Tuesday, September 8, 2009

kisah pokok pelam

09/09/2009 pelik kan tarikh ni?bukan pelik, tapi cantik la.bila lagi nak number mcm ni?tapi jangan jadi number 999 dah ler.

dapat mesej dari Malaysia. kak Ijah...ermm, lama tak berbual dengan dia..dengan kak Ngah pun aku jarang berbual. mesej biasa tanya khabar. aku khabar baik je la akak. biasa jer hari-hari. bangun, gosok gigi, sembahyang, bagi Leyla, Jasmeen dan Addy makan, ushar2 suratkhabar online kejap (aku dah malas nak tengok blog orang lain...), sekarang ni tak der kelas, sambung tidur balik. kalau budak2 bujang tiga orang tu ajak buang2 masa dalam bas pegi sana sini mcm bisnessman, aku ikut jer diorang. dah malam tidur balik. biasa jer.huhu. jarang aku buat benda yang luar biasa.

----------------------------------------------------------------------------------------------
aku tengok dekat luar rumah aku, pokok-pokok dah start tukar kaler daun dia. dulu hijau, pastu warna warni...nanti tak lama lagi aku tau dah...mesti daun-daun tu luruh dan mati. tinggal dahan-dahan dan ranting-ranting yang tersenguk2 menahan jatuhan salji putih bersih. nak je aku tulis surat kat semua pokok-pokok tu "korang ni tak penat ke nak tukar2 daun jer sepanjang masa?rimas aku tengok..cuba jadi mcm pokok2 kat Malaysia tu, hijau jer memanjang". tapi aku tak buat la, samada orang kata aku gila, atau daun-daun tu akan reply "gua punya suka la!".hahaha!

aku fikir, hidup jadi pokok ni kadang2 sama dengan kehidupan kita. ambil contoh pokok mempelam sebelah umah aku dulu (dah arwah dah--kalau binatang or tumbuhan mai kita adress dia as apa huh?). pokok dia bukan main besar dan gah. tapi selama bertahun-tahun tak berbuah. yang ada pokok2 orkid yang mak aku gantung2 kat situ. tiap kali mak sapu laman rumah, mesti ayat ni jugak yang keluar "engkau ni pelam, buat makan ruang jer, kalau kau tak berbuah jugak ini tahun, aku takik kau sampai mati.". tiap hari dan waktu itu la ayat yang mak ulang. selaku anak kecil, aku hanya jadi pemerhati bebas.

sampai satu masa, emak amik parang dan suruh abang Anep takik2 pokok tu. "kita buang kulit dia, biar tisu2 dia tak dapat amik air" kata mak. dengan harapan pokok tu mati dan lansung mudah tuk di'segerakan jenazah' nya.

ajaib bin pelik. pokok itu macam mengerti. bagaikan banduan di tali gantung, seolah2 dia nak ucapkan satu amanat "aku minta maaf pada puan Rahilah sekeluarga, walau umur ku belasan tahun, tapi tiada sebutir buah pun aku hadiahkan pada kalian. susah payah jer kalian membaja dan menyapu daunan aku. untuk yang pertama kali dan terakhirnya, aku hadiahkan satu musim buah sebagai membalas budi kalian". emak aku pun terkejut, pokok mempelam yang berumur berapa belas tahun tu akhirnya berbunga. dari bunga timbul kudup2 kecil buah yang kelak akan jadi butir2 mempelam yang besar dan manis.

berjamu la kami dengan buah-buah itu. arakian segala isi rumah berarak menuju teratak buaian dibawah perdu pokok tu untuk berpesta-pesta buah sekehendaknya. "yang gemok datang bergolek, yang kurus melayang diangkasa, yang kurap mengekor angin, yang kusta berkelubung sutera". ermm, emak aku ibarat Ratu Galuh Cendera Kirana, isteri Sultan melaka yang dari Kurippan tu. segala arahan dia kami ikut.

"emak nak korang tebang jugak pokok ni. tahu pulak dia nak amik hati kita dengan buah yang lebat2 ni" emak bertitah.

parang diambil. satu palu, dua belah...tiga palu, sembilan belah...sampai la keseratus satu palu, batang mempelam itu tak terputus jugak. punya liat nyawa yang dipinjamkan Dia.

dalam pada pokok tu menahan sakit, aku macam terdengar dia merintih "jangan bunuh aku...tidak ke kalian merasa, bila aku hilang nanti rumah 20 jalan Tapah, Taman Ayer Hitam ni akan panas?tiada penaung?". dalam cerita sebenar, aku yang masih disekolah rendah tu nangis, sebab memang itu yang aku rasa. pokok itu meminta simpati...

kawan baik ayah, pakcik Nyet (dah arwah dengarnya) dipanggil tuk upacara membuang belahan-belahan pokok tu. habis segala mak nenek cucu piut dedaunan dan batang pokok tu dibuang. yang tinggal hanya sebuah tunggul.

benar seperti yang aku sangka. rumah kami rasa panas. tak der lagi pohon besar jadi penaung panas dan hujan lebat. setiap hari aku rasa aneh. sayu melihat tunggul tu. emak pun ada cakap 'kesian pokok pelam ni..dia dah hilang, rindu pulak kita...'. apa nak buat?nasi dah jadi bubur.

itu la kisah pokok mempelam yang aneh dirumah aku. sehingga kini masih kelihatan tunggulnya.

kan aku dah cakap, manusia ni pun macam pepohonan juga. bila kita 'berbuah lebat', semua orang sayang. orang hanya pandang pada 'buah', tapi tak tahu, dedaunan kita pun berguna juga...semoga kita menjadi sepohon pokok yang bermanfaat pada semua.insya'allah.

*hairan pada orang vegeterian, macamana mereka boleh anggap pokok tak bernyawa?

3 comments:

JHaZKiTaRo said...

hahah.. cerite yg best.. eh.. rumah ko jalan tapah eh?? same laa ngan rumah aku.. tapi rumah aku no 15 jalan tapah.. hih

biskott said...

kurippan..hahaha

anjut said...

jhaz- haaaa??jangan2 kita ni berjiran!owh tak mungkin!15 jalan tapah adalah rumah Cik Usman menantu Usop kaya!hahaha!

biskott- mesti kau teringat 'patung dari kurippan' kan?hehe!