Tuesday, August 25, 2009

muak dengan manusia jenis ini

Salam semua,

hari ni aku nak menulis pasal isu terbaru (x der la baru, lama la jugak) yang sedang hangat diperkatakan.



siapa tak kenal wanita dalam gambar diatas?Kartika Sari Dewi Shukarnor. seorang wanita yang ditahan kerana meminum arak.

beliau dijatuhkan hukuman sebatan. dan yang menarik nya, beliau terima hukuman tersebut dan memohon agar sebatan itu dilakukan di depan khalayak ramai.

saper yang tengok buletin utama semalam 24hb (syukur internet laju kat sini!), pasti takjub dengan kata-kata beliau "saya rasa tak sabar dengan hukuman ini, bukan bermaksud saya riak atau apa, sapa yang nak kena sebat kan?tapi bagi saya ini adalah satu pengajaran buat semua.mungkin Allah nak tunjuk pada saya sesuatu. islam itu indah yer" ujar beliau.

aku faham maksud Kartika, beliau harap dengan hukuman itu dapat menjadi contoh pada yang lain. syabas!!!salah satu cara mendakwah jugak (walaupun beliau tak bertudung! insya'allah la beliau akan ke arah tu, doa yang baik2 jer dah la, jgn nak kutuk2!tapi sapa kata kita tak leh belajar sesuatu walaupun dari seorang pelacur?-dan aku tak kata dia pelacur!maksud aku belajar la walau sezarah manfaat dari siapa2 pun asalkan mendatangkan keuntungan pada kita- clear tak ni?). Untuk Kartika, aku doakan yang baik2 tuk kau.insya'allah.

tapi yang tak sedapnya, ada seorang menteri pempuan tu, konon2 simpati. taik kucing simpati apa la kau maksudkan? dia kata "Kartika boleh mengunakan hak dia untuk kes ini dibicarakan semula. kesian yer!". nampak tak betapa SEXIST nyer dunia ni!kalau la Kartika tu lelaki, mesti di suruh rejam plak..

wahai kaum wanita (kang org kata aku ni anti pempuan plak) jangan la lebih2, aku tau bukan semua, tapi kerana nila setitik, rosak susu sebelanga! dah si Kartika tu terima dan niat dia agar jadi pengajaran semua orang, kenapa ada yang nak jadi 'nabi palsu' pergi 'perjuangkan' hak dia?tak paham la aku...anda menghalang manusia berbuat baik!

dari dulu lagi kita dengar perjuangan dari golongan feminist ni. contoh, Sisters in Islam. yang nak sama ratakan semua org, sampai pempuan pun leh imamkan sembahyang makmum lelaki!ni apa kes?kebebasan bertempat la!kalau dah rasa Islam tu agama yang tak adil, cari la agama lain yg ADIL sangat tu...tu la bodoh sombong, dah la bodoh bab agama, sombong x nak belajar pulak.

mungkin ramai yang tau aku amik subjek syariah islamiah untuk SPM, dan kami belajar hukum hudud etc. tujuan hukum hudud ni diadakan adalah tuk mendidik manusia, buat apa nak takut kena hukum kalau tak buat salah? seorang lelaki yang dah kawin buat apa nak takut kena rejam sampai mati kalau kau tak berzina?masa berzina tu tak ingat akhirat?rasa sedap jer?

dan pelaksanaan hukum hudud ni bukan leh main mcm tu jer, kena cukup syarat2 dia, kena ada saksi, dan ikut kategori kesalahan jugak. meh amik contoh, kalau kes mencuri, kena potong tangan. ingat suka suki jer nak potong tangan anak orang?check dulu kenapa dia mencuri, kalau dia mencuri makanan kerana lapar, maish boleh dimaafkan, kalau la mangsa curi tu memaafkan, dia boleh jer kena hukum ta'azir, bayar ganti rugi kat mangsa. bagus kan mcm tu?ibaru la orang ramai takut nak buat salah, contohi zaman khalifah tu!tu la, silibus syariah islamiah tu ada, tapi sayang tak leh diguna pakai kat Mesia. sebab masing2 takut jadi ISLAM!

*sultan alaudin riayat syah (hero aku!) telah menghalang perasaan benci aku pada masyarakat sendiri, sebab baginda la satu2 nyer sultan yang mengunakan hukum hudud ni. pada zaman itu, melaka sangat masyhur dan makmur! tapi sayang, cerita mengenai baginda hanya sekerat jer dlm buku teks sejarah...alasan- baginda menjalankan hukum hudud, takut mempengaruhi pemikiran kita. alhamdulilah, at least SEKALI sepanjang zaman, Malaysia betul2 islamik!


dalam kes diatas, aku cukup geram dengan gerakan pelampau feminist ni! bagi mereka semua tak adil! apa lagi la nak berikan..jarang ada kaum lelaki yang tuntut kesamarataan. 'man man' la... syukur la dalam rumah aku tak der golongan mcm tu. cukup sampai disini, aku memang dah MUAK dengan orang mengada2!


*owh yer, iklan sikit, resepi karipap rangup ada di Belanga Bujang. dari pening kepala tengok orang mengada2, baik makan kipap!hehehe!


4 comments:

feliscatus said...

bukan muak lagi dah tapi memang menaikkan darah. bercakap atas kapasiti seorang menteri tetapi mengeluarkan ucapan2 yang boooodoohh.

ini cuma satu cebisan dari kisah sedih masyarakat. tu baru sorang, kalau lah ditakdirkan SEMUA rakyat malaysia sokong hudud sekalipun tapi disebabkan yang atas2 tu tak mahu jugak, memang macam2 alasan la yang diberikan.

anjut said...

feliscatus- yup, exactly...sakit hati ler. yang menteri pempuan tu rasa nak botakkan jer kepala dia...gila dah..

Marzalina said...

salam kenal..saya ni silent reader awak, dah lama baca blog ni..harini tergerak nak komen. zaman sekarang menteri2 kat malaysia sedang tunjuk baik kononnya nak simpati kat orang yg berbuat maksiat dan dosa malah menidakkan hukum Allah, maka saya rasa negara ni sedang dilanda virus yg lebih teruk dr H1N1 lah...semuanya sebab pemimpin menolak hukum yg tertulis dalam Quran dan kemudiannya bila Allah turunkan bala bencana kat negara ni..semua rakyat turut terkena tempiasnya.

semoga Allah memberikan taufik dan hidayah buat kita semua.

anjut said...

hurmmm..tu la.kan ke bodoh kalau buat macam tu...orang melayu senyap pulak pasal ni?kalau pasal hak orang melayu di rampas la itu la ini la, bukan main semua melenting.tapi kalau hak islam dirampas?senyap pulak semua.lagi malu kalau orang bodoh ada hati nak main politik..