Thursday, November 19, 2009

Doraemon

Salam,

dah abis exam!leh ler meluangkan sikit masa kat sini.

actually aku nak re-upload cerita 'basikal' tu, tapi aku cari kat archive, dah tak der...hurmm..Gowan owh Gowan...kalau kau tak *** haritu kan bagus. kau tulis balik entry tu!

x pe la, coz dalam perancangan nak wat konvoi berbasikal lagi jauh dan hebat. baik masukkan yang tu kan?haha!korang tunggu jer la dengan sabar.



aku ada nampak status kat facebook budak2 ni pasal ending cerita Doraemon. aku pun tercari2 la, ada betul ke tak...last2 aku ada jumpa kat satu video kat youtube tu pasal ending dia. lebih kurang macam ni la :

" Bateri Doraemon sudah habis. Nobita ada dua pilihan, samada mengantikan dengan bateri baru tapi akibatnya Doraemon akan terpadam semua memori dia, atau menunggu pakar robot pada masa akan datang untuk mengubati Doraemon disamping mengekalkan memori dia yang sama"

nak tau Nobita buat apa?

Semenjak haritu, Nobita belajar sungguh2 dan berazam untuk menjadi pakar robot. Dia tak mahu Doraemon kehilangan memorinya kerana bagi dia, Doraemon sangat berharga (kalau kau ada adik yang kau sayang, x kan kau nak dia hilang ingatan kan?). maka Nobita pun belajar bersungguh2, dan dia ada lah pakar robot yang dimaksudkan itu.

macam sweet jer kan ending dia yang ni?weh, tapi aku tak sure betul ke tak ending dia yang ni, org kata rumours jer. tapi ok la jugak kan?

haha!apa pengajaran? - bila berkawan, cari lah kawan yang boleh mengalakkan prestasi diri.

Berkawan dengan penempa besi, bau besi la anda, berkawan dengan pembuat minyak wangi, wangi la anda.

huhu, aku suka Doraemon ni. sebab aku rasa dia kiut dan cool. kalau betul2 wujud kan bagus. kalau dia wujud, aku nak pinjam pintu suka hati dia jer. aku teringin nak gi Grand Canyon kat Arizona tu. (angan2 si anak kecil!).

Aku mula baca sebab abang Aan aku yang kenalkan. masa tu abang2 aku kumpul sang Pewira la, Pedang Satria la, Harimau Kumbang la, Dragon Ball etc. tapi aku nak kumpul diorang tak bagi, coz diorang kata aku kecik lagi. so aku pun kumpul Doraemon. hehehe!

4 comments:

biskott said...

doraemon-suka giler baca. dulu2 abang aku yang beli, lepas tu sorok kat rumah atuk aku konon2, tapi aku berjaya gak baca. haha

btw, kalau benar endingnya begitu, serius sweet.

kudabesi said...

hoho..ape la doraemon

tp sebenarnye doraemon diprogramkan utk tolong nobita pun, doraemon dihantar oleh cucu nobita ke masa silam..klu x salah.

pelukis sin chan dah K.O, adakah sin chan gak akan K.O haha

stp bermula pasti berakhir..

bye doraemon. gud bye dorabase yg x best.

Anonymous said...

doraemon dulu,kini dan selamanya.

anjut said...

korang, aku da tulis komen tu td, sekali hilang, beruk punyer blog...hmm...tp betul la, kalau ending dia mcm ni, mmg sweet..

ada lagi satu versi, yg sebenarnya doraemon x wujud, itu hanya la imaginasi nobita, seorang kanak2 cacat ygterlantar diatas katil...yg ni aku x leh terima..kejam sgt...