Monday, August 31, 2009

syukur aku ikut cakap emak

"mak, boleh tak buat pembedahan kat ketiak kita..tak tahan ler, setiap masa tapak tangan kita berair..." cettt, aku terpengaruh dengan teknologi kesihatan yang boleh mengurangkan perpeluhan di tangan bila 'satu' kelenjar peluh kat ketiak tu dibuang. aku cukup rimas dengan telapak tangan aku yang berair ni...

"nak buat apa?bagus la tangan berpeluh. orang tua2 kata, sapa tangan berpeluh, rezeki dia melimpah ruah, tak pernah putus..." jawap mak aku. terkubur la 'niat' nak bedah ketiak aku tu.

itu antara satu petanda. ada juga beberapa orang yang tengok tangan aku pastu cakap:

- ehh, nanti anak kau ramai macam keretapi. tangan berpeluh tandanya subur (pensyarah bio aku kat matrik pun ada cakap, tangan berpeluh ada kaitan denganjumlah mitrokondrion yang banyak- saper tak tau fungsi benda tu, tanya budak sains hayat)

- kau mesti pakar dalam satu benda ni. dengan kepakaran kau tu la kau akan jadi masyhur. (kata member aku, bermaksud orang yang tangan dia basah mempunyai kepakaran yang tersembunyi- honestly aku tak tau apa kepakaran aku!wakakaka!)

- kau ni mesti lembut hati...sebab tangan lembap mcm perempuan, kau jangan terlalu kesian kat orang tau, nanti makan diri... (kak ijah yang cakap..dia memang suka sakat aku!)

- awak ni mesti bertuah! beruntung! (Ustazah Hasnah cakap kat aku masa dia nampak pensel aku berair--ni masa sekolah rendah)

semua tu positif kan?kan?kannnnnnnnnnnnnnn?????

entah, aku rasa kebetulan kot. aku rasa Allah sayang sangat dekat aku. tadi aku dapat check dari tuan rumah lama, baki duit garenti dulu (kat sini, nak masuk rumah kena bayar duit garenti, in case masa kita kuar rumah nanti ada kecacatan kat rumah tu, dari duit tu la dia tolak).

tak sangka aku dapat durian runtuh (nasib baik kiasan jer, kalau betul berdarah la kepala aku kena durian). nak tau apa?aku dapat balik duit aku semua!!!!perkara yang jarang terjadi pada sesiapa yang menghuni rumah makcik ahli sihir tu!hehehe!thank you Allah!

untuk pengetahuan semua, baru malam semalam aku dapat surat dari bank yang mengatakan akaun aku dah kredit lebih sebulan. semua ni sebab aku baru pindah rumah dan banyak benda yang perlukan duit. aku pernah dengar berita ada orang Malaysia yang diisytiharkan muflis sebab akaun dia kredit lama sangat. mengeletar aku.

tiap-tiap hari aku peluk Jasmeen, Leyla ngan Addy. "kalau la korang sayang tuan kau ni, doakan la aku terselamat dari masalah ni...". kucing-kucing aku yang bijak ni tentu doakan aku...Allah mendengar doa kami!

aku rasa Allah memang rapat dengan aku...kenapa? 1st- rezeki ni datang time aku memang risau yang memuncak, Dia tak bagi lebih awal mungkin nak uji iman aku(ya Allah, bahayanya ujian ni...cubala aku ni jenis yang putus asa...). 2nd- makcik ahli sihir tu tak potong duit aku banyak2 (alhamdulillah, mudah2an cukup tuk kami tuk dua bulan -in case kerajaan tak masukkan duit lagi).

lagi sekali aku merasakan aku la manusia yang beruntung. dan lagi sekali aku malu kat Allah, sebab aku tahu apa yang aku beri kat Dia tak setimpal dengan kurniaan Dia.

ok! Jasmeen, Leyla dan Addy!esok leh la kita makan ikan salmon tu!!!

ermm...aku terpikir, betul ke kata2 mak aku?tapak tangan yang lembap tu rezeki dia murah? hanya Dia yang Maha Mengetahui dan sesungguhnya Allah Maha Pemurah dan Maha Mengasihani..(sebak aku...Dia dah selesaikan masalah aku yang satu ni.orang muslim, jangan berhenti berharap pada Dia ok?x rugi pun..).

syukur aku ikut cakap emak.
------------------------------------------------------------------

5 comments:

biskott said...

tangan aku berpeluh gak. kadang2 nak salam orang pun segan. heheh.


entri ni mengingatkan aku kepada madame nora.
dia selalu pesan jangan pernah putus berdoa pada Allah.

anjut said...

ehhh?kau jgn kaitkan aku ngan dia heh..wakakaka!(ada budak ckp aku ngn dia mcm ada chemistry.tak nak la aku..dia suka ckp besar...)

awatif 'adilah atan said...

mungkin kau bleh tukar name makcik 'sihir' kepade makcik 'baek'. hehe. lagi 2 minggu utk aku berpeluang lepak ngan jasmin, leyla and adi!. ingatkan aku bawak jersey ko yg zati belikan tuh eh.

anjut said...

lambat gila kau nak mai..tiku, jangan lupa jersey aku. ni aku da ingatkan dah.hahaha!

icejuliette said...

n3 nie da lame kan?? tp sje je nk komen.. tu penyakit hyperhydrosis kan?? (xsure btol ke x ejaan dia). well.. sy pon ade penyakit yg same.. mmg la payah cuz ble tulis je mst basah.. uhuks3! ble nk salam ngan cegu, kwn2 o owg2 laen mst gse sgn.. hurm.. tp xtau la pulak tgn basah nie murah rezeki.. hehe ^^