Monday, September 7, 2009

diperut bersendirian, dikubur pun bersendirian...

salam semua,

terlebih dahulu aku minta maaf pada readers yg setia, coz semenjak dua menjak haritu aku terpaksa invisible kan blog aku ni. dan mintak maaf pada yg YM aku tak reply, coz aku pening pala nak jawap apa. kalau korang sedar, chatbox kat tepi tu pun aku buang, ni semua gara2 manusia-manusia yang menganggu gugat ketenteraman aku. (satu pesanan aku, blog adalah bersifat individu, kalau suka baca, tak suka berambus, x der orang paksa pun. orang-orang kat sini bertujuan tuk berkongsi-kongsi ilmu dan berbincang.kalau sakit otak, jangan datang sini, pergi ler jumpa mana2 dukun atau pawang atau apa2 je la. kalau setakat nak menyiasat perihal hidup aku, baik email jer terus kat aku, berapa kali aku berak sehari pun aku leh jawap. ada paham?ke nak aku tulis dalam bahasa jawa???and 1 more, kalau nak ayat2 yg sopan santun, go check other ustaz's blog. clear?) . Kepada manusia-manusia yang waras, blog ini akan terus berjalan. 'sekeping hati dibawa berlari...' akan terus berlari walau badai yang akan menimpa. hehehe!


cut the craps! not crab, crab is ketam.ada paham?
-----------------------------------------------------------------------------------------------

qu'est ce que la vie? C'est le commencement de la mort! - apa itu kehidupan? ia adalah permulaan sebuah kematian!--- ini adalah bait2 lagu yg selalu terngiang2 kat kepala aku. lagu ciptaan Jean-Paul Berube, lecturer dari Kanada.

ia benar? kehidupan adalah permulaan kematian? betul. lupa ke Surah ‘Ali Imran ayat 180 tafsirnya :“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati”.


korang dah tengok final destination? tak kira la yang 1, 2, 3 atau 4 punya. (esok nak tengok yang ke-4) meseg dia hanya satu. baris surah 'Ali Imran ayat 180 tu jugak. walau mereka terselamat dari kematian, diorang akan diburu malaikat maut jugak. heh, honestly, filem ni membuatkan rasa takwa aku pada Allah makin tingkat (pelik kan?filem hollywood meningkatkan takwa seseorang?yer la, lepas tgk filem ni aku rasa dah nak mati jer...)

walau seekor plankton yang tergedik-gedik dalam lautan nan membiru pun takkan lepas dari kematian. setiap hari malaikat maut akan menjenguk kita paling kurang 70 kali. jangan ditanya adakah Izrael sempat tuk menjenguk 6.783 billion penduduk dunia ini, itu kan urusan Allah.

wah?pehal aku cakap pasal mati pulak ni?sekadar mengingat2kan.

ermm..kalau la TAK dikira dosa yang aku lakukan (dan semoga semua telah ditebus..insya'allah), aku rasa aku dah sedia untuk kematian. sebab dunia ni menyakitkan...makin kita bertapak, makin banyak duri yang kita pijak. kalau bukan kita yang terpijak, duri tu yang menyambar. manis tu ada, tapi orang kata kalau terlalu manis pun leh jadi racun. bahaya kan dunia? menjaga hubungan sesama manusia tidak semudah menjaga hubungan dengan Tuhan. Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengampuni. sedangkan manusia?jangan nak tipu aku, takkan sebesar taik lalat pun korang tak der perasaan benci dan sakit hati kan?

dan aku rasa, kematian juga la penamat segala masalah (itu pun kalau kau tak kena seksa kat kubur ngan akhirat nanti). macam ada lawak sorang cikgu tu masa aku kata aku sakit kepala, so tak leh pergi prep petang, dia cakap "kalau awak tak nak sakit kepala, potong la kepala awak, nanti tak sakit2 lagi".

ermm..cuma kalau aku mati, kesian pulak mak ngan ayah aku... bukan aku tak percaya pada adik beradik yang lain, tapi hati ni tak puas kalau bukan diri sendiri yang tak buat. kucing-kucing aku?yang aku anggap macam anak-anak aku?siapa yang akan bagi diorang makan, dan peluk diorang kalau diorang sejuk? dan manusia-manusia sekeliling aku yang kami pernah berjanji untuk bersama selama-lamanya?jangan-jangan aku mati pun lupa dibacakan fatihah. masing-masing ada komitmen sendiri, aku harap roh dan jasad aku memahami.

sorry la kalau entry kali ni suram dan kelam. tapi tu la, siapa tahu kan?ajal maut ditangan Dia. dan satu yang pasti, nanti kita semua mati dan dalam kubur sendiri. we born alone, we die alone.

ok la cukup la sampai disini. nanti kalau ada masa lain, kita jumpa lagi. salam hormat semua!

3 comments:

HudaBanny said...

panas betul..
hehehe...
blog ni biasa la anjut...kdg2 org mengata kita dalam blog sendiri..
kita wat blog untuk kita...org lain nak baca, bacalah...ni sampai nak kutuk2 nak wat apa...
sebelum mengata org, diorang ni tak pandang diri sendiri..
akak pon dah kena dulu...
Nak kata akak maafkan mcm susah aje..
sbb kata-katanya yg 'agak' melampau..apapun, biarlah..

JHaZKiTaRo said...

hahaa.. rileks2.. manusia ni biase laa.. mmg sedaaaap sgt mengata org.. bile org mengata diri kite balik, mule laa nak gelabah.. hihhi.. sabar je laa.. aku pun pernah kene jgk dulu.. buat taktau je.. anyway, nice entry.. menginsafkan..

aku pun ingat nak tgk gak final destination 4 minggu nih.. teringat lagi time tgk final destination 2 kat dublin dulu.. takut gile nak berjalan balik rumah lepas habes tgk crite tu kat cinema.. hih..

anjut said...

kak huda- betul apa yg kak huda cakap tu. kadang2 kita cuba puaskan hati semua org, tapi last2 kita pulak yg terseksa. tak berbaloi tuk 'korbankan' diri tuk sesuatu benda dan anggap tu je la final destination kita. padahal banyak jer benda lain yg kita leh buat tuk kebaikan diri dan org lain. for ages kita jaga hati orang, bila pulak orang nak jaga hati kan?

jhaz- merci tuk bagi kata2 semangat tu. huhu, lagi la org mcm kau, dah pergi merata2 dunia, kalau aku jadi kau, mati pun tak nyesal coz dah merasa semua benda..huhu..btw, cerita final destination tu mmg mengusarkan.huhu!