Sunday, July 19, 2009

Jadi cikgu jer ke?(sambil mata buka sebelah jer, dan dahi berkerut)

"haaa?jadi cikgu jer?" msg dlm frenster.

"yup, mmg dpt scholar tuk jd cikgu french, kenapa?ada masalah ke?" i replied.

"tak der la, jadi la penterjemah ke, lecturer ke..ni cikgu..belajar jauh2..balik jadi cikgu.." owh she still can't understand my lines.

"ermm...tu la org kita, kalau dgr perkataan 'cikgu' terus pandang sebelah mata. dekat europe, cikgu ni dipandang tinggi, di norway, gaji cikgu lagi tinggi dari doktor. dan cikgu bukan la 2nd class profession. kau tu banyak tanya, kau dah ada kerja?"

"ermm, tak tau la, aku ni amik course bla bla bla..so mcm market x der kot." haaa??tadi bukan sedap mengata aku nyer future profession, ni dia pun x der kerja, cakap siang pandang2, cakap malam dengar2.

antara soalan yg aku muak nak jawab "BALIK NANTI JADI APA?". kang aku jawab "NAK JADI OTROMEN TARO LA!" pengsan pulak kang seisi alam.

Bagi aku isu ni memang dah lama, orang memandang kerjaya guru sebagai 'mudah dan tak der kelas'. saper kata x der kelas?jadi cikgu la banyak kelas!kelas 1 biru, 2 merah, 5 musytari, 3 kencana, apa lagi kelas nak?wakakaka!

Kerjaya guru ini adalah mulia, x perlu la aku explain panjang lebar, sebab aku rasa rata2 umat manusia ni dah faham.

ada satu pandangan yang aku kurang senang, "jadi cikgu senang la, gi sekolah, mengajar, anak murid dengar ke tak lantak la, pastu balik kul 3, terlentang ngan anak bini. cuti pun berlambak".

kalau tak menyelam ke dasar lautan, manakan tau kedalamannya?betul tak?

kalau aku jenis yang makan gaji buta (seperti kebanyakkan penjawat awam yg lain), memang la kerja guru tu senang. semua kerja senang kalau kita pandang remeh.

tapi hakikat guru2 di Malaysia ni sebenarnya banyak bebanan. guru la mengajar, guru yang hantar pelajar sakit, guru yang terkinja2 tengah padang tu latih budak, guru yang kena uruskan pentadbiran, guru itu, guru ini. bayangkan berpuluh2 kerja hanya dibuat oleh SEORANG GURU!

berbanding dengan sistem di Perancis ni, guru adalah 'guru'. mereka bukan 'pendidik' (ada beza yer anatar dua tu). dan utk masalah pelajar, ada badan khas lain yang uruskan. seperti bahagian disiplin, yg tak mengajar dan hanya memantau pelajar. bahagian kebajikan yang menguruskan dari segi kesihatan sehingga la makanan pelajar. dan pelbagai lagi jabatan yang memang dikhususkan untuk sesuatu perkara. Guru di Perancis hanya datang mengajar (dan sampai satu tahap, lantak kau la budak2 nak dengar ke tak, yg penting gaji aku jalan) pastu balik. itu jer la.

dalam penerbangan ke Kaherah tempoh hari, aku sempat menonton satu cerita perancis mengisarkan perihal perguruan ni. "entre les murs" (antara dinding-dinding), sebuah filem Laurent Cantet yang diadaptasi dari sebuah novel François Bégaudeau. Filem ini memenangi Palme d'Or pada festival filem Cannes 2008.

Filem ini mengisahkan seorang guru lelaki yang terbeban dengan banyak masalah di sebuah sekolah di Paris. pelajar-pelajar di sebuah penempatan 'miskin' di Paris. Cikgu tu buat segala benda, dari kelas sampaiiiii la peribadi. filem ini juga menerima kritikan hebat dari segala lapisan masyarakat Perancis. ada yang mengkritik kementerian pendidikan Perancis kerana filem ini, seolah2 pengkhususan kerja itu tak berlaku, guru kena jugak buat kerja lain.

tapi bagi aku, nak tak nak, guru memang kena libatkan diri dengan pelajar. Berusaha untuk memahami pelajar adalah salah satu cara yang terbaik tuk menghasilkan satu kaedah pedagogi yang berkesan. itu bukan dipanggil 'guru', tapi 'pendidik'.

baik la, bagi aku, apa yang menyebakan orang memandang remeh profesion perguruan ini adalah:

1) Calon guru tu sendiri!

-masa interview, bukan main cakap "saya mahu berbakti pada nusa, bangsa dan agama!" rupa2nya cakap ngn kawan2 lain "aku tak tau nak wat apa, so applied perguruan la", "mak n bapak aku paksa dowh", "kerja cikgu ni senang la". dan paling aku geram dengan sebahagian calon2 Kursus Perguruan Lepasan Ijazah yang mcm desperate nak kerja ni coz dah tak der kerja, tapi dah dapat peluang ni MAIN-MAIN PULAK!

- ada jugak yang ambik kursus ni sebagai batu loncatan tuk benda lain. misalnya yang amik program berkembar luar negara (secara general la, tak kesah la kau amik course apa pun, tapi biasiswa perguruan). "lepas dapat scroll ni, ingat nak kerja ngan embassy." "ingat nak kahwin ngan Mat Salleh pastu terus duk sini" . haaa, yg ni memang aku jumpa, aku sebenarnya tak kesah pun korang nak lari sampai Isarel ke apa, tapi cara penerangan anda kepada masyarakat tu, seolah2 mcm "saper nak jadi cikgu?selekeh jer". jatuh martabat perguruan tu nanti. *ada jugak yang berangan nak kerja ngan embassy, tapi nak tanya soalan dlm kelas pun menikus, mcmana kalau bersidang ngan duta2 asing nanti?

2) masyarakat

-dah set kat kepala kerja cikgu tu senang...

Huhu, adik beradik sebelah ayah aku, kebanyakkannya adalah guru (sorry x ingat ada berapa, tp kalau tgk blog kat bawah tu, semua nyer cikgu). n adik beradik aku pun, ramai yg jadi "pengajar", amik course lain, tapi minat mengajar juga. sebab best!dah mengalir kat darah ni 'perguruan', so ia adalah pekerjaan yang hebat!

kalau anda nampak guru yang buat tugas sambilewa tu, itu hanya la SEBAHAGIAN, padahal ramai lagi guru yang berkaliber. (dekat Putrajaya, anda boleh nampak orang pejabat melepak kat cafe2 dan Alamanda, masa pejabat pulak tu...siapa mereka tu? x buat kerja ke? yang penting bukan guru la.Putrajaya kan tempat pentadbiran.)

Setiap orang rezeki lain2. kadang baik bagi kita, tidak untuk orang lain. terserah la anda nak kerja apa, asalkan halal.


*tak sabar pulak nak masuk kelas....


9 comments:

palois yg penyibuk said...

cikgu itu satu kerja yang mulia, biarpun dier cikgu tadika.. aku anak cikgu gak so aku amat memahami cara kerja seorang cikgu.. (aku suka jadi cikgu tp mak suro jd engineer so xleh nk hmpakan harapan ibu bapa, tp nk jadi lecturer kat U pun pas mal gak kan.. hihi!!)

kak chem said...

saya silent reader.sgt suka dengan entry ini.jadi guru ada 4 peranan,5 bidang tugas dan 63 senarai tugas sebenarnye.itu yg org2 atau bakal2 guru kat malaysia tak tahu dan bila masuk bidang ni mengeluh..tapi bg akak jadi cikgu ni menarik.interesting and challenging.hari2 kita akan bedepan dgn masalah baru.selamat menjadi cikgu.cuma nak betulkan persepsi masyarakt yg tAK semua org yg apply kpli/dpli tu sebab takde kerja lain.ada,ramai yg dah ada kerje sebenanyanye,tapi memilih utk ceburi bidang ini atas pelbagai sebab.

biskott said...

siapa kata jadi cikgu senang??

cikgu bukan setakat mengajar, tapi mendidik. mencabar.

memang setuju cikgu baanyak bebanan kerja lain. kerja-kerja sampai bawa balik rumah.

kalau yang tak ada kerja tapi mohon kpli boleh tahan lagi.
paling tak tahan kalau engineer yang berhenti, lepas tu ambil kpli sebab nak cuti banyak dan bersenang-lenang semata-mata.
buat habis duit kerajaan je support dia buat engineering.

bakal cikgu english dari marjon said...

ohooo..senang eh? suruh dorang devise activity plans baru tau!
mereka2 tu cakap senang tapi tak belajar pun theory sume2 tuh. and kita sebagai cikgu kena cari jalan terbaik untuk apply let say theory motivation. mencabar2. terfikir, mampu ke generasi baru guru2 macam kita mengubah persepsi masyarakat sekeliling. InsyaALLAH.

tak suka jugak bila orang tanya soalan tu. macam tak pernah pegi sekolah!

anjut said...

palois- owh, bagus la kalau ada ramai manusia seperti anda. sebab kbnyakkan mak bapak hantar anak g sekolah pastu kalau anak dia x berjaya salahkan cikgu. contoh : encik Hamsan, mengamuk kat tepon sebab anak dia yg Hamzah tu kena gantung sekolah coz belasah budak. sekolah ke yg salah??hehehe!btw, jadi la apa jer, asalkan menyumbangkan pada negara.

Kak chem- terima kasih kerana sudi menjenguk blog ni. owh, maklumat tu pun saya baru tahu (sebab blum masuk diploma perguruan lagi, nanti balik mesia baru amik).yup, tak semua KPLI mcm tu, sbb tu saya lebih suka ckp 'sebahagian'.

biskott- wah biskot, semangat!hahaha!terima kasih kerana menyokong kaum guru ni.*tapi kalau kes mcm palois tu mcmana?mmg dia cita2 nak jd cikgu, tp parents dia suruh jd engineer?kita tak leh halang jugak...

cekgu from marjon- yup, kita akan cuba mengubah persepsi ni.insya'allah.huhu!kesian ngn org2 tu kan?

JHaZKiTaRo said...

Waaaa.. sape yg berani cakap keje cikgu tu keje low class??? meh aku sekeh kepala dia.. cakap tak gune hotak.. kalau takde cikgu, takde laa kite semue dpt belajar tinggi2 mcm skarang ni.. org yg cakap keje cikgu tu low class mmg dah jadi mcm org yg dah lupe asal usul die..

ape2 pun, citer Entre Les Murs tu mmg best.. aku pun slalu gak tgk citer french.. dah boring ngan citer2 omputeh.. hih

anjut said...

jhazz- huhu, benar la kata org, org yg berjalan jauh ini, pengetahuan nya tinggi, dan ini terbukti dgn cara pemikiran encik jhazz.huhu!

tp tgk shout out FB asyik layan drama tempatan jer??dah la cerita dulu2.huhu!

coffeecart said...

oh i really like this entry!

its annoying when people keep on saying "jadi cikgu je ke?" or "takpelah jadi cikgu je pon" when i really dont have any problems being a teacher. its my ambition since i was a lil kid (well, apart from wanting to be a bomba and posmen!).

teaching is not a profession. its a passion and only those who teach understands it...

and everytime i entered the class, i fell in love with the profession...

and now falling even more..

hoho... membebel lak kat komen orang.

anjut said...

haha, keep on membebel!it shows ur enthusiasm.hehe!bersama memartabatkan profesyen perguruan!