Tuesday, August 11, 2009

minggu gred A

Salam,

lama tak menerjah blog ni. minggu ni memang padat dgn aktiviti. dengan ketibaan tiga tetamu, Stopa, Amir dan Sofwan ke Besancon untuk ziarah (terima kasih!datang lagi!). Juga Halim, abg Masitah dai Brunei yg belajar di London. terima kasih semua.

Kalau ikutkan minggu ni boleh dikategorikan sebagai 'A+' sebab semua nya baik2. dan satu lagi yang paling mengembirakan, aku dapat sorang lagi anak sedara! tahniah kepada kakak aku Siti Aisyah dan suami Zul Afham dengan cahayamatanya yang bernama Zul Afnan!nanti aku upload gambar baby tu, tapi kena tunggu baby Amat lahir dulu(anak Kakteh). nanti Pak Anjut wat entry khas tuk korang k.


Bersama "Kuro" anak kambing kerdil yang manja. owh tidak!kelihatan seperti orang gila dengan beg plastik dan haiwan comelnya...

Minggu ni jugak aku dapat berita pasal 'lawatan orang2 mesir' ke tempat aku. haisshhhh, membuatkan aku ternanti2...cepat la datang...juga minggu ini sepatutnya aku dapat menghubungi Mardziyah sebab dia konvo!tapi aku tak dapat sebab tertentu...apa2 pun, diucapkan tahniah!(setapak menuju gerbang perkahwinan!ehhh???).

Minggu ini juga aku rasa rileks. berkelah dengan kawan2 di Plage d'Oselle. tenang fikiran aku. dan aku ke Citadelle untuk kali ketiga pada tahun ini (Datuk Bandar Besancon patut bagi aku free entrance kerana jadi tourist guide--walaupun kantoi dengan Amirudin pasal bukit tertinggi di Besancon tu!hahaha!).

Minggu ini juga Leyla dah beransur baik. Addy pun dah tak cirit birit lagi. ermm...senang hati aku.

itu la cerita minggu ini, sweet and nice (kurit tak ckp mcm ni?). minggu kalian macamana?


*orang yang malang ialah mereka yang bernasib lebih buruk dari semalam, orang yang rugi adalah mereka yang nasib yang sama seperti semalam, dan orang yang beruntung adalah mereka yang nasibnya lebih baik dari semalam..

4 comments:

sofwan the palois said...

huhuhu!! laju giler update blog.. :p

anjut said...

lalu apa kejadahnyer??ni lepas seminggu baru nak update.

amiruddin said...

assalamualaikum,

mejah mekasih byk2 layanan kat besac aritu. penat2 pun boleh masak utk kitorg. huhu sori byk nyusahkan.

bawak pegi citadelle tu mmg best. tapi syg, aku tak sedut lagi gambar2 dari korg. hehe.

nati set time nak ziarah Nice plak. insyaALLAH nak cube bayar balek budi =p

anjut said...

ehh.haha!sorry tau kalau sambutan x sehebat mana..insya'allah, next visit lg meriah...