Wednesday, September 9, 2009

perbezaan kita

salam,

semalam kita bercerita pasal pokok mempelam ajaib mak aku. Dan kita pelajari bahawa manusia dan tumbuh-tumbuhan juga mempunyai persamaan. mungkin ada yang tak faham, jadi besabar la, satu hari nanti anda akan faham juga.

untuk hari ini, kita belajar melukis pokok pula. POKOK lagi???baik la, ambil sebatang pen atau pensel dan sehelai kertas. sila lukis gambar pokok.


dah siap?mari kita tengok, macamana bentuk pokok anda?


ujian pokok ini aku pernah buat dengan budak-budak kelas aku dalam kelas 'semiologie' bersama Mme Jossette Gaume.

Menurut beliau, cara kerja dan pemikiran kita bergantung pada budaya dan kebiasaan kita seharian. sebagai contoh, cara pemakanan kita yang berbeza-beza. orang perancis yang suka 'membazir' pinggan mangkuk, orang jepun yang menggunakan pengepit, sehingga la sesetengah rakyat di asia menggunakan tangan. Ia hanya berubah2 bila berlaku pertembungan atau asimilasi budaya.

mula-mula aku pikir, apa merepek la makcik kat depan ni...mesti la cara makan kita berbeza-beza... dan untuk aku sebagai rakyat Malaysia, aku tak nampak pun perbezaan. yer la, ada masa aku guna sudu, guna pengepit, guna tangan etc...

Malaysia adalah negara 'berkecuali' kerana penduduknya majmuk, dan pelbagai budaya yang dikongsi bersama. jadi untuk melihat perbezaan yang lebih jelas, kami lakukan ujian pokok. hasilnya ialah:


Rakan kami dari Norway dan beberapa negara barat yang lain melukis gambar pokok conifer.

rakan-rakan kami dari Jepun dan Korea melukis gambar pokok-pokok dan ranting halus.

rakan-rakan dari negara bertuah iaitu Malaysia, ada yang melukis gambar pokok kelapa dan ada yang melukis gambar pokok seperti dibawah. mereka yang berasal dari negara-negara afrika juga mempunyai lukisan yang hampir sama dengan orang-orang Malaysia.



bila masing-masing dah tunjukkan gambar pokok yang dilukis (mesti la pokok aku paling lawa, siap ada buah ngan bunga lagi.hehehe!pastu ada sekor burung tengah bertenggek!). kami semakin faham apa yang cuba disampaikan oleh lecturer (sebenarnya tak de la susah nak faham, guna contoh cara makan tadi pun dah boleh faham. cuma manusia ni kena buat latihan 'amali' sikit baru puas hati.)


setiap lukisan mewakili budaya dan geografi setempat. lecturer kami Mme Gaumme pun melukis gambar pokok konifer. Sebab di eropah pokok-pokok jenis konifer ini mendominasi mukabuminya. manakala di jepun, pokok-pokok beranting halus seperti pokok ceri dan plum menghiasi kiri kanan jalan dan hutan. Cuba lihat di Malaysia dan negara-negara beriklim panas. orang-orang Malaysia akan melukis gambar pokok kelapa dan pokok dengan kanopi yang besar.

baik la, sekarang ni cuba kita buat eksperimen lain. Cuba korang suruh orang Belanda yang tinggal di Indonesia, orang Singapura yang tinggal di Sudan, orang Zimbabwe yang tinggal di Britain untuk melukis pokok. dengan syarat tambahan mereka tinggal dinegara-negara tersebut lebih dari setahun. apa akan jadi?

aku cuba buat ujian tu pada hari ni. nak tahu hasilnya apa? AKU TAK TAHU NAK LUKIS GAMBAR POKOK APA!hahahaha!betul!tak tipu!


nampak tak, betapa faktor persekitaran boleh mempengaruhi seseorang. bila aku cakap 'BOLEH' tak bermaksud 'WAJIB', jadi aku harap korang baca dan faham ayat-ayat aku ni betul-betul.


ermm. sampai disitu je la hari ni. dan nak tahu apa?sekarang ni aku cukup rindu dengan bau daun pisang...macamana yer bau dia?hehehe!

No comments: