Friday, July 10, 2009

ketam cili padi teruna nan smart

"ehhh?betul ke harga ketam ni?jgn buat lawak pulak?"
"betul la encik, skrg ni tgh lambakan ketam dari atlantik" ujar mamat kat pasar intermarche tu.
"ok la, saya nak amik seekor"
"seekor jer?cukup ke?" main2 pulak ngan aku!
"mana la aku ada bini kat sini, makan sorang jer"

tersenyum girang aku hari ni, memang dah lama nak makan ketam, masa g mesir hari tu pun hajat nak makan ketam kat mana2 seafood restaurant, tapi bank kad buat pasal pulak, kalau tak dengan ikan paus sekali aku oder!

jadi pada hari ni, kita akan memasak "ketam masak lemak cili api teruna nan smart". dah sedia pen ngn kertas?jom masak!!!

bahan2 :

-sekilo ketam (angaran ketam besau mcm ni berat dia 1.2 kg)
-selabu bawang merah
-dua ulas bawang putih
-satu inci halia
-empat batang cili padi (cili padi sini pedas gila!so ikut keperluan anda la yer)
--bawang2, halia dan cili tu di blander bersama, tapi sbb aku ni miskin, aku cincang jer sampai lumat, nanti dah telan serupa jugak yg keluar tu)
-serai
-krim (kalau kat mesia leh pakai santan, tapi pakai krim lagi sedap n berkhasiat sebenarnya)
-secamca serbuk kunyit (agak2 la yg ni)
-garam secukup rasa
-sebijik atau dua telur ayam

mudah jer kan??ada orang tak guna bwg merah, tapi sbb kat umah aku ni bwg tu x tau nak buat apa, aku bedal jer la.


proses


"jasmine pun pelik tgk benda ni, nak gigit takut patah gigi pulak, hidup lagi ketam ni, seronok jer tgk dia kena seksa ngn kami 'sekeluarga'!!"


"sementara menunggu barang2 menumis tu siap, biar la ketam tu berenang2 sebelum malaikat maut amik nyawa dia..."

"ni satu petua, utk ketam saiz besar ni, elok rebus sekejap sampai dia tukar kaler. sekejap jer, seminit pun jadi la. sebab tuk memudahkan proses mengumpil bahagian atas (shell) dan bawah dia. "

"kemudian, tumis bahan2 td, (ada yg tak tumis, itupun terpulang selera anda). kemudian masukkan sedikit serbuk kunyit, kacau seketika, baru dihumban santan kedalam. kacau rata, agak2 nak mendidih, tambah garam. kemudian masukkan ketam anda yg separa masak tu, dia punya tangan n kaki masuk last2 nanti, sbb makanan laut ni, kalau lama sgt dimasak isi dia akan hilang"

"kemudian pecahkan sebijik dua telur (ini petua yg amat berguna, walaupun ketam ni ada banyak telur dia, tapi bila kita tambah telur ayam, ia akan banyakkan lagi telur tu--logik la!- maksud aku, lagi sedap!). biar kan kuah mendidih sekejap."



"ketam masak lemak cili api teruna nan smart!"

"haaa??senang tak?dah pun siap..oleh kerana aku tinggal sorang (sorry sasi, kalau nak ajak kau pun, kau g umah Aman, n mesti kau tolak2, buat penat mulut aku jer ajak, n Mamat, aku dah ajak kan td??kau x nak dtg sapa suruh, dan yg lain2 tu, kalau nak, korang beli ketam, kita wat kenduri kat umah aku!hahaha!!!). dan anda perlukan semangkuk (aku pakai mangkuk nasi) yg amat besar tuk menempatkan sisa2 nanti. mula kan dgn bismillah, insya'allah bertambah enak dan berselera."

ni sisa2 ni, korang jgn lupa buang pulak, kang berlalat rumah tu!

4 comments:

biskott said...

sedapppnya.
aku pon dah lama tak makan ketam.
huhu.
tp ketam masak lemak cili api memang terbaik lah.
nak nak pedas kaw-kaw. perghhh.
*terliur*

anjut said...

memang sedap biskottt..haishhhh...rasa lemak ketam tu sampai ke otak..isi dia bukan main banyak....ya Allah...

feliscatus said...

soalan newbie...ketam tu nampak menyelerakan tapi, sebenarnya mcm mana nak potong kulit dia tu?sbb gambar ke-4 tu nampak smart je keratannya.

anjut said...

lepas rebus kejap tu, kaki2 dia yg banyak mcm labah2 tu akan tercabut sendiri, n balikkan ketam, umpil bahagian abdomen (yg biasanya ada telur2 ketam tu) n dengan sepenuh kuasa, tarik dia dan ceraikan dgn cengkerang atas nun. maka siap sedia la ketam anda tuk dipangang mahupun disambal. (bahagian badan dia tu ikut suka samada nak dikerat dua atau dibiarkan je).selamat mencuba!;)