Tuesday, July 7, 2009

dulu kami cendawan...

"korang ni mcm cendawan, mana mak korang pergi, kat situ la korang bertampuk" terngiang2 suara makcik Jamaliah aku tu. aku dah biasa dah dgn butir2 ayat dari makcik aku tu. ada aku kesah?walaupun dia professer yang paling garang kat UTM (member2 aku yg amik mekanikal mesti kenal) dia tak mampu menandingi kekuatan mak n ayah kami. baik kami membatu disatu tempat dengan buku ditangan dari diberi 'pengajaran sivik' dirumah.Zaman kami adik beradik kecik, mmg 'mencabar', kami terikat dengan peraturan yang mak n ayah buat. di rumah orang, kami tak boleh bergerak ke sana sini seperti kanak2 normal yang lain, kalau tak nanti mak akan menjeling, dan paham2 je la balik rumah nanti kena ketil peha sampai birat!

begitu juga kalau ada tetamu datang kerumah, kami semua dilarang berkurung didalam bilik, mesti keluar dan salam ngan semua orang dan ajak anak2 tetamu tu bersosial. bagi mereka ini adalah pelajaran adab, sangat biadap bila ada tetamu dan tuan rumah berkunci didalam, seolah2 tidak mengalu2kan kedatangan mereka. (pernah sekali ada satu keluarga dekat tu dtg, kami ckp ngn ayah x nak layan anak2 mereka sebab mereka sombong, tapi mampus kena sembur dgn ayah, nak tak nak keluar la jugak dari 'kubu pertahanan' dan memnembokkan muka layan tetamu yg high class tu, konon laaa...).

Mak dan Ayah mengamalkan konsep 'tradisional tapi terbuka'. ada sesetengah peraturan yang memang bagi aku agak ketinggalan, seperti "light off after 10.30 mlm, semua orang mesti abiskan segala jenis ensiklopedia dan buku2 agama kat almari yang kalau aku bilang leh wat satu perpustakaan awam, tak boleh tgk perempuan menyanyi (ironinya bapak aku minat dgn syarifah aini!!!), makan mesti ikut waktu dan redha dgn apa segalanya". tapi ada juga peraturan2 mereka yang aku rasa agak kehadapan seperti "jgn had kan pergaulan dgn kaum melayu sahaja, mesti mengetahui kedua2 bidang sains dan sastera, mesti menguasai sekurang2nya dua bahasa, setiap anak2 mesti mengetahui paling kurang masak kari lembu! dan pelbagai lagi perkara yang ayah dan mak didik yang bagi aku sangat unik."

pernah kami tak menikmati rancangan TV selama bertahun2, kata ayah semua tu lagha (aku mengakui nya, banyak sangat cerita tak der pekdah). sebagai ganti, ayah akan belikan akhbar harian pelbagai bahasa dan majalah2. tapi kami tak kesah pun, sebab kat asrama pun mmg kami biasa tak g bilik TV.

kalau dilihat, ayah memang menitik beratkan hal2 agama dan pendidikan (selain adab, tapi kecewanya aku kalau ada yang masih tak tau menghargai pengajaran adab ayah...). didalam keluarga kami, anak2 perempuan tidak dibenarkan belajar diluar negara, sebab ayah memang jenis yang sangat risau. dan bagi ayah akan menimbulkan fitnah- demi Tuhan aku pun mengakui perkara ini...-(kata sahaja ke jepun, aussie atau dimana2, jgn harap ayah aku nak bagi! tapi aku rasa mereka tak heran pun kot, sebab Allah bagi benda yang lagi baik dari tu kepada mereka. berbeza dgn anak lelaki, ayah memang galakkan menuntut ilmu sejauh dan sebanyak yg mungkin...tapi bukan mudah ayah nak lepaskan aku ke sini, bahkan ayah suruh aku tukar biasiswa ke timur tengah ikut jejak langkah abang2 aku yg lain (baik aku buat linguistik arab??).

itu la cara didikan mak n ayah. mereka tak kaya, simple, tapi nilai2 yang diterapkan tu la menjadikan didikan mereka yang bagi aku sangat berkesan. tapi kena ingat, anak2 Hamsan pun manusia jugak, tak maksum, ada je benda salah yang kami buat. tapi aku menyeru, kalau nampak kami buat benda2 bukan2 jangan salah kan ibu kami yang mengandung dan bapa kami yang membesarkan...

actually, aku tgh mood rindu kat mak n ayah. semoga mereka masih sihat...dan ada rezeki aku akn jumpa mereka tahun hadapan...

Dulu kami cendawan, kini kami cuba jadi pahlawan...insya'allah...

*masih memegang janji pak anjang sekeluarga serta makcik Jamaliah tuk g Vienna sama2...cepat sikit yer, sebelum diri ini merantau ke tempat lain!

8 comments:

Pak Lang said...

Pak Lang mengikuti perkembangan anak-anak sedara. Pak Lang sendiri tak mampu buat macam ayah awak. Walaupun 'sayang'nya terhadap anak-anak kadang-kala macam 'melampau' tetapi hasilnya untuk anak-anaknya juga.....

feliscatus said...

wah akhirnya tajuk yang ada kaitan dengan entri yg ditulis hehe. tapi sy 99% setuju juga dgn pendekatan yg digunakan. anak2 sy sendiri pun sy tak benarkan tgk tv cerita yg bukan2. mula2 memang ada 'pemberontakan' tapi alhamdulillah lama2 kami tak rindukan tv, lebih byk masa bersama keluarga & berbincang.

amalan membaca je yg kurang, (sama macam ayahnya juga, haha)

anjut said...

Pak Lang- owh, pak lang kan adik ayah, mesti u know him better kan?hehehe!garang betul dia...tapi x pe la, coz bukan selalu jumpa pun, kami kan dari kecik duk asrama...tp tgk Pak Lang dgn anak2, suka sgt sebab mcm adik beradik, kami sebab ayah tu kan dah tua,n dia pun dah terbiasa jadi pengarah tu ni, sampai kat umah pun mcm tu.

feliscatus- hehehe, kalau buat kajian, style org zaman dulu jaga anak mmg tegas, n saya pun mmg berminat ngn cara ni. tapi saya juga teringin kalau anak2 saya rapat ngn saya mcm rakan (tp still hormat saya sbg bapak)--ceehhhh, jauh memikir, lambat lg kahwin.
owh pasal membaca tu, ayah mmg suka membaca, saya sampai nak muak tgk ayah baca bnyk sgt. dan dia kalau baca buku kuat2 sampai satu taman perumahan dgr. nak tau tak, saya ada hafal surah al-tariq sebab ayah. dia baca surah tu ulang2 n kuat2 sampai saya melekat katr kepala otak saya yg kecik ni ha.

(huhh??selama ni tajuk tak der kaitan ngn isi ke?baru kusedari..hehehe!mekasih kerana memberitahu)

K Tam said...

K Tam syukur mendapat ibu bapa yg begitu~

Penuh dengan seni menjaga anak2...

ayah juga seorg anak n abg yg baik...

kedua2 mak ayah kita jugak sampai ke tua berbakti pada atuk n nenek kita~

semoga kita pun boleh jd cam mak n ayah...

menjaga dan menggembirakan mereka hingga k hujung usia...amin

p/s: walaupun mak ayah xde harta tp, ilmu didikan utk membentuk anak2 adalah harta yg tidak ternilai...terima kasih

ya Allah, peliharalah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka menjaga kami adik beradik yg mcm cendawan ni masa kecil....(rindu juga)

anjut said...

@kaktam--sbb tu tugas kita sbgai anak2, jgn nyusahkan diorg lagi..cukup la dah terseksa mak mengandung n ayah bekerja tuk besar kan kita..ni masing2 dah besar, tiba masa tuk membalas jasa..jgn diungkit apa yg kita bagi,insya'allah hidup berkat...aminnn...

awatif 'adilah atan said...

mejah...post ini telah mmbuatkan tiku rindu family. nnt nk g tgk ur cats kat sane.

Dr. Anaziha said...

Jut, ko rasa kita ni cendawan spesis apa ye? Agaknya, apa persepsi orang dulu tengok kita adik beradik? Aku dulu paling tak suka kena beratur kalau nak dapat duit raya. Dan paling aku tak suka orang kutuk mak bapak dan adik bradik kita. Ha mak tam..sapa ambil mak ayah dari nilai? Aku tak pernah lupa. Ye lah walaupun kita diajar utk husnul zan, tapi ada beberapa perkara yang meninggalkan kesan yang dalam. Manusia biasa. Sukati kita lah kalau nak ingat lagi atau tak. Balik pada cendawan tu, ko rasa kita sama macam kulat ke? Sebab abg long kata cendawan tu kulat. Kalau kulat tu sifatnya tak de lah menarik sangat. Ada racun kulat lagi. Tapi cendawan ok juga lah. Cendawan tiram, gano...mahal juga.Tapi sekarang ni semua cendawan dah berterabur. Susah nak kutip. Kita boleh lah YM. Ayah mak blm tau guna.Tak kisah semua berterabur ke mana, tapi ayah n mak dah beri bekal yang baik bukan dunia saja tapi akhirat yang lebih utama.

anjut said...

awatif- ehh, dtg r, kau mcm tu r tiku, dari dulu kau kata nak dtg!ryanair murah jer!hahaha!

kakteh - ermm, kita amik la pengajaran cendawan tu. duduk rendah melata, tapi kalau kat restoren sebelah eiffel tower tu, sepinggan jer dah 300 euros!mmg x mudah nak maafkan org, tapi kalau la nabi yg serba lengkap tu pun maafkan musuh2 dia, sapa la kita ni nak mengaku lagi besar dari baginda...kan pepatah matsalleh ada ckp 'learn trough experience' so kita amik yg jernih dan buangkann yg keruh.(tp kalau x der inseden bertimpa2 dulu, kita semua takkan sedar, n dlm zon selamat-so kita rasa mmgg hikmah yg Tuhan bagi tu terlampau besar- setiap manusia buat salah,n everyone knows each direction. n our generation, we have to work for that.n i dun want to say more, coz x lps lagi satu peringkat dlm hidup ni, nobody knows the future kan?huhu...