Friday, July 31, 2009

aku dah tak guna dah benda tu

salam semua,

dlm masa 24 jam lagi, aku akan meghapuskan akaun facebook aku. hurm, mcm bodoh jer, sbb skrg ni benda tu mcm trend.

x der la, atas pendapat masing2 la. sebab sebenarnya aku nampak banyak pulak keburukan FB ni...

ada yg menjatuhkan aib org lain, membuka pekung sendiri, bersifat kebudak2an, upload gambar tu ni (aku punyer pun kdg2 ada gamabr tak senonoh) dan yg paling teruk, seolah2 kita jadi hamba kepada FB. (cuba kira sehari kita bukak quran ngn bukak FB, mana lagi kerap?). mcm lagha jer kan semua tu...ok la, tu pendapat aku. aku tak kata pun korang kena padam FB korang.

tapi aku dah buat iklan supaya add aku kat YM, haaa, yg ni aku lg prefer.ok la, malas nak ckp banyak...kalau sapa2 nak tau apa2 berita sekitar aku, blog ni kan ada...insya'allah aku akan penuhi dgn ilmu2 lain...

sampai disini sahaj. caucincau!

Wednesday, July 29, 2009

hobi ini tak membazir

salam semua,

sekadar mengupload gambar.

cerita kurit sikeng pasal tiga ekor monyet, ehh tidak..kucing...



Dari jendela bilik kami di Battant. mengintip kucing jiran yang menerkam tikus.


Leyla menjeling ke kamera. comel pulak dia ni, walaupun berstatus 'kucing angkat' sahaja.

bermain fetch dengan Jasmeen. sapa kata kucing tak reti main benda alah ni. dan dia akan hanya bagi balik bola tu pada aku jer!hahaa!

"berlepak" ke "melepak"? - sorry, i sound stupid when i speak in malay.

lawatan terakhir Helene sebelum dia berpindah ke Italy.


akrobatik. terjilat2...


ni?perasan comel!


penderaan kanak2. Addy ni tak tau sakit. dia pernah terjun dari tingkat dua, pastu naik rumah balik terus main lompat2 lagi. memang budak kecik yg kurang akal nyer...

nak terjun ler tu!

tapi sekarang ni dia pandai dah. Dia tak der cubaan nak bunuh diri lagi. tau sakit la tu..


"haaaa!!sapa ngumpat kita tu??kena gigit nanti!". sebelum kau gigit, aku dah gigit idung kau dulu la budak!


hehe, kenapa aku bela kucing?sebab suka hati aku ler.

tak ler. sebab aku nak tambah pahala...lagi satu aku kesunyian. aku suka objek bergerak dlm rumah aku. kadang2 ada org nampak aku bercakap ngn kucing2 aku ni, cepat jer tuduh aku giler. peduli apa. itu jer la kot. sekarang ni aku tgh wat survey bawak balik diorang ke Malaysia. isnya'allah...

Sunday, July 26, 2009

Ong Bak 2, la naissance du Dragon

ok la, aku tau aku agak ketingalan, tapi kat France, cerita ni baru kuar!so nak ejek aku, ejek la, tak kesah pun.

*amaran- aku bukan la pengkritik filem yg baik!hehehe!



Ong Bak 2 kali ni mengisahkan pasal "kelahiran naga" (direct translation from its french title). aku memang tertunggu2 cerita ni kuar, sebab 'ketagihan' cerita Ong Bak yg pertama. (ni semua Perth punya pasal, dia yg kenal kan aku cerita ni--ehh?tetiba teringat kat Perth,wakaka!).

so aku ambil keputusan nak tengok jugak cerita ni, memandangkan esok cuti, aku pun pergi la tengok sorang2, pawagam pun sebelah rumah jer. seperti yang dijangkakan, bilik number 5 KOSONG!mula2 aku sorang, pastu masuk sorang pakcik, pastu sorang brother, pastu 3 org aweks yg tergedik2 (bersiap sedia ler nak dgr org jerit2). hanya kami berenam!best2!

masa intro pun aku dah kagum!walaupun semua cerita kat sini dah dialih ke bahasa Perancis, ia langsung tak membunuh semangat dan keterujaan aku nak tengok filem tu. bermula dari si Tien (Tony Jaa) kena campak dalam kubang buaya, pastu dia berlatih pelbagai seni mempertahankan diri (jangan main2, dia pandai silat!), sampai la dia jadi raja gajah tu (power giler dia lompat2 atas gajah!), memang tak cukup mata aku nak tengok.

terpekik2 budak2 pempuan tiga orang kat belakang aku tu masa sesi bunuh membunuh. ishhhh, memang aku puji gila2 lakonan Tony Jaa tu. mula2 aku memang dah agak dah, tuan guru Tien yg pakai serban tu ler pembunuh bapak dia, so aku pun wondering, kenapa dia tak bunuh jer si budak Tien tu dari kecik?padahal dia banyak peluang...

rupa2nya masa dia nak kena sembelih dgn Tien tu, tuan Guru tu siap berbisik "biar la aku mengantikan nyawa ayah mu" kira dia nak tebus kesalahan dia dengan cara terhormat la.owhhhh, baru aku paham.

aku memang sokong mana2 filem dari asia, sebab bagi aku, orang asia kalau buat filem, mesti letak semua unsur. maksud aku filem 'ada otak'. ni pendapat sendiri tau, x semestinya betul. kalau cerita mat salleh, semua mcm x guna otak, walaupun bajet besar2 gaban. tapi mcm Transformers tu lain la... cerita perancis?arghhhhh!!!!cerita bodoh dan tolol jer semua (penipu pada sesiapa yg kata filem perancis ni tuk orang berfikir, hakikat org perancis punn MALAS berfikir!).

filem Ong Bak 2?dari segi set, pelakon, dengan teknik pengambaran memang aku puas hati! terfikir kebolehan Thailand mengeluarkan filem2 yang bermutu. Tom Yum gong, Ong Bak, Langkasuka,Longkorn (sikit jer yg aku ingat dia nyer title) semua tu hebat2!

ermm, bukan nak mengata perfileman tempatan...entah la, no komen..Yasmin Ahmad pun dah meninggal (al fatihah), sapa agak nyer nak ganti arwah kan? aku?hurmm, masa kat matrik, pernah sekali aku jadi pengarah teater, pastu pernah ler sekali tu jadi pelakon terbaik tuk english week kat matrix..ermm kelayakan lain?penglibatan sketsa sampai peringkat kebangsaan, budak2 smap ingat tak "misi Eustary shuttle"?hehehe!lawak r!--ok aku tau penyataan aku diatas adalah seperti 'masuk bakul angkat sendiri', yer ler, dah orang lain tak nak 'angkat' aku. blog aku, aku nyer suker ler!hehehe!

apaperpun LIMA BINTANG TUK ONG BAK 2!!! tunggu Ong Bak 3.

Friday, July 24, 2009

aku memikir

salam.

seriously, i don't feel like to jot down anything today. ---sorry jadi mat salleh.

haha!

sebenarnya aku tgh buat kajian, kenapa kalau kita (sesiapa yg reti ckp english) tgh dlm mood yg tidak baik, atau resah dan gelisah, akan terrrr cakap ingeris utk meluahkan nya?

tak berlaku pada anda? ia berlaku pada aku.

kadang2 rasa poyo gak, tapi kalau betul2 korang kaji kaitan linguistik dan kehidupan, korang akan sedar, memang apa yg setiap manusia lakukan dan tuturkan ni ada maknanya (paham tak apa yg aku cuba sampaikan ni?). maksud nya kenapa kita memilih ayat dan lenggok bahasa tertentu?mesti ada makna kan?contoh la : kenapa kita lebih utk bercakap ingeris bila kita dlm keadaan tertentu? jawapan yang mungkin : utk MEMBERI AMARAN pada pembaca atau org yg mendengar bahawa apa yg kita ckp masa tu adalah benda yg serius, sebab org malaysia ni kebanyakkannya mengunakan bahasa ingeris tuk urusan2 yg mcm formal tuk dia (bagi aku tempah bilik hotel tu mcm formal la sikit).

ok lupakan benda ni?tengok kes berikut nya.

kenapa orang melayu (atau org malaysia yg lain mcm cina atau india pun) ni ramai yg melatah?
kena cucuk pingang, bunyi letupan ke, atau disergah, mesti melatah. kenapa?ada tak orang buat kajian?

sebab apa?aku tgk mana2 manusia kat dunia ni (bangsa lain) x der pun yg melatah...aku ingatkan sindrom ni wujud kat mana2, rupanya malaysia yg terkenal dgn sindrom ni.

tak dapat jawapan jugak tuk soalan aku ni?

jawab soalan last aku.

kenapa kalau kita makan nasi dan sambal yg amat pedas (atau mana2 makanan pedas la) mesti kita garu rambut kita?pastu mata terkebil2. apa kaitan pedas dengan rambut?mungkin korang tak perasan, tapi aku perasan kalau kawan2 aku makan benda2 yg pedas ni, diorang akan garu kepala. kenapa yer?

*terfikir, kenapa org perancis x der nama keluarga dlm surat beranak diorang?x percaya?percaya la!cuma umur dah 18 tahun baru leh letak (letak mana2 nama pun leh, sbb kebebsan diberi secara mutlak bila anda dah berumur 18 tahun disini), sedangkan KUCING diorang nyer surat beranak mesti ada sekurang2nya 6 datuk moyang kucing tu punya, kalau tak dikira sebagai kucing 'jalanan'. kenapa yer?apa keturunan tu tak penting bagi manusia bangsa perancis ni, tapi kenapa penting bg binatang?

Tuesday, July 21, 2009

lone ranger

salam semua,

aku sebenarnya jarang telefon Malaysia. kalau aku telefon, aku kena cakap dengan sekurang2nya 8 orang (paling minimum) sebab aku kena ambil report dari utara sampai selatan tanah air. dan aku pun bukannya ada benda nak cerita dengan diorang pun. pernah aku tepon emak aku, blurrr jer tak tau nak cakap apa. pastu mak aku cakap "nak apa Jut?mak tak der apa nak ckp ni, tengah tengok berita, nanti kalau ada benda nak cakap, tepon balik la" lepas tu letak gangang. hahaha!aku tak terasa pun, sebab memang tak der benda aku nak cakap.

itu dengan keluarga, sebenarnya kawan-kawan aku lagi tau banyak benda pasal aku. bukan aku berahsia, tapi aku terfikir2 kalau kaum kerabat aku tu faham masalah aku (zaman yg berbeza, pemikiran yg berbeza, umur berbeza, masalah berbeza, persekitaran yang berbeza). diorang pun dah ada keluarga, so x yah la aku tambah serbuk perasa nak pening lalatkan kepala sorang2 lagi kan?maka, kebanyakkan benda aku banyak tanya member2 aku. lagipun aku memang membesar jauh dari keluarga.

Dan setiap tempat yang aku pergi, mesti ada beberapa orang yg akan jadi kawan kareb(cuba terbalikkan?) aku. kat sekolah rendah lain, sekolah menengah lain, matrik lain, kolej lain, kat sini pun lain2 orang. satu aku kagum ngan diorang ni, mereka sanagt mengambil berat. selalu jer mereka akan tanya "kenapa ni Mejah, pehal kau ni?", itu jer ayat diorang. tapi aku akan jawap "aku bengang giler r dengan bla bla bla...lepas tu bla bla bla..aku sakit jiwa bla bla bla... rasa nak sepak bla bla bla dan bla bla bla", mereka akan terkebil2 dengar cerita aku sambil angguk2 geleng2. taat betul!

apa yang membuatkan aku menulis kat sini, sebab sebenarnya aku malu ngan korang. sebab aku perhatikan masalah korang lagi berat dari aku, tapi aku jarang nak tanya. aku terfikir kalau2 aku ni menyakitkan kepala otak korang jer. macamana korang leh hidup dengan simpan masalah tu kan? aku lepas meletup sekali, confirm lega tuk 3 bulan consecutive.

so kesimpulannya, kalau aku ada masalah apa2 ke tak puas hati, aku akan settlekan sendiri dulu. kalau ada orang tanya, aku akan senyap dulu sampai aku rasa aku xleh handle, baru aku mintak pandangan korang. ceewaahhh, konon2 nak jadi lone ranger la. kita tengok nanti, kita tengok.hehehe!


*bagus nyer ramai kawan, nanti kalau aku mati, ramai yg bacakan fatihah.insya'allah..

Sunday, July 19, 2009

Jadi cikgu jer ke?(sambil mata buka sebelah jer, dan dahi berkerut)

"haaa?jadi cikgu jer?" msg dlm frenster.

"yup, mmg dpt scholar tuk jd cikgu french, kenapa?ada masalah ke?" i replied.

"tak der la, jadi la penterjemah ke, lecturer ke..ni cikgu..belajar jauh2..balik jadi cikgu.." owh she still can't understand my lines.

"ermm...tu la org kita, kalau dgr perkataan 'cikgu' terus pandang sebelah mata. dekat europe, cikgu ni dipandang tinggi, di norway, gaji cikgu lagi tinggi dari doktor. dan cikgu bukan la 2nd class profession. kau tu banyak tanya, kau dah ada kerja?"

"ermm, tak tau la, aku ni amik course bla bla bla..so mcm market x der kot." haaa??tadi bukan sedap mengata aku nyer future profession, ni dia pun x der kerja, cakap siang pandang2, cakap malam dengar2.

antara soalan yg aku muak nak jawab "BALIK NANTI JADI APA?". kang aku jawab "NAK JADI OTROMEN TARO LA!" pengsan pulak kang seisi alam.

Bagi aku isu ni memang dah lama, orang memandang kerjaya guru sebagai 'mudah dan tak der kelas'. saper kata x der kelas?jadi cikgu la banyak kelas!kelas 1 biru, 2 merah, 5 musytari, 3 kencana, apa lagi kelas nak?wakakaka!

Kerjaya guru ini adalah mulia, x perlu la aku explain panjang lebar, sebab aku rasa rata2 umat manusia ni dah faham.

ada satu pandangan yang aku kurang senang, "jadi cikgu senang la, gi sekolah, mengajar, anak murid dengar ke tak lantak la, pastu balik kul 3, terlentang ngan anak bini. cuti pun berlambak".

kalau tak menyelam ke dasar lautan, manakan tau kedalamannya?betul tak?

kalau aku jenis yang makan gaji buta (seperti kebanyakkan penjawat awam yg lain), memang la kerja guru tu senang. semua kerja senang kalau kita pandang remeh.

tapi hakikat guru2 di Malaysia ni sebenarnya banyak bebanan. guru la mengajar, guru yang hantar pelajar sakit, guru yang terkinja2 tengah padang tu latih budak, guru yang kena uruskan pentadbiran, guru itu, guru ini. bayangkan berpuluh2 kerja hanya dibuat oleh SEORANG GURU!

berbanding dengan sistem di Perancis ni, guru adalah 'guru'. mereka bukan 'pendidik' (ada beza yer anatar dua tu). dan utk masalah pelajar, ada badan khas lain yang uruskan. seperti bahagian disiplin, yg tak mengajar dan hanya memantau pelajar. bahagian kebajikan yang menguruskan dari segi kesihatan sehingga la makanan pelajar. dan pelbagai lagi jabatan yang memang dikhususkan untuk sesuatu perkara. Guru di Perancis hanya datang mengajar (dan sampai satu tahap, lantak kau la budak2 nak dengar ke tak, yg penting gaji aku jalan) pastu balik. itu jer la.

dalam penerbangan ke Kaherah tempoh hari, aku sempat menonton satu cerita perancis mengisarkan perihal perguruan ni. "entre les murs" (antara dinding-dinding), sebuah filem Laurent Cantet yang diadaptasi dari sebuah novel François Bégaudeau. Filem ini memenangi Palme d'Or pada festival filem Cannes 2008.

Filem ini mengisahkan seorang guru lelaki yang terbeban dengan banyak masalah di sebuah sekolah di Paris. pelajar-pelajar di sebuah penempatan 'miskin' di Paris. Cikgu tu buat segala benda, dari kelas sampaiiiii la peribadi. filem ini juga menerima kritikan hebat dari segala lapisan masyarakat Perancis. ada yang mengkritik kementerian pendidikan Perancis kerana filem ini, seolah2 pengkhususan kerja itu tak berlaku, guru kena jugak buat kerja lain.

tapi bagi aku, nak tak nak, guru memang kena libatkan diri dengan pelajar. Berusaha untuk memahami pelajar adalah salah satu cara yang terbaik tuk menghasilkan satu kaedah pedagogi yang berkesan. itu bukan dipanggil 'guru', tapi 'pendidik'.

baik la, bagi aku, apa yang menyebakan orang memandang remeh profesion perguruan ini adalah:

1) Calon guru tu sendiri!

-masa interview, bukan main cakap "saya mahu berbakti pada nusa, bangsa dan agama!" rupa2nya cakap ngn kawan2 lain "aku tak tau nak wat apa, so applied perguruan la", "mak n bapak aku paksa dowh", "kerja cikgu ni senang la". dan paling aku geram dengan sebahagian calon2 Kursus Perguruan Lepasan Ijazah yang mcm desperate nak kerja ni coz dah tak der kerja, tapi dah dapat peluang ni MAIN-MAIN PULAK!

- ada jugak yang ambik kursus ni sebagai batu loncatan tuk benda lain. misalnya yang amik program berkembar luar negara (secara general la, tak kesah la kau amik course apa pun, tapi biasiswa perguruan). "lepas dapat scroll ni, ingat nak kerja ngan embassy." "ingat nak kahwin ngan Mat Salleh pastu terus duk sini" . haaa, yg ni memang aku jumpa, aku sebenarnya tak kesah pun korang nak lari sampai Isarel ke apa, tapi cara penerangan anda kepada masyarakat tu, seolah2 mcm "saper nak jadi cikgu?selekeh jer". jatuh martabat perguruan tu nanti. *ada jugak yang berangan nak kerja ngan embassy, tapi nak tanya soalan dlm kelas pun menikus, mcmana kalau bersidang ngan duta2 asing nanti?

2) masyarakat

-dah set kat kepala kerja cikgu tu senang...

Huhu, adik beradik sebelah ayah aku, kebanyakkannya adalah guru (sorry x ingat ada berapa, tp kalau tgk blog kat bawah tu, semua nyer cikgu). n adik beradik aku pun, ramai yg jadi "pengajar", amik course lain, tapi minat mengajar juga. sebab best!dah mengalir kat darah ni 'perguruan', so ia adalah pekerjaan yang hebat!

kalau anda nampak guru yang buat tugas sambilewa tu, itu hanya la SEBAHAGIAN, padahal ramai lagi guru yang berkaliber. (dekat Putrajaya, anda boleh nampak orang pejabat melepak kat cafe2 dan Alamanda, masa pejabat pulak tu...siapa mereka tu? x buat kerja ke? yang penting bukan guru la.Putrajaya kan tempat pentadbiran.)

Setiap orang rezeki lain2. kadang baik bagi kita, tidak untuk orang lain. terserah la anda nak kerja apa, asalkan halal.


*tak sabar pulak nak masuk kelas....


Friday, July 17, 2009

bawa mereka balik Mesia!yea yea!!!

salam semua,

ok la, aku mls nak ngamuk22 lagi dlm blog aku ni.

oleh itu, harini aku nak share satu surat dari duta kucing malaysia, Nor Arisham Bakar.

masa dua minggu lepas aku ada bagi email kat dia pasal prosedur nak angkut kucing2 balik Mesia, dlm dua hari dia terus reply, bagus kan encik Arisham ni?hehhe.

ok la, aku publish email dia kat sini sebagai rujukan kawan2 yg ada kat oversea ni kalau2 nak bwk pets balik Mesia.

terlebih dahulu, kita ucapkan terima kasih dulu pada encik Arisham. okeyh Jasmine, Leyla and Addy, get ready for balik kampung???

-----------------------------------------------------------------------------------------------

waalaikumusalam..

1) cara mendapatkan permit

Permit perlu dilakukan dikedua-dua negara. di France anda perlu menghubungi jabatan haiwan terdekat bagi mendapatkan kebenaran untuk mengeskport kucing dan juga perintah non-kuarantin (walaubagaimanapun sesetengah negara tetap mengenakan perintah kuarantin). Manakala di Malaysia, anda perlu meminta keluarga anda membuat permohonan permit import kucing dan perintah non-kuarantin (tidak semua negara - sila semak). Pergi kejabatan haiwan terdekat (lazimnya di Cheras atau Shah Alam) untuk membuat permit (RM5 seekor). Ia proses yang mudah namun begitu bagi tujuan non-kuarantin (sekiranya kucing anda dari negara yang dikenakan kuarantin) anda perlu menulis surat kepada Ketua Pengarah Jabatan Haiwan.

Sekiranya kucing anda dikenakan kuarantin, anda perlu menghubungi Animal Hotel (MAS) bagi menempah tempat untuk tempoh kuarantin tersebut. Anda akan dikenakan caj harian seperti makan, minum dan veterinar.

Microchip juga diperlukan. Anda boleh melakukannya dijabatan haiwan France atau klinik haiwan.

Bagi proses import-eksport ini :
1. Pastikan dokumen kesihatan kucing anda lengkap
a) Suntikan mengikut jadual
b) Suntikan Rabies
c) Rabies Test
d) Health Certificate
e) Dokumen Eksport dan Import (perlu di hantar kepada anda oleh keluarga anda jika anda sendiri membawa pulang kucing tersebut, jika tidak sesiapa yang menguruskan kucing tersebut diMalaysia perlu mempunyainya).
f) surat kebenaran non-kuarantin jika ada.
g) Microchip number


Rujukan :

http://www.jphpk.gov.my/Malay/Peraturan%20Ujian%20nipah.htm
http://www.jphpk.gov.my/Malay/kesihatan%20kuarantin.html
http://www.dvs.gov.my/home
http://www.dvs.gov.my/importsregulations
http://www.dvs.gov.my/363

2)kos penghantaran
Ia bergantung kepada sesebuah negara dan syarikat penerbangan. jangkaan dalam RM 500-RM2000.

3)kelengkapan yang diperlukan
Kucing anda perlu dihantar dalam carrier yang diiktiraf oleh penerbangan (sila semak pada carrier. Ia akan ditulis untuk travel atau tidak). Bekas air jenis sangkut pada jaring juga diperlukan walaupun kucing anda tidak menggunakannnya.

Liner atau lapik najis juga diperlukan. lapik sekurang-kurangnya 3 helai.

dan lain-lain yang berkenaan.

Kucing anda perlu dipuasakan dari makan dan minum 8 jam sebelum penerbangan. Ini bagi mengelakkan ia kencing dan buang najis semasa penerbangan. minum sedikit tidak mengapa jika cuaca panas.


Sila hubungi saya jika anda masih mempunyai persoalan.

arisham

--
CFA Ambassador

Thursday, July 16, 2009

meledak!

"kita tak boleh tinggalkan mereka yang baru belajar tu, jadi kita kena ulang semula"

"kenapa pulak?itu masalah mereka!kerajaan kami bayar mahal! 560 euros sebulan tuk sorang!mereka bayar utk perkara yg sia2! pembaziran!" geram aku ngn lecturer yg tak der telinga ni!

"mereka bayar jugak, x adil pulak kalau kita biarkan mereka. bagi kamu ini satu pembaziran?"

"memang satu pembaziran!walaupun kita 'belajar', tapi mcm x berguna, seolah2 kami belajar benda yang sama, tapi level lagi rendah!saya dah tak tahan da!dan mereka (pelajar azerbaijan dan beberapa begara arab, dalam berbelas orang-pelajar malaysia 10 org, boleh je nak wat kelas lain!) yang perlukan belajar subjek2 ni, padahal mereka tak dtg ke kelas pun!!!dan bila ada antara mereka masuk kelas lambat, kita kena ulang balik, apa benda ni??kami yang dah belajar pun datang kek kelas setiap hari pada waktu nyer!"

"dan kenapa kamu pilih program ni?kamu yang sign!"

"bila masa pulak kami yang pilih, yg saya tau, saya dapat email dari CLA (centre of applied linguistic) berkenaan kelas musim panas! x sangka saya kelas tu mcm ni!"

terdiam pulak lecturer ni. aku sangat panas hari tu, memang aku dah tak sabar ngn pelajar2 lain. nak kata bodoh, x sampai hati. nak kesian, tapi geram!nak tak nak, meledak jugak aku kat kelas!bayang kan kalau kalian kena belajat benda yg sama, material yg sama, tapi level lagi rendah???kemudian group yg sepatutnya ambil kelas tu pulak tak dtg kelas, kalau dtg pun buat perangai yahudi diorang?sakit tak hati?apa pusat linguistik tu tempat kerajaan masing2 buang duit?bukan nyer murah, mahal! kami ni hah pelajar malaysia yg jadi mangsa.

tengah hari sebelum tu...

"awak kena buat sesuatu, jangan salah kan pelajar Malaysia bila minggu berikutnya kedatangan adalah mengecewakan!" cukup tegas dan padat ayat2 akhir aku. harap manusia asing yang mata duitan ni faham setiap butir, sebab bukan la aku guna french level tinggi, memang seketul2 keluar. so x der sebab dia tak nak faham.

"baik encik, kami akan uruskan perkara ni.encik jgn risau" terkebil2 mata koordinator tu!

"bukan ke senior kami dah buat aduan tahun lepas?kenapa x diperbaiki?"

"owh, itu memang kami tak tahu encik...tak der siapa pernah memaklumkan perkara ni..." terkebil2 lagi.

huhhh!bengang aku. dah la kau rampas cuti summer aku, buat program bukan2!pastu minta kerajaan kami bayar mahal2, bukan tuk sebulan, tapi dua bulan!!!kalau la duit2 tu buat tlg anak2 muda kat malaysia utk maju, kan lagi bagus!

hari ni masuk hari kedua aku ponteng kelas, apa nak jadi, jadi la!!cuma pagi td aku TERpergi ke kelas, jumpa lecturer yg hampeh tu. terus aku kena 'tangkap', pasal buat perbentangan. ellleehhh, peduli apa aku! budak2 negara lain yg ponteng tu, x der pulak kau kesah?

haa, sapa yg kenal aku , memang akan jumpa perangai aku mcm ni!aku memang tak der kompromi!sapa2 jer kalau buat kerja cincai buncai, tetap kena sound!bukan nyer sebab aku bagus, bukan sebab aku besar kepala atau apa (kalau korang nak kata aku mcm tu, pedulik apa aku?), tapi sebab hasil kerja dan program yg hampeh mcm ni la yg akan bagi kerugian dan masalah masa depan! sebab tu aku pantang! lagi aku sakit hati, kalau aku leh buat benda yg org mintak tu dengan sempurna, kenapa susah sgt org lain nak buat kerja diorang?makan gaji buta jer tahu!tahu pulak cakap itu halal ini haram?

ada beberapa rakan yg cuit2 kat belakang "Mejah, biar je la..x pa la..." dan mungkin beberapa senior yg cakap "sabar jer la...nak wat camana...". MACAM TU SEKALI ke semangat masing2???biar jer benda terjadi kat kita, ada hak tak dipertahankan?owwhhh, mungkin kita terlampau bangga bila di gelar 'orang melayu baik2...sanggggatttt baik...". tak perasan ke sejarah dulu membuktikan, kerana 'kebaikan' kita la tanah melayu ni tergadai? berhenti la yer!(tapi aku rasa tahun depan mereka akan buat perkara yg sama tuk junior, mat salleh pun mata duitan,at least, aku puas hati sebab dah sembur diorang!so apa nak jadi pas ni, lantak la!)

so?apa yg akan aku lakukan? dengan senang hati nya, aku akan ponteng bila2 masa aku suka. dan mengenai assignment2 yg diorang bagi tu, aku akan buat, tapi jgn harap aku nak buat sebaik2nya. dan bukan salah aku kalau satu hari nanti ada yg komplen 'kerajaan habis duit jer hantar kau g perancis", sebab dah jelas bukan aku yg x nak belajar, tapi mereka yg paksa aku 'lari' dari apa yg patut aku belajar. (summer class ni bukannyer penting pun. x masuk dlm syarat kemasukan uni pun. aku dah ada C1, itu jer yg diorang mintak kan?so?)

kesimpulan: setiap manusia atau pun jin, kalau ada satu tugasan tu, buat la sehabis baik (masuk pengakap lain kali!). dan gunakan otak yg hampir sama besar ngn otak berok ni tuk berfikir perkara2 releven yg patut dilakukan. dan jangan buat orang lain MELEDAK!!!sekian...


Tuesday, July 14, 2009

PEKIDA?

Pertubuhan kebajikan dan dakwah islamiah malaysia

(sebelum tu, kalau ada ahli PEKIDA yg pure, jgn terasa, sbb artikel ni ditujukan pada mereka yg guna nama persatuan ni, tapi peribadi tu mengecewakan, read between lines ok!)

sapa rakyat malaysia yg tak kenal persatuan ni?pada pandangan aku la, usaha nak meneruskan dakwah islamiah tu bagus, tapi kecewa dgn sebahagian ahli PEKIDA tu.

cuba renungkan slogan ahli2 PEKIDA ni,

lbih baik hidup tanpa musuh dan kawan... cuma satu y kIta dekat..ALLAH S.W.T "30 juzuk al-quran menjadi petunjuk,36 daerah bukti kekuasaan,7 petala langit,7 petala bumi menjadi saksi,merah menjadi kenderaanku,putih menjadi jalanku Alif Ba Ta///""biar bekokok si jalak lenteng, biar bedentum guruh dilangit,hamba wadah peggerak destinasi,salam hajat salam berkala,kini naga dahulu cacing,kini harimau dahulu kucing,ranting mana bukan ukuran,asal teguh tegal hati dlm kalimah lailahaillallah ""

macamana?apa pendapat anda?tapi....


"macamana nak berdakwah islam tapi anda sendiri TAK SEMBAHYANG?PEGANG JANTAN BETINA BUKAN MAHRAM(sebab tu aku lagi suka belai anjing dari pegang pempuan ikut nafsu...)?IKUT GIG SANA SINI?ALQURAN JARANG BACA!jangan suka-suka hati pakai2 nama Allah n alquran, niat tak halalkan cara!"


aku sakit hati bila tengok dekat facebook, friendster, mySpace, orang2 yg bangga2 guna logo n slogan PEKIDA, tapi sifatt peribadi tu jauhhhhhhhhhhh dari yg diperjuangkannya.kita masuk satu2 persatuan tu sebab nak perjuangkan satu2 fahaman persatuan tu, bukan sekadar bodoh dan tolol macam lembu, masuk sebab nak riak n menunjuk2.

weh orang MALAYSIA!berhenti jadi BODOH!cukup la!cukup la!umat akhir zaman ni...tak takut pada Allah ke?al quran dan Muhammad tu pendusta ke?nauzubillah!guna la akal fikiran..

kepada presiden PEKIDA, tolong la lucut atau 'basuh' ahli2 anda yg perangai mengalahkan orang zionist.

*hati lagi sakit, bila ada darah daging sendiri buat mcm ni..kalau betul dia ahli PEKIDA, kenapa perangai dia mcm tu?..bertaubat la...Allah maha Pengampun...

Friday, July 10, 2009

ketam cili padi teruna nan smart

"ehhh?betul ke harga ketam ni?jgn buat lawak pulak?"
"betul la encik, skrg ni tgh lambakan ketam dari atlantik" ujar mamat kat pasar intermarche tu.
"ok la, saya nak amik seekor"
"seekor jer?cukup ke?" main2 pulak ngan aku!
"mana la aku ada bini kat sini, makan sorang jer"

tersenyum girang aku hari ni, memang dah lama nak makan ketam, masa g mesir hari tu pun hajat nak makan ketam kat mana2 seafood restaurant, tapi bank kad buat pasal pulak, kalau tak dengan ikan paus sekali aku oder!

jadi pada hari ni, kita akan memasak "ketam masak lemak cili api teruna nan smart". dah sedia pen ngn kertas?jom masak!!!

bahan2 :

-sekilo ketam (angaran ketam besau mcm ni berat dia 1.2 kg)
-selabu bawang merah
-dua ulas bawang putih
-satu inci halia
-empat batang cili padi (cili padi sini pedas gila!so ikut keperluan anda la yer)
--bawang2, halia dan cili tu di blander bersama, tapi sbb aku ni miskin, aku cincang jer sampai lumat, nanti dah telan serupa jugak yg keluar tu)
-serai
-krim (kalau kat mesia leh pakai santan, tapi pakai krim lagi sedap n berkhasiat sebenarnya)
-secamca serbuk kunyit (agak2 la yg ni)
-garam secukup rasa
-sebijik atau dua telur ayam

mudah jer kan??ada orang tak guna bwg merah, tapi sbb kat umah aku ni bwg tu x tau nak buat apa, aku bedal jer la.


proses


"jasmine pun pelik tgk benda ni, nak gigit takut patah gigi pulak, hidup lagi ketam ni, seronok jer tgk dia kena seksa ngn kami 'sekeluarga'!!"


"sementara menunggu barang2 menumis tu siap, biar la ketam tu berenang2 sebelum malaikat maut amik nyawa dia..."

"ni satu petua, utk ketam saiz besar ni, elok rebus sekejap sampai dia tukar kaler. sekejap jer, seminit pun jadi la. sebab tuk memudahkan proses mengumpil bahagian atas (shell) dan bawah dia. "

"kemudian, tumis bahan2 td, (ada yg tak tumis, itupun terpulang selera anda). kemudian masukkan sedikit serbuk kunyit, kacau seketika, baru dihumban santan kedalam. kacau rata, agak2 nak mendidih, tambah garam. kemudian masukkan ketam anda yg separa masak tu, dia punya tangan n kaki masuk last2 nanti, sbb makanan laut ni, kalau lama sgt dimasak isi dia akan hilang"

"kemudian pecahkan sebijik dua telur (ini petua yg amat berguna, walaupun ketam ni ada banyak telur dia, tapi bila kita tambah telur ayam, ia akan banyakkan lagi telur tu--logik la!- maksud aku, lagi sedap!). biar kan kuah mendidih sekejap."



"ketam masak lemak cili api teruna nan smart!"

"haaa??senang tak?dah pun siap..oleh kerana aku tinggal sorang (sorry sasi, kalau nak ajak kau pun, kau g umah Aman, n mesti kau tolak2, buat penat mulut aku jer ajak, n Mamat, aku dah ajak kan td??kau x nak dtg sapa suruh, dan yg lain2 tu, kalau nak, korang beli ketam, kita wat kenduri kat umah aku!hahaha!!!). dan anda perlukan semangkuk (aku pakai mangkuk nasi) yg amat besar tuk menempatkan sisa2 nanti. mula kan dgn bismillah, insya'allah bertambah enak dan berselera."

ni sisa2 ni, korang jgn lupa buang pulak, kang berlalat rumah tu!

Tuesday, July 7, 2009

dulu kami cendawan...

"korang ni mcm cendawan, mana mak korang pergi, kat situ la korang bertampuk" terngiang2 suara makcik Jamaliah aku tu. aku dah biasa dah dgn butir2 ayat dari makcik aku tu. ada aku kesah?walaupun dia professer yang paling garang kat UTM (member2 aku yg amik mekanikal mesti kenal) dia tak mampu menandingi kekuatan mak n ayah kami. baik kami membatu disatu tempat dengan buku ditangan dari diberi 'pengajaran sivik' dirumah.Zaman kami adik beradik kecik, mmg 'mencabar', kami terikat dengan peraturan yang mak n ayah buat. di rumah orang, kami tak boleh bergerak ke sana sini seperti kanak2 normal yang lain, kalau tak nanti mak akan menjeling, dan paham2 je la balik rumah nanti kena ketil peha sampai birat!

begitu juga kalau ada tetamu datang kerumah, kami semua dilarang berkurung didalam bilik, mesti keluar dan salam ngan semua orang dan ajak anak2 tetamu tu bersosial. bagi mereka ini adalah pelajaran adab, sangat biadap bila ada tetamu dan tuan rumah berkunci didalam, seolah2 tidak mengalu2kan kedatangan mereka. (pernah sekali ada satu keluarga dekat tu dtg, kami ckp ngn ayah x nak layan anak2 mereka sebab mereka sombong, tapi mampus kena sembur dgn ayah, nak tak nak keluar la jugak dari 'kubu pertahanan' dan memnembokkan muka layan tetamu yg high class tu, konon laaa...).

Mak dan Ayah mengamalkan konsep 'tradisional tapi terbuka'. ada sesetengah peraturan yang memang bagi aku agak ketinggalan, seperti "light off after 10.30 mlm, semua orang mesti abiskan segala jenis ensiklopedia dan buku2 agama kat almari yang kalau aku bilang leh wat satu perpustakaan awam, tak boleh tgk perempuan menyanyi (ironinya bapak aku minat dgn syarifah aini!!!), makan mesti ikut waktu dan redha dgn apa segalanya". tapi ada juga peraturan2 mereka yang aku rasa agak kehadapan seperti "jgn had kan pergaulan dgn kaum melayu sahaja, mesti mengetahui kedua2 bidang sains dan sastera, mesti menguasai sekurang2nya dua bahasa, setiap anak2 mesti mengetahui paling kurang masak kari lembu! dan pelbagai lagi perkara yang ayah dan mak didik yang bagi aku sangat unik."

pernah kami tak menikmati rancangan TV selama bertahun2, kata ayah semua tu lagha (aku mengakui nya, banyak sangat cerita tak der pekdah). sebagai ganti, ayah akan belikan akhbar harian pelbagai bahasa dan majalah2. tapi kami tak kesah pun, sebab kat asrama pun mmg kami biasa tak g bilik TV.

kalau dilihat, ayah memang menitik beratkan hal2 agama dan pendidikan (selain adab, tapi kecewanya aku kalau ada yang masih tak tau menghargai pengajaran adab ayah...). didalam keluarga kami, anak2 perempuan tidak dibenarkan belajar diluar negara, sebab ayah memang jenis yang sangat risau. dan bagi ayah akan menimbulkan fitnah- demi Tuhan aku pun mengakui perkara ini...-(kata sahaja ke jepun, aussie atau dimana2, jgn harap ayah aku nak bagi! tapi aku rasa mereka tak heran pun kot, sebab Allah bagi benda yang lagi baik dari tu kepada mereka. berbeza dgn anak lelaki, ayah memang galakkan menuntut ilmu sejauh dan sebanyak yg mungkin...tapi bukan mudah ayah nak lepaskan aku ke sini, bahkan ayah suruh aku tukar biasiswa ke timur tengah ikut jejak langkah abang2 aku yg lain (baik aku buat linguistik arab??).

itu la cara didikan mak n ayah. mereka tak kaya, simple, tapi nilai2 yang diterapkan tu la menjadikan didikan mereka yang bagi aku sangat berkesan. tapi kena ingat, anak2 Hamsan pun manusia jugak, tak maksum, ada je benda salah yang kami buat. tapi aku menyeru, kalau nampak kami buat benda2 bukan2 jangan salah kan ibu kami yang mengandung dan bapa kami yang membesarkan...

actually, aku tgh mood rindu kat mak n ayah. semoga mereka masih sihat...dan ada rezeki aku akn jumpa mereka tahun hadapan...

Dulu kami cendawan, kini kami cuba jadi pahlawan...insya'allah...

*masih memegang janji pak anjang sekeluarga serta makcik Jamaliah tuk g Vienna sama2...cepat sikit yer, sebelum diri ini merantau ke tempat lain!

Saturday, July 4, 2009

taraf ke'esotikan' anda

"awak dari negara oceania ke?" tanya seorang makcik dalam train ke Weingarten.

"owh, hampir oceania, saya dari Malaysia" jawap ku. biasa la, kalau berjalan2 di negara2 mat saleh ni, hampir semua akan memandang anda seperti makhluk asing dari Marikh.

"huhu, saya kenal Malaysia, orang2 malaysia ada kulit yang cantik2. sangat esotik! kamu tahu, kami selalu berharap negara kami ni beriklim tropika..." aku hanya tersenyum, sebab otak aku serabut memikir kan perhentian apa yang akan aku turun nanti.

itu adalah antara babak yang aku ambil pada tahun lepas ketika aku melarikan diri selama seminggu ke rumah Muiez di Jerman.

masyarakat eropah menganggap orang2 asia (terutama yang berketurunan nusantara) adalah esotik. kulit sawo matang, mata bundar hampir kecoklatan, rambut hitam berkilat, serta raut wajah yang manis dan tenang (aku bukan describe diri sendiri yer!aku ckp secara umum).

ermm, esotik sangat ke? apa sangat yang dimaksudkan esotik tu? esotik tu sama dengan aneh ke?

barang2 esotik sangat berharga, termasuk kucing jenis exotic shorthair ni, di Perancis harga nya mencecah 2000 euros!!!

Orang melayu : minta maaf kepada kaum lain, pada hari ini, aku ingin bercakap mengenai kaum terbesar di Malaysia ni. boleh? meh kita kumpul markah.

orang melayu pada dasarnya memang esotik. raut wajah orang melayu ni pelbagai, dari wajah orang asli seperti Dayang Norfaizah, cina seperti Nik Aziz, India seperti Mahathir, mat Saleh seperti Sazzy Falak hingga la ke pada Afrika seperti Ning Baizura. semua tu melayu. esotik kan? hakikatnya bangsa melayu ni tak ada yang tulen, semua sudah bercampur.

satu markah jika anda orang melayu.


ni bukan anak jepun, ni Chibi anak kakteh aku.

seterusnya jika anda masih mengamalkan tradisi melayu. bersopan santun, menghormati orang tua, cakap lemah lembut, tersenyum jer (bukan menyeringai mcm kerang busuk - perkara ni pernah diperkatakan oleh kawan kami Jamie dari US, 'kenapa kalian suka tersenyum?walaupun dpt markah sikit atau datang lambat ke kelas pun masih tersenyum?"--huhu, bukan semua orang suka kalau kita tersengih jer. bertempat la yer). apa lagi tradisi melayu? ermm, malas, tgk cerita lucah, merogol anak sendiri, mengumpat etc dikira sebagai tradisi ke?mudah2an tak..

baik, tambah satu markah lagi!tahniah!


chibi main bedak

seterusnya beragama islam. haaa?islam lagi tak tu?ke pada nama jer? jgn terkejut, orang melayu itu tak semestinya islam, kalau ikut perlembagaan memang la yer, tapi hakikatnya. lu pikir la sendiri yer. tapi orang melayu ni rasanya lebih sayangkan bangsa dari agama. kami marah kalau ada org persendakan melayu, tapi buat gelap mata jer kalau pemuda2 bukan mahram pegang tangan , berjudi, minum arak, terkinja2 mcm beruk kat disco. x pe la, orang kita kan banyak tolak ansur...

ok, kalau anda islam yg sebenar2nya, tambah lagi satu markah.

orang melayu ini sangat esotik bila menyentuh bab perkahwinan. mengikut bancian, antara masyarakat2 didunia ni, kaum melayu antara paling kurang penceraian dan penganiayaan dalam perkahwinan. ambil contoh masyarakat lain, asyarakat perancis memandang perkahwinan satu perkara yg membazir, sebab tu diorang ni jarang yg kahwin, rasa2 nak anak, g la cari kat bar. pastu tukar2 kalau rasa2 dah tak best (n aku pelik bila orang kata kota Paris itu kota yg romantik, hakikatnya romantik org perancis hanya terletak pada nafsu seks mereka jer, bukan nyer nak hidup berkekalan pun). amik contoh budaya arab pulak, memang la mereka berpoligami, kurang penceraian, tapi ramai yg jadi mangsa penderaan (disini anda kena bezakan antara agama islam dan budaya arab, dua2 tu berbeza ok).seperti yang diceritakan bibik kaklong, Marsila yg pernah bekerja di Arab saudi sblum ke malaysia, dia selalu nampak majikan dia dera isteri dia, tapi budaya diorang ni, org perempuan terpakasa tadah jer kalau kena sepak terajang...kesian kan?

ok, tambah satu markah jika anda berkekalan dgn pasangan masing2!yg couple2 tu tak dikira, sebab perhubungan tak sah (haram).



makanan esotik bagi aku adalah 'mudah tapi nampak rumit'. contoh nasi ayam ni!hahaha!masa bulan puasa tahun lepas.

pada festival makanan sedunia ditempat kami, warung orang malaysia adalah antara warung yang paling mendapat sambutan. sehingga ada orang2 asing ni tak nak berganjak2 dan memborong bersih semua makanan. (kawan kami dari kuwait rasa kecewa dan dia minta penganjur jarakkan warung dia dari warung malaysia!hahaha!). sebabnya makanan malaysia ni semua bangsa suka makan, sebab dah banyak pengaruh itu ini, makanan kita sebenarnya bercitarasa antarabangsa. (tapi aku pelik bila ada orang2 melayu ni yg mcm jakun gila dgn spageti, pizza, etc...hahaha!pelik la...).cintai masakan anda!

tambah satu markah tuk pencinta masakan malaysia!
makanan melayu akan merasuk semua bangsa didunia!!!

jika anda lelaki, tapi anda sangat teror memasak. atau anda perempuan, tapi anda tahu tukar kepala paip. syabas beta!!!anda sgt esotik. tapi sebenarnya dah tak esotik dah, coz perkara ni mmg dah biasa dah. pembahagian tugas tu dah sama banyak antara lelaki dan perempuan. bagus2. esotik!

tambah satu markah tuk diri masing2 k.

kura2 galapagos. masa pesta haiwan reptilia di tempat kami.kura2 yang esotik.

ermm, pasal flora n fauna tak yah la cerita yer, sbb memang sedia maklum esotik. (korang tau tak, org2 kat perancis ni, gila2 denagn kucing kampung kita, sebab muka kucing malaysia tiga segi, esotik diorang kata. n kalau aku bwk ke sini, aku leh jual sampai 500 euros tuk kucing2 kat pasar tu!)

yang ni x der markah, coz melibatkan haiwan n tumbuhan!hahaha!

lagi satu bahasa. bahsa melayu adalah sangat esotik. tatabahasa yang agak mudah, dan pernah menjadi lingua franca. lagi satu, oleh kerana sebutan dalam bahasa melayu pelbagai, maka orang2 kita boleh bertutur mana2 bahasa dengan lancar sekali (diakui pelbagai pihak!). dan setiap sorang paling kurang tahu dua bahasa (tak wujud orang melayu yang tahu satu bahasa jer)

so satu markah tuk yang masih bertutur dalam bahasa melayu!



jejaka kacak berbaju biru tu. suka yg lain dari yg lain. bukan mencapub, tapi jenis tak suka ikut org jer.hehehe!(juga bukan bermakna keras kepala, cuma saja jer sakat budak2 yg lain. org lain lompat, aku jer duduk mencangkung). yang ni aku tambah satu markah percuma kat diri sendiri.hehehe!

haaa, dah berapa banyak dah tu markah terkumpul? kira esotik la anda ni?hehe!tapi tau tak, tak semua orang suka benda esotik ni.contoh, org barat tak suka durian, durian adalah esotik, melayu pun esotik, haaa, pandai2 la buat kesimpulan...adios!


Wednesday, July 1, 2009

berumah la ditepi pantai..x rugi!

"Carol, saya dah lulus exam saya!hoorayyy!!!!pas ni x yah nak pening2 kepala dah!" ujar aku pada Carol ketika kami dlm perjalanan ke rumah baru aku.

"saya berbangga dgn kamu Hamzah. dan saya rasa awak adalah antara org yg bertuah pernah saya jumpa. segalanya berjalan lancar untuk awak!tahniah!" jawab Carol sambil tersenyum.

"x jugak, bukan senang mendaki bukit, bila dah sampai puncak, kegembiraan pun x dpt dibendung, tapi kena berjaga2 jugak sebab bila2 masa kita boleh jatuh." suasana diam seketika, kereta Fiat wagon berwarna merah itu meluncur laju ke rue Battant.

"huhu, nak panjat bukit, kena la berani. kalau takut ambil risiko, sampai bila2 kita tak kepuncak" Carol menyambung cerita mengenai perangai2 manusia yang pernah dia jumpa. suka aku dgr cerita dia.

semalam Carol (mak angkat aku disini) mempelawa aku untuk membawa Jasmine, Leyla dan Addy. lagipun dia nak melawat rumah baru aku tu sekali. banyak benda yang kami bualkan. dan perkara mengenai 'keberanian dan kejayaan' membuat aku terfikir2 setiap hari.

untuk itu, hari ni aku ingin menunjukkan satu sketsa kecil mengenai keberanian dan usaha yang mengkagumkan.

pelakon2 nya ialah:

Jasmine Tucker : gadis berumur 10 bulan. berdarah campuran maine Coon dan eropah.

Leyla Gowan : gadis seusia Jasmine (Jazz), teman suka duka Jazz. sifat nya misteri tapi sangat lemah lembut, walaupun tubuh nya yg besar!sangat lembut utk dipeluk ketika tidur.


Addy Tucker : budak parsi berusia 4 bulan. nakal tapi manja. agak penakut, bila ditinggalkan bersendirian dia akan menjerit2. muka tak tau malu dan kelakar.




tersebut la kisah pertemuan ketiga2 makhluk ciptaan Tuhan ini. berikut pemergian tuan kepada Leyla, dia terpaksa bersama Jazz dan Addy di rumah baru di lembah Battant.

untuk bangsa kucing, bukan nya mudah untuk menyatukan mereka. Jazz dan Leyla memang sudah serasi bersama, dan tiba la masanya utk menyatukan mereka bertiga.

Addy tahu yang kedua2 gadis itu tidak menyenangi kehadirannya. mereka sering menyeringai setiap kali Addy dtg menyapa. tapi semangat Addy tak pernah putus. tiap hari dia memberanikan diri untuk bertegur sapa dgn Jazz dan Leyla.

" Aku bagi dua hari jer tuk korang jadi kawan!sapa yang lepas dua hari ni masih nak menyeringai2, akan ditahan didalam 'bilik tahanan'!" ujar pemilik mereka yang kacak dan terbilang tu. walaupun menyedari kucing2 mengambil masa berminggu2 utk berbaik, but nothing's impossible!

masa semakin suntuk. hati kedua gadis itu harus dicuri. walau dicakar dan digigit, itu adalah pelaburan bagi Addy!


di satu sudut, seolah2 Jasmine membuat perjanjian dengan Addy. sukar memahami bahasa mereka. sesuatu ajaib berlaku! Jasmine menjilat2 Addy. lalu membawa Addy kepada Leyla. siapa yang memerhatikan perkara ini pasti pelik. leyla mencium2 badan Addy, dan TIADA lagi pertengkaran antara mereka!!!alhamdulillah!


mereka kini hidup bahagia bersama tuan mereka (tuan angkat tuk Leyla) di lembah Battant.

pengajaran?

-walaupun Addy kecik, dia tetap berusaha tuk merealisasikan impian dia. so, ukuran bukan segalanya..

- Jasmine dan Leyla sentiasa berjaga2 dalam menerima rg asing dlm hidup mereka, dan kita pun perlu begitu. on sait jamais kan?sentiasa berwaspada, dlm masa yg sama hormat org.

-walaupun ditengking dan ditampar oleh jasmine n leyla, Addy tetap cool. penting tuk kita kawal emosi.

- kucing yg comel adalah hasil dari tuan dia yang kacak dan smart..ehhh?kuar tajuk dah ni!



rumah baru kami!akhirnya!!!


*aku buat entry ni, kerana ingin tunjukkan pada semua org bahawa segala benda yg kita nak, mesti ada cabaran. kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai. tapi org yg rugi adalah org yg penakut!fikir2 kan...


P/s--terima kasih kepada yg doakan aku berjaya dalam exam haritu!!!!!!