Thursday, June 4, 2009

dugaan

assalam'ualaikum semua,

seperti yang dijanjikan, aku akan menceritakan satu 'benda' itu..huhu!ngeri, tapi manis!


6 pagi-- rapi

lepas goreng beberapa ketul nugget, aku bermandimanda. kali ni pastikan satu benda pun tak tertinggal. bas ke stesen ketapi Besancon Viotte kul 7.30. cepat, jgn lewat! train pukul 9.09.


8 pagi --train batal

terkejut beruk aku (nasib baik hensem), atas screen ditulis "keretapi ke Dijon pada pukul 9.09 pagi dibatalkan kerana ada tunjuk perasaan (France mmg mcm ni, kerja malas, asyik nak tunjuk perasaan jer...).

"encik, mcmana ni?saya nyer train ke Paris dari Dijon pukul 10.30, tapi train dari sini pada pukul 9.09 dibatalkan..."

"owh, x pe, cepat naik train pukul 8.17, nanti kalau tak tak der train yang lain"jawap pegawai tiket.

Berdebar-debar, satu ujian dah terlepas..alhamdulillah.

12.35 -- kemarahan warga Paris

"minta perhatian, metro ke Charles de Gaulle ditukar ke platform 31 dan 32 kerana proses menaik taraf rail sedang dijalankan".

berduyun-duyun ke platform yang terletak dalam 10 minit perjalanan...

5 minit...10 ,minit...30 minit...47 minit!!!train tetap tak der!semua penumpang dah gelisah!

"harap maaf, train ke CDG berjalan pada platform biasa."

ARGHHHHHHH!!!!satu Paris mengamuk!

tapi Alhamdulillah, satu lagi musibah berjaya dibendung...

13.30 -- tak der rezeki

"puan, boleh tak saya tukar ke penerbangan yang lagi awal?sebab masa transit saya nanti hanya la 50 minit...saya tak biasa dengan airport tu..."

"sebentar yer..(cakap ditelefon). maafencik, terlalu lewat untuk encik menukar penerbangan...semua penerbangan yang awal dahpenuh. jangan risau, encik akan dapat kejar penerbangan yang seterusnya."


tak der rezeki. selepas melepasi imigresen, aku bertanya semua pegawai. rata-rata berkata "50 MINIT????awak kena betul2 cepat!tapi jangan risau, kami mendoakan anda berjaya..."

ermmm...kalau terlepas penerbangan yang petang ni, penerbangan berikutnya pukul 6 ptg esok...mati aku...

pasrah jua... badan penat, baring di sofa kulit menghadap lapangan berlepas. ada lagi 5 jam sebelum penerbangan.


18.30 pelakon melayu terakhir di udara...

"cik, saya nak tumpang tanya, dengan transit hanya 50 minit, sempat ke saya kejar penerbangan berikutnya?"

"owh, 50 minit terlalu singkat...tapi encik jangan risau, lapangan terbang Schiphol ada satu terminal jer..saya rasa encik sempat."

"yer, encik jangan risau, kalau tak sempat, syarikat tak jual tiket tu, sebab nanti dia lagi rugi. disana nanti, akan ada rakankami yang memandu arah encik.." celah pramugari lain.

terus menuju tempat duduk. diam seribu bahasa.

"encik, boleh tukar tempat duduk? saya terpaksa bergegas keluar nanti, hanya 50 minit untuk transit..."

"owh, baik la, sekejapnya 50 minit?" jawap pakcik dari singapura tu.

tersenyum pahit.

"para penumpang, saya kapten j.Antonini, saya ingin meminta maaf, kerana pesawat akan berlepas setengah jam lewat kerana sedikit masalah" pengumuman dibuat dalam pesawat.

beberapa mata menoleh aku, kerana mereka ,mendengar perbualan aku dengan pramugari tadi.

50 tolak 30 sama dengan 20???gila!!!!



"kepada penumpang yang mempunyai transit di Amsterdam, diharap jangan bimbang kerana penerbangan hanya mengambil 40 minit, dan dijangka tiba pada masanya..." sambung pilot tu.

beberapa pramugari datang pada aku, 'encik, jangan panik yea, kita akan tiba pada masanya.'

"owh, saya tak panik, cuma saya terfikir apa saya nak buat dalammasa 12 jam di airport nanti kalau saya terlepas penerbangan saya." ujaraku.

"huhu, encik boleh berjalan-jalan, sekarang ni pesta bunga tulip..."

pesta bunga tulip?jiwa dan raga aku yang tengah berpesta ni! seorangpramugari tu berdiri disebelah aku dari Paris sampai di Amsterdam.

"kita akan tiba di Amsterdam dalammasa 7 minit lagi. suhu diluarialah 14 darjah selsius..bla...bla...dan bla... kepada mereka yang mempunyai transit, saya dahkata tadi jangan bimbang, sebab kapten kita cekap." pengumuman dibuat.

satu flight gelak!obviously pengumuman itu dibuat untuk aku. bial kapal terbangkecil tu mendarat, pramugari disebelah aku buat pengumuman.

"boleh tak kitaberi pada encik ini keluar dahulu?transit beliau hanya 50 minit."

semua mata memandang belakang, malu aku...sampai didepan pintu, aku melambai tangan pada semua

"selamat jalan!awak akanselamat tiba didestinasi!" laung seorang penumpang yang duduk di baris kiri aku tadi. yang lain semua tepuk tangan. (ini bukanaku reka!tapi memang benar2 terjadi!aku terharu...mcm cerita bollywood pulak!tapi memang aku tak sangka...).

19.35 kastam yang kebudak-budakkan

aku berlari mcm masuk acara 4000 m! peduli apa aku, bukanorang kat sini kenal aku pun!hahaha!

"encik, saya dah terlewat ni, pintu masuk F04 dimana?" tercungap2 aku.

"ehh?kenapa tiket awak ada ni? (merujuk perkataan "cabine non fumeur". orang belanda jarang yang reti French)." sabar jer la aku ngn kastam ni, perlu ke tanya?aku dah lewat ni.

"maksud dia "kabin dilarang merokok". cepat la encik, saya dah lewat ni" paksa aku.

mereka tersenyum.

"ehhhh!!!kena cop imigresen dulu" jerit sorang pegawai. aku pulak yang malu...

"jangan risau encik, awak ada 40 minit lagi, ambil masa awak...jangan panik" peduli apa aku...

berlari sepantas kilat! aku tiba dibalai perlepasan dalam masa 20 minit!!!(rekod dunia aku rasa, sebab aku check di internet, seorang pelancong tegar tu mendakwa dia hanya buat 40 minit untuk kejar flight berikutnya!tahniah aku!)


20.40

alhamdulillah!aku didalam pesawat menuju ke Mesir!!! berkenalan dengan seorang gadis kacukan sweden egypt. Laila Fahmi (mcm nama kucing aku). cun!tapi umur dah tua sangat...(mesti ada org marah..huhu!)


2.00 pagi --- alhamdulillah..berjaya!!!

dari train ke paris, metro ke CDG, flight ke Amsterdam...fuhhh...nasib baik. tak seteruk di Stansted UK (mungkin masa tu aku dengan beberapa budak lain, so aku takut kalau apa2 terjadi kat kami masa bermalam di airport tu...dengan duit dah habis!dan flight terdekat hanya ke Geneva!memang dugaan, tapi manis...)


sekarang berada dirumah abang aku. hehehe!

terima kasih pada semua!juga pada yang mendoakan aku!

9 comments:

masruddin said...

Salam Mejah,

Mas tergelak habis bila baca part annoucement pilot, org tepuk tangan etc..huhuhuhuhu. macam movie la!!! pnya nk kejar flight dlm masa yg singkat, sapa x cuak..hehe. tapi xpela. alhamdulillah sume dh selamat. insyaAllah ade rezeki bertemu lagi...=)

anjut said...

owh, yg flight ke amsterdam tu ada sikit jer penumpang, a380 jer, sbb tu mcm leh nmpk pilot.huhu..tapi segan la....

EJAZARA'S HOME said...

salam mejah....
hehehe... pndai ek wat citer suspen...
tiba2 je ek jadi glamour mcm artist. Artist pun glamour takat mesia je, ni kira dah blh wat sejarah arr.
pe pun alhamdulillah dah selamat tiba ke destinasi...happy holiday!

honeyz said...

nice story~
sonok bca
mengilangkn tensen esemen
hehehe

zatiMJ said...

haha gler cam dlm movie. mesti best kan jadi femes kejap hee. wah kat egypt ker? best2. kensalam abg. =P

anjut said...

kak eja --terima kasih!huhu!

honeyz -- yer, baca memang seronok, tapi kalau alami sendiri...fuhhh...saya yg lelaki ni pun mcm putus nafas..malu pun besar.

zatim -- tak best pun, malu...huhu, cuba bayangkan kalau ada penulis blog yg lain juga dlm pesawat kecik tu, mesti dia cerita 'kepanikan seorang asia'..haha!ok, disampaikan.

biskott said...

hahaha.
lawak betul yang dalam kapal terbang tu.
tapi aku suka part pramugari tu promo pesta bunga tulip.
hehe.

tapi kan,
bila baca entri ko yang ini,
siries aku rasa macam aku tengah menonton tv pendidikan, tak pon macam menonton satu rancangan yang telah dialih bahasa.
hehe.

JHaZKiTaRo said...

hahahahah (gelak sambil tertonggeng2).. betul2 mcm citer hindustan part tepuk2 tangan dlm flight tu.. femes gile.. teringin pulak aku nak dpt recognition sedemikian rupa.. hihih.. anyway, brape harga tiket ko ke egypt naik KLM??

anjut said...

biskott- yup, dan aku harap itu je la pengalaman mcm ni seumur hidup..sesunguhnya aku rasa cuak ketika itu!hahaha!

Kitaro- owh, try la beli tiket ke mana2 dgn transit yg sgt singkat. dan rasa mcmana debaran nya.huhu!
KLM agak mahal dlm 415 euros, tapi selesa.