Wednesday, October 14, 2009

Dia bagi aku semua.

Tuhan bagi aku kaki, untuk aku menjelajah dan mengembara.
kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan.

Tuhan bagi aku mata, untuk melihat sekeliling dan mensyukuri nikmat yang diberiNya,
tapi kata orang, dari kerana mata, manusia tergoda.

Tuhan bagi aku tangan, agar kedua-duanya membuat amalan yang baik2,
kata orang, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.

Begitu juga Dia berikan aku kepala, telinga, badan, kemaluan dan segala-galanya yang menunjukkan sifat seorang anak adam. syukur aku dilahirkan 'sempurna'. mungkin ada cacat sedikit, tapi itu la yang dipanggil UNIK.

Dia juga bagi aku nafsu, untuk aku berpuas2,
tapi kata orang ikut nafsu lesu,

Dia juga bagi aku hati, untuk aku berhati-hati,
tapi kata orang ikut hati nanti mati,

Dia juga bagi aku rasa, supaya aku memanfaatkan semua pancaindera,
tapi kata orang, ikut rasa binasa.


tapi semua orang tak perasan, kalau kita hidup secara berhikmah, takkan ada bahaya yang akan menduga. kau tak cari pasal, aku tak cari pasal, tak der perang, aman sentosa. sedangkan serigala pun boleh hidup sama bebiri.

dengar cakap orang, kerana mungkin ada nasihat. tapi guna kan akal, untuk kita mengawal dan menilai. Sebab Dia tidak memberikan kita sesuatu tanpa faedah.

2 comments:

SangKunang said...

menarik nukilan ko nih

anjut said...

mekasih abe perth.hahaha!

menulis tatkala hati ni geram bila ada org lain duk sibuk bg nasihat itu ini, tp dia pun x buat.ermm, kalau umur dah lebih 18 tahun still xleh bezakan mana baik n buruk tuk diri sendiri, kira rugi a kan?sampai bila nak bergantung ngn org lain. tp dlm berdikari pun x leh nak sombong. kena dgr nasihat org lain jugak...