Sunday, July 26, 2009

Ong Bak 2, la naissance du Dragon

ok la, aku tau aku agak ketingalan, tapi kat France, cerita ni baru kuar!so nak ejek aku, ejek la, tak kesah pun.

*amaran- aku bukan la pengkritik filem yg baik!hehehe!



Ong Bak 2 kali ni mengisahkan pasal "kelahiran naga" (direct translation from its french title). aku memang tertunggu2 cerita ni kuar, sebab 'ketagihan' cerita Ong Bak yg pertama. (ni semua Perth punya pasal, dia yg kenal kan aku cerita ni--ehh?tetiba teringat kat Perth,wakaka!).

so aku ambil keputusan nak tengok jugak cerita ni, memandangkan esok cuti, aku pun pergi la tengok sorang2, pawagam pun sebelah rumah jer. seperti yang dijangkakan, bilik number 5 KOSONG!mula2 aku sorang, pastu masuk sorang pakcik, pastu sorang brother, pastu 3 org aweks yg tergedik2 (bersiap sedia ler nak dgr org jerit2). hanya kami berenam!best2!

masa intro pun aku dah kagum!walaupun semua cerita kat sini dah dialih ke bahasa Perancis, ia langsung tak membunuh semangat dan keterujaan aku nak tengok filem tu. bermula dari si Tien (Tony Jaa) kena campak dalam kubang buaya, pastu dia berlatih pelbagai seni mempertahankan diri (jangan main2, dia pandai silat!), sampai la dia jadi raja gajah tu (power giler dia lompat2 atas gajah!), memang tak cukup mata aku nak tengok.

terpekik2 budak2 pempuan tiga orang kat belakang aku tu masa sesi bunuh membunuh. ishhhh, memang aku puji gila2 lakonan Tony Jaa tu. mula2 aku memang dah agak dah, tuan guru Tien yg pakai serban tu ler pembunuh bapak dia, so aku pun wondering, kenapa dia tak bunuh jer si budak Tien tu dari kecik?padahal dia banyak peluang...

rupa2nya masa dia nak kena sembelih dgn Tien tu, tuan Guru tu siap berbisik "biar la aku mengantikan nyawa ayah mu" kira dia nak tebus kesalahan dia dengan cara terhormat la.owhhhh, baru aku paham.

aku memang sokong mana2 filem dari asia, sebab bagi aku, orang asia kalau buat filem, mesti letak semua unsur. maksud aku filem 'ada otak'. ni pendapat sendiri tau, x semestinya betul. kalau cerita mat salleh, semua mcm x guna otak, walaupun bajet besar2 gaban. tapi mcm Transformers tu lain la... cerita perancis?arghhhhh!!!!cerita bodoh dan tolol jer semua (penipu pada sesiapa yg kata filem perancis ni tuk orang berfikir, hakikat org perancis punn MALAS berfikir!).

filem Ong Bak 2?dari segi set, pelakon, dengan teknik pengambaran memang aku puas hati! terfikir kebolehan Thailand mengeluarkan filem2 yang bermutu. Tom Yum gong, Ong Bak, Langkasuka,Longkorn (sikit jer yg aku ingat dia nyer title) semua tu hebat2!

ermm, bukan nak mengata perfileman tempatan...entah la, no komen..Yasmin Ahmad pun dah meninggal (al fatihah), sapa agak nyer nak ganti arwah kan? aku?hurmm, masa kat matrik, pernah sekali aku jadi pengarah teater, pastu pernah ler sekali tu jadi pelakon terbaik tuk english week kat matrix..ermm kelayakan lain?penglibatan sketsa sampai peringkat kebangsaan, budak2 smap ingat tak "misi Eustary shuttle"?hehehe!lawak r!--ok aku tau penyataan aku diatas adalah seperti 'masuk bakul angkat sendiri', yer ler, dah orang lain tak nak 'angkat' aku. blog aku, aku nyer suker ler!hehehe!

apaperpun LIMA BINTANG TUK ONG BAK 2!!! tunggu Ong Bak 3.

2 comments:

JHaZKiTaRo said...

owww... ong bak 2 best eh?? ong bak 1 pun aku tak tgk lagi.. hakhak.. nanti laa aku cari kat torrent ke, rapidshare ke.. dan sbg membalas komen ko dlm entry pasal kerjaya cikgu tu, aku tak minat sgt citer2 melayu actually.. tapi sejak kebelakangan ni jer byk pulak citer melayu yg besh2.. citer omputeh pulak takde yg besh.. harry potter tu pun boring tahap gaban.. terlelap 6 kali aku dlm cinema.. hih..

anjut said...

ehh?boleh kira heh terlelap berapa kali?wakaka!hurmm, harry poter x tgk lagi. sbb bdk2 lain kata tak best jer. so mcm mls buang masa (walaupun dpt masuk wayang percuma anytime!hehehe!).haa, cerita melayu yg wajib tgk ialah "spa Q 2" dan "nur kasih". rasanya satu malaysia minat cerita ni..termasuk la bapak aku.wakakaka!