Saturday, August 22, 2009

satu dah lepas...Alhamdulillah.

Alhamdulillah,

selesai satu hari puasa kat sini. sekarang ni penghujung musim panas kat eropah. malam semalam sebelum puasa, aku dah risau dah. "apalah nak jadi ngn puasa aku tahun ni?dah ler maghrib masuk 8.40 malam, panas terik macam nak mengelegak otak aku...bantu la kami ya Allah". sekali secara kebetulan, HUJAN turun dengan lebat seharian sebelum puasa tu! dan hingga hari ini cuaca jadi dingin! 'dan nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?'. mudah-mudahan hari esok dan mendatang pun cuaca mcm ni. aminnn.

sempena ramadhan ni, aku ucapkan 'selamat menjalani ibadah puasa!' dan perbanyakkan amalan.

sebut pasal amalan, ramai yang berlumba-lumba nak khatam quran. bagus perkara tu...tapi yang tak setujunya, hanya bulan ramadhan jer kita baca beriya2, tapi bulan lain? dan sebenarnya lagi bagus kalau kita baca alquran dengan terjemahannya, sebab al-quran bukan sekadar buku untuk dibaca, dalamnya ada hikmah. kalau setakat nak pahala khatam, x payah tunggu habis 30 juzu' kita leh dapat. baca jer la surah al ikhlas tu 3 kali! tapi kalau betul kita nak manfaatkan al-quran tu, baca la dengan maksud nya, lain la kalau korang cakap arab macam Husni Mubarak tu!

ada juga yang tak membaca al-quran dengan alasan tak reti baca, dan kalau baca salah nanti berdosa. memang la Tuhan kata "baca la al-quran dengan tartil (betul sebutan etc)" tapi bukan bermakna haraaaam kalau kita cuba membaca. sedangkan Allah akan memberi ganjaran pada setiap usaha yang kita lakukan untuk berusaha membaiki bacaan. Allah Maha Mengasihani!manusia jer yang suka menghukum!

ok, aku rasa ramai lagi ustaz yang lagi berkelayakan akan sebut pasal pekara2 tu, so aku serahkan pada yang pakar je la yer.hehehe!




istimewa ramadhan ni, Mamat, Ayie dan aku akan melancarkan satu laman blog khas tuk orang bujang. khususnya pada pria2 yang berada jauh dari keluarga tu.

lawati la BELANGA BUJANG untuk resepi mudah orang-orang solo!



blog ni adalah himpunan masakan yang kami pernah buat sepanjang pengajian kami di perancis ni. insya'allah satu minggu, satu resepi akan keluar. dan untuk ramadhan ni, kami akan cuba masukkan resepi untuk setiap juadah berbuka kami. so member-member bujang tu, jangan nak melantak meggi jer!

harus diingat, ini masakan orang bujang!so x der la se 'complicated' masakan mak-mak orang kat rumah tu.hehe!


ok la itu jer kot. dan diharap kita manfaatkan ramadhan ni sebaiknya..manalah tau ni ramadhan terakhir kita...ni la masanya nak kutip pahala banyak2...

3 comments:

SeLipArjEpUnpUtiH said...

jgn bmbng jah..
aku g sna dgn 'scret resepi!'
hahaha

JHaZKiTaRo said...

selamat berpuasa mejah.. tu yg tak bestnye berpose kat negara omputeh time summer.. ni baru bulan 8.. 3-4 tahun lagi pose bulan 6/7 mmg teruk aa dibuatnye.. bukak pose pukul 10 malam.. hehe.. mau kebulur satu hari..

anjut said...

fazli- jangan cakap kosong jer..buat!haha!hari kedua kau kat sini, kau masak tuk kitorang k.
\
Jhaz- yup!exactly!masa tu cuak gak, takut2 musim panas ni bersambung sampai bulan sembilan..tapi alhamdulillah, dah masuk awal musim luruh..sejuk sikit..hehe!