Tuesday, November 24, 2009

kahwin

Hari itu, aku dapat berita pasal seorang member aku nak kahwin( kita cakap secara general la yer, bukan menuju individu, member2 sekampung aku pun ramai nak kahwin jugak). ermm, in fact, ada seorang budak sekolah rendah aku yang dah ada dua anak. bila dengar berita 'kahwin' ni, mengeletar badan aku. bukan sebab aku syaitan (setan kan takut n bengang kalau ada orang 'mendirikan' masjid), tapi sebab aku terbayang tanggungjawap yang akan dipikul.

Aku petik kata-kata abang uda aku kepada isteri dia masa dalam perjalanan kami dari Johor ke KL" kita berkahwin bukan kerana memuaskan nafsu seks masing2, ini adalah perihal membina hidup sama-sama. maka, bila kita dah disatukan, masing-masing kena bertolak ansur. dan jika awak mencari kekayaan bersama saya, sampai bila awak takkan jumpa, tapi jika awak cari kebahgiaan, insya'allah saya akn cuba bagi yang terbaik ", lepas tu abg aku toleh belakang ke arah aku dan cakap "sedap tak ayat aku Anjut?bukan copy dari novel tau!". hahahaha! kakak ipar aku tersipu2 malu (segan la tu).

Nampak tak baris ayat ni "Bukan kahwin kerana nak memuaskan nafsu memasing". maka nafsu menjadi perkara kedua, dan yang paling penting ialah "perihal membina hidup bersama-sama" insya'allah sampai ke hujung nyawa.

siapa tak nak kahwin kan?nak timang zuriat sendiri. dulu masa aku belum berlepas ke France pun, aku pujuk family aku meminang anak dara orang dari Perlis tu. masa tu memang aku fikir dah sesuai masanya untuk aku berumah tangga. i was 20 years old back then! muda bergetah tu!

tapi akhirnya aku faham, kenapa mak aku cakap macam ni "kau yakin ke nak jaga anak orang tu?". honestly, i am really not ready for this (nanti ada org kata pernah dgr ayat ni. dulik apa aku!hahaha!). macam nak bina masjid, banyak kira-kira yang aku kena amik kira.

memang la ada kakak-kakak dan abang-abang aku yang kata "kahwin tu kunci rezeki, lepas kahwin banyak betul rezeki masuk". ermm...itu pendapat masing-masing. bagi aku, aku nak jadi macam burung enggang, aku nak bina 'sarang' yang selesa untuk keluarga aku dulu, pastu nak kumpul 'makanan' secukupnya untuk keluarga aku, dan bersedia untuk menjaga zuriat-zuriat aku dan melindungi dengan penuh kasih sayang isteri aku. (burung enggang jenis monogamy, kalau bini dia mati, dia takkan nak mencari betina lain. bagus kan?kalah shah jehan dan mumtaz mahal!).

itu pendapat aku. pendek kata, sebagai seorang lelaki yang bakal menjadi seorang suami dan ayah, aku kena la mengukuhkan tempat aku berdiri dulu. fizikal dan mental kena mantap. kalau salah satu tak mantap, nanti wujud la berita "isteri tak cukup nafkah", "isteri tak puas di ranjang (please, this is reality)", "isteri bosan" dan yang paling teruk "penceraian".

dalam posisi aku sekarang, perkahwinan bukan la prioriti lagi. banyak benda yang aku kena settle kan. kalau dah jodoh, tak kemana. bapak aku pun kahwin masa umur dia 30 tahun lebih, so kenapa aku nak tergesa-gesa kan?tanggungjawap aku sekarang ni kan pelajar, so aku kena habiskan belajar dulu, lepas tu bina karier dan baru la aku berani nak bina keluarga.

lagi satu, aku terfikir mak dan ayah aku. mak pernah cakap dulu "mak puas dengan korang dari umur sehari sampai darjah enam jer. lepas tu semua pergi asrama, masuk uni, lepas tu habis belajar jer semua nak lekas kahwin...dah kahwin masing-masing jauh". aku anak nombor SEMBILAN dan ada TUJUH kakak dan abang aku yang dah kahwin (korang boleh bayangkan maksud aku). kadang-kadang aku terbayang macam mak kami ni buat roti canai - penat-penat menguli, menebar, memasak, tengah panas-panas tu terus kena sambar. nak buat macam mana mak, jodoh anak-anak mak ni cepat. (mereka-mereka tu contoh pasangan-pasangan muda yang berjaya, so kat sini hanyalah soal 'keyakinan', aku tak yakin lagi).

dan perkara paling aku takut dalam hidup ini juga ialah "aku cepat bosan dengan manusia". bosan bukan bermakna benci, ia bermakna aku tak suka dengan suasana yang mendatar jer. Aku tak suka benda yang sama setiap hari. sebab tu aku pernah ada 4 pasang jam dan lima jenis minyak wangi untuk aku tukar-tukar setiap minggu. aku takut aku 'bosan' dengan bini aku...bahaya sangat bahaya...dan aku takkan buat sesuatu hanya untuk memuaskan individu tu sahaja, sedangkan aku terseksa. aku nak dua-dua pihak puas. maksudnya : aku takkan kahwin sebab nak jaga hati keluarga aku, saudara mara atau pandangan orang lain terhadap aku, sebab KAHWIN adalah antara keputusan yang BESAR dalam hidup aku.

buat masa sekarang ni, memang aku dah ada calon, dan mata aku pun dah tertutup untuk orang lain. tapi kita takkan tahu apa yang akan terjadi dalam perancangan Dia. aku pun ramai member yang bercinta macam nak rak, tapi last-last tak jadi jugak. yer la, umur muda-muda macam ni kan memang suka buat benda tak pikir panjang, orang lain ada, kau pun nak ada, last2 tak sekufu, dah segan. macamana sumpah ikrar setia dulu?kan ke dah malu kalau jumpa ex memasing kat mana-mana. nanti dalam hati "minah ni dulu aku bagi dia hadiah masa tengah bercinta, macam leh buat 17 dulang hantaran, sekali ngan mamat lain jugak dia pergi".

rileks dan sabar jer la, buat benda satu-satu dulu. tapi kalau korang ada keyakinan yang tinggi tuk berumah tangga, silakan la, lagi bagus kan?bertambah umat Muhammad. cuma kalau minta pendapat aku, aku betul-betul tak bersedia lagi.

Sebelum aku akhiri kata-kata aku ni, aku nak bagitahu yang setakat ni, aku bahagia dengan apa yang aku ada, rakan-rakan aku, kucing-kucing aku, keluarga aku, apa yang aku buat, so tak perlu la aku 'tergesa-gesa'. dan yang paling penting, cinta aku dan Dia masih ada. buktinya?sampai saat ini aku masih bernafas dengan rahmat dan kasihNya. insya'allah dan alhamdulillah.


12 comments:

~nazma said...

salam,
tumpang mencelah..
yang lain tu saya setuju, cuma part bosan tu... isy kalo dah kahwinn bosan dengan seorang isteri.. haru jadinya.. haha..

my fren penah cakap, kahwin is one life commitment, kena rancang betul-betul..

tapi ada jugak orang kata, jodoh tu urusan Allah, bila dah sampai tiada siapa mampu menolaknya..

Anonymous said...

sebelum terjerumus dalam apa-apa pun, mmg kita ada macam2 teori... do's and don'ts... masa jua yang akan menentukan.. :)

anjut said...

Nazma - sebab tu saya kata 'kahwin adalah keputusan yg besar dlm hidup saya'. ia melibatkan hati orang yg akan kita kahwini tu. sebab tu saya tak nak terburu2. *ada jugak minyak wangi saya yg mmg jd kegemaran sejak dulu, so kebarangkalian tuk saya setia tu pun insya'allah ada.huhu.

anonym - yup, let's time decide.

hadiyz (^_~) said...

haha...hamzah hamsan semakin meningkat dewasa..bagus mejah..smoga jodoh ko bersama mardziyah..(eh,btul ke name ni? haha..sesuki je aku)..ko kawen, xjmput aku, mmg nk kne bntai..haha..

btw,ape yg ko bebelkan dlm entry kawen ni mmg byk btulnye..apetah lg ko sbg sorg lelaki..bakal ketua kluarga lah katekan...jd lah burung enggang...esp part monogamy tu..wakaka..

papepun, habiskan ape yg ko tga wat skg..dpt scroll dgn cmerlangnya, jadi pendidik yg bagus utk anak2 aku nnti pastu aku doakan ko akn naik tahkta dgn ratu hati ko tu...

anjut said...

hanis- haha!kata2 sangat menjadi perangsang. insya'allah, sama2 la kita menuju kejayaan.

CikLola said...

sokong2..walaupn lola as gurlz...tp ape yg kamu nyatakan sumenye benar2 belaka..cewaahh..
life makin lama makin mcabar..kt xleh pandang ke zaman atuk nenek kt..zaman tuh len..zaman akan dtg idup lebih mcabar kn..cm2 akn wujud dlm phubugan tnpa kt sdari..
kejar ape yg kt patut kejar skrng..dun waste time bcoz of "kawin" ..once dh da jodoh..insyaallah xkn kemana kn..
for now..pkukuhkn ape yg patut.. :)

anjut said...

cik Lola. tu la pasalnya...sebab zaman sekarang ni, bukan mcm dulu. kalau dulu, tak der ruah boleh la tumpang rumah mak ayah..tapi zaman sekarang ni tak boleh la mcm tu...ermm..insya'allah..jodoh tu ada..

Pak Lang said...

Selamat Hari Raya Aidiladha dari Pak Lang sekeluarga.
Ceritalah macamana orang di Prancis nenyambutnya.....

anjut said...

Selamat hari raya aidiladha Pak lang. ya Allah Pak lang, kat sini, raya pun tak rupa raya.haha!saya pun ada kelas hari ni, tk sempat nak gi sembahyang raya. tapi mcm tahun lepas, ada orang bagi saya separuh ekor bebiri. aishhh..mana la saya makan kambing.huhu!

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Aidiladha. Your blog is still on the topic 'kahwin'. Don't worry....hahaha! Let it be natural. Study first, back malaysia married with the one u love. For true love distance is not a matter isn't it? hahha ^^

anjut said...

anonym - yer la, kahwin kan benda natural.hehehe!selamat hari raya jugak!makan lembu jgn sampai tercekik!huhu!

Nur Intan Marlyny Bt Abd Majid said...

nice entry~!