Friday, June 12, 2009

ke Hadral Maut (ketibaan Ajal!)

"berita di tv Kaherah, lima orang pelajar perubatan terlibat dalam kemalangan di pinggir bandar Kaherah, seorang terbunuh, dua orang tidak sedarkan diri, dan dua lagi keadaan stabil". tak senang hati dengar berita tu, lantas tangan menaip kepada rakan, Apes, utk meminta kepastian "yer la Mejah, kesian diorang, junior aku tu...". Al-Fatihah.

selang beberapa minit...

"cepat la siap!lepas isya' kita kuar, nak g Hadral Maut!" Abang aku si Aan memberi arahan.

Gila ke apa?dlm hati aku tengah runsing, dia pulak nak ajak aku pergi ke "kehadiran Ajal"????

11.30 p.m Al-Nasr city

6 biji motosikal sudah bersedia untuk meneruskan perjalanan. aku membonceng abang aku, aduhhh, ni yang aku menyampah ni, kalau dia bawak kereta pun aku dah rasa nak tertanggal jantung, ni pulak moto, sukan yang paling dia minati ni.mengucap panjang2..

kembara bermula

01.15 a.m - merempit!!!

hahhh! biasa mulut aku akan menyumpah2 mat2 rempit yang lalau lalang kat Jalan Lembah Pantai dulu, kali ni aku pulak yang terlibat sama. sesungguhnya jalan2 di kaherah SANGAT MERBAHAYA! tanya sahaja sapa2 yang pernah ke bandar ni, anda akan dinasihati agar jangan memandu sendiri. di sini peraturan sangat longgar, pembonceng tak perlu memakai topi kaledar, dan jika membawa motor, pastikan melebihi 70 km sejam!kalau tidak, nahas la! sebab pemandu coaster dan taxi2 disini berhati kering, berdesup2 kat atas jalan. aku teruskan mengucap...


motor Alwi pulak pancit...

di tebing Nil, sementara menanti tayar ditukar. dalam keadaan terdesak, 50 geneh terlabur...

bersama machaa.

3.05 Hadral Maut...

tempat yang dituju berada di hadapan mata. sesi jaulah kali ni memang penuh cabaran...tapi sangat seronok, setiap orang patut ada sekali pengalaman sebegini seumur hidup.


ini la dia Hadral Maut, beriani kambing dari Yaman. Hadral Maut adalah nama satu daerah di Yaman, dan pemilik restoran ini memang berasal dari sana. hanya di restoran ini sahaja rasanya sedap. dan malam itu juga merupakan sejarah, kerana kali pertama aku memakan kambing sebagai lauk utama!percaya la cakap aku, rasanya sangggatttt sedap dan seperti rasa daging ayam panggang! tidak berbau dan lembut.

separuh kambing di kongsi berenam, ada berani?


GROUP KAMI JUARA!HAHAHAHHA!!!!

dihadapan restoran itu. semua kekenyangan, selepas 2 jam setengah merempit diatas jalan raya.




selepas itu kami ke kedai sha'i untuk merasa shisha perasa kelapa. aku ingatkan perasa jer, rupanya ngn bekas dia sekali dari kelapa. best2! rasa mcm kuih tradisional!

tengah duduk bersantai, azan subuh berkumandang, kami berangkat ke masjid berhampiran. ini la kelebihan berjalan dengan budak2 al-azhar, muka jer nampak samseng, tapi diri dekat dengan Tuhan. (dekat la, kalau dah atas jalan pecut sampai rasa dah bersedia nak jumpa Tuhan...).






bahagia selepas bertemuNya...

tetiba, motosikal Nabil ada masalah..owhhh!minyak tak der! no prob, sedut minyak dari Alwi.

kami kena cepat, sebab kalau lambat, tak boleh lihat matahari naik di Jabal Mukatam.

dari kiri : Noraizat, Nabil, Aminuddin. Alwee, Saiful, Nordin, Khaleed (macha), Fauzi, Affendi, Azri, Aan si kambing hutan, Syed.

ini la kami. hidup yang simple, tapi gembira.

kemudian, kami meneruskan aktiviti kami ke rumah2 penginapan pelajar lain, ada warung melayu di kawasan tersebut, perut aku masih memboyat, tapi mereka?masih mengketedarah nasi lemak! astaghfirullah!


berselera kan tengok nabil makan?

"anjut, sorry tau, ni dah la 1st tym kau, sekali tetiba kena benda2 mencabar mcm ni!hahaha!" kata Nabil.

dari urusan moto, memecut di jalan raya, tayar pancit, menyongsong arus, abis minyak, semua tu aku rasa dalam satu malam jer.. kalau di Malaysia seolah2 perjalanan dari Ayer Hitam ke KL pergi dan balik. hahahaha! aku sangat berterima kasih! dan aku letak di Blog ni supaya tak der sapa akan menghalang aku melupakan tragedi ke Hadral Maut!

4 comments:

anumz sarah said...

mentekedarah ke? Takut tgk gambar korang makan. Haha.. dah guys tu guys je la...

hadi said...

Assalamualaikum hamzah,

jaga diri baik² kat sana,

nanti kita jumpa balik september ni insyaAllah. besancon tgh sunyi gile skrg ni...semua dah balik/voyager.

btw, sejak bile kau boleh makan kambing? huhu..

anjut said...

anumz--ehh, biasa jer tu..sket jer!hahaha!


hadi--haha!korang rindu aku ker?sabar yer.
aku mkn sikit jer kmbing tu, x bau pun daging dia, still, aku risau gak coz pastu pening..huhu.

JHaZKiTaRo said...

hahahah.. pengalaman yg best.. nasib baik aa naik motor malam2.. takde laa byk sgt kereta.. kalau siang2, baik ngucap awal2.. hih