Friday, July 17, 2009

bawa mereka balik Mesia!yea yea!!!

salam semua,

ok la, aku mls nak ngamuk22 lagi dlm blog aku ni.

oleh itu, harini aku nak share satu surat dari duta kucing malaysia, Nor Arisham Bakar.

masa dua minggu lepas aku ada bagi email kat dia pasal prosedur nak angkut kucing2 balik Mesia, dlm dua hari dia terus reply, bagus kan encik Arisham ni?hehhe.

ok la, aku publish email dia kat sini sebagai rujukan kawan2 yg ada kat oversea ni kalau2 nak bwk pets balik Mesia.

terlebih dahulu, kita ucapkan terima kasih dulu pada encik Arisham. okeyh Jasmine, Leyla and Addy, get ready for balik kampung???

-----------------------------------------------------------------------------------------------

waalaikumusalam..

1) cara mendapatkan permit

Permit perlu dilakukan dikedua-dua negara. di France anda perlu menghubungi jabatan haiwan terdekat bagi mendapatkan kebenaran untuk mengeskport kucing dan juga perintah non-kuarantin (walaubagaimanapun sesetengah negara tetap mengenakan perintah kuarantin). Manakala di Malaysia, anda perlu meminta keluarga anda membuat permohonan permit import kucing dan perintah non-kuarantin (tidak semua negara - sila semak). Pergi kejabatan haiwan terdekat (lazimnya di Cheras atau Shah Alam) untuk membuat permit (RM5 seekor). Ia proses yang mudah namun begitu bagi tujuan non-kuarantin (sekiranya kucing anda dari negara yang dikenakan kuarantin) anda perlu menulis surat kepada Ketua Pengarah Jabatan Haiwan.

Sekiranya kucing anda dikenakan kuarantin, anda perlu menghubungi Animal Hotel (MAS) bagi menempah tempat untuk tempoh kuarantin tersebut. Anda akan dikenakan caj harian seperti makan, minum dan veterinar.

Microchip juga diperlukan. Anda boleh melakukannya dijabatan haiwan France atau klinik haiwan.

Bagi proses import-eksport ini :
1. Pastikan dokumen kesihatan kucing anda lengkap
a) Suntikan mengikut jadual
b) Suntikan Rabies
c) Rabies Test
d) Health Certificate
e) Dokumen Eksport dan Import (perlu di hantar kepada anda oleh keluarga anda jika anda sendiri membawa pulang kucing tersebut, jika tidak sesiapa yang menguruskan kucing tersebut diMalaysia perlu mempunyainya).
f) surat kebenaran non-kuarantin jika ada.
g) Microchip number


Rujukan :

http://www.jphpk.gov.my/Malay/Peraturan%20Ujian%20nipah.htm
http://www.jphpk.gov.my/Malay/kesihatan%20kuarantin.html
http://www.dvs.gov.my/home
http://www.dvs.gov.my/importsregulations
http://www.dvs.gov.my/363

2)kos penghantaran
Ia bergantung kepada sesebuah negara dan syarikat penerbangan. jangkaan dalam RM 500-RM2000.

3)kelengkapan yang diperlukan
Kucing anda perlu dihantar dalam carrier yang diiktiraf oleh penerbangan (sila semak pada carrier. Ia akan ditulis untuk travel atau tidak). Bekas air jenis sangkut pada jaring juga diperlukan walaupun kucing anda tidak menggunakannnya.

Liner atau lapik najis juga diperlukan. lapik sekurang-kurangnya 3 helai.

dan lain-lain yang berkenaan.

Kucing anda perlu dipuasakan dari makan dan minum 8 jam sebelum penerbangan. Ini bagi mengelakkan ia kencing dan buang najis semasa penerbangan. minum sedikit tidak mengapa jika cuaca panas.


Sila hubungi saya jika anda masih mempunyai persoalan.

arisham

--
CFA Ambassador

4 comments:

awatif 'adilah atan said...

tahniah dapat bawak kucing ko balek. aku doakan sume proses lancar and anak2 ko slamat sampai ke kg. halaman. :)

anjut said...

ermm, next yer r kot.ko x bwk beethoven kau?dari UK lagi senang kan?

awatif 'adilah atan said...

itu namenyer kuceng owang. bukan kuceng haku la mejah.

anjut said...

ek eleh,pi r bela kucing sendiri, sampai bila kau nak menumpang kasih orang?ha tiku?haaa?jawap cepat!hehe!