Saturday, August 29, 2009

anti mengungkit-ntah macamana eja

pisang emas di bawa belayar,
masak sebiji didalam peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati.

siapa la yang cipta pantun ni?dia mesti seorang yang suka ungkit2 jasa dia. yucksss!nak sangat jasa diingat sampai buat2 pantun. pastu orang melayu pun yer kan jer...

tapi ada benarnya juga. berbudi2 ni bahaya. lagi la kalau orang yang kita terhutang budi tu suka mengungkit. aku mengungkit?hell no. kalau aku ungkit, mesti tergamam orang sekeliling. so?aku halalkan je la.

dan aku berfikir, ada ke budi yang tak terbalas?kecuali budi mak dan bapak yang melahirkan dan membesarkan, aku rasa tak der dah. misal nyer la, hari ni si Abu tolong aku isi borang masuk uni, esok aku tolong dia tebang pokok pisang pulak. kira 0-0 la kan? lain la kalau Abu tu anggap aku kena redah lautan api tuk membalas budi dia, kira psiko la si Abu ni.

dan mesti kawan2 keliling pingang aku ni ada yang kata "mejah dapat banyak sponsor dalam keluarga". haaaaa????biar betik!aku empunya badan pun tak tau. dengan adik beradik pun kitorang tak main budi2 ni. misalnya Kakteh nak bagi aku seribu ringgit (maybe empat ribu atau lebih, only He knows) aku tak boleh setakat angkat telepon mintak macam mintak biskut kat mak aku. aku kena KERJA, i repeat KERJA. dan aku suka cara ni. at least antara kami tak kan ada yang mengungkit. She gives me money, i provides her my service. business is business. it applies to all my siblings. Dan untuk pengetahuan semua, aku tak kan termakan budi, even dengan adik beradik sendiri pun.

contoh lain? misalnya aku pinjam duit kat Lilo, katakan 800 euros. dan sure aku akan bayar balik dengan amount yang sama (lain la dia nak kenakan bunga kat aku). dan perlu ke aku buat jambatan emas bersepuh intan dari rumah dia ke rumah aku kerana aku terhutang budi kat dia?nati dia terhutang budi pulak sebab aku bina jambatan tu kat dia. kan dah susah.

hurmm, itu pandangan aku ler. tapi rasa pelik jugak dengan umat manusia ni yang suka mengungkit2. ingat jasa tu besar sangat ke?boleh lawan ke ngan jasa mak n ayah aku?mesti dia malu kalau dia teringat jasa aku kat dia. dun worry, aku tak kenakan tax pun kalau ko rasa terhutang budi, kalau rasa terhutang, kira aku belanja jer la hutang tu.

so?kesimpulan: AKU ANTI ORANG YANG SUKA MENGUNGKIT, rapat ke, tak rapat ke, aku tetap anti!ada paham?

dan untuk ketika ini, aku rasa lapang kepala otak. sebab aku mengkhalwatkan diri dari berjumpa oorang2 sekeliling. tau apa aku punya teori?lagi banyak jumpa manusia, lagi banyak masalah yang kau dapat. dan mungkin aku akan jadi seperti kera sumbang..up sikit la, gorilla sumbang ok gak.wakakaka!

2 comments:

Dr. Anaziha said...

Ada pulak sebut nama aku tu? Hutang budi tiada istilah kalau nak kenang jasa, tapi yang sesuai penghargaan kerana memberi asbab kita beroleh sesuatu. Allah yang menggerakkan hati orang berbudi sebab rezeki Dia yg beri bukan adik beradik atau kawan-kawan. Kalau adik-beradik itu tanda kasih sayang.

anjut said...

agree. sajer buat entry ni tuk pedoman orang2 yang anggap "dia la paling berjasa kat dunia ni".

that's why kita amik contoh kakteh, sebab memang style kakteh mcm tu.so, kita pun tak terasa termakan budi sgt (coz semua benda yang kita buat kakteh dah bayar).mcm tu la.