nak berkaraoke jer. ermm..nanti aku kena sebat satu PS3 jugak ni, leh main singstar. melalak2 kat umah sendiri, ada orang kesah?tunggguuuuu!!!

itu la update serba sedikit. korang doakan aku yer, supaya aku jadi rajin dan tak menghabiskan beras jer.

9 comments:

feliscatus said...

ramai jugak semangat hilang skg ni kan. musim kut..rilek2 bro. sekali sekala release tak mengapa. adat dunia. main2 dgn kucing2 tu confirm hati tenang hehe. ok maybe tak blh nak kata 'confirm' sgt tapi for sure membantu kan.

melalut jugak ayat ni kan. pengajaran moral...jgn hantar komen dekat2 nk masuk waktu maghrib hohoho (tiru gelak anjut)

anjang said...

sekarang perancis musim apa

anjut said...

feliscastus- mmg confirm tenang ler bro.hehehe!yup, biasa r tu, lps2 cuti mmg malas nak naik kelas balik.huhu, dah seronok berdondang sayang atas katil...bia masa plak saya gelak 'hohoho'?wakakkaka ler!hehehe!

anjang- skrg tgh musim luruh, kenapakah?nak dtg ke?mai2.

Anonymous said...

Assalamualaikum...,

Cuti mmg seronok, lagi2 kalau lepas exam mcm akak nie... lepas sbulan terperuk kat rumah, sampai tak beraya sbb nak baca buku, rasa macam burung yang terbang bebas pulak... hahaha...

Hamzah, husband aka tak kenal ler abang ipar awak. Agaknya dia form 4tak masa masuk dulu, kitorang budak form one masa tu. Kitorang tak bercinta time sekolah yer... akak tak ingat langsung muka husband masa sekolah, pernah cakap sekali jer walaupun satu kelas selama dua tahun. Tapi kalau dah jodoh tu tak kemana, dalam kuali hitam juga berjumpa hahaha... Masa awak dulu nama kelas still nama2 planet ker? Masa form one kat Labu dulu ada empat kelas - marikh, musytari, zuhal dan kejora... Kelakar betul... sbb kejora tu kan nama bintang, kan tak kena tuh...mesti ustaz2 nie slalu nyanyi lagu fantasia bulan madu... kekeke

anjut said...

owh yer ke, dia form 4 kalau x silap sy.hehe, yup, nama2 planet masih dikekalkan (ada budak tanya saya, kenapa sekolah agama guna nama planet!kenapa x guna al biruni ka, khildun ka, apa ka.wakakaka!). sekarang ada Marikh, musytari, zuhal, uranus, neptune dgn kejora. kelas kejora kelas perakaunan.huhu. saya musytari. best ler kan kak tym sekolah dulu...rindu nyer...

Anonymous said...

Masa sekolah adalah masa paling berharga..., bila dah keje, baru tahu yang ceramah dan tazkirah2 tu berguna. Sekarang ni rasa jiwa kosong sgt2, sibuk sgt dgn urusan dunia..., tak pernah habis2. Ya Allah, jgnlah Tuhan lupakan akak kat akhirat esok.. sbb akak ni dah byk lupa kat Dia masa kat dunia.

Siapalaa punya idea nama planet tuh. Rasanya pengetua first dulu Ustaz Saim.Akak masa form 1 smpai form 3 kelas musytari, masa form4,5 kelas marikh. Rindu.. rindu kat SMAPK.

anjut said...

yup..sangat2 bertuah. at least kalau kita dicampak kat mana penjuru dunia pun, kita leh tahu had dan panduan kita (walaupun saya ni x der la cerdik sgt ilmu2 agama ni, tp kalau benda2 basic tu, bleh la jugak tlg kawan2).tu ler, saya pun busy ngn urusan dunia, kalau semayang pun, setakat nak lepas tanggungjawap jer.hidup manusia kan selalu diuji..kalau bukan kesusahan, diuji dgn kesenangan. (ayat sah2 ada cop 'SMAP Kajang'!wakakaka!).

owh yer, akak ni siapa namanya?asal mana?berkenal2an la kita. rimas pulak saya kalau ckp dgn org tp x tau nama.huhu.

Anonymous said...

Alaa, malulah i... hehehe... I ni orang biasa jer, tak hebat mana pun kat dunia ni, tapi cita2 nak hebat kat akhirat ( bolehker??? sembahyang pun ala2 jer... )

Hamzah, do you still have your fb account? I will add you, taknakler rampas glamer awak kat blog awak nie... hahaha

anjut said...

aissshhh, x salah mencuba tuk jd yg terbaik..huhu!
ada2, cari jer Hamzah Hamsan. nanti kuar a. berkenalan la kita yer. btw, smap ada anjurkan sirih pulang ke gangang (kita ni sirih ke??). huhu, teringin nak g, tp malu..sbb saya bukan la budak baik pun kat sekolah dulu..