Wednesday, August 26, 2009

pusing 360 darjah

Salam.

semalam aku tepon mak, dengar berita Abg aku yang kedua (Abang Mamet) nak jadi cikgu! huhu! aku suka tapi agak pelik ler...

bersama bini dia (Kak Ida) selaku juruajar aku masakan jawa, dan anak dia si Irsyad yang kecik tu..rindu la pulak...

Abang Mamet aku ni berkelulusan kejuruteraan mekanikal dari UTM. dan dia dah kerja dalam 5 tahun (lebih kurang la) dalam sebuah syarikat kat Skudai tu. kira jurutera muda mesti la rasa ekonomi dah stabil kalau kerja lebih empat tahun tu. dan dia juga pernah ditawarkan bos dia tuk sambung belajar di Manchester, tapi sebab dia ni manja, dia tolak. tak der ribut tak der guruh, tetiba?tukar 360 darjah nak jadi pendidik pulak..ishhh, pelik bin aneh.

dulu aku pernah dengar kata-kata beliau "jadi jurutera ni memang la best, seronok buat apa yang kau suka buat. tapi kadang2 kau terpikir gak, rutin hidup busy kat kilang, sikit jer masa tuk Tuhan dan keluarga..aku nak satu kerja yang aku leh bagi masa aku secukup nya tuk semua.".

mungkin sebab tu dia pilih nak jadi cikgu pulak. kalau tak silap, pak lang aku yang recommended kat dia jadi guru pendidikan khas. so, kalau tu la niat dia, alhamdulillah la..tapi amaran aku yang pertama, jadi cikgu ni banyak dugaan, tapi kalau kita tau kawal, insya'allah ia jadi seronok.

ini bukan perkara baru dalam keluarga aku. ambik course lain, pusing2 jadi cikgu gak. tak kesah la jadi pensyarah ke, guru ke, kira pendidik la tu kan?ermm..macam ni la, apa2 jer yang korang buat, buat sehabis baik!hehe!

4 comments:

Pak Lang said...

Pak Lang....

ummu nurul aiman said...

Insya Allah, rezeki di bulan Ramadhan ni biasanya berkat. Mamet ada minta pendapat kak long. Abang long pun kerja kilang gak. So, kak long minta dia buat solat istikharah. Mamet kata cenderung ke arah nak jadi cikgu. Mungkin rezeki dia lebih besar di situ. Kalau tak dapat di dunia, dia dapat di akhirat. Anak-anak murid dia pun insan terpilih. Wang bukanlah ukuran dalam kerjaya sebagai pendidik tetapi keikhlasan yang paling utama. Kemanisan menjadi guru ni akan terasa bila satu hari nanti anak murid kita akan datang pada kita dan berkata "terima kasih cikgu kerana mengajar saya" Dan Mamet akan sms atau call kak long setiap hari untuk bagi report. Doakan dia..

Pak Lang said...

Pak Lang sambung sikit lagi.
Hari Ahad 23 Ogos Memet datang ke rumah Pak Lang dengan ayah. Waktu ini sekolah brcuti selama 9 hari. Sambil tersenyum dia berkata:"Baru seminggu kerja dah cuti panjang". Pak Lang faham dan tentunya Memet pun tahu kenapa dia berkata demikian.......
Mudah-mudahan dia (dan Arif) berjaya dalam ujian dan temuduga untuk kemasukan ke Institut Perguruan. Itu memang risiko. Pak Lang dah cakap awal-awal.

anjut said...

Pak Lang- darah pendidik dlm keluarga tu mmg tak leh lari dah..huhu!menarik jugak ajar anak2 istimewa ni.

kaklong- panjang komen. ok la.