Wednesday, September 2, 2009

pejam celik pejam celik

Salam semua,

semalam hujan, so dengan rasminya Besancon jadi sejuk tahap gaban. pejam celik pejam celik, dah setahun dah aku kat sini. tapi rasa macam singkat jer aku rasa. pejam celik pejam celik, dah sebelas hari kita puasa (11 ke 12?puasa jer la...silap haribulan terlajak2 puasa sampai raya pun aku tak tau..). Pejam celik pejam celik, orang ingat aku gatal buat mata terkebil-kebil tu ha (wahahaha!buat lawak ketawa sendiri!who cares?).

aduish, semenjak dua menjak ni aku banyak lepak kat rumah jer. malas nak pergi Planoise tu, budak2 ni busy jer. aku meseg ke ym ke bukannya nak reply.lantak la korang.lagipun ok jer lepak2 ngn budak2 kat tengah bandar ni. hari hari aku nampak perangai orang yang beragam2 (mcm tengok pertandingan pakaian beragam pulak kat tepi sungai tu..)


semalam aku ke Maxi Zoo beli barang-barang anak-anak aku tu. diorang ni memang ler, aku bagi makan friskies menolak, kena jugak beli Iams tu. x pe la, like master like pets(stick 1 brand!i mean, few brands!hehe!). pastu aku beli sekali ubat kutu frontline tu. memang berkesan, sangat berkesan sehingga habis meja antik aku macam melecur kena titisan ubat tu. kalau tak mati kutu-kutu tu, siap la!aku rebus kucing-kucing aku, sampai mati semua binatang dalam rumah ni.hehehe. aku pun pelik, mana la diorang dapat kutu tu. ni mesti sebab bangunan antik ni, entah abad mana punya parasit pun ada lagi.

haa, mesti ada yang tertanya-tanya macamana aku jaga si Jasmeen, Leyla dan Addy.

bahan-bahan yang diperlukan:-

yang kotak putih tu toilet Jasmeen ngan Leyla, yang biru tu si Addy punya. bahan isian dia yang dalam beg kertas tu. Bajet- sebulan 7 euros +-


berus2 ni sangat berguna. sapa bela kucing tak de berus2 ni, memang kejam ler. yang double sided tu khas tuk persian. yang kaler merah tu tuk manusia, senang tanggal bulu kucing yg melekat.

ni pencuci sangat berguna. yang pertama- Vigor= pencuci tuk lite2 jer, kalau rasa bau satu tempat tu bau kucing, guna ni ler. kedua- Apta ecologic= ni tuk buang sisa2 clorox, kena guna yang ecologic punya coz kucing ni sensitif. ketiga= clorox- perlu ke aku jelaskan?


dari kanan, bekas leyla, Jasmeen dan yang mangkuk putih tu Addy. itu water dispenser- disyorkan guna ni, air dijamin bersih. murah jer kat Maxi Zoo.


Mahligai tiga tingkat dengan cat carrier king size. ni ler tempat lepak kucing2 tu kat bilik khas diorang ni.

ok, ni tuk kebersihan yer. dari kiri - syampoo, spray parasit, ubat cacing, losyen mata, catnip, dan frontline

syampoo- mandikan kucing tu sebulan sekali pun dah cukup. tapi aku dah TIGA bulan tak mandikan diorang..ok la kan?

Spray parasit- walaupun indoor cat, si parasit malaun furuntula tu asyik nak kacau jer kucing aku. ni Ayie punya actually, tapi aku pinjam jap.

Ubat cacing- yang ni sangat berguna, rahsia kucing yang gembira!

Losyen- lepas diorang berak dan seminggu sekali mata diorang kena lap, baru bersinar macam mata aku.

catnip- ni 'dadah' kucing. semburkan pada permainan atau tilam diorang, nescaya mereka akan terus terlentuk.

frontline- ubat kutu. semua tuan kucing kena ada ni.


ni makanan kucing2 tu. sebulan dalam 14 euros tuk tiga ekor.


ermm, mesti ada yang kata aku macam melampau2 bela kucing beli tu ini la. haha, lantak kau la labu. kucing2 ni la teman2 aku. tiap hari diorang la yang doakan aku. lerr, bukan nyer mahal pun bela kucing. tak der la pulak aku kebulur tak makan...

hurmm, sayang aku ngan depa ni. Jasmeen, Leyla ngan Addy.

pejam celik, pejam celik, dah besar dah kucing2 aku ni..hehehe!

4 comments:

Hafizah said...

anjut tag ape tu eh. ahaha dh lame aku xbukak blog. btw selamat berpuasa. semoga dpt all the benefits and goodness out of this holy month.

anumz sarah said...

Lengkap. Rasanya anum pun x selengkap tu layan Oden ngan Kechik.^^

p/s: Asik tgk gambar kucing.Makhluk Tuhan yang ini comel2 betul la....(tuan kucing sila jgn perasan!)

biskott said...

aku tak ada berus2 bulu kucing aku. kejamkah aku?
huwaa.

anjut said...

pizah--owh, sudah agak lewat utk kau membayar utang itu!hehe!kau dah g jepun lum?ke kau sambung kat US gak?atau kau dah start kerja...ishh tikus kecil...

anumz- hehe, ni la yang berlaku bila anda kesepian dan hanya ditemani tiga makhluk halus...huhu. btw, kalau nak ckp pasal tuan dia pun leh gak..silakan.huhu!

biskott- kejam la biskut. cepat naik beskal pegi kedai cepat!kalau tak aku repot SPCA.