Thursday, June 4, 2009

langkah kanan

Salam semua,

Alhamdulillah, sudah dua hari di bandar sungai Nil ni. cuaca adalah 37 selsius (di Besancon, paling tinggi pernah rasa 25 selsius, itu pun sampai berdarah hidung, u understand what i mean?), tapi ok lagi, x der la rasa nak mati pun.wakaka!

semalam kami (member2 abg aku dan aku) di jemput oleh salah seorang pegawai kedutaan, encik Fuat, untuk kenduri doa selamat. alhamdulillah, rezeki...

kami menaiki teksi ke apartment di tebing sungai Nil tu. dengan bayaran 25 geneh (egypt pound- 1.6 EgP = RM1) anda akan merasai menaiki kereta dalam movie too fast too furious! aku duduk di front seat, lagi la rasa nak tercabut nyawa aku. disini, hon adalah lebih penting dari lampu sisi! dan aneh sekali, mereka tak berlaga dan jarang ada kemalangan.

ok, bwh ni ada beberapa foto.

menunggu teksi. mana satu abg aku?teka ler.

dihadapan rumah encik Puat, kebanyakkan rumah di egypt berdebu diluarnya, tapi bila masuk ke dalam, sangat cantik! apa nak buat, sebelah tu jer ha padang pasir, debu ler.

Cleopatra, kucing manja! teringat anak-anak aku kat France...

ni ler abg aku. tapi bengang nyer aku bila aku tau yang badan aku sudah sanggggatttt membesar!sampai org keliru mana abg n adik.

pelajar-pelajar lain

bersama keluarga encik Puat, terima kasih kak Jue masakkan yang sedap2!

sajer posing maut, sebelum meninggal.hahaha!


yusof dan Carlos. haaaaa!ni sebijik mcm Addy! Yusof pun ckp memang sebijik (dia nampak gambar Addy tym kecik).


yer..aku rindu kucing-kucing akuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!harap2 Hannah dan Gowan jaga elok2...

6 comments:

Pak Lang said...

Kalau masih bersama Ann lagi, sampaikan salam Pak Lang kpdnya.

anumz sarah said...

Uuuu... besar lagi kucing2 kat sana bebanding Oden. Addy version sungai Nil ye?

p/s: Sgt suke tengok kucing-kucing ini!!

anjut said...

pak lang - baik bos, tugas telah dijalankan.huhu!

anumz- tu ler pasal...rindu kat dia la ni...

Hafizah Sinin said...

aku pn rindu kucing-kucingmuuu!

anjut said...

pizah sinin --aku jua merindui masa kita di Paris..owhhh...sungguh romantik..kehkehkeh!

JHaZKiTaRo said...

OMG.. aku still takleh lupa pengalaman pertama naik teksi kat cairo.. turun2 teksi terus sujud syukur sbb masih lagi hidup.. hahaha.. mmg btul ape yg ko cakap.. mcm too fast too furious.. hon pulak lagi penting drp lampu sisi.. tapi jarang pulak nampak accident.. pelik kan??

pastu, rumah2 kat sane pulak, luar kotor gile.. tapi bile dah masuk dalam, macam istana pun ade.. hihi.. bak kata member2 aku kat sane, bagi org2 Arab ni, kat luar biar kotor, yg penting kat dalam bersih.. huhu.. taktau nak cakap ape..