Wednesday, August 19, 2009

saya nak pukul Tuhan!

"hari ni panas kan?" owh tidak, suara asing itu berjaya menangkap aku sebelum aku turun tangga dengan sandal Aswan aku yang putus di belakang tu (ayat kompleks!).

aku memang cukup benci kalau ada orang tegur aku kalau aku keluar dari rumah Aman (* Aman balik Mesia, so, aku tlg tgk2an rumah dia selain memberi ikan jalan raya dia tu makan serta pinjam internet dia). bukan nyer apa, aku malas nak jumpa Pakcik kedai daging kat bawah tu yg suka membebel pasal saliran air bocor dari rumah Aman yg kena kedai dia. setakat ni dah tiga kali aku kena tangkap dengan pakcik tua kerepot tu, padahal tak der sorang pun guna air kat rumah ni. Dah la jual daging mahal, nanti kau aku sabotaj kedai kau!

tapi suara tadi tu bukan suara Pakcik Daging tu, tu suara orang perempuan terketar2. Pandang atas, nampak perempuan tua sedang angkat jemuran kain dia.

"yer Puan, panas sangat...macam kat negara saya pulak" jawap aku berserta senyuman yang aku buat2 ikhlas.

"owh awak bukan orang Perancis? awak dari mana?"

"dari Malaysia. sama tempat dengan Aman, kalau makcik kenal dia " makcik tu angguk kepala.

"teringat pakwe saya orang asia macam awak... dia baik, hormat orang, rajin etc.. tapi dia tinggalkan saya lepas dapat tau saya tak boleh beranak..." kata makcik tu sambil buat muka sedih.

berdebar2 aku, dah tu kau nak aku buat apa?kawin ngn kau ke?hahaha!

"owh, dia orang mana?" bermula la sesi CSI aku. kalau ada Mamat ngn Ayie kan best, diorang lagi pakar bab menyiasat ni.

"orang vietnam...dia tinggalkan saya bila dapat tahu saya ada penyakit tulang belakang..."

kesian makcik ni...

"dah lama ke makcik sakit?" aku tau, kalau orang lain akan cakap 'au revoir' jer, tapi aku pun tgh bosan, so layan je la.

"sejak saya kecil lagi. itu semua salah bidan. kalau dia buat kerja betul2, x der nyer saya menderita macam ni..."

" tapi tak pe la makcik, mungkin Tuhan nak bagitahu makcik sesuatu dengan hantar penyakit tu" jawap aku, sekali lagi aku rasa nak ketuk2 kepala aku ni, sebab aku memang kalau boleh nak elakkan cakap pasal agama.

"owh awak pun percaya Tuhan?sekarang ni jarang anak muda percaya Tuhan. awak katolik ke?" tanya makcik tu.

"tak la, saya Islam...sama macam Aman." jawap aku.

"owh, apa2 pun agama awak, awak antara orang yang mempercayai Tuhan..." jawap makcik tu.

"betul. sebab saya percaya ada 'Kuasa' yang menjadikan saya dan alam ni." jawapan budak darjah dua.

"saya tertanya2 kalau Tuhan itu adalah seperti manusia..." cakap makcik tu.

"ehhh, x la...Dia tak sama dengan makhluk lain. kenapa makcik cakap macam tu?"

"abis tu, awak percaya Tuhan tu macam mana? saya rasa Dia macam manusia, sebab Jesus anak dia tu adalah manusia. dan Maryam di dara (la Vierge)pun manusia" jawap makcik tu yakin.

"itu makcik jer yang percaya, saya x percaya pun Jesus anak Tuhan. Maryam tetap dara sampai kiamat. kenapa makcik panggil Maryam dara (la Vierge) kalau makcik percaya ada 'orang' yang menjadi bapa Jesus?" soal aku dengan lagi yakin.

"ehh, tak tahu la saya...ermm, contoh lain Tuhan itu manusia, masa Musa naik ke bukit menerima risalah. Tuhan cakap dengan Musa seperti manusia..maksudnya Tuhan tu macam manusia la." makcik tu jawap.

"Tuhan kan Maha Kuasa, Dia boleh buat apa jer yang dia suka. tak semestinya Dia manusia kalau dia cakap seperti manusia." jawap aku.

ada seorang wanita muda dan anjingnya melintasi kami.

"contohnya, kalau saya bunyi macam anjing, adakah saya ni anjing?" tanya aku.

"ehh, mesti la tidak..." tahu pulak makcik ni jawap.

"saya tertanya2 adakah Tuhan tu manusia, sebab Dia punya sifat macam manusia. Dia kejam! Dia bagi saya penyakit ni, dan dia rampas kenangan2 saya...saya nak minta kerja pun susah, sebab rekod kesihatan saya teruk..kalau saya tak kerja, macamana saya nak hidup?" makcik tu dah sebak. isssshhh, gatal betul makcik ni, yang tadi dia beriya2 sangat nak bercerita kat aku, dia nangis pulak..kebanyakan orang perempuan macam ni la, emosional!

"ehhh, rileks la makcik...Tuhan beri sesuatu pada hambaNya mengikut kemampuan hambaNya. Dia tak pernah menyusahkan hambaNya, cuma kita yang tak reti bersyukur..." terkejut jugak, macamana aku leh susun ayat2 perancis aku jadi cantik macam ni. (Allah tolong!hehehe!).

"maksud awak?"

"tak semestinya orang yang diberi sihat tubuh badan dan kuat tu nasib nya untung. makcik yang sakit ni lebih beruntung, makcik ada rumah, ada kerja dan hidup gembira dengan kawan2 makcik. orang2 kat bawah jambatan tu?makcik tak nampak ke?diorang tu semua badan tegap2, tapi asyik minta sedekah jer, dapat duit beli arak pastu hidup tak tentu hala. kalau dia kumpul duit tu, boleh jer beli rumah..." hahaha, terima kasih Perancis, kerana bagi aku contoh setempat.

"cakap awak tu ada benarnya. ermm..mungkin saya jer yang tak pernah bersyukur...tapi kalau saya tahu Tuhan itu seperti manusia, saya nak pukul dia teruk2, sebab rampas kesihatan dan teman hidup saya!" makcik tu gelak.

dalam hati aku, tak gelak langsung... ini la manusia, kalau sandarkan hidup pada keduniaan, cepat aja kita kecewa dengan dunia. lepas tu maki2 Tuhan!!!sebab itu Allah kata dunia ni sebagai ladang untuk persiapan kita kat akhirat nanti. maka kita tak der la anggap hidup ni untuk dunia sahaja.

"owh yer ke makcik?hahahaha!tapi makcik larat ke nak pukul?makcik kan sakit...makcik doa la biar Tuhan sembuhkan makcik dulu, pastu makcik pukul la Tuhan." hehe, kesian makcik ni...

"ehhh, tak baik pulak macam tu.. x pe la saya bersyukur jer la dengan apa yang saya ada.."

"ermm, bagus la!owh makcik, saya nak balik dah.nanti kejap lagi dah gelap. jaga diri dan kesihatan yer!" aku mencari helah. aku dah nak terkencing sebenarnya!

"owh iyer, baik la. terima kasih yer sebab berbual dengan saya...dah lama saya tak berbual dengan orang. nanti kalau datang sini lagi, jangan lupa ketuk rumah saya" makcik tu bagi aku laluan.

"baik la!au revoir!"

"au revoir!"


*kesimpulan : "hidup yang kekal adalah di akhirat nanti. mengharap pada dunia, nanti kecewa jer...tapi jangan asyik berteleku kat tangga masjid mengenang nasib dan mengharap syurga jer...sedangkan Nabi pun memanfaatkan dunia utk akhirat...- jangan biarkan ladang kita kosong, nanti musim kemarau tak der bekalan pulak...dunia dan akhirat kena seimbang..."

6 comments:

amiruddin said...

wah mejah. bagus tul ayat2 ko balas kat makcik tu

Anonymous said...

mak agkt! huhu

anjut said...

amiruddin- hurmm, nasib baik x kelu...tp makcik tu kebosanan jer kot...

MAMAT---nak ke mak angkat tu?amik la.hahaha!!!



*weh, lepas aku publish jer benda ni, pakcik daging gila tu naik rumah aman!sbb air menitis lagi.geram betul aku!pakcik arab yg gila...padan muka!

nuar ensem said...

uslub dakwah yang bagus.tahniah saudaraku

sucagwale said...

aku bace ape yg kau tulis ni sambil ketawa ala2 ayu kat opis ni...

ape cite facebook ko eh?dah tukar ker?

anjut said...

nuar kurang ensem dari aku- terima kasih..hehe, kat sini tiap2 hari aku kena terangkan kat orang2 ni "apa ertinya saya menganut islam', agak2 Noh Gadut lantik aku jadi penasihat agama tak??

Ucop- ehh, aku lagi ayu!hahaha!weh, aku rehat kejap la FB bro...sebab tgk ramai sangat post benda merepek2...nak ignore tapi ternampak gak, dari menambahkan dosa aku, baik aku rehat dulu...nanti ada masa aku activate balik..huhu!