Saturday, September 26, 2009

selamat hari raya!

salam semua,

lupakan semua derita, lupakan semua sengsara, lebaran sudah tiba, ramadhan sudah berlalu dengan pilu (2nd time aku puasa penuh!hahaha!syukur alhamdulillah), kini tiba la masa nya kita raikan simbol kemenangan ini bersama-sama.

pada hari raya pertama, wilayah Besancon menganjurkan rumah terbuka untuk pelajar-pelajar malaysia bahagian Timur Perancis. lebih seratus orang hadir dalam majlis yang berwarna warni itu (seriously sebagai ketua tuan rumah, aku penat nak mam...). tahun ni juadah dikurangkan (kuragkan pun, still aku nampak macam nak bukak restoren!)bilangan nya untuk mengelakkan pembaziran, walaubagiamanapun tetap meriah.


pada malam raya, kami berkumpul beramai-ramai di rumah Hannah, Maman, dan Ain utk bertakbir.

tengok la anak dara-anak dara ni, bukan main,kalau nampak kamera terus terliang liuk.penyakit!

haha, satu2 nya gambar malam tu yang diluluskan sirim untuk ditayangkan.



lepas bertakbir, cantik ke tak cantik ke, korang kena siang benda2 nak masak tu. punya la rajin budak2 ni, dengan serai2 semua di blander. last2 aku nyer ayam masak merah tak der serai tak der halia.ishhh!papepun, teria kasih diatas kerajinan kalian!haha!

pelajar lelaki


sebenarnya petang tu, kami dah start bakar satay. mesti la resepi rahsia, tapi jintan manis tak der jual kat sini. so, satay tu rasanya maca percik2 jer (kau ingat satay kajang sedap ke?ni tanya orang yg dah lima tahun duk kajang)


teka aku yang mana?hantarkan "teka" ke 2212!



maka rumah pun terbuka!



as korang ingat korang cun, aku curi gambar ni heh.

kelas aku!

ada taik anjing semua kat rumput tu pun diredah jer, asalkan bergaya.


skumpulan 'putih'?hahaha!


kejap2, kita iklan kejap, anak2 aku pun nak interframe!hahaa!diorang penat sbb ada org dtg beraya jer setiap hari.







kemudian, selepas rumah terbuka rasmi tu, terbuka la rumah-rumah yang lain secara kecil-kecilan dan berturut-turut, maksudnya aku dah save makanan kat umah aku berapa hari dah?hahaha!i like!



kucing jalanan yang besar mcm hantu!


tiga generasi


asma berposing, sbnrnya nak tangkap gambar set nasi kerabu tu jer (btw semah, kuzi kau sedap la!terbaik!)

berjalan-jalan raya (terima kasih cik Zaty penaja baju hahaha!)

nisha bermata kucing!


lepak2 raya!

hehe, smart tak aku?tapi persekitaran tu spoil, ngan tetiba ada mcm muka badut interframe, pastu si Gowan ni, kalau bergambar tak pernah nak pandang kamera, pastu kau jangan komplen gambar kau tak banyak!






hahaha!itu la dia cerita pasal raya. walaupun berada jauh di perantauan, kesedihan tu terubat dengan family besar disini. nak beraya dengan family angkat, tapi nak diangkutnya aku ke England, banyak cantik (dah ler raya pertama pulak tu). dan kepada keluarga di Malaysia, kalian tetap dikenang....





*owh yer, ada gambar2 tu yang diambil dari FB kak piah, ina, kuku, nisha etc..thanks ler.



Thursday, September 24, 2009

Aminn ya Rahman...

O Allah, how i wonder if they could understand 'pain' as easy as they spell it...Allah, my source of strength, lighten the way to which m heading... send my regards to my beloved parents, and those who love you more than themselves... vanish all fitnah and jealousy around this shoulder, and give the 'nur' and protection to those who seek your refuge.. aminn ya Allah, ya Rahman, ya Rahim...let these hearts unite or run freely under your 'redha'...ya Aziz...ya Jabbar...


Wednesday, September 23, 2009

the kingdom

I called the Queen, she did miss me so much, so did I (fine, after 1 month of isolation and communication breakdown). Bundle of questions came out from this not-really-outspoken mouth. On the other side, the wrinkled King said he’s 75% well (where the hell 25% goes?).

New update from the Queen, everyone’s happy during ‘end of starvation festival’ despite my absence (again the graph shows 67% of favourable feelings, means the atmosphere’s just so-so). At first, I’m not excited to dig the story (or should i say ‘rumours’) that spread around the Kingdom. Right after the Queen passed a regard from a duchess (so she thinks she really is!), i was prone to investigate the whole ‘fairy tales’. The phone was handed to Giza’s minister. Then the story commences. Voila! Encore les malheurs, et elles ne dissent que les bêtises! Why ‘elles’, coz basically they are couplet feminine entities! the duchess with her very sensitive feelings and who refused to understand the ‘plays’ starts to make a very childish conclusion. Fuhh, in fact, there’s nothing to do with her, only the Grand Duchess who started those catastrophes. Then, i cut the line, forgot to say ‘au revoir’ .

For God’s and blood’s sake, i was about to forget everything and start the new chapter, but after what i had been told, just FORGET it! And i will never hesitate to raise my middle finger to them if they keep on telling their stupid ‘fairy tales’ to the whole clans. Not to forget, the OUTSIDER who tried to sort the problems out, but actually messed them brutally with another dumb-ass stories!cilakak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

jangan kesian

ketika insan lain bergembira, aku diam memendam rasa...

menatap kalian bergembira, sudah cukup untuk hidup ku lebih bermakna.

jangan kesian kat aku, sebab derita ni sekejap jer. lepas ni, dunia akan berputar balik diatas paksinya. yakin la...

Thursday, September 17, 2009

semoga kita dipertemukan lagi...


Salam semua,

aku pernah katakan yang aku membenci hari raya yang disambut berlebih-lebihan. tapi hakikatnya, lebaran itu la peluang untuk aku berjumpa kaum kerabat sementelah semua bercuti pada waktu yang sama.

Tahun ini, genap dua tahun aku tak berjumpa wajah-wajah yang aku cintai. Kalau dulu aku antara manusia yang paling sibuk tuk memastikan kelancaran hari raya dirumah aku, kini aku terkenang-kenang andai ada orang dirumah yang mengantikan tempat aku. objektif cuma dua, memuaskan hati semua orang dan melihat mak ayah tersenyum sepanjang aidilfitri.


ya Allah, pelihara la wajah-wajah dan hati-hati ini...kirimkan salam rindu aku pada mereka...



genap dua tahun juga aku tak cium pipi mak ngan ayah aku. Walaupun tiada adat bersalam-salaman di pagi raya di rumah kami, aku tetap mencuri-curi meminta ampun maaf dari mak dan ayah. entah kenapa, jika pipi ini bertemu dengan orang-orang yang aku cintai itu, rasa tenang dan terhapus dosa-dosa yang terdahulu. keramat ayah bonda...

juga untuk sekian kalinya aku akan merasai rindu yang amat mencengkam kepada anak-anak buah ku... melihat keletah mereka, bermain dengan mereka dan setiap peluh yang terhasil ketika melayan mereka adalah satu kepuasan yang aku tak terucap. Pak Anjut sayang kalian...cuba kalau satu hari nanti kalian lupakan pak Anjut, benci atau dendam dengan pak Anjut, tahu atau tidak, sehingga mati pak Anjut akan sedih. kalau ada pun salah faham yang berlaku, kalian bukan la mangsa nya. kasih sayang ni tak pernah berubah... sayang peluk cium dari pak Anjut.

Mungkin lebaran kali ini rakan-rakan aku yang berada dikejauhan sudah lali bila susuk aku tak der bersama mereka, apa2 je la. tapi dari jauh, tetap aku doakan kalian mengambil berkat bulan mulia ini. juga kepada Mardziyah, doa-doa la cepat masa berlalu.

rakan-rakan disini, raya kali ini pasti berbeza... tidak semeriah tahun lepas, bila kita selalu berbuka bersama, beriadah bersama, berjengket-jengket ke masjid bersama-sama. semua tu macam kusam untuk tahun ini. rasa serba salah bila mengenangkan keputusan aku pindah ke bandar. rindu tu tetap ada tapi kita kena belajar hidup dalam pelbagai situasi, kalau takut berpisah bila graduasi nanti, sebenarnya ada lagi satu perpisahan yang paling besar, -maut-. sebagaimana rasa pilu bila ramadhan meninggalkan kita, macam itu la perasaan ini.

diharap emak ayah, kakak-kakak dan abang-abang, adik wawan, anak-anak buah (pak Anjut rinduuuuu sangatttt), sanak saudara dan sahabat taulan semua memanfaatkan peluang berhari raya kali ini.

untuk emak dan ayah, bukan kita tak nak telefon, tapi masa tak mengizinkan...kalau selepas ini pun tangan cuba mendail, nescaya berderai la air mata. anak mak ngan ayah ni bukan gembeng, tapi sekuat Badang pun, rindu pada kalian akan menundukan ego ini...

setiap waktu tak pernah sama. hari ini, esok, atau semalam.

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin!



Tuesday, September 15, 2009

Kalau Tuhan Dikenali



Kalau Tuhan Dikenali
Album : Sembahyang Membina Peribadi Agung
Munsyid : Mawaddah



Kalau Tuhan kita kenali
Kasih sayang dan peranan-Nya
Kalau Tuhan kita fahami
Keagungan dan kekuasaan-Nya

Kalau Tuhan kita rasakan
Betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya
Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya

Kalau Tuhan dikenali
Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja kerana-Nya

Cintakan Tuhan, Cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan
Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah Pengurus seluruh keperluan kita
Kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta pada-Nya
Kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya
Cintakan Tuhan cinta yang abadi

aku bukan anti hari raya, no no no no!

ishh, bosan la. kenapa org lebih2 kalau nak sambut raya?rileks sudah ler...

wajib ke beli baju baru berpasang2, bakar kuih bertalam2, pasang pelita macam TNB dah bankrap? bershopping itu ini macam esok nak kiamat, balik kampung berpusu2 (macam lah hari lain kau tak kena jengok mak bapak kau?),nanti hasilnya, masing2 banding membanding pastu jadi ngumpat...membazir membazir membazir dan membazir!!!dosa dah.

lagi aku geli kalau tengok lagu2 raya kat youtube ada budak2 yg study obersea ni tulis : cth "ehh, rindu nyer beraya kat kampung, kesian la kitorang yang dekat Paris, France ni...bila la leh makan rendang."mengada2, kalau nak beraya jer, tak yah la gi obersea pastu dah tau nak g obersea tu belajar2 la masak.hampeh teremo pulak aku ni ha.

ehh, bukan aku jeles tau, x der maknanya. tapi cuma aku menganggap benda ni terlampau dikomersialkan.

hari raya ni tuk orang tua ngan budak2 jer, so jangan la nak over2. did i mention "orang tua" dan "budak2"?maksudnya remaja2 ni tak wujud, lepas jadi budak2 jangan nak berfoya2, dewasa sikit. ni remaja tau lepak la, bowling la, clubbing la (budaya kat Malaysia yang aku rasa orang2 gerengis jer buat), buang waktu. cuba gi masuk kampung ke masuk hutan ke masuk sana sini timba ilmu. kan bagus..

*semalam aku ke pasar lambak (jangan kau ingat kat sini tak wujud) tuk cari langsir. bukan sebab nak raya, tapi sebab pasar tu memang wujud sebulan sekali dan barang2 dia murah nak mam, so aku beli la. nak tau kad diskaun aku apa? "Salam monsieur, c'est bien ce truc la, vous avez la reduction grace a Ramadhan al-Kareem?" (salam encik, bagus betul benda ni, awak ada potongan sempena ramadhan yang mulia ni?- secara logiknya diorang terkesima melihat budak2 asia yang jarang ditemui disini beragama islam, so kagum la.hahaha!). terus dapat potongan harga lima euros!

tapi aku suka hari raya juga sebab aku leh tengok iklan raya, aku dapat cuti, dan aku dapat berkepit bawah ketiak mak ayah aku.

cuma aku sedih...ramadhan nak berakhir..sempat ke kalau aku kejar?hurmm...kalau tgk buku rekod amalan, aku rasa 10 malam terawal yang aku bersungguh2, tapi 10 malam terakhir ni banyak sgt benda kena buat (again, bukan persiapan raya!).

bertemu ke kita dengan ramadhan berikutnya?hurmm..wallahualam...

*entry sedikit cacamerba, ni semua disebabkan komersial2 hari raya ni.

Sunday, September 13, 2009

mandikan anak-anak dara dan teruna aku

Salam semua, harini aku nak tunjuk cara-cara aku mandikan dua anak dara dan sorang teruna kat rumah aku ni. sebenarnya dah dekat 4 bulan aku x mandikan diorang, sejak aku gi Mesir dulu sampai malam semalam. tetiba aku dirasuk semangat rajin, so, apa lagi?jom membasahkan diri bersama makhluk kesayangan!

Peralatan yang diperlukan, gayung, stoking kaki (huh?nak wat apa?), syampu kucing, losyen kucing, paper toilet, dan tuala (perlu ke aku cakap yang towel kucing aku harganya RM135?so tuan dia punya towel sendiri mahu ingat la yer!hahaha!), juga bath tub kalau tak der besen besar.


Sediakan air bergayung2, air mesti suam, kalau tak kucing mengigil macam kumpulan giegiel. Elakkan bunyi tap water atau shower sebab ada kucing yang takut macam si Addy (harap je jantan...).

kemudian serkup kepala kucing anda dengan stoking. yer aku tau ni kejam, tapi untuk menenangkan dia, perhatian, diorang dah tak mandi 4 bulan, so macam benda baru bagi diorang. pastikan kucing bleh bernafas.

jirus air dari gayung bermula dengan ekor ke kepala.

letakkan syampu, dan gosok perlahan.

bilas dengan air suam juga, pastu cepat2 amik towel yang dah dituamkan (aku letak kat atas heater sebab aku x der hair dryer).

lap dengan perlahan, jangan lupa cabut stoking tu, kang pengsan kucing kau.

ok dah siap!
pastu ambil losyen, sapu pada bulu2 dia dan mata dia, serta celah2 taik telinga dia.

sekarang kucing anda dah wangi dan segar!

Jasmeen ni muka mcm kena rogol jer..lek rrr, mandi jer pun...


Leyla memanjat terus keatas para2 sakura, dia ingat dia tu kain ke leh kering atas para?


Si Addy bucuk, pun nak manjat gak, tapi dia gemuk sangat...


tengok la anak dara aku dua ekor ngan teruna tu, dah kering, wangi pulak tu. macam ni orang datang umah tak der la aku malu.kalung Leyla tu dia tak bagi bukak, kalau aku nak bukak jer dia bunyi...ada jin ke apa kalung tu?Jasmeen makin cantik aku tengok, dia semakin pandai..pening pala.. si Addy ni, nakal, dia ingat dia kecik lagi agak nya...

aishhh, jaga kucing2 ni macam terapi, korang tau tak, macam nak gila kalau duk sorang2 kat negara asing ni. so nak elakkan rasa kesepian, cari la teman...dan alhamdulillah, kucing2 aku ni (satu kucing angkat) sangat pandai dan watak diorang beza2..mengenangkan aku pada anak2 saudara aku...Paling suka lepas bulu diorang kering, diorang terus tertidur dekat atas alas tidur diorang yang diimport dari Italy tu (hahaha!perlu ke aku tulis nama negara?). sayangi la haiwan kerana anda pasti akan menjadi kekasih Allah.

kita saling membutuhi

semalam Bi*anda dan Yu*lia datang ke rumah. Sebab B*ianda tumpang letak barang dekat rumah aku sebelum dia ke Strassbourg (yea yea strassbourg!suka nyer dalam hati!Strassbourg!strassboourg!yahoooo!!!yea yea!minta maaf yer, aku terover excited..sebab Strassbourg adalah antara bandar yang paling aku suka kat sini. best nyer kau pindah ke strassbourg.jeles maaa....nanti boleh aku datang selalooo!). Baik la, mereka bedua adalah dari Indonesia.

Bi*anda sedang mengemas barang nya. jeles ler aku kau pergi strassbourg..


Jadi masa aku tengah tunggu2 diorang mengemas tu, terjadi la satu perbualan. semua nya ada kaitan dengan indonesia dan Malaysia.

Bi*anda : Mejah, kamu dengar kan ribut2 pasal negara kita?

Aku : yup, lerr, buat biasa jer dah la.

Bi*anda : iya, lagi kan kita ni serumpun. orang2 yang buat demonstrasi tu pastinya tiada otak!malu bangat dehhh...

Yu*lia : iya, kita serumpun. malah Indonesia dan Malaysia saling membutuhi...

Aku : haaa? (lambat betul aku tangkap. tapi aku senyum jaa)

Bi*anda : haha!kau tau atau tidak, kalau di Malaysia itu, 'butuh' itu bermaksid tuttttt!

(Bi*anda bersekolah di Malaysia. kat Kolej Tuanku Ja'afar. so, dia leh cakap macam melayu juga. yang si Yu*lia ni, masa mula2 dia tak paham juga aku cakap, tapi lama2 dia dah leh tiru orang Malaysia cakap.)

Yu*lia : owh benar?maafin ya..ayuh kita kemas. (haha!dah malu dah minah ni!)


*pengajaran : kita kena faham budaya orang lain, kadang2 apa yang mereka lakukan atau cakapkan tidak mengapa bagi mereka. jadi kita kena consider la kan. sebab bukan bangsa kita jer yang hidup kat dunia ni. the end.
-masitah (brunei), Yul*ia (indonesia) dan Joyce (nigeria)-serumpun kah kita?ehh, kecuali yang kat belakang tu!hahaha!-pic taken during my besday celeb March 2008.

Saturday, September 12, 2009

hari ni aku bukak banyak colis!jangan marah!haha!

Salam semua!

Hari ni aku dapat lagi 3 colis! haritu dapat 3 colis!banyak nyer colis!!!yea yea yea!!!hari ni dapat tiga colis yang sanGGGAATT BESARR!

haha!'colis' adalah singkatan 'colissimo' merujuk pada bungkusan.

minggu ni aku membeli belah secara online. murah dan memuaskan.

apa yang aku dapat? Multimedia player (Peekton), Handphone LG KP500 (life's great huh?), microwave oven (hampeh ler tunggu org hadiah tym harijadi aku x dapat2, baik aku beli sendiri), cable wayar HDMI (gold plated, aku leh gadai wayar tu nanti!), Bbox internet dan Bbox Tv decoder. semua sekali aku jimat dalam 250 euros!hahaha!bagus kan kepala otak aku yang kecil ni?


tapi aku still menanti LCD TV aku tu...mangkuk ayun la diorang ni, leh pulak bagi email kat aku cakap 'penghantaran lewat', kang aku malas la nak melaser2 dalam telepon tu kang!haritu aku dah marah sekali sebab multimedia player aku diorang hantar lambat, kata tak jumpa alamat, menikus mamat tu (kalau korang buat kerja betul, ada ke org nak bising?tapi kesian ler mamat tu fobia ngan aku, padahal bukan salah dia).

sebenarnya aku bukan ler 'gadget geek' ni. aku anti teknologi, tapi sebab kena seiring dengan orang2 sekeliling, aku terpaksa beli semua tu.hehehe!(henset 3310 dah masuk muzium belum?)

ermm, itu jer la, sekarang ni dalam waiting list aku - iPod touch 16 gig, digital camcoder, dan tak lupa jam tangan rolex tuk mak ngan ayah aku!(berangan la Rolex!). ini aku kena tahan dulu sebab nak tunggu keputusan 3 Abdul tu samada trip ke Turki atau Maghribi menjadi atau tidak. kalau tak jadi, sekarang ni jugak aku pesan benda2 tu!

Karang nanti ada pulak yang mulut jahat cakap aku ni bershopping jer kat europe ni. ehh?berbaloi la, belajar mcm nak mampus (kalau tak susah, kenapa ada group yang hantar 25 failed 23?) so kira ok la aku 'shopping therapy' ni. lagi pun duit aku, gua punya suka la kan?asal nak dengki pulak?hahaha!

Friday, September 11, 2009

Manusia itu bukan Tuhan

Manusia, kalau merasa diri bagus, sentiasa anggap orang lain rendah.

Manusia, kalau merasa diri paling berjasa, sentiasa anggap orang lain berhutang.

Manusia, kalau merasa diri sendiri paling berfalsafah, sentiasa anggap orang lain tak bertamadun.

Manusia, kalau merasa diri paling berkuasa, sentiasa anggap orang lain seperti tikus-tikus kecil.

Manusia, kalau merasa diri paling kaya, sentiasa anggap hati boleh dibeli dengan harta.

Manusia kalau merasa diri mulia, sentiasa anggap orang lain berdosa.

Manusia kalau merasa diri paling pandai, sentiasa anggap orang lain jahil.

Manusia kalau merasa diri paling banyak masalah, sentiasa anggap Tuhan tak adil.

Manusia kalau tak pernah bersyukur dan sedar, memag macam tu....


tapi


Kalau manusia itu sedar kenapa orang lain bertindak sebegitu sebegini pada dia, mesti dia boleh berfikir dan memahami.

Kalau manusia tu cerdik mesti dia berupaya memahami setiap baris tanpa mengubah maksud asal.

Kalau manusia tu merendah diri, dia tak akan berkata walaupun dalam dirinya sendiri bahawa dirinya la paling sempurna.


tapi

itu cuma kalau...

hakikatnya manusia itu menjadi hakim. hakim yang suka menghukum. hukuman yang kejam. sedangkan Allah Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Hasbi Allah fi kalbi. Hasbi Allah ma'ahi. Hasbi Allah fi hayati....

Cukup la bagiku Allah dihatiku. Cukup la bagi ku Allah bersamaku. Cukup la bagi ku Allah didalam kehidupanku.

Manusia itu bukan Tuhan!

*mengadu la pada Allah, Dia akan membantu...mengadu pada manusia, hanyalah harapan palsu.

Wednesday, September 9, 2009

perbezaan kita

salam,

semalam kita bercerita pasal pokok mempelam ajaib mak aku. Dan kita pelajari bahawa manusia dan tumbuh-tumbuhan juga mempunyai persamaan. mungkin ada yang tak faham, jadi besabar la, satu hari nanti anda akan faham juga.

untuk hari ini, kita belajar melukis pokok pula. POKOK lagi???baik la, ambil sebatang pen atau pensel dan sehelai kertas. sila lukis gambar pokok.


dah siap?mari kita tengok, macamana bentuk pokok anda?


ujian pokok ini aku pernah buat dengan budak-budak kelas aku dalam kelas 'semiologie' bersama Mme Jossette Gaume.

Menurut beliau, cara kerja dan pemikiran kita bergantung pada budaya dan kebiasaan kita seharian. sebagai contoh, cara pemakanan kita yang berbeza-beza. orang perancis yang suka 'membazir' pinggan mangkuk, orang jepun yang menggunakan pengepit, sehingga la sesetengah rakyat di asia menggunakan tangan. Ia hanya berubah2 bila berlaku pertembungan atau asimilasi budaya.

mula-mula aku pikir, apa merepek la makcik kat depan ni...mesti la cara makan kita berbeza-beza... dan untuk aku sebagai rakyat Malaysia, aku tak nampak pun perbezaan. yer la, ada masa aku guna sudu, guna pengepit, guna tangan etc...

Malaysia adalah negara 'berkecuali' kerana penduduknya majmuk, dan pelbagai budaya yang dikongsi bersama. jadi untuk melihat perbezaan yang lebih jelas, kami lakukan ujian pokok. hasilnya ialah:


Rakan kami dari Norway dan beberapa negara barat yang lain melukis gambar pokok conifer.

rakan-rakan kami dari Jepun dan Korea melukis gambar pokok-pokok dan ranting halus.

rakan-rakan dari negara bertuah iaitu Malaysia, ada yang melukis gambar pokok kelapa dan ada yang melukis gambar pokok seperti dibawah. mereka yang berasal dari negara-negara afrika juga mempunyai lukisan yang hampir sama dengan orang-orang Malaysia.



bila masing-masing dah tunjukkan gambar pokok yang dilukis (mesti la pokok aku paling lawa, siap ada buah ngan bunga lagi.hehehe!pastu ada sekor burung tengah bertenggek!). kami semakin faham apa yang cuba disampaikan oleh lecturer (sebenarnya tak de la susah nak faham, guna contoh cara makan tadi pun dah boleh faham. cuma manusia ni kena buat latihan 'amali' sikit baru puas hati.)


setiap lukisan mewakili budaya dan geografi setempat. lecturer kami Mme Gaumme pun melukis gambar pokok konifer. Sebab di eropah pokok-pokok jenis konifer ini mendominasi mukabuminya. manakala di jepun, pokok-pokok beranting halus seperti pokok ceri dan plum menghiasi kiri kanan jalan dan hutan. Cuba lihat di Malaysia dan negara-negara beriklim panas. orang-orang Malaysia akan melukis gambar pokok kelapa dan pokok dengan kanopi yang besar.

baik la, sekarang ni cuba kita buat eksperimen lain. Cuba korang suruh orang Belanda yang tinggal di Indonesia, orang Singapura yang tinggal di Sudan, orang Zimbabwe yang tinggal di Britain untuk melukis pokok. dengan syarat tambahan mereka tinggal dinegara-negara tersebut lebih dari setahun. apa akan jadi?

aku cuba buat ujian tu pada hari ni. nak tahu hasilnya apa? AKU TAK TAHU NAK LUKIS GAMBAR POKOK APA!hahahaha!betul!tak tipu!


nampak tak, betapa faktor persekitaran boleh mempengaruhi seseorang. bila aku cakap 'BOLEH' tak bermaksud 'WAJIB', jadi aku harap korang baca dan faham ayat-ayat aku ni betul-betul.


ermm. sampai disitu je la hari ni. dan nak tahu apa?sekarang ni aku cukup rindu dengan bau daun pisang...macamana yer bau dia?hehehe!

Tuesday, September 8, 2009

kisah pokok pelam

09/09/2009 pelik kan tarikh ni?bukan pelik, tapi cantik la.bila lagi nak number mcm ni?tapi jangan jadi number 999 dah ler.

dapat mesej dari Malaysia. kak Ijah...ermm, lama tak berbual dengan dia..dengan kak Ngah pun aku jarang berbual. mesej biasa tanya khabar. aku khabar baik je la akak. biasa jer hari-hari. bangun, gosok gigi, sembahyang, bagi Leyla, Jasmeen dan Addy makan, ushar2 suratkhabar online kejap (aku dah malas nak tengok blog orang lain...), sekarang ni tak der kelas, sambung tidur balik. kalau budak2 bujang tiga orang tu ajak buang2 masa dalam bas pegi sana sini mcm bisnessman, aku ikut jer diorang. dah malam tidur balik. biasa jer.huhu. jarang aku buat benda yang luar biasa.

----------------------------------------------------------------------------------------------
aku tengok dekat luar rumah aku, pokok-pokok dah start tukar kaler daun dia. dulu hijau, pastu warna warni...nanti tak lama lagi aku tau dah...mesti daun-daun tu luruh dan mati. tinggal dahan-dahan dan ranting-ranting yang tersenguk2 menahan jatuhan salji putih bersih. nak je aku tulis surat kat semua pokok-pokok tu "korang ni tak penat ke nak tukar2 daun jer sepanjang masa?rimas aku tengok..cuba jadi mcm pokok2 kat Malaysia tu, hijau jer memanjang". tapi aku tak buat la, samada orang kata aku gila, atau daun-daun tu akan reply "gua punya suka la!".hahaha!

aku fikir, hidup jadi pokok ni kadang2 sama dengan kehidupan kita. ambil contoh pokok mempelam sebelah umah aku dulu (dah arwah dah--kalau binatang or tumbuhan mai kita adress dia as apa huh?). pokok dia bukan main besar dan gah. tapi selama bertahun-tahun tak berbuah. yang ada pokok2 orkid yang mak aku gantung2 kat situ. tiap kali mak sapu laman rumah, mesti ayat ni jugak yang keluar "engkau ni pelam, buat makan ruang jer, kalau kau tak berbuah jugak ini tahun, aku takik kau sampai mati.". tiap hari dan waktu itu la ayat yang mak ulang. selaku anak kecil, aku hanya jadi pemerhati bebas.

sampai satu masa, emak amik parang dan suruh abang Anep takik2 pokok tu. "kita buang kulit dia, biar tisu2 dia tak dapat amik air" kata mak. dengan harapan pokok tu mati dan lansung mudah tuk di'segerakan jenazah' nya.

ajaib bin pelik. pokok itu macam mengerti. bagaikan banduan di tali gantung, seolah2 dia nak ucapkan satu amanat "aku minta maaf pada puan Rahilah sekeluarga, walau umur ku belasan tahun, tapi tiada sebutir buah pun aku hadiahkan pada kalian. susah payah jer kalian membaja dan menyapu daunan aku. untuk yang pertama kali dan terakhirnya, aku hadiahkan satu musim buah sebagai membalas budi kalian". emak aku pun terkejut, pokok mempelam yang berumur berapa belas tahun tu akhirnya berbunga. dari bunga timbul kudup2 kecil buah yang kelak akan jadi butir2 mempelam yang besar dan manis.

berjamu la kami dengan buah-buah itu. arakian segala isi rumah berarak menuju teratak buaian dibawah perdu pokok tu untuk berpesta-pesta buah sekehendaknya. "yang gemok datang bergolek, yang kurus melayang diangkasa, yang kurap mengekor angin, yang kusta berkelubung sutera". ermm, emak aku ibarat Ratu Galuh Cendera Kirana, isteri Sultan melaka yang dari Kurippan tu. segala arahan dia kami ikut.

"emak nak korang tebang jugak pokok ni. tahu pulak dia nak amik hati kita dengan buah yang lebat2 ni" emak bertitah.

parang diambil. satu palu, dua belah...tiga palu, sembilan belah...sampai la keseratus satu palu, batang mempelam itu tak terputus jugak. punya liat nyawa yang dipinjamkan Dia.

dalam pada pokok tu menahan sakit, aku macam terdengar dia merintih "jangan bunuh aku...tidak ke kalian merasa, bila aku hilang nanti rumah 20 jalan Tapah, Taman Ayer Hitam ni akan panas?tiada penaung?". dalam cerita sebenar, aku yang masih disekolah rendah tu nangis, sebab memang itu yang aku rasa. pokok itu meminta simpati...

kawan baik ayah, pakcik Nyet (dah arwah dengarnya) dipanggil tuk upacara membuang belahan-belahan pokok tu. habis segala mak nenek cucu piut dedaunan dan batang pokok tu dibuang. yang tinggal hanya sebuah tunggul.

benar seperti yang aku sangka. rumah kami rasa panas. tak der lagi pohon besar jadi penaung panas dan hujan lebat. setiap hari aku rasa aneh. sayu melihat tunggul tu. emak pun ada cakap 'kesian pokok pelam ni..dia dah hilang, rindu pulak kita...'. apa nak buat?nasi dah jadi bubur.

itu la kisah pokok mempelam yang aneh dirumah aku. sehingga kini masih kelihatan tunggulnya.

kan aku dah cakap, manusia ni pun macam pepohonan juga. bila kita 'berbuah lebat', semua orang sayang. orang hanya pandang pada 'buah', tapi tak tahu, dedaunan kita pun berguna juga...semoga kita menjadi sepohon pokok yang bermanfaat pada semua.insya'allah.

*hairan pada orang vegeterian, macamana mereka boleh anggap pokok tak bernyawa?

Monday, September 7, 2009

diperut bersendirian, dikubur pun bersendirian...

salam semua,

terlebih dahulu aku minta maaf pada readers yg setia, coz semenjak dua menjak haritu aku terpaksa invisible kan blog aku ni. dan mintak maaf pada yg YM aku tak reply, coz aku pening pala nak jawap apa. kalau korang sedar, chatbox kat tepi tu pun aku buang, ni semua gara2 manusia-manusia yang menganggu gugat ketenteraman aku. (satu pesanan aku, blog adalah bersifat individu, kalau suka baca, tak suka berambus, x der orang paksa pun. orang-orang kat sini bertujuan tuk berkongsi-kongsi ilmu dan berbincang.kalau sakit otak, jangan datang sini, pergi ler jumpa mana2 dukun atau pawang atau apa2 je la. kalau setakat nak menyiasat perihal hidup aku, baik email jer terus kat aku, berapa kali aku berak sehari pun aku leh jawap. ada paham?ke nak aku tulis dalam bahasa jawa???and 1 more, kalau nak ayat2 yg sopan santun, go check other ustaz's blog. clear?) . Kepada manusia-manusia yang waras, blog ini akan terus berjalan. 'sekeping hati dibawa berlari...' akan terus berlari walau badai yang akan menimpa. hehehe!


cut the craps! not crab, crab is ketam.ada paham?
-----------------------------------------------------------------------------------------------

qu'est ce que la vie? C'est le commencement de la mort! - apa itu kehidupan? ia adalah permulaan sebuah kematian!--- ini adalah bait2 lagu yg selalu terngiang2 kat kepala aku. lagu ciptaan Jean-Paul Berube, lecturer dari Kanada.

ia benar? kehidupan adalah permulaan kematian? betul. lupa ke Surah ‘Ali Imran ayat 180 tafsirnya :“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati”.


korang dah tengok final destination? tak kira la yang 1, 2, 3 atau 4 punya. (esok nak tengok yang ke-4) meseg dia hanya satu. baris surah 'Ali Imran ayat 180 tu jugak. walau mereka terselamat dari kematian, diorang akan diburu malaikat maut jugak. heh, honestly, filem ni membuatkan rasa takwa aku pada Allah makin tingkat (pelik kan?filem hollywood meningkatkan takwa seseorang?yer la, lepas tgk filem ni aku rasa dah nak mati jer...)

walau seekor plankton yang tergedik-gedik dalam lautan nan membiru pun takkan lepas dari kematian. setiap hari malaikat maut akan menjenguk kita paling kurang 70 kali. jangan ditanya adakah Izrael sempat tuk menjenguk 6.783 billion penduduk dunia ini, itu kan urusan Allah.

wah?pehal aku cakap pasal mati pulak ni?sekadar mengingat2kan.

ermm..kalau la TAK dikira dosa yang aku lakukan (dan semoga semua telah ditebus..insya'allah), aku rasa aku dah sedia untuk kematian. sebab dunia ni menyakitkan...makin kita bertapak, makin banyak duri yang kita pijak. kalau bukan kita yang terpijak, duri tu yang menyambar. manis tu ada, tapi orang kata kalau terlalu manis pun leh jadi racun. bahaya kan dunia? menjaga hubungan sesama manusia tidak semudah menjaga hubungan dengan Tuhan. Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengampuni. sedangkan manusia?jangan nak tipu aku, takkan sebesar taik lalat pun korang tak der perasaan benci dan sakit hati kan?

dan aku rasa, kematian juga la penamat segala masalah (itu pun kalau kau tak kena seksa kat kubur ngan akhirat nanti). macam ada lawak sorang cikgu tu masa aku kata aku sakit kepala, so tak leh pergi prep petang, dia cakap "kalau awak tak nak sakit kepala, potong la kepala awak, nanti tak sakit2 lagi".

ermm..cuma kalau aku mati, kesian pulak mak ngan ayah aku... bukan aku tak percaya pada adik beradik yang lain, tapi hati ni tak puas kalau bukan diri sendiri yang tak buat. kucing-kucing aku?yang aku anggap macam anak-anak aku?siapa yang akan bagi diorang makan, dan peluk diorang kalau diorang sejuk? dan manusia-manusia sekeliling aku yang kami pernah berjanji untuk bersama selama-lamanya?jangan-jangan aku mati pun lupa dibacakan fatihah. masing-masing ada komitmen sendiri, aku harap roh dan jasad aku memahami.

sorry la kalau entry kali ni suram dan kelam. tapi tu la, siapa tahu kan?ajal maut ditangan Dia. dan satu yang pasti, nanti kita semua mati dan dalam kubur sendiri. we born alone, we die alone.

ok la cukup la sampai disini. nanti kalau ada masa lain, kita jumpa lagi. salam hormat semua!

Wednesday, September 2, 2009

pejam celik pejam celik

Salam semua,

semalam hujan, so dengan rasminya Besancon jadi sejuk tahap gaban. pejam celik pejam celik, dah setahun dah aku kat sini. tapi rasa macam singkat jer aku rasa. pejam celik pejam celik, dah sebelas hari kita puasa (11 ke 12?puasa jer la...silap haribulan terlajak2 puasa sampai raya pun aku tak tau..). Pejam celik pejam celik, orang ingat aku gatal buat mata terkebil-kebil tu ha (wahahaha!buat lawak ketawa sendiri!who cares?).

aduish, semenjak dua menjak ni aku banyak lepak kat rumah jer. malas nak pergi Planoise tu, budak2 ni busy jer. aku meseg ke ym ke bukannya nak reply.lantak la korang.lagipun ok jer lepak2 ngn budak2 kat tengah bandar ni. hari hari aku nampak perangai orang yang beragam2 (mcm tengok pertandingan pakaian beragam pulak kat tepi sungai tu..)


semalam aku ke Maxi Zoo beli barang-barang anak-anak aku tu. diorang ni memang ler, aku bagi makan friskies menolak, kena jugak beli Iams tu. x pe la, like master like pets(stick 1 brand!i mean, few brands!hehe!). pastu aku beli sekali ubat kutu frontline tu. memang berkesan, sangat berkesan sehingga habis meja antik aku macam melecur kena titisan ubat tu. kalau tak mati kutu-kutu tu, siap la!aku rebus kucing-kucing aku, sampai mati semua binatang dalam rumah ni.hehehe. aku pun pelik, mana la diorang dapat kutu tu. ni mesti sebab bangunan antik ni, entah abad mana punya parasit pun ada lagi.

haa, mesti ada yang tertanya-tanya macamana aku jaga si Jasmeen, Leyla dan Addy.

bahan-bahan yang diperlukan:-

yang kotak putih tu toilet Jasmeen ngan Leyla, yang biru tu si Addy punya. bahan isian dia yang dalam beg kertas tu. Bajet- sebulan 7 euros +-


berus2 ni sangat berguna. sapa bela kucing tak de berus2 ni, memang kejam ler. yang double sided tu khas tuk persian. yang kaler merah tu tuk manusia, senang tanggal bulu kucing yg melekat.

ni pencuci sangat berguna. yang pertama- Vigor= pencuci tuk lite2 jer, kalau rasa bau satu tempat tu bau kucing, guna ni ler. kedua- Apta ecologic= ni tuk buang sisa2 clorox, kena guna yang ecologic punya coz kucing ni sensitif. ketiga= clorox- perlu ke aku jelaskan?


dari kanan, bekas leyla, Jasmeen dan yang mangkuk putih tu Addy. itu water dispenser- disyorkan guna ni, air dijamin bersih. murah jer kat Maxi Zoo.


Mahligai tiga tingkat dengan cat carrier king size. ni ler tempat lepak kucing2 tu kat bilik khas diorang ni.

ok, ni tuk kebersihan yer. dari kiri - syampoo, spray parasit, ubat cacing, losyen mata, catnip, dan frontline

syampoo- mandikan kucing tu sebulan sekali pun dah cukup. tapi aku dah TIGA bulan tak mandikan diorang..ok la kan?

Spray parasit- walaupun indoor cat, si parasit malaun furuntula tu asyik nak kacau jer kucing aku. ni Ayie punya actually, tapi aku pinjam jap.

Ubat cacing- yang ni sangat berguna, rahsia kucing yang gembira!

Losyen- lepas diorang berak dan seminggu sekali mata diorang kena lap, baru bersinar macam mata aku.

catnip- ni 'dadah' kucing. semburkan pada permainan atau tilam diorang, nescaya mereka akan terus terlentuk.

frontline- ubat kutu. semua tuan kucing kena ada ni.


ni makanan kucing2 tu. sebulan dalam 14 euros tuk tiga ekor.


ermm, mesti ada yang kata aku macam melampau2 bela kucing beli tu ini la. haha, lantak kau la labu. kucing2 ni la teman2 aku. tiap hari diorang la yang doakan aku. lerr, bukan nyer mahal pun bela kucing. tak der la pulak aku kebulur tak makan...

hurmm, sayang aku ngan depa ni. Jasmeen, Leyla ngan Addy.

pejam celik, pejam celik, dah besar dah kucing2 aku ni..hehehe!