Friday, September 11, 2009

Manusia itu bukan Tuhan

Manusia, kalau merasa diri bagus, sentiasa anggap orang lain rendah.

Manusia, kalau merasa diri paling berjasa, sentiasa anggap orang lain berhutang.

Manusia, kalau merasa diri sendiri paling berfalsafah, sentiasa anggap orang lain tak bertamadun.

Manusia, kalau merasa diri paling berkuasa, sentiasa anggap orang lain seperti tikus-tikus kecil.

Manusia, kalau merasa diri paling kaya, sentiasa anggap hati boleh dibeli dengan harta.

Manusia kalau merasa diri mulia, sentiasa anggap orang lain berdosa.

Manusia kalau merasa diri paling pandai, sentiasa anggap orang lain jahil.

Manusia kalau merasa diri paling banyak masalah, sentiasa anggap Tuhan tak adil.

Manusia kalau tak pernah bersyukur dan sedar, memag macam tu....


tapi


Kalau manusia itu sedar kenapa orang lain bertindak sebegitu sebegini pada dia, mesti dia boleh berfikir dan memahami.

Kalau manusia tu cerdik mesti dia berupaya memahami setiap baris tanpa mengubah maksud asal.

Kalau manusia tu merendah diri, dia tak akan berkata walaupun dalam dirinya sendiri bahawa dirinya la paling sempurna.


tapi

itu cuma kalau...

hakikatnya manusia itu menjadi hakim. hakim yang suka menghukum. hukuman yang kejam. sedangkan Allah Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Hasbi Allah fi kalbi. Hasbi Allah ma'ahi. Hasbi Allah fi hayati....

Cukup la bagiku Allah dihatiku. Cukup la bagi ku Allah bersamaku. Cukup la bagi ku Allah didalam kehidupanku.

Manusia itu bukan Tuhan!

*mengadu la pada Allah, Dia akan membantu...mengadu pada manusia, hanyalah harapan palsu.

1 comment:

icejuliette said...

bce n3 dr en.anjut nie byk yg bg sy gse keinsafan.. sy pngil en.anjut yup??? bleyh??