Monday, August 31, 2009

basuh pinggan dapat kurma

"Salam mejah, suruh la parents@kakak abang kau beli kosmo harini, terubat rindu diorang sikit" satu sms sampai kat aku dari Malaysia. siapa punya number ntah, tapi terima kasih la sebab bagitau. itu pasal gambar kat salam perantau. Segan pulak aku asyik masuk salam perantau jer, sebab tahun lepas dua kali gambar masuk. Tahun ni siapa pulak yang hantar tu. huhu, untuk pengetahuan korang, aku tak rasa pun family aku rindu kat aku coz memang dah terbiasa tak jumpa. jauh dekat rasa sama pun. aku?aku rindu la jugak ngan mak dan ayah aku dan anak-anak saudara aku...tapi nak buat macamana kan.

stop cerita ni. jangan nak sedih2 heh. rileks jer!

ok, semalam sebenarnya aku berbuka dekat masjid St Claude (bukan semalam jer, boleh kata kerap la gak). sebab kat masjid ni, satu malam satu juzu'. so balik umah tinggal tgk makna jer la. selain makanan dia yang sedap2 belaka.

tapi semalam lain sikit. sebab dua orang kawan pempuan dari indonesia nak ikut sama. nasib baik Ayie ada, leh teman kan aku. (jangan la jeles kalau aku kata aku naik bas sama2 dengan Dian Sastrawirdoyo-betul ke eja?). sebelum tu aku ingatkan diorang, kalau tak larat buat lapan, buat empat jer. sebab malam tu Ayie ngan aku pun ada benda nak buat.

masa tengah berbuka tu, seperti biasa pakcik yang uruskan makanan tu tanya "siapa nak volunteer?"
"Ayie, kita tak pernah tolong diorang. jom r" cakap aku
"jom r, tapi aku nak kemas meja jer"

apa lagi aku pun nagkat tangan. ingatkan volunteer nak kemas meja, senang sikit. rupa2nya kena basuh pinggan!!!hampir2 aku tak ikhlas semalam. Ayie bengang jer ngan aku.

"tu la kau, gatal angkat tangan!"wakakaka!nasib baik ada sorang mamat perancis ni ikut tolong sekali.

hurmmm....banyak gila pinggan!!!!!!!!!!nak gila aku masa tu. sebab orang2 sini walaupun keturunan arab, style makan diorang mcm orang perancis, pinggan mengalahkan makanan. ni pinggan khusus tuk appetiser la, ni tuk entrr, ni tuk sup..leceh...

basuh2 dan gosok2, azan isya' pulak..ada lagi beberapa ketul periuk besar yang tak berbasuh. gila, tangan aku dah keras kejung dah. mamat perancis tu cakap "x pe la, kita semayang isya' dan 4 raka'at terawikh, pastu kita sambung"..hurmmm..

aku msg kat Yulia, budak indonesia tu, "weh, kami dah habis. tapi minta 10 minit ya nak sudahkan basuh pinggan". cesss, time tu pulak tak der network coverage!!!

masa tengah basuh periuk tu, ramai pulak orang ramai kat depan tempat basuh tu. sibuk jer, bagi salam la, tanya tu ini, pastu ajar kitorang susun pinggan. rimas pulak aku. peramah sangat pun tak boleh (apa nak jadi ngan kau ni Anjut??asyik tak puas hati jer).

alhamdulillah, SIAP!!! tapi sebelum balik tu, ada sorang mamat tu bagi Ayie dan aku satu plastik besar "ini untuk kalian. terima kasih yer, esok kita jumpa lagi tau!insya'allah!".

huh?dapat hadiah pulak? dapat susu, jus oren, kurma sekilo, kek lagi..hehhe, rezeki...kalau macam tu la, hari2 basuh pinggan pun boleh. dapat pahala plus kurma free!!!


hurmm. aku rasa kat sini aku lagi rajin sembahyang terawikh dari kat Mesia dulu. kesimpulan? tahun depan aku balik Mesia nak last2 ramadhan jer la. hehehe...

3 comments:

hadiyz (^_~) said...

encik mejah...aku nk mtk tolong ko skit leh x..nak wat translation dlm french..leh? hehe

anjut said...

owh, bleh.member2..apa dia?

hadiyz (^_~) said...

nnti aku kasi...hehe..panjang gak tau...