Friday, October 30, 2009

cerah dan suram

Salam semua, hari ni cuaca sgt cerah, cantik, tapi sejuk, rasa seram...

macam tu la jugak perasaan aku hari ni. bercampur baur. aku gembira, akhirnya aku dpt jumpa balik orang-orang yang aku sayang. guru2 smap kajang, Kak teh aku dan lain2 (terima kasih FB). Dalam masa yang sama, aku sedih, tapi aku tak tau nak kategorikan macam mana. Aku terpaksa tinggalkan sorang sahabat baik aku (used to be), sebab aku tak tahan dengan perangai dia. Again, this world plays with hearts and feelings...

Pernah dengar pepatah, 'air dicincang takkan putus'? pepatah itu terpacul lagi kat mulut aku ni. untuk pengetahuna, dah dua bulan aku tak telefon adik beradik aku. samada aku yang berkecil hati, atau mereka yang berkecil hati, sampai kiamat pun aku sayang dengan mereka. aku tak pernah kena marah dari kecil dengan akak2 n abang2 aku. sampai sekarang pun, abg uda aku akan cium pipi aku kalau terjumpa. betapa kami saling berkasihan. masa dan keadaan memusnahkan segala2nya. kami jarang jumpa..sangat2 jarang...bila lama tak bersua, hati semakin jauh, sepatah ayat boleh disalah tafsir menjadi ayat yang membunuh. Aku hampir tutup hati aku dengan manusia2 sekeliling aku. pernah jugak aku terpikir nak membawa diri ke Italy atau Sepanyol. biar aku lesap...biar semua terlupa yang wujudnya seorang aku. tapi dalam masa yang sama, benih2 sayang tu bercambah kembali. terkenang peristiwa2 dulu susah senang kami adik beradik, merontokkan benteng ego aku. (sebenarnya aku cepat tersentuh, lebih2 lagi kalau ada kanak2 kecil atau orang tua yang cakap 'rindu kat Anjut'...). aku sayang mereka. biar la lepas ni kalau kami bertegang leher lagi, jangan sampai salah seorang meninggal, ada yang terlupa membaca fatihah. untung kita dulu dirahim yang sama...

untuk itu, aku meminta maaf pada Kaklong, KakNgah, Abang Uda, Kak Teh, Abg Anep, Kak Ijah, Kak Esah, Aan, dan adik kesayangan aku Wawan, andai diri ini ada menyebabkan mana2 perasaan terguris... doakan kejayaan kita sekeluarga. supaya kalau masing2 dah berjaya nanti, boleh membantu mana2 yang memerlukan. insya'allah...

dalam masa yang sama juga, aku terpaksa tinggalkan sorang kawan aku tu. banyak kenangan dengan kau. aku akan rindu basket ball, voyage, Leyla, ayam pedas kau, cerita2 kau, nasihat kau, marah kau, lawak kau, semuanya dekat kau. tapi aku dah tak tahan dengan perangai kau...kau tak hormat aku macam aku hormat kau... aku keciwa. aku tahu kau takkan berubah, ego kau sangat tinggi, sampai kau rasa tak perlu mintak maaf. kau gembira kalau buat orang lain kecewa.jadi baik kita hidup ikut cara masing2. terima kasih sebab pernah jadi 'keluarga' aku...

itu lah dunia, bukan Allah sengaja tak nak bagi kita gembira selalu. tapi cuma Dia ingin ingatkan kita, belajar lah dari yang suram, agar kita lebih menghargai masa cerah...wallahualam.

9 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum....,

Kadang2 mcm itulah persahabatan..., tapi kita kena selalu ingat, kita tak boleh samakan orang dgn diri kita, takkan sama selama2nya. Pendirian kita, pemikiran kita tidak akan sama. Persahabatan juga akan diuji Allah.., betul tak?? Kalau tidak percaya, sedangkan hubungan kita adkberadik and parents kita pun diuji Allah, inikan pulak dgn kawan2 kita.... Syaitan sentiasa dengki dan menjalankan tugas dia dgn tekun sekali, jgn kita tunduk dgn dia. Memutuskan silaturrahim itu laa yg dia nak sangat2...Biar kita beralah, istigfar byk2, doa byk2...akan ada ganjarannya nnti dari Allah, mana tahu dgn sakitnya hati kita tapi kita bersabar syurga galang gantinyaa...

Anyway, akak tak ingat ler abg ipar awak tu.yelah kat SMAPK, mana boleh budak puteri bcakap2 dgn budak putera, lagipun akak (Hmm,hmm) Ketua jawatankuasa Tertinggi Asrama... wujud lagi tak jawatan tu???Nnti akak tanya husband, dia samalaa batch dgn akak, so kitorang nak anak2 kitorang pun masuk SMAPK...

Ok, Hamzah.... smpai berjumpa lagi. Please pray for me, I am sitting for my masters exam next week and it's driving me nuts. I had to read all your jokes to calm down a bit.... hehhe

anjut said...

haha, thank you akak anonym, (if i could know who's this kind lady..). memang mcm tu la. saya tak rasa rugi pun kalau hilang kawan, sbb bukan sorng jer kawan saya. dia pun x rugi apa, tp yg saya tak suka bila pikir kami pernah jadi kawan baik, maksudnya memori tu ada dan x mungkin nak lupakan. jatuh bangun kami sama2, sebab dia yg jd penganti family saya kat sini. tp x pe la, tiba masa saya berdikari.dun worry, everything will be fine.

oic, bertemu jodoh di SMAP kajang la ni heh?hahaha!saya tak perasan pun saya ada tulis lawak kt blog ni. apa yg saya nampak penulisan saya ni kacau bilau.hehe, kalah budak pempuan.tp x pe, saya beruntung ada yang appreciate what i wrote.

and for ur exam, wish u gud luck!dun worry!all smapian strive for excellence!insya'allah.

hadiyz (^_~) said...

mejah...aku stuju kata2 ko..blajarlah dr yg suram agar kita lbh mghargai hari yg cerah...

aku pn mengalami pngalaman yg sma cm ko...kwn baik..mcm keluarga sdr dah kasih syg tu ditumpahkan..tp akhirnya brkecai jgk di prtghn jalan...sedih kan lalui bnda cmni..
b strong...i'Allah..believe that friends come+go..but we ourselves will stay d same..itu yg pnting..=)

anjut said...

hanis,huhu..siapa yg pernah berkawan, mesti rasa mcm ni. kalau cinta tu subjektif, bahagian dia lain2 utk keluarga, isteri, kawan2 dll. bila kita rasa selesa n percaya pd seseorang tu, kita akan jd lebih kuat kalau dekat ngn dia.tp mcm tu la, setiap perkara nak diujiNya. afterall, the real nurkasih is love to God (pinjam ayat nurkasih!wakaka!). aku bukan suka kenang2 cerita lama, sebab nanti aku sedih...kawan dtg dan pergi, dan yg pergi tu dengan kenangan2 yg x kan sama dgn yg baru dtg...sedih ni..

Anonymous said...

Hello there. Saya selalu mengikuti blog anda. (^.^) menarik cerita yg anda sampaikan dan banyak kisah2x anda yang telah saya baca. You can write very well. You must be very sad 2 lose a good friend. Its true. This is life. Not all d time we can be happy there r bad time as well. When ever I feel bored/tired/saturated, I read yr blog 4 peaceful mind + d way u write makes me laugh. I mean yr words funny & creative ^^

anjut said...

hello.haha, thanx for the comment. he'she is not a gud friend, if he/she is why do i have to loose him/her?it's like loosing a part of your body, n u feel awkward at first, and hope it will be getting better by day to day.and the scar will remain even the cut was cured...(bukan main, mcm mati anak jer ayat..)..hehe, it seems like this la..hamba hanya mampu berserah pada Dia.

btw, cerita pasal kehilangan kawan tu dah overshadow cerita 'kemaafan tak terungkap to my dearest siblings', ini sudah out of topic ni. biar la kawan saya tu, kalau dia rasa dia x rugi apa2 kalau saya x da, hidup la ngan cara dia...saya bukan Tuhan dia.

nanti la, saya nak berehat kejap menulis ni...sbb nak amik feel, x nak tulis sedih2 dah.nanti kita jumpa lagi k.

Dr. Anaziha said...

Oklah dah minta maap. kalau balik bole kteh amik kat KLIA. Apasal buang blog kteh kat tepi tu? Kalau nak amik dari KLIA, letak balik dlm list tu!

anjut said...

x leh letak blog adik beradik, sebab ada org suka menyiasat family kita. rimas.hehehe!

Dr. Anaziha said...

Ok la mcm tu.