Sunday, September 13, 2009

mandikan anak-anak dara dan teruna aku

Salam semua, harini aku nak tunjuk cara-cara aku mandikan dua anak dara dan sorang teruna kat rumah aku ni. sebenarnya dah dekat 4 bulan aku x mandikan diorang, sejak aku gi Mesir dulu sampai malam semalam. tetiba aku dirasuk semangat rajin, so, apa lagi?jom membasahkan diri bersama makhluk kesayangan!

Peralatan yang diperlukan, gayung, stoking kaki (huh?nak wat apa?), syampu kucing, losyen kucing, paper toilet, dan tuala (perlu ke aku cakap yang towel kucing aku harganya RM135?so tuan dia punya towel sendiri mahu ingat la yer!hahaha!), juga bath tub kalau tak der besen besar.


Sediakan air bergayung2, air mesti suam, kalau tak kucing mengigil macam kumpulan giegiel. Elakkan bunyi tap water atau shower sebab ada kucing yang takut macam si Addy (harap je jantan...).

kemudian serkup kepala kucing anda dengan stoking. yer aku tau ni kejam, tapi untuk menenangkan dia, perhatian, diorang dah tak mandi 4 bulan, so macam benda baru bagi diorang. pastikan kucing bleh bernafas.

jirus air dari gayung bermula dengan ekor ke kepala.

letakkan syampu, dan gosok perlahan.

bilas dengan air suam juga, pastu cepat2 amik towel yang dah dituamkan (aku letak kat atas heater sebab aku x der hair dryer).

lap dengan perlahan, jangan lupa cabut stoking tu, kang pengsan kucing kau.

ok dah siap!
pastu ambil losyen, sapu pada bulu2 dia dan mata dia, serta celah2 taik telinga dia.

sekarang kucing anda dah wangi dan segar!

Jasmeen ni muka mcm kena rogol jer..lek rrr, mandi jer pun...


Leyla memanjat terus keatas para2 sakura, dia ingat dia tu kain ke leh kering atas para?


Si Addy bucuk, pun nak manjat gak, tapi dia gemuk sangat...


tengok la anak dara aku dua ekor ngan teruna tu, dah kering, wangi pulak tu. macam ni orang datang umah tak der la aku malu.kalung Leyla tu dia tak bagi bukak, kalau aku nak bukak jer dia bunyi...ada jin ke apa kalung tu?Jasmeen makin cantik aku tengok, dia semakin pandai..pening pala.. si Addy ni, nakal, dia ingat dia kecik lagi agak nya...

aishhh, jaga kucing2 ni macam terapi, korang tau tak, macam nak gila kalau duk sorang2 kat negara asing ni. so nak elakkan rasa kesepian, cari la teman...dan alhamdulillah, kucing2 aku ni (satu kucing angkat) sangat pandai dan watak diorang beza2..mengenangkan aku pada anak2 saudara aku...Paling suka lepas bulu diorang kering, diorang terus tertidur dekat atas alas tidur diorang yang diimport dari Italy tu (hahaha!perlu ke aku tulis nama negara?). sayangi la haiwan kerana anda pasti akan menjadi kekasih Allah.

4 comments:

Norita Azrin said...
This comment has been removed by the author.
Norita Azrin said...

stokin dijadikan umpan rupanya.. hak3...~ =P

awatif 'adilah atan said...

mesti ko kasik mandi sbab aku nk dtg kan...?? owh, ye ke syg haiwan jadi kekasih Allah...

anumz sarah said...

*Oden dipaksa menengok gambar sbb anum angkat dia depan laptop.

Oden thought: Eh? apasal serupa je mcm aku mandi???

Aku: Hehe...