Tuesday, September 15, 2009

aku bukan anti hari raya, no no no no!

ishh, bosan la. kenapa org lebih2 kalau nak sambut raya?rileks sudah ler...

wajib ke beli baju baru berpasang2, bakar kuih bertalam2, pasang pelita macam TNB dah bankrap? bershopping itu ini macam esok nak kiamat, balik kampung berpusu2 (macam lah hari lain kau tak kena jengok mak bapak kau?),nanti hasilnya, masing2 banding membanding pastu jadi ngumpat...membazir membazir membazir dan membazir!!!dosa dah.

lagi aku geli kalau tengok lagu2 raya kat youtube ada budak2 yg study obersea ni tulis : cth "ehh, rindu nyer beraya kat kampung, kesian la kitorang yang dekat Paris, France ni...bila la leh makan rendang."mengada2, kalau nak beraya jer, tak yah la gi obersea pastu dah tau nak g obersea tu belajar2 la masak.hampeh teremo pulak aku ni ha.

ehh, bukan aku jeles tau, x der maknanya. tapi cuma aku menganggap benda ni terlampau dikomersialkan.

hari raya ni tuk orang tua ngan budak2 jer, so jangan la nak over2. did i mention "orang tua" dan "budak2"?maksudnya remaja2 ni tak wujud, lepas jadi budak2 jangan nak berfoya2, dewasa sikit. ni remaja tau lepak la, bowling la, clubbing la (budaya kat Malaysia yang aku rasa orang2 gerengis jer buat), buang waktu. cuba gi masuk kampung ke masuk hutan ke masuk sana sini timba ilmu. kan bagus..

*semalam aku ke pasar lambak (jangan kau ingat kat sini tak wujud) tuk cari langsir. bukan sebab nak raya, tapi sebab pasar tu memang wujud sebulan sekali dan barang2 dia murah nak mam, so aku beli la. nak tau kad diskaun aku apa? "Salam monsieur, c'est bien ce truc la, vous avez la reduction grace a Ramadhan al-Kareem?" (salam encik, bagus betul benda ni, awak ada potongan sempena ramadhan yang mulia ni?- secara logiknya diorang terkesima melihat budak2 asia yang jarang ditemui disini beragama islam, so kagum la.hahaha!). terus dapat potongan harga lima euros!

tapi aku suka hari raya juga sebab aku leh tengok iklan raya, aku dapat cuti, dan aku dapat berkepit bawah ketiak mak ayah aku.

cuma aku sedih...ramadhan nak berakhir..sempat ke kalau aku kejar?hurmm...kalau tgk buku rekod amalan, aku rasa 10 malam terawal yang aku bersungguh2, tapi 10 malam terakhir ni banyak sgt benda kena buat (again, bukan persiapan raya!).

bertemu ke kita dengan ramadhan berikutnya?hurmm..wallahualam...

*entry sedikit cacamerba, ni semua disebabkan komersial2 hari raya ni.