Saturday, July 4, 2009

taraf ke'esotikan' anda

"awak dari negara oceania ke?" tanya seorang makcik dalam train ke Weingarten.

"owh, hampir oceania, saya dari Malaysia" jawap ku. biasa la, kalau berjalan2 di negara2 mat saleh ni, hampir semua akan memandang anda seperti makhluk asing dari Marikh.

"huhu, saya kenal Malaysia, orang2 malaysia ada kulit yang cantik2. sangat esotik! kamu tahu, kami selalu berharap negara kami ni beriklim tropika..." aku hanya tersenyum, sebab otak aku serabut memikir kan perhentian apa yang akan aku turun nanti.

itu adalah antara babak yang aku ambil pada tahun lepas ketika aku melarikan diri selama seminggu ke rumah Muiez di Jerman.

masyarakat eropah menganggap orang2 asia (terutama yang berketurunan nusantara) adalah esotik. kulit sawo matang, mata bundar hampir kecoklatan, rambut hitam berkilat, serta raut wajah yang manis dan tenang (aku bukan describe diri sendiri yer!aku ckp secara umum).

ermm, esotik sangat ke? apa sangat yang dimaksudkan esotik tu? esotik tu sama dengan aneh ke?

barang2 esotik sangat berharga, termasuk kucing jenis exotic shorthair ni, di Perancis harga nya mencecah 2000 euros!!!

Orang melayu : minta maaf kepada kaum lain, pada hari ini, aku ingin bercakap mengenai kaum terbesar di Malaysia ni. boleh? meh kita kumpul markah.

orang melayu pada dasarnya memang esotik. raut wajah orang melayu ni pelbagai, dari wajah orang asli seperti Dayang Norfaizah, cina seperti Nik Aziz, India seperti Mahathir, mat Saleh seperti Sazzy Falak hingga la ke pada Afrika seperti Ning Baizura. semua tu melayu. esotik kan? hakikatnya bangsa melayu ni tak ada yang tulen, semua sudah bercampur.

satu markah jika anda orang melayu.


ni bukan anak jepun, ni Chibi anak kakteh aku.

seterusnya jika anda masih mengamalkan tradisi melayu. bersopan santun, menghormati orang tua, cakap lemah lembut, tersenyum jer (bukan menyeringai mcm kerang busuk - perkara ni pernah diperkatakan oleh kawan kami Jamie dari US, 'kenapa kalian suka tersenyum?walaupun dpt markah sikit atau datang lambat ke kelas pun masih tersenyum?"--huhu, bukan semua orang suka kalau kita tersengih jer. bertempat la yer). apa lagi tradisi melayu? ermm, malas, tgk cerita lucah, merogol anak sendiri, mengumpat etc dikira sebagai tradisi ke?mudah2an tak..

baik, tambah satu markah lagi!tahniah!


chibi main bedak

seterusnya beragama islam. haaa?islam lagi tak tu?ke pada nama jer? jgn terkejut, orang melayu itu tak semestinya islam, kalau ikut perlembagaan memang la yer, tapi hakikatnya. lu pikir la sendiri yer. tapi orang melayu ni rasanya lebih sayangkan bangsa dari agama. kami marah kalau ada org persendakan melayu, tapi buat gelap mata jer kalau pemuda2 bukan mahram pegang tangan , berjudi, minum arak, terkinja2 mcm beruk kat disco. x pe la, orang kita kan banyak tolak ansur...

ok, kalau anda islam yg sebenar2nya, tambah lagi satu markah.

orang melayu ini sangat esotik bila menyentuh bab perkahwinan. mengikut bancian, antara masyarakat2 didunia ni, kaum melayu antara paling kurang penceraian dan penganiayaan dalam perkahwinan. ambil contoh masyarakat lain, asyarakat perancis memandang perkahwinan satu perkara yg membazir, sebab tu diorang ni jarang yg kahwin, rasa2 nak anak, g la cari kat bar. pastu tukar2 kalau rasa2 dah tak best (n aku pelik bila orang kata kota Paris itu kota yg romantik, hakikatnya romantik org perancis hanya terletak pada nafsu seks mereka jer, bukan nyer nak hidup berkekalan pun). amik contoh budaya arab pulak, memang la mereka berpoligami, kurang penceraian, tapi ramai yg jadi mangsa penderaan (disini anda kena bezakan antara agama islam dan budaya arab, dua2 tu berbeza ok).seperti yang diceritakan bibik kaklong, Marsila yg pernah bekerja di Arab saudi sblum ke malaysia, dia selalu nampak majikan dia dera isteri dia, tapi budaya diorang ni, org perempuan terpakasa tadah jer kalau kena sepak terajang...kesian kan?

ok, tambah satu markah jika anda berkekalan dgn pasangan masing2!yg couple2 tu tak dikira, sebab perhubungan tak sah (haram).



makanan esotik bagi aku adalah 'mudah tapi nampak rumit'. contoh nasi ayam ni!hahaha!masa bulan puasa tahun lepas.

pada festival makanan sedunia ditempat kami, warung orang malaysia adalah antara warung yang paling mendapat sambutan. sehingga ada orang2 asing ni tak nak berganjak2 dan memborong bersih semua makanan. (kawan kami dari kuwait rasa kecewa dan dia minta penganjur jarakkan warung dia dari warung malaysia!hahaha!). sebabnya makanan malaysia ni semua bangsa suka makan, sebab dah banyak pengaruh itu ini, makanan kita sebenarnya bercitarasa antarabangsa. (tapi aku pelik bila ada orang2 melayu ni yg mcm jakun gila dgn spageti, pizza, etc...hahaha!pelik la...).cintai masakan anda!

tambah satu markah tuk pencinta masakan malaysia!
makanan melayu akan merasuk semua bangsa didunia!!!

jika anda lelaki, tapi anda sangat teror memasak. atau anda perempuan, tapi anda tahu tukar kepala paip. syabas beta!!!anda sgt esotik. tapi sebenarnya dah tak esotik dah, coz perkara ni mmg dah biasa dah. pembahagian tugas tu dah sama banyak antara lelaki dan perempuan. bagus2. esotik!

tambah satu markah tuk diri masing2 k.

kura2 galapagos. masa pesta haiwan reptilia di tempat kami.kura2 yang esotik.

ermm, pasal flora n fauna tak yah la cerita yer, sbb memang sedia maklum esotik. (korang tau tak, org2 kat perancis ni, gila2 denagn kucing kampung kita, sebab muka kucing malaysia tiga segi, esotik diorang kata. n kalau aku bwk ke sini, aku leh jual sampai 500 euros tuk kucing2 kat pasar tu!)

yang ni x der markah, coz melibatkan haiwan n tumbuhan!hahaha!

lagi satu bahasa. bahsa melayu adalah sangat esotik. tatabahasa yang agak mudah, dan pernah menjadi lingua franca. lagi satu, oleh kerana sebutan dalam bahasa melayu pelbagai, maka orang2 kita boleh bertutur mana2 bahasa dengan lancar sekali (diakui pelbagai pihak!). dan setiap sorang paling kurang tahu dua bahasa (tak wujud orang melayu yang tahu satu bahasa jer)

so satu markah tuk yang masih bertutur dalam bahasa melayu!



jejaka kacak berbaju biru tu. suka yg lain dari yg lain. bukan mencapub, tapi jenis tak suka ikut org jer.hehehe!(juga bukan bermakna keras kepala, cuma saja jer sakat budak2 yg lain. org lain lompat, aku jer duduk mencangkung). yang ni aku tambah satu markah percuma kat diri sendiri.hehehe!

haaa, dah berapa banyak dah tu markah terkumpul? kira esotik la anda ni?hehe!tapi tau tak, tak semua orang suka benda esotik ni.contoh, org barat tak suka durian, durian adalah esotik, melayu pun esotik, haaa, pandai2 la buat kesimpulan...adios!


5 comments:

Sir Tauhid Alhaj said...

Mujur lah aku wong jowo hehe

Mohd Zamri [The Z A M] said...

calling ourselves as an exotic being?... haha... I feel odd,man. seriously.

anjut said...

Pak usu--kita pun wong jowo gak!wakaka!(alasan tuk melarikan diri dari 'melayu malas').hehehe!

Zam- actly i should write bout 'to be exotic in front of Him'.(sekali terkeluar tajuk) it's just not worth it if v r exotic in front of peeps, tp lebih bermakna kalau jd the chosen 1 depan Dia...

hadi sprenteng said...

ade 1 ilmu..kat jpn ade satu kad khas utk foreigner..dan kad itu digelar ALIEN CARD..maka hidup lah foreigner di jepun bagai tamadun marikh,musytari,zuhal dll..

anjut said...

iyer?tak tau pulak aku org2 jepun sepelik kau????dan kalau kau nak tau, kat sini memanggil org tu 'asing' pun dah dianggap kurang ajar (tp x tahap kritikal la..)