Thursday, August 27, 2009

larangan berkepit

salam semua,

sekarang ni musim panas (maybe penghujung), so badan tu memang melekit. kalau aku naik bas, aku sanggup tunggu bas yang berikutnya asalkan tak terhimpit2 dalam bas tu. tau tak bas kat perancis ni tak der aircond? dan diorang pun guna gaz sebagai ganti petrol. sebab tu la udara kawasan aku ni mcm segar sikit, x der bau asap.tapi yang azab nyer, time panas mcm ni ler. tambah pulak puasa kan?mau tak banyak pahala aku ramadhan kali ni?

tengah duk kibas2 baju sebab panas, boleh pulak aku nampak pasangan2 yang berkepit2..ishh..lagi rimas aku. TAK PANAS ke??? aku yang tak berkepit ni pun dah rasa terseksa, ni diorang?

hahaha, cinta punya pasal kan?panas pun rasa sejuk. bukan kat Eropah jer, kat Mesia pun aku rasa mcm tu. kadang2 melekat mcm kembar siam!

ermm, aku rasa aku tak pernah berkepit ngan Mardziyah. yer la kalau dah jumpa pun jarang..seingat aku last jumpa dia masa kat SOGO, masa tu dia ngan parents dia, dan aku ngan akak aku. memang kitorang plan pun, so berkenalan la kami. dengan keluarga masing2 (dia kata mak n ayah dia suka kat aku, mau tak suka?habis aku mcm orang tak betul reahersal dlm bilik sbebelum jumpa tu!) pastu kalau tak silap, aku temankan dia tunggu bas kat Puduraya, masa tu dia nak cuba naik bas sendiri balik dari pratikal kat Cameron Highland, ishhh, risau la aku kalau dia tunggu sorang kat KL tu. tapi tu pun tak sampai setengah jam pun, maksu dia datang amik.hehehe..so kakak2 dan abang2 aku jangan nak kata aku merendek ngan anak dara orang tak tentu pasal.ada jugak budak2 yang tanya "kau ni serius ke ngan dia?tak der date ke apa ke?", oiiiiii!suka hati kitorang la. lepas kawin bukan setakat date, bergusti pun boleh! buat apa membazir masa dan duit ber date2?ingat orang ketiga adalah syaitan nirojim, kalau tym ramadhan dia kena ikat, NAFSU pulak tak kena ikat....

hehe, tu memang cara aku. tak suka berkepit2. mungkin sebab masa kecik dah puas berkepit2 kat rumah ayah n mak aku tu dengan adik beradik aku yang seramai satu team bola tu (bayangkan keeper injured, so kira sama satu team bola la). dan kakak n abang aku pun tau, aku rimas kalau diorang asyik nak tepon or meseg aku. bukan bermakna aku buang keluarga, tapi sebab aku sudah besar dan tak perlu dilayan seperti budak berumur lima tahun lagi. hurmm, paham tak? tak paham lantak korang la.


ishhh, penat la aku menaip.sampai sini jer la. kesimpulannya? "berkepit la pada waktu dan saat yang bersesuaian agar anda tak merimaskan orang ramai"

3 comments:

biskott said...

hahaha sweet giler praktis dalam bilik sebelum jumpa parents dia.

faizah said...

oo..sweet2..

anjut said...

sweet? sekarang gula tgh tak der kat mesia kan?korang amik la cerita aku ni letak dlm minuman masing2..kata sweet...heheh!