Saturday, August 1, 2009

buku autobiografi

salam

minggu lepas aku ada webcam ngn anak sedara aku. ada yg sorang tu tunjuk buku autograf kaler pink gambar Barbie (hahha, gedik jer budak tu...). aku mula teringat masa sekolah2 dulu, rata2 semua org ada buku tu kan?ngehngehngeh!yg paling tak tahan, last2 sekali tu ada "ucapan kepada rakan" (friendship forever ler, jangan lupa aku la, etc...). kali ni apa kata kita buat balik benda serupa tu, tapi yg sesuai dgn umur. best gak layan tym bosan2 ni.


(ketika di Pontarlier)



Nama : Hamzah HAMSAN

Nama Pangilan : Anjut, Mejah, Hamzah

Tarikh lahir : 13 mac **** (wink wink!muda lagi!)

tempat lahir : hospital Kluang

Status : pending (sampai seru jer nikah terus)

Hobi : melancong, memasak, mengeluarkan peluh, pets, music dan baca artikel yg berilmu, wayang (kdg2 drama layan gak)
Makanan kegemaran : masakan ibu (poyos!). semua kecuali KAMBING

Minuman kegemaran : teh lipton

Cita- cita : reality (guru), fantasy (veterinar)

pengalaman buruk : terjatuh kat tangga batu kedai cina masa umur 5 tahun. masa tu mak tinggalkan aku ngn kaktam kat bandar, sekali hujan. kitorang nak beli limau. masa turun tangga tergelincir...dan buah limau bersepah sampai ke tengah jalan...
Pengalaman manis : banyak kot...yang paling best, dpt naik unta kat Giza dan berenang di sungai nil (Aswan).

Perkara yang disukai : jumpa org2 cool
Perkara yang tak disukai : jumpa org2 tak cool, terutama budak pempuan yang sukakan perhatian atau budak lelaki yg bajet bagus (ceewahh, suka hati ngata org, kau tu bagus sgt ke?)...
adakah anda berpuas hati dengan apa yang anda ada? : alhamdulillah!

Harapan : semua manusia bersatu. tak der hasad dengki dan perkauman. dan manusia boleh berfikir dengan sewajarnya.


boleh tak aku nak tag org???please...aku tak pernah tag org, org jer tag aku... so aku nak tag : Budin, fizah, mama tazzy, Zam kentang ku, Mas, Ucop, Izah, Jhazkitaro, Feliscatus, Dibah, Hizryan, Ijat yg runsing, Izzati dan adiknya irrina, Jezzika, Kamel, maryam, Otai, Perth, Sarah anum, Shah, Aiman, Izzy, Khirol, Adam, Lilo, Nichaa, Rose, Sonia, Tiku n Zati (ermm, nama2 yg aku tak tulis tu, samada aku terlupa atau aku rasa korang tak nak wat pun tag ni --nama2 yg kat atas ni yg cam ada potensi jer. x nak wat pun tak pa..just copy the items, then answer the questions. not to forget your cam-whoring photo!hehehe~!) ehhh??adik beradik aku jangan nak lari heh!- Paklang, Pakusu, Kak Azza, Kak siti payung, Kaklong Sylla, kaklong, kakteh, abg azam. haaa, jawap la jgn tak jawap!

9 comments:

izzy said...

adik aku pun dah tak buat dah mende2 sengal nih. cis. tapi kwn punye pasal... HAHA!

kak long said...

salam.. pandai anjut cari profile akk kt tagged...hehe,
dh joint tagged lum..? jomla joint me as a friend's tagged. blh send tag bnyk2...

HizRyanz said...

Ok Mejah...
Aku dah amek...
japg aku wat...

anumz sarah said...

Pandai main tag dah rupenye...Haha...org kena tag pulak.Ok2...nanti org bwat tag en. anjut nih..p/s: Tag biskott mesti kelakar... x sabar nak bace..^^

anjut said...

izzy- hahaha, ingat zaman tag2 ni dah berakhir??jawap jgn x jawap!

kaklong- hehe, kang bg seribu tak larat pulak nak jawap.kuikui!

Yan- ok, m waiting.

anumz- budak biskot tu, mmg aneh. tapi biasanya apa yg dia ckp tu betul.


kalian- ermm, ini bukan tag biasa (walaupun nampak biasa), sebenarnya melalui soalan2 kat atas tu la kita dpt tau apa kah sifat org2 tersebut. n sebagai blogger, wat apa takut nak jawap kan, kalau malas tu lain cerita ler...(sbb blogger ni nak sampai sesuatu pada masyarakat, so x perlu la berselindung2..berani kerana benar.).

terima kasih yer sapa yg jawap, yg x jawap tu, sampai hati...:(

k tam said...

anjut~

ko ni buat k tam sedih je ingat kejadian jatuh kat depan kedai Guan Seng tu...

sebab k Tam yg heret ko, jalan lembab sgt sebab selipar ko putus kan?

pastu jatuh....adui...kesian...k tam ko kejam.pastu ugut ko supaya x bg bgtahu org, k tam belikan buah limau kan...fakta ko tipu, buah limau tu beli lepas jatuh...otw nak balik umah...buah tu mahal, sampai gaduh ngan pekedai tu nak jugak beli setengah kilo, RM5 (mahal tu).
sampai umah, k tam urut eh...baik jugak~

budak 9 tahun bawa adik 5 tahun...camtu la...nanti anak ko, jaga baik2 eh...jgn bagi jalan2 bawa adik2...belikan barang2 keperluan siap2, belikan buah byk2 kat umah...haha~
(napa x masukkan ko ade anak patung barbie?)

anjut said...

haha, owh, mcm tu ker, tak ingat sgt..tp yg ingat masa tu mmg sedih..kenapa ek mak tgl kan kita?dah ler kecik lagi...btw, kau ni dah beranak belum?ni dah 3 ogos dah ni..

Simon Malik said...

sudah berjeman aku tak drop in blog ko, alih²ada lak nama aku kene tag?

itu aku ke? ke aku sekadar perasan di'tag' sbb suka melayan tag org? hehehe... ^^

biler balik france?

anjut said...

itu anda la wahai ADAM!hehehe!apakah soalan itu?bila balik France?aku sentiasa disini wahai Adam, n sepatutnya aku yg tanya kau soalan itu.hehehe!