Wednesday, July 1, 2009

berumah la ditepi pantai..x rugi!

"Carol, saya dah lulus exam saya!hoorayyy!!!!pas ni x yah nak pening2 kepala dah!" ujar aku pada Carol ketika kami dlm perjalanan ke rumah baru aku.

"saya berbangga dgn kamu Hamzah. dan saya rasa awak adalah antara org yg bertuah pernah saya jumpa. segalanya berjalan lancar untuk awak!tahniah!" jawab Carol sambil tersenyum.

"x jugak, bukan senang mendaki bukit, bila dah sampai puncak, kegembiraan pun x dpt dibendung, tapi kena berjaga2 jugak sebab bila2 masa kita boleh jatuh." suasana diam seketika, kereta Fiat wagon berwarna merah itu meluncur laju ke rue Battant.

"huhu, nak panjat bukit, kena la berani. kalau takut ambil risiko, sampai bila2 kita tak kepuncak" Carol menyambung cerita mengenai perangai2 manusia yang pernah dia jumpa. suka aku dgr cerita dia.

semalam Carol (mak angkat aku disini) mempelawa aku untuk membawa Jasmine, Leyla dan Addy. lagipun dia nak melawat rumah baru aku tu sekali. banyak benda yang kami bualkan. dan perkara mengenai 'keberanian dan kejayaan' membuat aku terfikir2 setiap hari.

untuk itu, hari ni aku ingin menunjukkan satu sketsa kecil mengenai keberanian dan usaha yang mengkagumkan.

pelakon2 nya ialah:

Jasmine Tucker : gadis berumur 10 bulan. berdarah campuran maine Coon dan eropah.

Leyla Gowan : gadis seusia Jasmine (Jazz), teman suka duka Jazz. sifat nya misteri tapi sangat lemah lembut, walaupun tubuh nya yg besar!sangat lembut utk dipeluk ketika tidur.


Addy Tucker : budak parsi berusia 4 bulan. nakal tapi manja. agak penakut, bila ditinggalkan bersendirian dia akan menjerit2. muka tak tau malu dan kelakar.




tersebut la kisah pertemuan ketiga2 makhluk ciptaan Tuhan ini. berikut pemergian tuan kepada Leyla, dia terpaksa bersama Jazz dan Addy di rumah baru di lembah Battant.

untuk bangsa kucing, bukan nya mudah untuk menyatukan mereka. Jazz dan Leyla memang sudah serasi bersama, dan tiba la masanya utk menyatukan mereka bertiga.

Addy tahu yang kedua2 gadis itu tidak menyenangi kehadirannya. mereka sering menyeringai setiap kali Addy dtg menyapa. tapi semangat Addy tak pernah putus. tiap hari dia memberanikan diri untuk bertegur sapa dgn Jazz dan Leyla.

" Aku bagi dua hari jer tuk korang jadi kawan!sapa yang lepas dua hari ni masih nak menyeringai2, akan ditahan didalam 'bilik tahanan'!" ujar pemilik mereka yang kacak dan terbilang tu. walaupun menyedari kucing2 mengambil masa berminggu2 utk berbaik, but nothing's impossible!

masa semakin suntuk. hati kedua gadis itu harus dicuri. walau dicakar dan digigit, itu adalah pelaburan bagi Addy!


di satu sudut, seolah2 Jasmine membuat perjanjian dengan Addy. sukar memahami bahasa mereka. sesuatu ajaib berlaku! Jasmine menjilat2 Addy. lalu membawa Addy kepada Leyla. siapa yang memerhatikan perkara ini pasti pelik. leyla mencium2 badan Addy, dan TIADA lagi pertengkaran antara mereka!!!alhamdulillah!


mereka kini hidup bahagia bersama tuan mereka (tuan angkat tuk Leyla) di lembah Battant.

pengajaran?

-walaupun Addy kecik, dia tetap berusaha tuk merealisasikan impian dia. so, ukuran bukan segalanya..

- Jasmine dan Leyla sentiasa berjaga2 dalam menerima rg asing dlm hidup mereka, dan kita pun perlu begitu. on sait jamais kan?sentiasa berwaspada, dlm masa yg sama hormat org.

-walaupun ditengking dan ditampar oleh jasmine n leyla, Addy tetap cool. penting tuk kita kawal emosi.

- kucing yg comel adalah hasil dari tuan dia yang kacak dan smart..ehhh?kuar tajuk dah ni!



rumah baru kami!akhirnya!!!


*aku buat entry ni, kerana ingin tunjukkan pada semua org bahawa segala benda yg kita nak, mesti ada cabaran. kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai. tapi org yg rugi adalah org yg penakut!fikir2 kan...


P/s--terima kasih kepada yg doakan aku berjaya dalam exam haritu!!!!!!

12 comments:

penjaga sementara jiji said...

jiji(addy)!!!! haha, jiji, yg mmg x takut even dgn kak noni pon..

huhu, bguslah dah boleh ngam ngan akak 2 ekor tu..

huhu, miss this boy la..

biskott said...

"pemilik mereka yang kacak dan terbilang tu"?

*muntah*

biskott said...

gilerr geram tengok ekor si jazz tu!comellll~

Atiqa Saleh said...

congrats! :D

kuceng ko memg ensem lahhh

anjut said...

penjaga sementara addy (jiji)- hahaha, dia skrg ni tgh menjalani latihan displin, dia kena ikut kakak2 dia yg dua tu. x boleh mengiau sesuka hati, x leh dtg ke meja makan bila manusia sdg makan, kena tidur on time, etc.hahaha!susah skit sbb dia baby lagi..tp x pe, lama2 ok la tu.

biskott-owh, mmg reality la biskott, nak wat camana?wakakkaa!owh, jazz mmg cantik, ramai yg berkenan dgn dia, tapi sorry ler, mereka bukann tuk dijual!hahaha!


Atiqa- merci, tu devras reussir aussi hein!donc il faut commencer a traivailler mntnt (ellehh, x pyh pening2 kepala kot psl DALF ni, semua tu psikologi).wakaka!
owh, kucing aku ikut tuan dia.biasa la tu.hehehe!

SeLipArjEpUnpUtiH said...

mezoh...

sekandang tahniah aku ucapkan kek ekau..xsio2 la selamo ni ko blja smpai xsmpat pegi bersukan(lalu berat ko naek berkilo2!)ahahaha

congrts weh...

jmpa di sana...
ceh~

sucagwale said...

cantek rumah ko jut....jut....kucing ko tu bawak balik sini la...geram nye aku tgk maaaa

Qasiyh said...

cats are always inspiring though...

p/s ::: nak pinjam kucing satu boleh???

anjut said...

pazli- sojak bilo ekau jadi org nogori?demo kelate kecek kelate la!gata ngenya nok kecke nogori. haha!yup, bersiap sedia tuk dtg sini!bienvenido!


Yusuf- mesti aku bwk balik, kau jgn risau.hahaha!

Qasiyh- yup, n those r cute creatures... boleh2 pinjam, tapi kena dtg sini r amik.wakakakka!

Sir Tauhid Alhaj said...

mezah,comel2 kucing tu,nti blk malysia,bwk blk sekor k.

anjut said...

pak usu-mesti la.sayang nak tinggal!hahaha!

umi_e said...

salam... kak e suka kucing dan suka singgah blog yang ada kucing ;)