Monday, August 31, 2009

syukur aku ikut cakap emak

"mak, boleh tak buat pembedahan kat ketiak kita..tak tahan ler, setiap masa tapak tangan kita berair..." cettt, aku terpengaruh dengan teknologi kesihatan yang boleh mengurangkan perpeluhan di tangan bila 'satu' kelenjar peluh kat ketiak tu dibuang. aku cukup rimas dengan telapak tangan aku yang berair ni...

"nak buat apa?bagus la tangan berpeluh. orang tua2 kata, sapa tangan berpeluh, rezeki dia melimpah ruah, tak pernah putus..." jawap mak aku. terkubur la 'niat' nak bedah ketiak aku tu.

itu antara satu petanda. ada juga beberapa orang yang tengok tangan aku pastu cakap:

- ehh, nanti anak kau ramai macam keretapi. tangan berpeluh tandanya subur (pensyarah bio aku kat matrik pun ada cakap, tangan berpeluh ada kaitan denganjumlah mitrokondrion yang banyak- saper tak tau fungsi benda tu, tanya budak sains hayat)

- kau mesti pakar dalam satu benda ni. dengan kepakaran kau tu la kau akan jadi masyhur. (kata member aku, bermaksud orang yang tangan dia basah mempunyai kepakaran yang tersembunyi- honestly aku tak tau apa kepakaran aku!wakakaka!)

- kau ni mesti lembut hati...sebab tangan lembap mcm perempuan, kau jangan terlalu kesian kat orang tau, nanti makan diri... (kak ijah yang cakap..dia memang suka sakat aku!)

- awak ni mesti bertuah! beruntung! (Ustazah Hasnah cakap kat aku masa dia nampak pensel aku berair--ni masa sekolah rendah)

semua tu positif kan?kan?kannnnnnnnnnnnnnn?????

entah, aku rasa kebetulan kot. aku rasa Allah sayang sangat dekat aku. tadi aku dapat check dari tuan rumah lama, baki duit garenti dulu (kat sini, nak masuk rumah kena bayar duit garenti, in case masa kita kuar rumah nanti ada kecacatan kat rumah tu, dari duit tu la dia tolak).

tak sangka aku dapat durian runtuh (nasib baik kiasan jer, kalau betul berdarah la kepala aku kena durian). nak tau apa?aku dapat balik duit aku semua!!!!perkara yang jarang terjadi pada sesiapa yang menghuni rumah makcik ahli sihir tu!hehehe!thank you Allah!

untuk pengetahuan semua, baru malam semalam aku dapat surat dari bank yang mengatakan akaun aku dah kredit lebih sebulan. semua ni sebab aku baru pindah rumah dan banyak benda yang perlukan duit. aku pernah dengar berita ada orang Malaysia yang diisytiharkan muflis sebab akaun dia kredit lama sangat. mengeletar aku.

tiap-tiap hari aku peluk Jasmeen, Leyla ngan Addy. "kalau la korang sayang tuan kau ni, doakan la aku terselamat dari masalah ni...". kucing-kucing aku yang bijak ni tentu doakan aku...Allah mendengar doa kami!

aku rasa Allah memang rapat dengan aku...kenapa? 1st- rezeki ni datang time aku memang risau yang memuncak, Dia tak bagi lebih awal mungkin nak uji iman aku(ya Allah, bahayanya ujian ni...cubala aku ni jenis yang putus asa...). 2nd- makcik ahli sihir tu tak potong duit aku banyak2 (alhamdulillah, mudah2an cukup tuk kami tuk dua bulan -in case kerajaan tak masukkan duit lagi).

lagi sekali aku merasakan aku la manusia yang beruntung. dan lagi sekali aku malu kat Allah, sebab aku tahu apa yang aku beri kat Dia tak setimpal dengan kurniaan Dia.

ok! Jasmeen, Leyla dan Addy!esok leh la kita makan ikan salmon tu!!!

ermm...aku terpikir, betul ke kata2 mak aku?tapak tangan yang lembap tu rezeki dia murah? hanya Dia yang Maha Mengetahui dan sesungguhnya Allah Maha Pemurah dan Maha Mengasihani..(sebak aku...Dia dah selesaikan masalah aku yang satu ni.orang muslim, jangan berhenti berharap pada Dia ok?x rugi pun..).

syukur aku ikut cakap emak.
------------------------------------------------------------------

basuh pinggan dapat kurma

"Salam mejah, suruh la parents@kakak abang kau beli kosmo harini, terubat rindu diorang sikit" satu sms sampai kat aku dari Malaysia. siapa punya number ntah, tapi terima kasih la sebab bagitau. itu pasal gambar kat salam perantau. Segan pulak aku asyik masuk salam perantau jer, sebab tahun lepas dua kali gambar masuk. Tahun ni siapa pulak yang hantar tu. huhu, untuk pengetahuan korang, aku tak rasa pun family aku rindu kat aku coz memang dah terbiasa tak jumpa. jauh dekat rasa sama pun. aku?aku rindu la jugak ngan mak dan ayah aku dan anak-anak saudara aku...tapi nak buat macamana kan.

stop cerita ni. jangan nak sedih2 heh. rileks jer!

ok, semalam sebenarnya aku berbuka dekat masjid St Claude (bukan semalam jer, boleh kata kerap la gak). sebab kat masjid ni, satu malam satu juzu'. so balik umah tinggal tgk makna jer la. selain makanan dia yang sedap2 belaka.

tapi semalam lain sikit. sebab dua orang kawan pempuan dari indonesia nak ikut sama. nasib baik Ayie ada, leh teman kan aku. (jangan la jeles kalau aku kata aku naik bas sama2 dengan Dian Sastrawirdoyo-betul ke eja?). sebelum tu aku ingatkan diorang, kalau tak larat buat lapan, buat empat jer. sebab malam tu Ayie ngan aku pun ada benda nak buat.

masa tengah berbuka tu, seperti biasa pakcik yang uruskan makanan tu tanya "siapa nak volunteer?"
"Ayie, kita tak pernah tolong diorang. jom r" cakap aku
"jom r, tapi aku nak kemas meja jer"

apa lagi aku pun nagkat tangan. ingatkan volunteer nak kemas meja, senang sikit. rupa2nya kena basuh pinggan!!!hampir2 aku tak ikhlas semalam. Ayie bengang jer ngan aku.

"tu la kau, gatal angkat tangan!"wakakaka!nasib baik ada sorang mamat perancis ni ikut tolong sekali.

hurmmm....banyak gila pinggan!!!!!!!!!!nak gila aku masa tu. sebab orang2 sini walaupun keturunan arab, style makan diorang mcm orang perancis, pinggan mengalahkan makanan. ni pinggan khusus tuk appetiser la, ni tuk entrr, ni tuk sup..leceh...

basuh2 dan gosok2, azan isya' pulak..ada lagi beberapa ketul periuk besar yang tak berbasuh. gila, tangan aku dah keras kejung dah. mamat perancis tu cakap "x pe la, kita semayang isya' dan 4 raka'at terawikh, pastu kita sambung"..hurmmm..

aku msg kat Yulia, budak indonesia tu, "weh, kami dah habis. tapi minta 10 minit ya nak sudahkan basuh pinggan". cesss, time tu pulak tak der network coverage!!!

masa tengah basuh periuk tu, ramai pulak orang ramai kat depan tempat basuh tu. sibuk jer, bagi salam la, tanya tu ini, pastu ajar kitorang susun pinggan. rimas pulak aku. peramah sangat pun tak boleh (apa nak jadi ngan kau ni Anjut??asyik tak puas hati jer).

alhamdulillah, SIAP!!! tapi sebelum balik tu, ada sorang mamat tu bagi Ayie dan aku satu plastik besar "ini untuk kalian. terima kasih yer, esok kita jumpa lagi tau!insya'allah!".

huh?dapat hadiah pulak? dapat susu, jus oren, kurma sekilo, kek lagi..hehhe, rezeki...kalau macam tu la, hari2 basuh pinggan pun boleh. dapat pahala plus kurma free!!!


hurmm. aku rasa kat sini aku lagi rajin sembahyang terawikh dari kat Mesia dulu. kesimpulan? tahun depan aku balik Mesia nak last2 ramadhan jer la. hehehe...

Saturday, August 29, 2009

anti mengungkit-ntah macamana eja

pisang emas di bawa belayar,
masak sebiji didalam peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati.

siapa la yang cipta pantun ni?dia mesti seorang yang suka ungkit2 jasa dia. yucksss!nak sangat jasa diingat sampai buat2 pantun. pastu orang melayu pun yer kan jer...

tapi ada benarnya juga. berbudi2 ni bahaya. lagi la kalau orang yang kita terhutang budi tu suka mengungkit. aku mengungkit?hell no. kalau aku ungkit, mesti tergamam orang sekeliling. so?aku halalkan je la.

dan aku berfikir, ada ke budi yang tak terbalas?kecuali budi mak dan bapak yang melahirkan dan membesarkan, aku rasa tak der dah. misal nyer la, hari ni si Abu tolong aku isi borang masuk uni, esok aku tolong dia tebang pokok pisang pulak. kira 0-0 la kan? lain la kalau Abu tu anggap aku kena redah lautan api tuk membalas budi dia, kira psiko la si Abu ni.

dan mesti kawan2 keliling pingang aku ni ada yang kata "mejah dapat banyak sponsor dalam keluarga". haaaaa????biar betik!aku empunya badan pun tak tau. dengan adik beradik pun kitorang tak main budi2 ni. misalnya Kakteh nak bagi aku seribu ringgit (maybe empat ribu atau lebih, only He knows) aku tak boleh setakat angkat telepon mintak macam mintak biskut kat mak aku. aku kena KERJA, i repeat KERJA. dan aku suka cara ni. at least antara kami tak kan ada yang mengungkit. She gives me money, i provides her my service. business is business. it applies to all my siblings. Dan untuk pengetahuan semua, aku tak kan termakan budi, even dengan adik beradik sendiri pun.

contoh lain? misalnya aku pinjam duit kat Lilo, katakan 800 euros. dan sure aku akan bayar balik dengan amount yang sama (lain la dia nak kenakan bunga kat aku). dan perlu ke aku buat jambatan emas bersepuh intan dari rumah dia ke rumah aku kerana aku terhutang budi kat dia?nati dia terhutang budi pulak sebab aku bina jambatan tu kat dia. kan dah susah.

hurmm, itu pandangan aku ler. tapi rasa pelik jugak dengan umat manusia ni yang suka mengungkit2. ingat jasa tu besar sangat ke?boleh lawan ke ngan jasa mak n ayah aku?mesti dia malu kalau dia teringat jasa aku kat dia. dun worry, aku tak kenakan tax pun kalau ko rasa terhutang budi, kalau rasa terhutang, kira aku belanja jer la hutang tu.

so?kesimpulan: AKU ANTI ORANG YANG SUKA MENGUNGKIT, rapat ke, tak rapat ke, aku tetap anti!ada paham?

dan untuk ketika ini, aku rasa lapang kepala otak. sebab aku mengkhalwatkan diri dari berjumpa oorang2 sekeliling. tau apa aku punya teori?lagi banyak jumpa manusia, lagi banyak masalah yang kau dapat. dan mungkin aku akan jadi seperti kera sumbang..up sikit la, gorilla sumbang ok gak.wakakaka!

Friday, August 28, 2009

pergi la kau!shuuuuhhhh!

buat pertama kalinya aku rasa di "BANGSAT" kan! (yer, aku tau ayat aku kasar, ehh kau bayar aku ke tuk pilih ayat?) bukan pertama kali, banyak kali, tapi jadi pertama sebab yg lama2 tu aku biarkan jer. ermm, lantak la manusia2 ni, aku dah ada hidup sendiri, selagi aku tak kacau kau berak, jgn nak cari pasal ngn aku.

fikir balik, buat apa aku tulis kat sini. seolah2 macam masalah aku paling besar kat dunia ni. kau rasa aku tahu tak ada seorang hamba Allah tengah berhempas pulas melepaskan diri dari tembakan peluru dan ingin menyelamatkan keluarganya dan ibunya yang telah tua- bayangkan ia berlaku di Palestin- itu lagiiiiiiiiiiii BESAR dari masalah aku. woit, aku tulis kat sini, sbb ni blog aku..gua punya suka la!

tulis ikut emosi. kadang2 orang baca pun rasa jelek. dan untuk orang yang membaca tu, dah tau jelek kenapa kau baca?ada orang paksa?dah jadi 'meludah ke langit'.

aku rasa aku leh settle kan problem aku ni..hurmm, untuk orang2 yang beriman, jangan berhenti mengharap pada Allah, tak rugi. tapi dengan syarat, berusaha dulu tuk menyelesaikan nya. Kun Fayakun (jadi, maka jadilah!). sebesar mana masalah kita, besar lagi masalah orang lain.

ok la, mungkin hari ni aku rasa aku dibangsatkan, tapi selagi ia tak menganggu hidup aku (maksud aku, tak merugikan aku, mungkin ia cuma dilakukan tuk memuaskan hati si tolol tu jer), aku akan biarkan. dan aku pun bukannya jenis pendendam pada perkara2 murahan ni (sebenarnya nak kata "manusia parasit") i choosed my way, and i decide to go on with it.

tapi yang tak gemarnya, ada jugak umat2 manusia ni yang anggap aku ni x der masalah, dan main redah jer kalau nak cakap ngan aku. time diorang ada masalah, tau pulak aku nak hormati perasaan diorang. kalau aku tengah marah tu, jangan la nak ajak cakap benda yang merepek2. i'm not plain and straight! (sudahhhh, kang org pikir lain!) maksud aku, aku ni bukan ler org2 yang naif yang tak hiraukan apa berlaku sekeliling aku. Manusia tu ada perasaan. ngerti?

tukar tajuk jap: hurmm, lama aku tak cerita pasal kucing2 aku kan? si Jasmeen, Addy dan Leyla. hehe, aku terpaksa bagi makanan yang murah jer tuk beberapa hari ni. sabar la korang, elaun aku (siapa la yang excited sangat nak sambut merdeka sampai lupa masukkan elaun kitorang tu?) tak masuk lagi. nanti elaun masuk, kita makan ikan salmon kukus dengan sos putih yer.nyum nyum!

ok la, cukup disini. dan sekarang mood aku tgh tak baik, so jangan la gatal2 nak buat lawak bodoh kat aku. sesiapa pun tak boleh, hatta pengarah universiti de franche comte pun terlibat dlm larangan ni.dan siapa yang cuba2 nak hiraukan amaran aku ni, nahas la kau!ada takut?

Thursday, August 27, 2009

larangan berkepit

salam semua,

sekarang ni musim panas (maybe penghujung), so badan tu memang melekit. kalau aku naik bas, aku sanggup tunggu bas yang berikutnya asalkan tak terhimpit2 dalam bas tu. tau tak bas kat perancis ni tak der aircond? dan diorang pun guna gaz sebagai ganti petrol. sebab tu la udara kawasan aku ni mcm segar sikit, x der bau asap.tapi yang azab nyer, time panas mcm ni ler. tambah pulak puasa kan?mau tak banyak pahala aku ramadhan kali ni?

tengah duk kibas2 baju sebab panas, boleh pulak aku nampak pasangan2 yang berkepit2..ishh..lagi rimas aku. TAK PANAS ke??? aku yang tak berkepit ni pun dah rasa terseksa, ni diorang?

hahaha, cinta punya pasal kan?panas pun rasa sejuk. bukan kat Eropah jer, kat Mesia pun aku rasa mcm tu. kadang2 melekat mcm kembar siam!

ermm, aku rasa aku tak pernah berkepit ngan Mardziyah. yer la kalau dah jumpa pun jarang..seingat aku last jumpa dia masa kat SOGO, masa tu dia ngan parents dia, dan aku ngan akak aku. memang kitorang plan pun, so berkenalan la kami. dengan keluarga masing2 (dia kata mak n ayah dia suka kat aku, mau tak suka?habis aku mcm orang tak betul reahersal dlm bilik sbebelum jumpa tu!) pastu kalau tak silap, aku temankan dia tunggu bas kat Puduraya, masa tu dia nak cuba naik bas sendiri balik dari pratikal kat Cameron Highland, ishhh, risau la aku kalau dia tunggu sorang kat KL tu. tapi tu pun tak sampai setengah jam pun, maksu dia datang amik.hehehe..so kakak2 dan abang2 aku jangan nak kata aku merendek ngan anak dara orang tak tentu pasal.ada jugak budak2 yang tanya "kau ni serius ke ngan dia?tak der date ke apa ke?", oiiiiii!suka hati kitorang la. lepas kawin bukan setakat date, bergusti pun boleh! buat apa membazir masa dan duit ber date2?ingat orang ketiga adalah syaitan nirojim, kalau tym ramadhan dia kena ikat, NAFSU pulak tak kena ikat....

hehe, tu memang cara aku. tak suka berkepit2. mungkin sebab masa kecik dah puas berkepit2 kat rumah ayah n mak aku tu dengan adik beradik aku yang seramai satu team bola tu (bayangkan keeper injured, so kira sama satu team bola la). dan kakak n abang aku pun tau, aku rimas kalau diorang asyik nak tepon or meseg aku. bukan bermakna aku buang keluarga, tapi sebab aku sudah besar dan tak perlu dilayan seperti budak berumur lima tahun lagi. hurmm, paham tak? tak paham lantak korang la.


ishhh, penat la aku menaip.sampai sini jer la. kesimpulannya? "berkepit la pada waktu dan saat yang bersesuaian agar anda tak merimaskan orang ramai"

Wednesday, August 26, 2009

pusing 360 darjah

Salam.

semalam aku tepon mak, dengar berita Abg aku yang kedua (Abang Mamet) nak jadi cikgu! huhu! aku suka tapi agak pelik ler...

bersama bini dia (Kak Ida) selaku juruajar aku masakan jawa, dan anak dia si Irsyad yang kecik tu..rindu la pulak...

Abang Mamet aku ni berkelulusan kejuruteraan mekanikal dari UTM. dan dia dah kerja dalam 5 tahun (lebih kurang la) dalam sebuah syarikat kat Skudai tu. kira jurutera muda mesti la rasa ekonomi dah stabil kalau kerja lebih empat tahun tu. dan dia juga pernah ditawarkan bos dia tuk sambung belajar di Manchester, tapi sebab dia ni manja, dia tolak. tak der ribut tak der guruh, tetiba?tukar 360 darjah nak jadi pendidik pulak..ishhh, pelik bin aneh.

dulu aku pernah dengar kata-kata beliau "jadi jurutera ni memang la best, seronok buat apa yang kau suka buat. tapi kadang2 kau terpikir gak, rutin hidup busy kat kilang, sikit jer masa tuk Tuhan dan keluarga..aku nak satu kerja yang aku leh bagi masa aku secukup nya tuk semua.".

mungkin sebab tu dia pilih nak jadi cikgu pulak. kalau tak silap, pak lang aku yang recommended kat dia jadi guru pendidikan khas. so, kalau tu la niat dia, alhamdulillah la..tapi amaran aku yang pertama, jadi cikgu ni banyak dugaan, tapi kalau kita tau kawal, insya'allah ia jadi seronok.

ini bukan perkara baru dalam keluarga aku. ambik course lain, pusing2 jadi cikgu gak. tak kesah la jadi pensyarah ke, guru ke, kira pendidik la tu kan?ermm..macam ni la, apa2 jer yang korang buat, buat sehabis baik!hehe!

Tuesday, August 25, 2009

muak dengan manusia jenis ini

Salam semua,

hari ni aku nak menulis pasal isu terbaru (x der la baru, lama la jugak) yang sedang hangat diperkatakan.



siapa tak kenal wanita dalam gambar diatas?Kartika Sari Dewi Shukarnor. seorang wanita yang ditahan kerana meminum arak.

beliau dijatuhkan hukuman sebatan. dan yang menarik nya, beliau terima hukuman tersebut dan memohon agar sebatan itu dilakukan di depan khalayak ramai.

saper yang tengok buletin utama semalam 24hb (syukur internet laju kat sini!), pasti takjub dengan kata-kata beliau "saya rasa tak sabar dengan hukuman ini, bukan bermaksud saya riak atau apa, sapa yang nak kena sebat kan?tapi bagi saya ini adalah satu pengajaran buat semua.mungkin Allah nak tunjuk pada saya sesuatu. islam itu indah yer" ujar beliau.

aku faham maksud Kartika, beliau harap dengan hukuman itu dapat menjadi contoh pada yang lain. syabas!!!salah satu cara mendakwah jugak (walaupun beliau tak bertudung! insya'allah la beliau akan ke arah tu, doa yang baik2 jer dah la, jgn nak kutuk2!tapi sapa kata kita tak leh belajar sesuatu walaupun dari seorang pelacur?-dan aku tak kata dia pelacur!maksud aku belajar la walau sezarah manfaat dari siapa2 pun asalkan mendatangkan keuntungan pada kita- clear tak ni?). Untuk Kartika, aku doakan yang baik2 tuk kau.insya'allah.

tapi yang tak sedapnya, ada seorang menteri pempuan tu, konon2 simpati. taik kucing simpati apa la kau maksudkan? dia kata "Kartika boleh mengunakan hak dia untuk kes ini dibicarakan semula. kesian yer!". nampak tak betapa SEXIST nyer dunia ni!kalau la Kartika tu lelaki, mesti di suruh rejam plak..

wahai kaum wanita (kang org kata aku ni anti pempuan plak) jangan la lebih2, aku tau bukan semua, tapi kerana nila setitik, rosak susu sebelanga! dah si Kartika tu terima dan niat dia agar jadi pengajaran semua orang, kenapa ada yang nak jadi 'nabi palsu' pergi 'perjuangkan' hak dia?tak paham la aku...anda menghalang manusia berbuat baik!

dari dulu lagi kita dengar perjuangan dari golongan feminist ni. contoh, Sisters in Islam. yang nak sama ratakan semua org, sampai pempuan pun leh imamkan sembahyang makmum lelaki!ni apa kes?kebebasan bertempat la!kalau dah rasa Islam tu agama yang tak adil, cari la agama lain yg ADIL sangat tu...tu la bodoh sombong, dah la bodoh bab agama, sombong x nak belajar pulak.

mungkin ramai yang tau aku amik subjek syariah islamiah untuk SPM, dan kami belajar hukum hudud etc. tujuan hukum hudud ni diadakan adalah tuk mendidik manusia, buat apa nak takut kena hukum kalau tak buat salah? seorang lelaki yang dah kawin buat apa nak takut kena rejam sampai mati kalau kau tak berzina?masa berzina tu tak ingat akhirat?rasa sedap jer?

dan pelaksanaan hukum hudud ni bukan leh main mcm tu jer, kena cukup syarat2 dia, kena ada saksi, dan ikut kategori kesalahan jugak. meh amik contoh, kalau kes mencuri, kena potong tangan. ingat suka suki jer nak potong tangan anak orang?check dulu kenapa dia mencuri, kalau dia mencuri makanan kerana lapar, maish boleh dimaafkan, kalau la mangsa curi tu memaafkan, dia boleh jer kena hukum ta'azir, bayar ganti rugi kat mangsa. bagus kan mcm tu?ibaru la orang ramai takut nak buat salah, contohi zaman khalifah tu!tu la, silibus syariah islamiah tu ada, tapi sayang tak leh diguna pakai kat Mesia. sebab masing2 takut jadi ISLAM!

*sultan alaudin riayat syah (hero aku!) telah menghalang perasaan benci aku pada masyarakat sendiri, sebab baginda la satu2 nyer sultan yang mengunakan hukum hudud ni. pada zaman itu, melaka sangat masyhur dan makmur! tapi sayang, cerita mengenai baginda hanya sekerat jer dlm buku teks sejarah...alasan- baginda menjalankan hukum hudud, takut mempengaruhi pemikiran kita. alhamdulilah, at least SEKALI sepanjang zaman, Malaysia betul2 islamik!


dalam kes diatas, aku cukup geram dengan gerakan pelampau feminist ni! bagi mereka semua tak adil! apa lagi la nak berikan..jarang ada kaum lelaki yang tuntut kesamarataan. 'man man' la... syukur la dalam rumah aku tak der golongan mcm tu. cukup sampai disini, aku memang dah MUAK dengan orang mengada2!


*owh yer, iklan sikit, resepi karipap rangup ada di Belanga Bujang. dari pening kepala tengok orang mengada2, baik makan kipap!hehehe!


Monday, August 24, 2009

tersesat di bumi asing dan kelahiran makhluk halus

owh penatnya hari ni. abaikan tajuk diatas.ada sikit jer kaitan nanti.hehehe!

sebenarnya hari ni Mamat, Ayie dan aku tersesat naik bas. macam orang gila duk dalam bas tu...dengan matahri yang tersenyum jahat menyeksa kami ketika puasa ni...adusshhh...tunggu2 tak sampai2...masing2 ego tak nak tanya orang dalam bas tu. sepatutnya kami ke tepi sungai tuk rehat sementara tunggu kelas berikutnya, tapi terlajak sampai atas bukit mana pun tak tau...nak balik semula ke kelas, dah terlewat, apa lagi, melingkor kat rumah jer la jawap nyer...heiii mat jenin dan sahabat2nya!!!


hari ni dapat berita kelahiran anak saudara baru, Mohd Zafran (kenapa la kakak2 dan abang2 aku suka pilih nama senior2 aku yang 'baik2'???). tahniah buat pasangan Dr Nina dan Ir Jekpar!nanti aku buat entry khas tuk EMPAT orang keturunan Hamsan yang lahir pada tahun ni ok?adushhh. beranak pinak jer kan keluarga aku ni?hahaha..alhamdulillah, rezeki...


baik la, sampai sini jer kot.nanti jumpa lagi k.

owh yer, jangan lupa bersama 'Chef Mejah dan rakan-rakan' di dalam rancangan "DAPUR BUJANG"! kali ni ada resepi 'ayam masak serai DIRAJA, kacang sepat dan udang DIRAJA, dan sambal RADEN!'

Saturday, August 22, 2009

satu dah lepas...Alhamdulillah.

Alhamdulillah,

selesai satu hari puasa kat sini. sekarang ni penghujung musim panas kat eropah. malam semalam sebelum puasa, aku dah risau dah. "apalah nak jadi ngn puasa aku tahun ni?dah ler maghrib masuk 8.40 malam, panas terik macam nak mengelegak otak aku...bantu la kami ya Allah". sekali secara kebetulan, HUJAN turun dengan lebat seharian sebelum puasa tu! dan hingga hari ini cuaca jadi dingin! 'dan nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?'. mudah-mudahan hari esok dan mendatang pun cuaca mcm ni. aminnn.

sempena ramadhan ni, aku ucapkan 'selamat menjalani ibadah puasa!' dan perbanyakkan amalan.

sebut pasal amalan, ramai yang berlumba-lumba nak khatam quran. bagus perkara tu...tapi yang tak setujunya, hanya bulan ramadhan jer kita baca beriya2, tapi bulan lain? dan sebenarnya lagi bagus kalau kita baca alquran dengan terjemahannya, sebab al-quran bukan sekadar buku untuk dibaca, dalamnya ada hikmah. kalau setakat nak pahala khatam, x payah tunggu habis 30 juzu' kita leh dapat. baca jer la surah al ikhlas tu 3 kali! tapi kalau betul kita nak manfaatkan al-quran tu, baca la dengan maksud nya, lain la kalau korang cakap arab macam Husni Mubarak tu!

ada juga yang tak membaca al-quran dengan alasan tak reti baca, dan kalau baca salah nanti berdosa. memang la Tuhan kata "baca la al-quran dengan tartil (betul sebutan etc)" tapi bukan bermakna haraaaam kalau kita cuba membaca. sedangkan Allah akan memberi ganjaran pada setiap usaha yang kita lakukan untuk berusaha membaiki bacaan. Allah Maha Mengasihani!manusia jer yang suka menghukum!

ok, aku rasa ramai lagi ustaz yang lagi berkelayakan akan sebut pasal pekara2 tu, so aku serahkan pada yang pakar je la yer.hehehe!




istimewa ramadhan ni, Mamat, Ayie dan aku akan melancarkan satu laman blog khas tuk orang bujang. khususnya pada pria2 yang berada jauh dari keluarga tu.

lawati la BELANGA BUJANG untuk resepi mudah orang-orang solo!



blog ni adalah himpunan masakan yang kami pernah buat sepanjang pengajian kami di perancis ni. insya'allah satu minggu, satu resepi akan keluar. dan untuk ramadhan ni, kami akan cuba masukkan resepi untuk setiap juadah berbuka kami. so member-member bujang tu, jangan nak melantak meggi jer!

harus diingat, ini masakan orang bujang!so x der la se 'complicated' masakan mak-mak orang kat rumah tu.hehe!


ok la itu jer kot. dan diharap kita manfaatkan ramadhan ni sebaiknya..manalah tau ni ramadhan terakhir kita...ni la masanya nak kutip pahala banyak2...

Wednesday, August 19, 2009

saya nak pukul Tuhan!

"hari ni panas kan?" owh tidak, suara asing itu berjaya menangkap aku sebelum aku turun tangga dengan sandal Aswan aku yang putus di belakang tu (ayat kompleks!).

aku memang cukup benci kalau ada orang tegur aku kalau aku keluar dari rumah Aman (* Aman balik Mesia, so, aku tlg tgk2an rumah dia selain memberi ikan jalan raya dia tu makan serta pinjam internet dia). bukan nyer apa, aku malas nak jumpa Pakcik kedai daging kat bawah tu yg suka membebel pasal saliran air bocor dari rumah Aman yg kena kedai dia. setakat ni dah tiga kali aku kena tangkap dengan pakcik tua kerepot tu, padahal tak der sorang pun guna air kat rumah ni. Dah la jual daging mahal, nanti kau aku sabotaj kedai kau!

tapi suara tadi tu bukan suara Pakcik Daging tu, tu suara orang perempuan terketar2. Pandang atas, nampak perempuan tua sedang angkat jemuran kain dia.

"yer Puan, panas sangat...macam kat negara saya pulak" jawap aku berserta senyuman yang aku buat2 ikhlas.

"owh awak bukan orang Perancis? awak dari mana?"

"dari Malaysia. sama tempat dengan Aman, kalau makcik kenal dia " makcik tu angguk kepala.

"teringat pakwe saya orang asia macam awak... dia baik, hormat orang, rajin etc.. tapi dia tinggalkan saya lepas dapat tau saya tak boleh beranak..." kata makcik tu sambil buat muka sedih.

berdebar2 aku, dah tu kau nak aku buat apa?kawin ngn kau ke?hahaha!

"owh, dia orang mana?" bermula la sesi CSI aku. kalau ada Mamat ngn Ayie kan best, diorang lagi pakar bab menyiasat ni.

"orang vietnam...dia tinggalkan saya bila dapat tahu saya ada penyakit tulang belakang..."

kesian makcik ni...

"dah lama ke makcik sakit?" aku tau, kalau orang lain akan cakap 'au revoir' jer, tapi aku pun tgh bosan, so layan je la.

"sejak saya kecil lagi. itu semua salah bidan. kalau dia buat kerja betul2, x der nyer saya menderita macam ni..."

" tapi tak pe la makcik, mungkin Tuhan nak bagitahu makcik sesuatu dengan hantar penyakit tu" jawap aku, sekali lagi aku rasa nak ketuk2 kepala aku ni, sebab aku memang kalau boleh nak elakkan cakap pasal agama.

"owh awak pun percaya Tuhan?sekarang ni jarang anak muda percaya Tuhan. awak katolik ke?" tanya makcik tu.

"tak la, saya Islam...sama macam Aman." jawap aku.

"owh, apa2 pun agama awak, awak antara orang yang mempercayai Tuhan..." jawap makcik tu.

"betul. sebab saya percaya ada 'Kuasa' yang menjadikan saya dan alam ni." jawapan budak darjah dua.

"saya tertanya2 kalau Tuhan itu adalah seperti manusia..." cakap makcik tu.

"ehhh, x la...Dia tak sama dengan makhluk lain. kenapa makcik cakap macam tu?"

"abis tu, awak percaya Tuhan tu macam mana? saya rasa Dia macam manusia, sebab Jesus anak dia tu adalah manusia. dan Maryam di dara (la Vierge)pun manusia" jawap makcik tu yakin.

"itu makcik jer yang percaya, saya x percaya pun Jesus anak Tuhan. Maryam tetap dara sampai kiamat. kenapa makcik panggil Maryam dara (la Vierge) kalau makcik percaya ada 'orang' yang menjadi bapa Jesus?" soal aku dengan lagi yakin.

"ehh, tak tahu la saya...ermm, contoh lain Tuhan itu manusia, masa Musa naik ke bukit menerima risalah. Tuhan cakap dengan Musa seperti manusia..maksudnya Tuhan tu macam manusia la." makcik tu jawap.

"Tuhan kan Maha Kuasa, Dia boleh buat apa jer yang dia suka. tak semestinya Dia manusia kalau dia cakap seperti manusia." jawap aku.

ada seorang wanita muda dan anjingnya melintasi kami.

"contohnya, kalau saya bunyi macam anjing, adakah saya ni anjing?" tanya aku.

"ehh, mesti la tidak..." tahu pulak makcik ni jawap.

"saya tertanya2 adakah Tuhan tu manusia, sebab Dia punya sifat macam manusia. Dia kejam! Dia bagi saya penyakit ni, dan dia rampas kenangan2 saya...saya nak minta kerja pun susah, sebab rekod kesihatan saya teruk..kalau saya tak kerja, macamana saya nak hidup?" makcik tu dah sebak. isssshhh, gatal betul makcik ni, yang tadi dia beriya2 sangat nak bercerita kat aku, dia nangis pulak..kebanyakan orang perempuan macam ni la, emosional!

"ehhh, rileks la makcik...Tuhan beri sesuatu pada hambaNya mengikut kemampuan hambaNya. Dia tak pernah menyusahkan hambaNya, cuma kita yang tak reti bersyukur..." terkejut jugak, macamana aku leh susun ayat2 perancis aku jadi cantik macam ni. (Allah tolong!hehehe!).

"maksud awak?"

"tak semestinya orang yang diberi sihat tubuh badan dan kuat tu nasib nya untung. makcik yang sakit ni lebih beruntung, makcik ada rumah, ada kerja dan hidup gembira dengan kawan2 makcik. orang2 kat bawah jambatan tu?makcik tak nampak ke?diorang tu semua badan tegap2, tapi asyik minta sedekah jer, dapat duit beli arak pastu hidup tak tentu hala. kalau dia kumpul duit tu, boleh jer beli rumah..." hahaha, terima kasih Perancis, kerana bagi aku contoh setempat.

"cakap awak tu ada benarnya. ermm..mungkin saya jer yang tak pernah bersyukur...tapi kalau saya tahu Tuhan itu seperti manusia, saya nak pukul dia teruk2, sebab rampas kesihatan dan teman hidup saya!" makcik tu gelak.

dalam hati aku, tak gelak langsung... ini la manusia, kalau sandarkan hidup pada keduniaan, cepat aja kita kecewa dengan dunia. lepas tu maki2 Tuhan!!!sebab itu Allah kata dunia ni sebagai ladang untuk persiapan kita kat akhirat nanti. maka kita tak der la anggap hidup ni untuk dunia sahaja.

"owh yer ke makcik?hahahaha!tapi makcik larat ke nak pukul?makcik kan sakit...makcik doa la biar Tuhan sembuhkan makcik dulu, pastu makcik pukul la Tuhan." hehe, kesian makcik ni...

"ehhh, tak baik pulak macam tu.. x pe la saya bersyukur jer la dengan apa yang saya ada.."

"ermm, bagus la!owh makcik, saya nak balik dah.nanti kejap lagi dah gelap. jaga diri dan kesihatan yer!" aku mencari helah. aku dah nak terkencing sebenarnya!

"owh iyer, baik la. terima kasih yer sebab berbual dengan saya...dah lama saya tak berbual dengan orang. nanti kalau datang sini lagi, jangan lupa ketuk rumah saya" makcik tu bagi aku laluan.

"baik la!au revoir!"

"au revoir!"


*kesimpulan : "hidup yang kekal adalah di akhirat nanti. mengharap pada dunia, nanti kecewa jer...tapi jangan asyik berteleku kat tangga masjid mengenang nasib dan mengharap syurga jer...sedangkan Nabi pun memanfaatkan dunia utk akhirat...- jangan biarkan ladang kita kosong, nanti musim kemarau tak der bekalan pulak...dunia dan akhirat kena seimbang..."

Monday, August 17, 2009

hari ahad dan buah beri hitam ku

hari ahad adalah hari 'dua darjat'. kenapa? sebab kalau aku tidur, bermakna aku akan rugi, tapi kalau aku buat sesuatu, aku berjaya memanfaatkan hari tersebut.

maka hari ahad yg lepas, aku pun nak memanfaatkannya. kebetulan Sasi baru balik dari Planoise, so aku heret dia sekali ke satu lembah..bukan lembah kehinaan, tapi lembah Battant! hehehe!

misi kami adalah memetik blackberries yang tumbuh meliar di bukit depan rumah kami. nasib baik masuk kelas "decouvrir besancon", kalau tak, aku tak tau pun sepuluh tapak depan rumah aku, ada satu hotel zaman renaissance yang sgt popular dan di belakang hotel ni ada bukit yg dipenuhi beri2 liar. apa lagi, camera nnnnn action!!!


ni la hotel zaman renaissance tu. depan rumah aku jer rupanya..


pondok buruk di dalam taman ros belakang hotel tu.


taman ros

yang ni aku kenal..meningatkan aku pada mak aku. mak yg ajar aku makan benda ni. nama dia "BUAH MERANTI".

ni bukan beri, tapi sejenis buah apa ntah, minggu depan aku dtg balik, kalau leh makan nanti aku bagitau korang.

ni anggur. takkan ni pun aku kena kenalkan?

ni siput babi. ramai yg mati kena selsema babi.bodoh nyer babi!

blackberries yg meliar..nyum nyum!

konon2 artistik la...

hasil tangkapan.

usaha tangga kejayaan Sasi!cepat!nanti semua beri dimakan burung!

petik2

anggur lagi

blueberries

ni bukan berry, apa ntah ni..

blackberries muda.



pemandangan diatas bukit itu. ini la kawasan Battant. cantik dan permai. dulu penduduk kawasan ni digelar 'BoBo' bermaksud Bourgeois et bohemian. maksud dia "orang2 kaya yang merendah diri"..hehehe?mudah2an melekat kat aku satu hari nanti..aminnnn...

Sunday, August 16, 2009

kalau la aku lelaki yang baik...

sudah tgk apa jadi kalau aku perempuan? ahh, sekarang ni, apa kata tengok kalau aku 'lelaki yang baik'. yer la, x kan aku nak tulis "kalau aku lelaki' pulak?

ermm.. ni susah sikit nak ckp...sbb bagi aku 'nobody's perfect but everyone can try to be one'...usaha tangga kejayaan.

ini antaranya kalau aku lelaki yg baik.

1) aku takkan cakap bergebang2 atau semangat gila2 sebab aku tau orang ramai akan menyampah. cth : seboleh2 mengatakan yg kucing aku tu adalah jelmaan harimau!

2) aku takkan memakai atau berpewatakan pelik2 dalam majlis untuk menjadi 'attention seeker' yg aku tau sebenarnya org akan mengata 'betapa poyo dan bahlul nyer dia itu...'

3) kalau aku power main bola, aku takkan memilih team mates aku - kalau ia berkenaan main biasa2 jer tiap petang. dan be cool kalau aku kalah harini coz i know that i'm the bigf winner tomorow! yakin giler...

4) x kan upload gambar berlambak2 dlm FB. x upload gambar ngn awek coz it's tooo poyo.atau paling bagus, aku takkan guna friendster atau FB.

5) x kan menulis blog yg merepek2. (mcm aku punya ni, masih banyak benda yg merepek yg harus aku hapuskan...)

6)takkan jadi separuh gila kalau nampak perempuan seksi. (hurmm..seksi tu apa?aku rasa aku dah lali dah kot...dekat sini secara jujurnya ramai yg mcm telanjang...)

7) x kan memaksa kaum wanita membuat itu dan ini serta mengamalkan demokrasi- tapi kat sini lain, kaum wanita memang mendominasi, dan aku sampai sekarang nak terajang2 mulut budak yg report kat lecturer aku dlu yg aku ni 'sangat dominan' dlm grup kami sampai lecturer2 tu benci gila dgn aku (attention, lecturers tu pun pempuan gak), padahal segala keputusan sebenarnya diorg yg putuskan. sexist!

8) merantau dan terus belajar selagi kudrat masih ada. jgn terperangkap bawah tempurung jer..

9) akan menjadi average joe. org nampak biasa2 jer, tapi ada kepakaran tersendiri. ceeewahhh!

10) jadi cool bila org kritik, dan tak mengamuk2 mcm org gila bila org lain tegur, sebaliknya ambil iktibar dari apa org katakan. if u r right n they r wrong, then who bothers what they said?
- credits to Aman n Lilo yg berjaya melatih aku jadi lebih cool!hehehe!

11) x menunjuk2 yg aku la "gudang ilmu, semua orang salah, aku sorang jer betul, semua org tak paham, aku sorang jer cerdik".

12) x menunjuk2 yg aku ni animal lover, supaya semua org tau yg aku ni penyayang jua...
weh, tapi aku rasa mmg semua org tau kot yg aku ni suka haiwan n budak kecik...

13) x memilih rakan berdasarkan rupa, warna dan kelebihan nyer. sebab aku percaya, aku boleh mendapat pelbagai manfaat dari rakan2 yg berbeza. dan paling aku tak suka, buat 'geng' yg disertai beberapa org tertentu jer (kita bukan lagi budak berumur 5 dan 6 tahun!). cuba jadi diri sendiri dan jgn terikut2 org...owh looser..

14) jadi berani! jangan pengecut mcm tak der telor! x berani buat tu buat ini, harapkan org lain start dulu. baik potong bawah tu bagi kat anjing...

15) x kan beriya2 mengkritik politik tanah air yg aku anggap memang tak leh harap. (paling parah bila aku asyik bertukar2 fahaman jer, like always...)

16) akan berusaha meningkatkan amalan aku. (owhh, quran kecik yg abg uda bg tu tertingal kat mesir..org mesir cepat la dtg!!!)

17) x kan bengang bila ada org cakap semua di atas tu pada aku. (sebab aku tau, itu la ciri2 lelaki idaman!)


itu semua adalah tertakluk dlm agenda "KALAU LA AKU NI LELAKI YANG BAIK!" haha!sekarang ni aku rasa tak cukup baik...ada jer salah aku...x pun org yg cari kesalahn aku...hehe.

Friday, August 14, 2009

kalau la aku perempuan

salam semua,

semua orang tahu Allah mencipta manusia itu berpasang2an. lelaki dan perempuan. dan kerana kita ini saling melengkapi la kita akan ada niat nak 'membetulkan' pasangan kita. ermm, aku nak betul kan org, nanti orang terasa...so baik aku betulkan diri sendiri dulu.

jom kita main satu permainan.

permainan ni pelik sikit, cuba kita bayangkan kita ini dalam gender yg berlainan. apa yg kita harapkan dlm 'diri kita' tersebut?biar aku mula ok.

"kalau la aku ni seorang perempuan..."

1) aku takkan cakap meleret2 atau 'mengada2'- sebab aku tau ramai yg akan benci aku buat mcm tu

2) aku takkan mencelah2, sama ada ketika org tgh berbual atau mencelah2 di konsert2 agar semua org tau kehadiran aku

3) kalau aku tak pakai tudung, aku takkan kata "x semua org bertudung tu bagus", dan kalau aku bertudung, aku takkan cakap "semua minah tak pakai tudung tu pelacur!" (iman milik Tuhan, tapi kita yang kena berusaha, well said rite?)

4) x kan upload gambar berlambak2 dlm FB. it's like-semua org tau aku pergi Mid Valley (kenapa Mid Valley?) dengan dua atau tiga keping gambar jer, so x perlu la aku upload 8 gig gambar yang kebanyakkan nyer nampak lubang hidung aku jer.

5) x kan menukar2 status pada FB, Friendster atau YM terlalu kerap - Hamizah said : "aku nak terberak oiii!" 2 minutes ago, "toilet aku habis kertas tisu..eiiiyewww!!!" 1 minute ago, "nenek aku pulak masuk toilet!!!!" 2 seconds ago.----haaaa...annoying...

6)takkan terjerit2 kalau nampak org hensem, sebab aku tau org tu akan cakap "budak ni birah nak mam, geli jer aku tgk" --oitt, org lelaki suka budak pempuan yg cool... i repeat "COOL"

7) kalau aku ada bf, aku tak melekat 24 jam kat dia (sebab aku tau dia ada kurap!), x la...sebab aku tau dia rimas. lebih baik aku baca buku.- tapi kalau lepas kahwin, lain cerita ler...dapat cop halal dah wei!

8) takkan mudah jatuh cinta- haaa?org pempuan kadang2 mudah perasan. dan org lelaki kadang2 tak maksudkan pun kalau dia ckp " cantik la kau ni"- itu hanya pujian, bukan lamaran. pastu nangis2 mcm mati anak cos clashed!hahaha! i'v seen lot o this dramas!

9) x kan mewar2 kan pun pada orang ramai yg aku ni teror masak, tau menjahit, tahu baca quran, pandai masukkan ayam dalam reban- sebab semua tu adalah benda BASIC! (orang ramai hanya akan metertawakan aku sampai terguling2 kalau aku ckp "aku reti masak kari ayam!!yahooo!!" padahal aku sendiri pun tak tau yg aku leh letak kentang dlm kari tu...

10) x kan mekap mcm opera cina. sebab aku x nak jadi pelakon opera!!!

11) x menunjuk2 yg aku la "gudang ilmu, semua orang salah, aku sorang jer betul, semua org tak paham, aku sorang jer cerdik"----owh another type of bugs to be busted!

12) x menunjuk2 yg aku ni animal lover, supaya semua org tau yg aku ni penyayang jua...padahal, taik cicak pun aku suruh org gaji aku bersihkan.

13) x kan beriya2 berkempen untuk "kebebasan kaum wanita!", sebab aku tau "l'excess de la liberte tue la liberte" - terlampau bebas membunuh kebebasan tu. (sebenarnya aku rasa manusia skrg ni terlaluuuuu bebas..).

14) x kan bengang bila ada org lelaki cakap semua di atas tu pada aku. (sebab aku tau, itu la ciri2 wanita idaman!)

fuhhh, itu la 14 protokol "kalau aku adalah seorang perempuan". kenapa 14?sebab aku tak jumpa yg ke -15 ler...untuk mengetahui siapa role model yang boleh anda ikuti, sila berjumpa Puan Rahilah Idris, beliau adalah tokoh wanita solehah (kecuali beliau tak pakai Fb, friendster atau YM pun...orang kampung...).

*syukur aku ni lelaki, kalau tak...pilih kaler gincu pun mesti jadi masalah berjam2...


amaran!: semua ini adalah fresh dari kepala otak aku yg kecik ni, tiada kaitan dgn yg mati atau hidup. kalau terasa, korang nyer pasal.ok?

Tuesday, August 11, 2009

minggu gred A

Salam,

lama tak menerjah blog ni. minggu ni memang padat dgn aktiviti. dengan ketibaan tiga tetamu, Stopa, Amir dan Sofwan ke Besancon untuk ziarah (terima kasih!datang lagi!). Juga Halim, abg Masitah dai Brunei yg belajar di London. terima kasih semua.

Kalau ikutkan minggu ni boleh dikategorikan sebagai 'A+' sebab semua nya baik2. dan satu lagi yang paling mengembirakan, aku dapat sorang lagi anak sedara! tahniah kepada kakak aku Siti Aisyah dan suami Zul Afham dengan cahayamatanya yang bernama Zul Afnan!nanti aku upload gambar baby tu, tapi kena tunggu baby Amat lahir dulu(anak Kakteh). nanti Pak Anjut wat entry khas tuk korang k.


Bersama "Kuro" anak kambing kerdil yang manja. owh tidak!kelihatan seperti orang gila dengan beg plastik dan haiwan comelnya...

Minggu ni jugak aku dapat berita pasal 'lawatan orang2 mesir' ke tempat aku. haisshhhh, membuatkan aku ternanti2...cepat la datang...juga minggu ini sepatutnya aku dapat menghubungi Mardziyah sebab dia konvo!tapi aku tak dapat sebab tertentu...apa2 pun, diucapkan tahniah!(setapak menuju gerbang perkahwinan!ehhh???).

Minggu ini juga aku rasa rileks. berkelah dengan kawan2 di Plage d'Oselle. tenang fikiran aku. dan aku ke Citadelle untuk kali ketiga pada tahun ini (Datuk Bandar Besancon patut bagi aku free entrance kerana jadi tourist guide--walaupun kantoi dengan Amirudin pasal bukit tertinggi di Besancon tu!hahaha!).

Minggu ini juga Leyla dah beransur baik. Addy pun dah tak cirit birit lagi. ermm...senang hati aku.

itu la cerita minggu ini, sweet and nice (kurit tak ckp mcm ni?). minggu kalian macamana?


*orang yang malang ialah mereka yang bernasib lebih buruk dari semalam, orang yang rugi adalah mereka yang nasib yang sama seperti semalam, dan orang yang beruntung adalah mereka yang nasibnya lebih baik dari semalam..

Tuesday, August 4, 2009

hari ni aku macam masuk tadika..hehehe!bagus!

Salam ceria semua.

Hari ini aku ke kelas dengan semangat!hehehehe! masuk kelas summer modul lain (akhirnya berkesan jugak komplen2 ni, tapi tuk 15 hari, lps tu kena masuk balik program ntah apa2 tu). sebenarnya program ni tuk cikgu2 bahasa perancis yg dah bertauliah jer, tapi sbb kami banyak komplen, dapat la jugak masuk. bercampur la kami dengan guru2 tua dari seluruh pelusuk benua. tapi yg best nyer, kelas buat kat fakulti dan kami tiga teruna trang tang tang satu kumpulan!.hehe!

Modul kali ni ada 3 subjek jer. tiga2 subjek tu aku gembira. (seriously aku rasa tak logik modul2 senang ni ditawarkan pada cikgu2 tu!).

subjek yg pertama, "pengajaran phonetique dengan pengunaan pergerakan (lebih kurang mcm ni la translation dia).". dengan Regine Llorca! yes!!!antara cikgu yg paling aku suka kat Perancis ni. dia ni guru Flamenco, so mmg best la dia ngajar, walaupun sebenarnya masa semester lepas kami dah belajar benda yang sama ngn dia (lagi sekali, org perancis ni dah tak der idea nak buat prog...). kelas ni tak memerlukan kertas dan pensel pun.

subjek kedua, "menjelajah Besancon", ntah apa2 subjek ni. kelas ni pun 'mesra alam sekitar', kami tak perlu menulis, tapi kena keluar kelas dan jalan2 sekitar Besancon (yg aku rasa bukan setakat Besac, satu negeri Franche Comte ni aku dah khatam!)sebenarnya ni program utk org2 asing yg baru dtg sini, tapi ntah, group aku kena masuk kelas ni. sebenarnya leh jer tukar subjek, mcm ada beberapa org buat, tapi kami kesian ngn lecturer ni, sebab dia mengajar sambilan jer. dalam kelas tu, kalau tak der kami, hanya ada 2 org pelajar jer..so, kalau kami blah, tgl berdua tu jer la. dan subjek ni akan digugurkan. kesian cikgu tu, dia kata dia tak der duit nak buat tesis dia. dan lagipun ni summer class jer, so aku pun malas nak pening2 kepala gi kelas yg kena fikir. lagipun kan bagus kalau kita tlg org, walaupun dia kafir, nanti Allah tlg kita lak.

subjek yang ketiga, lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii best! "kelas nyanyian!". hahaha!aku pun tak tau apa konsep modul kami kali ni, tapi yg aku suka memang tak perlu fikir berat2 la. -mampus aku naik semester depan kang, terkial2 nak belajar-. kali ni pensyarah jemputan dari Kanada. siap bawak gitar dlm kelas. ermm, memang seronok la, siap dia tanya lagi nak nyanyi lagu apa. yang aku tau, minggu depan kalau tak silap, kami kena buat persembahan kat tengah2 bandar Besancon ni (kira mcm busking la..).

itu la tiga kelas yang bagi aku mcm "Tadika kanak-kanak dewasa". sebab memang bergumbira jer dlm kelas.-in fact, aku pernah masuk tadika tuk sebulan jer, sebab aku tak suka tadika tu, so aku rasa mcm ni la kot suasana nyer kalau masuk tadika yg best.. tgk pakcik2 makcik2 negara lain (kami yg paling muda yer di sini...) pun ok jer. aku memang sokong modul ni tuk kelas musim panas, sebab rileks...so lepas ni kalau ada yang komplen lagi, memang dasar tak bersyukur. bak kata Zati "Biasalah manusia, orang kasik betis nak peha. Allah kasik peha ko besar taknak plak. heh".


*sebelum gi kelas tadi, aku rasa nak gila sebab nampak ada tahi cair kat atas lantai bilik air aku. nampak Leyla kat hujung toilet mcm lesu jer..dia cirit birit dan tak sempat gi toilet dia..tak jadi nak marah. (mampus la aku nanti tuan dia ingat aku tak jaga dia baik2...). Leyla sakit. ermm, takkan nak hantar gi klinik yg jauh tu (aku pun sakit tak gi sepital). ni mesti ada kaitan ngan pemakanan dia. mudah2an la dia tak teruk...

Sunday, August 2, 2009

orang bujang jangan malas

salam semua,

selepas aku menghantar jemputan tag, aku terus menuju ke bilik tanpa bukak lampu dan tumbang tak bernyawa. sekali aku bangun subuh, bukak jer lampu aku nampak ini!




(hehehe, aku rasa biasa jer kot situasi ni..ermm, budak lain pun cam ni gak. ellehh, budak pempuan pun sama jer..ni jadi begini sbb aku betul2 busy-konon la- dan aku tak perasan pun rupanya mcm ni teruk..)



itu leh tahan lagi, aku tertidur balik lps subuh, niat dihati nak bersihkan siang sikit, sekali bukak pintu bilik jer, aku nampak ini!!!


(toilet aku mmg kena bersih..sbb aku x selesa toilet kotor. ni cuma bekas kencing budak2 tu yg kaler biru tu ke tengah terganjak. nasib baik toilet diorg yg box putih tu berada dlm gred A! dan aku jumpa satu jenayah berada di hujung toilet ni! ni Leyla la ni! tak pa, sbb sehari dua ni dia mcm sakit..so di maafkan- leyla kdg2 ada masalah ingatan..kesian dia..- nanti tuan kau balik aku suruh sental toilet aku..)

rumah anak-anak ku juga bersepah!!


(alaa, biasalah kucing...x jadi mcm ni, x kucing la...)

dan hall aku??ni budak2 ni punya kerja ler..padan la semalam aku dgr gedebam gedebum.rupanya tak tidur, ni kerja korang heh???

(hehehe, suka hati jer salahkan kucing2 aku..tapi kapet tu sumpah bukan aku yg buat!)


juga dapur ku, yg tisu tu aku tau sapa nyer kerja..si Jasmeen la tu! dari haritu dia nak main.cisss!

(hurmmm, dapur bujang..apa kau kesah?)





so???macamana ni? orang gaji tak dak..nak suruh housemate, aku mana ada housemate? habislah mak mentua aku nampak nanti...

nak suruh diorang ni?


BAIK TAKYAH!!!LAGI BERKECAH YER LA...dah la sekor2 ni pemalas...

maka bermula la kisah seorang bujang trang tang tang mengemas rumah nya. bertemankan penyapu, vakum dan semangat yang kental..ia pun bermula..


orang bujang, jangan jadi malas. lelaki atau perempuan, sama jer. pernah dgr tak, bila kita biasa melakukan sesuatu perkara hingga berumur 30 tahun, maka ia akan berlanjutan hingga tua.. aku x nak jadi malas. tapi la kan, sepanjang aku hidup ni, member2 aku yg lelaki memang rajin dan kemas. rumah kami jadi mcm kena bom ni hanya berlaku bila sampai waktu exam atau kami ada projek yg dilakukan. dan jangan terkejut, aku pernah dua kali masuk blok pempuan (secra halal!!) dan keadaannya sungguh mengecewakan. terus rejek!

semua org tau aku ada lima org akak kan?dan bermakna aku ada lima org abg ipar. kelima2 org abg ipar aku ni ada satu tabiat yg aku puji --PEMBERSIH-- isshhh, seriously aku rasa segan bagi pihak akak2 aku.hehehe!punya la kemas. kalau aku g rumah diorang n tym tu abg2 ipar aku tgh mengemas, memang la..kalau tak disuruh tebang pokok, di suruh angkat lemari... so bagi aku tak wujud la perkataan lelaki=pengotor. kalau wujud, nescaya di masa hadapan bila dia berkeluarga, rumah dia pun mcm tu gak.

mengemas ni tak susah, sekejap jer. bila rumah kemas, kita jugak yg rasa gembira n tenang..


ok, stop membebel, meh kita tgk apa yg berlaku.






berseri-seri kan?hahaha!ni la nasib bujang kesepian..kena cepat kawin ni..hehehe!


dan kucing2 aku tu terus tidur kat atas bantal merah hitam aku..ish, kan bagus kalau aku leh sumpah diorang jadi org gaji...

*mak aku pesan "kau jgn nak main kucing jer anjut!kang tak belajar kang!" aku reply "alaaa, dari melayan pempuan baik layan kucing.hehehe!"

Saturday, August 1, 2009

buku autobiografi

salam

minggu lepas aku ada webcam ngn anak sedara aku. ada yg sorang tu tunjuk buku autograf kaler pink gambar Barbie (hahha, gedik jer budak tu...). aku mula teringat masa sekolah2 dulu, rata2 semua org ada buku tu kan?ngehngehngeh!yg paling tak tahan, last2 sekali tu ada "ucapan kepada rakan" (friendship forever ler, jangan lupa aku la, etc...). kali ni apa kata kita buat balik benda serupa tu, tapi yg sesuai dgn umur. best gak layan tym bosan2 ni.


(ketika di Pontarlier)



Nama : Hamzah HAMSAN

Nama Pangilan : Anjut, Mejah, Hamzah

Tarikh lahir : 13 mac **** (wink wink!muda lagi!)

tempat lahir : hospital Kluang

Status : pending (sampai seru jer nikah terus)

Hobi : melancong, memasak, mengeluarkan peluh, pets, music dan baca artikel yg berilmu, wayang (kdg2 drama layan gak)
Makanan kegemaran : masakan ibu (poyos!). semua kecuali KAMBING

Minuman kegemaran : teh lipton

Cita- cita : reality (guru), fantasy (veterinar)

pengalaman buruk : terjatuh kat tangga batu kedai cina masa umur 5 tahun. masa tu mak tinggalkan aku ngn kaktam kat bandar, sekali hujan. kitorang nak beli limau. masa turun tangga tergelincir...dan buah limau bersepah sampai ke tengah jalan...
Pengalaman manis : banyak kot...yang paling best, dpt naik unta kat Giza dan berenang di sungai nil (Aswan).

Perkara yang disukai : jumpa org2 cool
Perkara yang tak disukai : jumpa org2 tak cool, terutama budak pempuan yang sukakan perhatian atau budak lelaki yg bajet bagus (ceewahh, suka hati ngata org, kau tu bagus sgt ke?)...
adakah anda berpuas hati dengan apa yang anda ada? : alhamdulillah!

Harapan : semua manusia bersatu. tak der hasad dengki dan perkauman. dan manusia boleh berfikir dengan sewajarnya.


boleh tak aku nak tag org???please...aku tak pernah tag org, org jer tag aku... so aku nak tag : Budin, fizah, mama tazzy, Zam kentang ku, Mas, Ucop, Izah, Jhazkitaro, Feliscatus, Dibah, Hizryan, Ijat yg runsing, Izzati dan adiknya irrina, Jezzika, Kamel, maryam, Otai, Perth, Sarah anum, Shah, Aiman, Izzy, Khirol, Adam, Lilo, Nichaa, Rose, Sonia, Tiku n Zati (ermm, nama2 yg aku tak tulis tu, samada aku terlupa atau aku rasa korang tak nak wat pun tag ni --nama2 yg kat atas ni yg cam ada potensi jer. x nak wat pun tak pa..just copy the items, then answer the questions. not to forget your cam-whoring photo!hehehe~!) ehhh??adik beradik aku jangan nak lari heh!- Paklang, Pakusu, Kak Azza, Kak siti payung, Kaklong Sylla, kaklong, kakteh, abg azam. haaa, jawap la jgn tak jawap!