Saturday, November 7, 2009

feeling weekend

salam, akhirnya..setelah dua bulan tak bersua di webcam, aku keudara dgn anak2 saudara aku yg kt Kulim tu. rindu nyer aku...tgk Hanah dah makin cantik n comel!pandai cakap pulak tu- jeles ngn kaklong, sbb anak2 dia semua cantik2 n hensem, anak aku??


dari kiri - Aiman, Bella, Hannah, ngan Atikah. - si Aiman ni...memang dasar anak jantan ler kau ni, asyik belasah akak2 n adik dia jer. pastu dia tunjuk koleksi kereta mainan dia yang keberapa ratus aku pun x tau...


lepas tu nampak abg ipar aku (abg teh) online, dgn harapan leh nak webcam ngn Chibi Marukochan. x sabar nak dgr dia cerita pasal adik baru dia. tapi abg teh aku tu busy kot, x pe la, kita cuba lain kali.

kemudian nak pukul 1 pagi, anak saudara aku, si Omar plak call. hahaha!teruja aku!masa tu diorang kat Malaysia subuh kot. ermm.. tapi x leh ckp lama sbb line tak berapa elok.

tghari td, Omar telefon lagi. aku suruh dia webcam, tapi budak darjah lima ni x reti plak nak guna webcam tu. masa tu Khaleed, Ayub n baby ikut umi dia ke kedai diorang. tinggal la Irfan, Omar n abu diorang. aisshhh, Irfan, manja lagi kau ni walaupun dah beradik. boleh tak dia ngadu kat aku yang Omar belasah belakang dia sampai rasa nak patah?hahaha!pastu tanya aku pernah pergi kat menara tiga segi tu tak (eiffel tower), pernah naik roller coaster tak n jumpa mickey (disneyland)?hehe, pernah la sayang.. tunggu tahun depan Pak Anjut balik yer.

Bangun subuh tadi kepala aku berdenyut-denyut. pasal apa aku pun tak tau. Semalam dapat tahu yang diorang ajak main bola dan basket. ermm, x pergi la aku...yang aku geram nyer, orang yg aku tanya dua hari lepas nak main ke tak, pun x der bgtau aku apa2. x pe la, aku disingkirkan (sensitip you!).

Ermm, lagipun hari ni aku nak cuba busy kan diri lagi. sebenarnya tak der la busy pun, tapi aku sakit hati tgk shout out budak2 ni yang tulis "study", "menelaah nota", "tengah belajar, jgn kacau". sedangkan aku?terus merongeng hingga ke subuh!hahahaha!

hari ni nak siapkan esaimen spanish aku, lepas tu kena hafal verb2 spanish tu sbb isnin pagi ada exam. (betul la kata kau sasi, mcm gali kubur sendiri jer...). tapi "man jadda wa jadda, wa man zara'u wa hasada!" (siapa berusaha dia yang berjaya, siapa yang menanam, dia yang menuai!). bukan ke target aku tuk menguasai sekurang2nya tujuh bahasa?tamak dalam berilmu tak pe!

weekend ni pun memang satu rahmat buat aku, boleh aku ngadap tv sambil melayan kerenah anak-anak berbulu aku. owh yer, aku ada buat satu blog tuk diorang. buat2 kenangan..yer la kat sini aku tak der siapa...kalau Jasmeen, Leyla dan Addy tu pandai bercakap, mesti banyak rahsia aku keluar!wahahahah!

jemput2 la melawat http://duabungasatukumbang.blogspot.com/

ermm.. tengah hari nanti kawan indonesia aku yang tinggal kat Paris tu nak dtg. dia nak belanja pizza. hahaha!save duit aku!lama jugak tak jumpa dia. mula2 kenal masa dia belajar kat Besac ni, rasa mcm sombong jer.. yer la, kau tau la anak2 orang kaya ni kan?tapi rupanya dia baik!ermm again, don't judge a book by it's cover! tengok la macam aku ni, aku kenal ramai manusia yang muka bukan main innocent, tapi rupa2nya jijik perangai..tapi tak bleh la kita mengata, sebab mungkin diorang ada masalah...semoga semua baik2 la..

ok la, cukup tuk hari ni. jumpa lagi!

3 comments:

biskott said...

teringat pulak mak aku pernah cakap:
"nanti kita sembang-sembang pakai laptop eh"-->merujuk kepada webcam la.


tapi aku cakap pulak:
"tapi mak, rumah kita ni streamyx pun tak dapat, broadband pun macam siput, macam mana nak webcam"


kita buat video call je la mak eh. hehe

anjut said...

hahaha, kira hebat r mak kau, nak jugak guna teknologi2 ni. mak aku, kalau aku webcam ngn dia, dia x ckp apa. duk tenung jer aku kt webcam tu. dia kata dia pelik, sbb aku kat france, dia kat malaysia, tapi dia leh tgk aku secara live (rasa mcm artis buat konsert plak!hahaha!).

biskott said...

hehehe.
dia terpesona tu tgk ko secara live.