Monday, November 9, 2009

hati ini lembut

Salam,

Alhamdulillah, dah habis pun kertas spanish td. boleh la sikit2, asal lepas dah ler, bukan major aku pun.

exam pukul 6 petang habis kul 8 malam. kat sini maghrib masuk kul 5.09 petang. hujan renyai2. ni antara sebab aku tak minat sangat musim luruh ni. macam sedih jer...sunyi jer....(mula la tu nak melalut!).

masa aku lalu kat jambatan Battant tadi, ada sorang pakcik perancis dalam lingkungan 40-an, duduk tepi jambatan. duduk bersila. hujan renyai-renyai pun jadi galak. masa aku melintas dia pertama kali, aku malas nak layan dalam hati "elllehh, cukup kudrat n sifat, pergi la cari kerja!ni nak mengemis jer tau. senang la kau". pastu aku terus buat muka tak layan. selangkah dua, aku terkesan jugak dengan pakcik tu...

ini negara Perancis. bila-bila masa jer kau leh kena buang kerja, kena halau dari rumah. kalau kita di Malaysia ada saudara mara, mereka pulak sebaliknya. lepas umur 20 tahun, memang masing2 x nak duk ngan mak bapak. ada jugak yang terus lupakan mereka. hubungan kekeluargaan tak kuat kat sini, so kalau sakit ke apa ke, jarang ada yang kesah.

berbalik pada pakcik tadi, mungkin dia dah putus asa dengan hidup dia...apa yang dia usahakan musnah sekelip mata jer. siapa yang tahu kan?rahsia Dia. ermm, kalau setakat hulur satu euro dua, apa salahnya. walaupun dia bukan Islam, Allah tak pernah halang kita berbuat baik.

"merci monsieur, que Dieu te benisse" ckp pakcik tu. -terima kasih tuan, semoga Tuhan merahmatimu.

aku berganjak dari pakcik tu. sekali aku dengar perempuan nangis. lingkungan 40-an jugak. pastu kiri kanan dia ada dua makcik tengah pujuk. aku macam terdengar salah seorang makcik tu kata "awak tak boleh bunuh diri, anak2 awak perlukan awak.". terkejut badak aku!(nasib baik x jd badak betul, jenuh bersalsa). aishhh, nak bunuh diri pulak? lagi sekali aku bersyukur sebab masalah aku tak der la sampai rasa nak bunuh diri.

bukan la aku suka menyibuk hal orang. tapi sebab diorang cakap kuat (mungkin terjerit2 masa hujan tadi), so aku terdengar la. cuaca macam ni...memng betul dunia ni pentas teater yang besar.

shuhhhh!!!shuhhhh!!!shuhhhh!!!- bunyi apa tu?bunyi aku buang semangat negatif kat aku.

ketika research di ulu tembeling (if i'm not mistaken). mereka serba kekurangan, tapi mereka bahagia. now define this word 'HAPINESS'- aku berbaju biru gelap(kurus!) dan beg kulit unta yg Uda bagi tu...(kakteh, i stole this pic from your blog, sorry!).

aku memang tak boleh tengok benda2 sengsara macam ni. cepat tersentuh. masa ikut akak aku buat research kat kampung2 orang asli dan projek rakyat termiskin dulu pun, aku asyik sebak jer...pernah aku terfikir "kalau Tuhan itu Maha Adil, kenapa di dunia ni ada yang kaya dan ada yang miskin?".


ohh Allah, hati ini lembut...

aku rasa masing-masing boleh jawap. kalau semua orang kaya, x wujud la sedekah. x wujud la perasaan simpati. dan mungkin yang miskin tak jadi kaya sebab kalau dia kaya dia kufur nikmat?itu la adilnya Allah.

manusia hidup ada target. kadang-kadang terlampau obses mengejar kepuasan sendiri sampai kita singkirkan orang lain. kejam kan makhluk yang bernama manusia...

baik la, aku kena prepare untuk esok. ada discussion dengan classmates aku. kena wat presentation pasal bahasa Arab -abis la kena asah balik arab aku... yang penting girl satu grup ngan aku tu lawa!hehehe!jumpa lagi!

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum....,

Hamzah, pernah tak dengar cerita tukang gunting rambut??

Ada seorang pakcik ni pergi gunting rambut kat sebuah kedai gunting rambut...Tukang gunting rambut tu sambil2 gunting, berbual2 laa dgn pakcik tu. Dia kata dalam dunia ni dia tak percaya ada nya Tuhan, sbbnya kalau ada Tuhan kenapa abang dia menderita sakit dan akhirnya mati. Kenapa doa abang dia tak dimakbulkan. Kenapa ramai org menderita kat dunia nie? Kalau ada Tuhan, semua org akan hidup gembira sbb takkan Tuhan nak siksa hamba dia kan.... Itulaa logik akal...

Tiba2 lalulah kat depan kedai tu seorang tua yang rambutnya panjang dan kusut masai. Berkatalaa pakcik tu .... saya tak percaya dalam dunia ni ada tukang gunting rambut...

Jawab tukang gunting ... Apa yang awak karutkan ni..., saya ni kan tukang gunting rambut, saya kan tgh gunting rambut awak

Jawab pakcik tu... saya tetap tak percaya...

Jawab tugang gunting..., hang ni buta kaa??? Ke nak saya gunting telinga awak???

Jawab pakcik..." Habis tu knapa orang kat luar tu tak gunting rambut? Kusut masai?? Mcm tulaa juga Tuhan..., mcm mana kita nak jumpa kalau kita tak cari...

Kak Tasha tak pandai cerita mcm awak... cuba awak buat cerita tu versi awak... mesti lebih sedap dibaca...

Kak Tasha pun pernah tinggal kat Ulu Tembeling masa student... kitorang sampai ke kampung mat daling jadi klinik sungai... mmg menginsafkan...

anjut said...

owh cerita tu, pernah dgr!haha!tapi masa saya baca tu, ingatkan org gunting rambut tu gunting telinga dia. huhu!insya'allah, nanti sy tulis.