Tuesday, August 4, 2009

hari ni aku macam masuk tadika..hehehe!bagus!

Salam ceria semua.

Hari ini aku ke kelas dengan semangat!hehehehe! masuk kelas summer modul lain (akhirnya berkesan jugak komplen2 ni, tapi tuk 15 hari, lps tu kena masuk balik program ntah apa2 tu). sebenarnya program ni tuk cikgu2 bahasa perancis yg dah bertauliah jer, tapi sbb kami banyak komplen, dapat la jugak masuk. bercampur la kami dengan guru2 tua dari seluruh pelusuk benua. tapi yg best nyer, kelas buat kat fakulti dan kami tiga teruna trang tang tang satu kumpulan!.hehe!

Modul kali ni ada 3 subjek jer. tiga2 subjek tu aku gembira. (seriously aku rasa tak logik modul2 senang ni ditawarkan pada cikgu2 tu!).

subjek yg pertama, "pengajaran phonetique dengan pengunaan pergerakan (lebih kurang mcm ni la translation dia).". dengan Regine Llorca! yes!!!antara cikgu yg paling aku suka kat Perancis ni. dia ni guru Flamenco, so mmg best la dia ngajar, walaupun sebenarnya masa semester lepas kami dah belajar benda yang sama ngn dia (lagi sekali, org perancis ni dah tak der idea nak buat prog...). kelas ni tak memerlukan kertas dan pensel pun.

subjek kedua, "menjelajah Besancon", ntah apa2 subjek ni. kelas ni pun 'mesra alam sekitar', kami tak perlu menulis, tapi kena keluar kelas dan jalan2 sekitar Besancon (yg aku rasa bukan setakat Besac, satu negeri Franche Comte ni aku dah khatam!)sebenarnya ni program utk org2 asing yg baru dtg sini, tapi ntah, group aku kena masuk kelas ni. sebenarnya leh jer tukar subjek, mcm ada beberapa org buat, tapi kami kesian ngn lecturer ni, sebab dia mengajar sambilan jer. dalam kelas tu, kalau tak der kami, hanya ada 2 org pelajar jer..so, kalau kami blah, tgl berdua tu jer la. dan subjek ni akan digugurkan. kesian cikgu tu, dia kata dia tak der duit nak buat tesis dia. dan lagipun ni summer class jer, so aku pun malas nak pening2 kepala gi kelas yg kena fikir. lagipun kan bagus kalau kita tlg org, walaupun dia kafir, nanti Allah tlg kita lak.

subjek yang ketiga, lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii best! "kelas nyanyian!". hahaha!aku pun tak tau apa konsep modul kami kali ni, tapi yg aku suka memang tak perlu fikir berat2 la. -mampus aku naik semester depan kang, terkial2 nak belajar-. kali ni pensyarah jemputan dari Kanada. siap bawak gitar dlm kelas. ermm, memang seronok la, siap dia tanya lagi nak nyanyi lagu apa. yang aku tau, minggu depan kalau tak silap, kami kena buat persembahan kat tengah2 bandar Besancon ni (kira mcm busking la..).

itu la tiga kelas yang bagi aku mcm "Tadika kanak-kanak dewasa". sebab memang bergumbira jer dlm kelas.-in fact, aku pernah masuk tadika tuk sebulan jer, sebab aku tak suka tadika tu, so aku rasa mcm ni la kot suasana nyer kalau masuk tadika yg best.. tgk pakcik2 makcik2 negara lain (kami yg paling muda yer di sini...) pun ok jer. aku memang sokong modul ni tuk kelas musim panas, sebab rileks...so lepas ni kalau ada yang komplen lagi, memang dasar tak bersyukur. bak kata Zati "Biasalah manusia, orang kasik betis nak peha. Allah kasik peha ko besar taknak plak. heh".


*sebelum gi kelas tadi, aku rasa nak gila sebab nampak ada tahi cair kat atas lantai bilik air aku. nampak Leyla kat hujung toilet mcm lesu jer..dia cirit birit dan tak sempat gi toilet dia..tak jadi nak marah. (mampus la aku nanti tuan dia ingat aku tak jaga dia baik2...). Leyla sakit. ermm, takkan nak hantar gi klinik yg jauh tu (aku pun sakit tak gi sepital). ni mesti ada kaitan ngan pemakanan dia. mudah2an la dia tak teruk...

2 comments:

afhamtaurus said...

Salam~ belajar rajin2 anjut.Kak Tam and abg tam doa yg terbaik untuk anjut. Alhamdulillah Zul Afnan bin Zul Afham dah selamat dilahirkan :)
nak add anjut bleh YM tapi kak tam lupa email anjut :P

anjut said...

yer ke?haha!alhamdulillah, makin ramai la keturunan aku ni..hehehe, minggu depan kak teh lak bersalin.