Friday, July 24, 2009

aku memikir

salam.

seriously, i don't feel like to jot down anything today. ---sorry jadi mat salleh.

haha!

sebenarnya aku tgh buat kajian, kenapa kalau kita (sesiapa yg reti ckp english) tgh dlm mood yg tidak baik, atau resah dan gelisah, akan terrrr cakap ingeris utk meluahkan nya?

tak berlaku pada anda? ia berlaku pada aku.

kadang2 rasa poyo gak, tapi kalau betul2 korang kaji kaitan linguistik dan kehidupan, korang akan sedar, memang apa yg setiap manusia lakukan dan tuturkan ni ada maknanya (paham tak apa yg aku cuba sampaikan ni?). maksud nya kenapa kita memilih ayat dan lenggok bahasa tertentu?mesti ada makna kan?contoh la : kenapa kita lebih utk bercakap ingeris bila kita dlm keadaan tertentu? jawapan yang mungkin : utk MEMBERI AMARAN pada pembaca atau org yg mendengar bahawa apa yg kita ckp masa tu adalah benda yg serius, sebab org malaysia ni kebanyakkannya mengunakan bahasa ingeris tuk urusan2 yg mcm formal tuk dia (bagi aku tempah bilik hotel tu mcm formal la sikit).

ok lupakan benda ni?tengok kes berikut nya.

kenapa orang melayu (atau org malaysia yg lain mcm cina atau india pun) ni ramai yg melatah?
kena cucuk pingang, bunyi letupan ke, atau disergah, mesti melatah. kenapa?ada tak orang buat kajian?

sebab apa?aku tgk mana2 manusia kat dunia ni (bangsa lain) x der pun yg melatah...aku ingatkan sindrom ni wujud kat mana2, rupanya malaysia yg terkenal dgn sindrom ni.

tak dapat jawapan jugak tuk soalan aku ni?

jawab soalan last aku.

kenapa kalau kita makan nasi dan sambal yg amat pedas (atau mana2 makanan pedas la) mesti kita garu rambut kita?pastu mata terkebil2. apa kaitan pedas dengan rambut?mungkin korang tak perasan, tapi aku perasan kalau kawan2 aku makan benda2 yg pedas ni, diorang akan garu kepala. kenapa yer?

*terfikir, kenapa org perancis x der nama keluarga dlm surat beranak diorang?x percaya?percaya la!cuma umur dah 18 tahun baru leh letak (letak mana2 nama pun leh, sbb kebebsan diberi secara mutlak bila anda dah berumur 18 tahun disini), sedangkan KUCING diorang nyer surat beranak mesti ada sekurang2nya 6 datuk moyang kucing tu punya, kalau tak dikira sebagai kucing 'jalanan'. kenapa yer?apa keturunan tu tak penting bagi manusia bangsa perancis ni, tapi kenapa penting bg binatang?

7 comments:

zatiMJ said...

btol2. bl marah bukan maen ayat omputih keluar. bile time besa, tegagap jgk kot nk ckp omputih. ahhahaha

palois at colmar said...

rasanyer betol apa cik anjut ni ckp.. huhuhu.. soalan yg susah n sukar mendpt jwpn (mmng fail aku ni)
hebat betol yer kaw ni wat kajian sampai begini sekali. patut kena ambik sains sosial ni.. :p

shila.n1971 said...

Menjawab soalan 1 & 2...
Sebenarnya masyarakat m'sia ni... satu tabiat @ tingkah laku diorang ni suka meniru tingkah laku orang lain. Orang yang ditiru itu adalah "model" untuk diri sendiri. Sbb mereka gagal mencari identiti sendiri....

anjut said...

zatimj- yup, memang lancar giler, sbb masa tu kita akan rasa geram seolah2 "ckp melayu tak paham2, meh ckp omputih, kalau x paham jugak, siap la!"

palois- hehehe, jgn memain, aku sbnrnya selalu ikut akak aku wat kajian psl domain human science ni tuk doctorate dia. sbnrnya seronok, tp hati lebih ke linguistic.

kak sylla- yup, agree!terutama remaja2 tu, yg masih cari identiti. dan kalau kita ada identiti sendiri, sbnrnya org ramai akan lagi respek kita.kan?

awatif 'adilah atan said...

ade a few etnics kat africa yg melatah jugak. aku bc dr. fadzilah kamsah tules. dah lame dah. yg laen tatawu jawab.

anjut said...

owh, pernah dgr gak tu..tp masyarakat malaysia yg paling obvious kan?tiku, cepat r dtg.aku lapar ni.

biskott said...

kenapa aku tak garu2 rambut pun kalau makan pedas?

tapi aku garu hidung sebab gatal.
heheh