Thursday, July 16, 2009

meledak!

"kita tak boleh tinggalkan mereka yang baru belajar tu, jadi kita kena ulang semula"

"kenapa pulak?itu masalah mereka!kerajaan kami bayar mahal! 560 euros sebulan tuk sorang!mereka bayar utk perkara yg sia2! pembaziran!" geram aku ngn lecturer yg tak der telinga ni!

"mereka bayar jugak, x adil pulak kalau kita biarkan mereka. bagi kamu ini satu pembaziran?"

"memang satu pembaziran!walaupun kita 'belajar', tapi mcm x berguna, seolah2 kami belajar benda yang sama, tapi level lagi rendah!saya dah tak tahan da!dan mereka (pelajar azerbaijan dan beberapa begara arab, dalam berbelas orang-pelajar malaysia 10 org, boleh je nak wat kelas lain!) yang perlukan belajar subjek2 ni, padahal mereka tak dtg ke kelas pun!!!dan bila ada antara mereka masuk kelas lambat, kita kena ulang balik, apa benda ni??kami yang dah belajar pun datang kek kelas setiap hari pada waktu nyer!"

"dan kenapa kamu pilih program ni?kamu yang sign!"

"bila masa pulak kami yang pilih, yg saya tau, saya dapat email dari CLA (centre of applied linguistic) berkenaan kelas musim panas! x sangka saya kelas tu mcm ni!"

terdiam pulak lecturer ni. aku sangat panas hari tu, memang aku dah tak sabar ngn pelajar2 lain. nak kata bodoh, x sampai hati. nak kesian, tapi geram!nak tak nak, meledak jugak aku kat kelas!bayang kan kalau kalian kena belajat benda yg sama, material yg sama, tapi level lagi rendah???kemudian group yg sepatutnya ambil kelas tu pulak tak dtg kelas, kalau dtg pun buat perangai yahudi diorang?sakit tak hati?apa pusat linguistik tu tempat kerajaan masing2 buang duit?bukan nyer murah, mahal! kami ni hah pelajar malaysia yg jadi mangsa.

tengah hari sebelum tu...

"awak kena buat sesuatu, jangan salah kan pelajar Malaysia bila minggu berikutnya kedatangan adalah mengecewakan!" cukup tegas dan padat ayat2 akhir aku. harap manusia asing yang mata duitan ni faham setiap butir, sebab bukan la aku guna french level tinggi, memang seketul2 keluar. so x der sebab dia tak nak faham.

"baik encik, kami akan uruskan perkara ni.encik jgn risau" terkebil2 mata koordinator tu!

"bukan ke senior kami dah buat aduan tahun lepas?kenapa x diperbaiki?"

"owh, itu memang kami tak tahu encik...tak der siapa pernah memaklumkan perkara ni..." terkebil2 lagi.

huhhh!bengang aku. dah la kau rampas cuti summer aku, buat program bukan2!pastu minta kerajaan kami bayar mahal2, bukan tuk sebulan, tapi dua bulan!!!kalau la duit2 tu buat tlg anak2 muda kat malaysia utk maju, kan lagi bagus!

hari ni masuk hari kedua aku ponteng kelas, apa nak jadi, jadi la!!cuma pagi td aku TERpergi ke kelas, jumpa lecturer yg hampeh tu. terus aku kena 'tangkap', pasal buat perbentangan. ellleehhh, peduli apa aku! budak2 negara lain yg ponteng tu, x der pulak kau kesah?

haa, sapa yg kenal aku , memang akan jumpa perangai aku mcm ni!aku memang tak der kompromi!sapa2 jer kalau buat kerja cincai buncai, tetap kena sound!bukan nyer sebab aku bagus, bukan sebab aku besar kepala atau apa (kalau korang nak kata aku mcm tu, pedulik apa aku?), tapi sebab hasil kerja dan program yg hampeh mcm ni la yg akan bagi kerugian dan masalah masa depan! sebab tu aku pantang! lagi aku sakit hati, kalau aku leh buat benda yg org mintak tu dengan sempurna, kenapa susah sgt org lain nak buat kerja diorang?makan gaji buta jer tahu!tahu pulak cakap itu halal ini haram?

ada beberapa rakan yg cuit2 kat belakang "Mejah, biar je la..x pa la..." dan mungkin beberapa senior yg cakap "sabar jer la...nak wat camana...". MACAM TU SEKALI ke semangat masing2???biar jer benda terjadi kat kita, ada hak tak dipertahankan?owwhhh, mungkin kita terlampau bangga bila di gelar 'orang melayu baik2...sanggggatttt baik...". tak perasan ke sejarah dulu membuktikan, kerana 'kebaikan' kita la tanah melayu ni tergadai? berhenti la yer!(tapi aku rasa tahun depan mereka akan buat perkara yg sama tuk junior, mat salleh pun mata duitan,at least, aku puas hati sebab dah sembur diorang!so apa nak jadi pas ni, lantak la!)

so?apa yg akan aku lakukan? dengan senang hati nya, aku akan ponteng bila2 masa aku suka. dan mengenai assignment2 yg diorang bagi tu, aku akan buat, tapi jgn harap aku nak buat sebaik2nya. dan bukan salah aku kalau satu hari nanti ada yg komplen 'kerajaan habis duit jer hantar kau g perancis", sebab dah jelas bukan aku yg x nak belajar, tapi mereka yg paksa aku 'lari' dari apa yg patut aku belajar. (summer class ni bukannyer penting pun. x masuk dlm syarat kemasukan uni pun. aku dah ada C1, itu jer yg diorang mintak kan?so?)

kesimpulan: setiap manusia atau pun jin, kalau ada satu tugasan tu, buat la sehabis baik (masuk pengakap lain kali!). dan gunakan otak yg hampir sama besar ngn otak berok ni tuk berfikir perkara2 releven yg patut dilakukan. dan jangan buat orang lain MELEDAK!!!sekian...


3 comments:

umi_e said...

kenalah bersabar ya...

* semoga sukses :)

The Z A M said...

sabar mejah... =)

anjut said...

Umi and zam- huhu, mmg sy x biasa meletup mcm tu, tp kali ni mmg x leh dibendung dah. rasa darah tu nak keluar2 dari telinga. btw, kelas ngn lectrr tu abis minggu ni!!!hooorayyy!tp geram ngn koordiantor tu coz dia perli bdk2 mesia yg x dtg kelas.nanti dia saya kenakan...