Sunday, November 15, 2009

sekeping hati dibawa berlari

Salam.

tahu tak, aku jarang dengar lagu "suci sekeping hati", disitu la aku dapat tajuk blog ni. in fact, aku tak suka pun lagu ni, sebab pasal hati dan perjuangan. nasihat biasa yang siapa-siapa pun boleh bagi. ada jer rangkap dia yang terkesan kat hati.

"tapi jalan kebenaran, tak akan selamanya sunyi, ada ujian yang datang melanda, ada perangkap menunggu mangsa".

Merantau jauh kat negara orang, lagi lah banyak ujiannya... lebih2 lagi untuk iman yang lemah macam aku ni. kekuatan mana yang aku harapkan?

tapi banyak2 ujian, aku paling tak suka kalau hati diuji. hati kau, hati dia, hati aku...jangan. bahaya. kalau luka dilengan, nampak. luka di hati?makin dipendam, makin sakit bernanah.

tulisan-tulisan aku sebelum ni, lebih bersifat individu. aku nak hati aku terjaga, tapi aku tak perasan pun kalau ada yang terguris dengan kata-kata aku. untuk terakhirnya, aku minta maaf...

cepat la masa berlalu...cepat la aku habiskan degree...

"sekeping hati dibawa berlari" akan berhenti lariannya. mungkin aku akan terus berlari, tapi hati kena tinggal. ikut hati kan mati. menulis ikut hati pun akan mati. menulis mengunakan akal, tapi akal aku kurang berfungsi. lebih baik aku berdiam.

terima kasih kepada semua yang sudi membaca. kata-kata semangat dan pendapat yang dihulur, akan menjadi kekuatan. insya'allah, kalau semua nya jadi sempurna dan sedia kala, jari jemari ni akan beraksi lagi. untuk seketika, bagi la aku ruang. Dan lagi sekali, minta maaf pada semua atas segala kecacatan blog ni. yang baik dari Tuhan, yang cela dari diri sendiri tapi diatas kudratNya. sekian, salam sejahtera.

*psstt!doakan yang baik2 sahaja.sayang semua.

5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Hamzah...,

Lagu sekeping hati tu kak Tasha suka sgt2... especially part " mengharap senang dlm berjuang, bagai menunggu rembulan di tgh siang, jalannya tak seindah sentuhan mata, pangkalnya jauh hujungnya belum tiba..."
Teringat perjuangan hidup kita ni nak jadi hamba Allah yang diredhaiNya... susah dan penuh ranjau. Tapi kalau tak diuji, takut pulak Allah dah lupa kat kita...

Lagi satu sbb budak2 Smap jgk yg nyanyi kot..

Bab hati susah nak cerita.., hati kita dgn org lain2.. tapi Allah juga yang pegang semuanya. Kuasa Allah jugak nak buat kita terasa ke, orang lain terasa ker, sedih ker, gembira ker... sbb itulaa sekeping hati kita bawa berlari jauh melalui jalanan sepi, sbb mana ada dua hati yang sama... lalu jalan yang sama...

A calamity that makes you turn to ALLAH is better for you than a blessing that makes you forget the rememberance of ALLAH...

There is a polish for everything that takes away rust; and the polish for the heart is the remembrance of Allah.

Takpe, bawa sekeping hati kita berlari kepada ALLAH, insyaAllah hati takkan sunyi dan selalu gembira...

Anonymous said...

Hello there. Interesting. Haha! Choosing the name " sekeping hati dibawa berlari" 4 yr blog very unique indeed. Sure...everything have a reason. Good 1 i believe. When will you graduate? Not thinking continue yr master?

And....1 more i saw that you always updated yr blog. Are you having holiday now?

biskott said...

kenapa bunyi macam nak berhenti menulis?huuu

anjut said...

Salam semua.

terima kasih.

sekarang ni musim luruh and nak masuk musim sejuk dah ni. so udara kat luar tu, lembap jer. kalau menulis pun nak ter sedu sedan jer x best la pulak tulis benda sedih2 ni. padahal banyak lagi benda yg gembira. haha!

nak berhenti kejap jer. nanti kalau ada cerita best, sy tulis ler balik. btw, 'sekeping hati dibawa berlari' ni, kalau ikutkan hati nak tukar ke "Tulisan Aku". tapi mcm ntah apa2 jer, rasa rindu lak ngn trademark ni.hehehe!insya'allah nanti kita jumpa lagi semua.

anjut said...

to anonymous : another 3 weeks for Christmas hols. now m concentrating on my studies. so, suffer 1st, then merongeng habis habisan! ermm, God's will, i'll continue with master, but need a pause coz learning is really tiring. another 2 years to go for my degree. cettt!lamanya... m updating my blog whenever i'm free..