Friday, August 28, 2009

pergi la kau!shuuuuhhhh!

buat pertama kalinya aku rasa di "BANGSAT" kan! (yer, aku tau ayat aku kasar, ehh kau bayar aku ke tuk pilih ayat?) bukan pertama kali, banyak kali, tapi jadi pertama sebab yg lama2 tu aku biarkan jer. ermm, lantak la manusia2 ni, aku dah ada hidup sendiri, selagi aku tak kacau kau berak, jgn nak cari pasal ngn aku.

fikir balik, buat apa aku tulis kat sini. seolah2 macam masalah aku paling besar kat dunia ni. kau rasa aku tahu tak ada seorang hamba Allah tengah berhempas pulas melepaskan diri dari tembakan peluru dan ingin menyelamatkan keluarganya dan ibunya yang telah tua- bayangkan ia berlaku di Palestin- itu lagiiiiiiiiiiii BESAR dari masalah aku. woit, aku tulis kat sini, sbb ni blog aku..gua punya suka la!

tulis ikut emosi. kadang2 orang baca pun rasa jelek. dan untuk orang yang membaca tu, dah tau jelek kenapa kau baca?ada orang paksa?dah jadi 'meludah ke langit'.

aku rasa aku leh settle kan problem aku ni..hurmm, untuk orang2 yang beriman, jangan berhenti mengharap pada Allah, tak rugi. tapi dengan syarat, berusaha dulu tuk menyelesaikan nya. Kun Fayakun (jadi, maka jadilah!). sebesar mana masalah kita, besar lagi masalah orang lain.

ok la, mungkin hari ni aku rasa aku dibangsatkan, tapi selagi ia tak menganggu hidup aku (maksud aku, tak merugikan aku, mungkin ia cuma dilakukan tuk memuaskan hati si tolol tu jer), aku akan biarkan. dan aku pun bukannya jenis pendendam pada perkara2 murahan ni (sebenarnya nak kata "manusia parasit") i choosed my way, and i decide to go on with it.

tapi yang tak gemarnya, ada jugak umat2 manusia ni yang anggap aku ni x der masalah, dan main redah jer kalau nak cakap ngan aku. time diorang ada masalah, tau pulak aku nak hormati perasaan diorang. kalau aku tengah marah tu, jangan la nak ajak cakap benda yang merepek2. i'm not plain and straight! (sudahhhh, kang org pikir lain!) maksud aku, aku ni bukan ler org2 yang naif yang tak hiraukan apa berlaku sekeliling aku. Manusia tu ada perasaan. ngerti?

tukar tajuk jap: hurmm, lama aku tak cerita pasal kucing2 aku kan? si Jasmeen, Addy dan Leyla. hehe, aku terpaksa bagi makanan yang murah jer tuk beberapa hari ni. sabar la korang, elaun aku (siapa la yang excited sangat nak sambut merdeka sampai lupa masukkan elaun kitorang tu?) tak masuk lagi. nanti elaun masuk, kita makan ikan salmon kukus dengan sos putih yer.nyum nyum!

ok la, cukup disini. dan sekarang mood aku tgh tak baik, so jangan la gatal2 nak buat lawak bodoh kat aku. sesiapa pun tak boleh, hatta pengarah universiti de franche comte pun terlibat dlm larangan ni.dan siapa yang cuba2 nak hiraukan amaran aku ni, nahas la kau!ada takut?

3 comments:

The Z A M said...

Sabar, bro. Bulan Ramadhan ini mmg kita selalu diuji. Sabar k.

nuar yg ensem dr anjut said...

saudaraku anjut..
rilex k..marah2 ni kurangkan pahala pose.tp aku pun kdg2 marah jugzak.hahaha...
aku belaja ckp perancis xblh blah..padah bila mkn tempe byk sgt!

anjut said...

the zam- yup, mmg sabar tahap gaban ni, aku rasa tahap kesabaran aku ni kalau kena toreh ngn pisau pun aku leh senyum lagi.hehehe!

nuar yg lagi sikit lagi nak sama ensem ngn aku - hahaha!makan tempe bukan alasan heh!dulu tiap2 hari pak ngah sumbat aku ngn tempe, ok jer aku belajar.huhu!