Monday, June 8, 2009

bertemu cicit kekasih Nya

,

di kawasan Tahrir untuk urusan visa.

"owh, x der masalah la kalau orang Malaysia, tak payah buat visa, nanti kalau kena denda pun lebih kurang sama jer, lagi nak tunggu visa siap tu lama" ucap pegawai di situ.

gembira hati pokcik!so, apa lagi??jalan2 la!


Mesir yang aku cintai!!!


tempat pertama kami adalah makam imam syafi'e. sapa tak kenal imam ni?huhu, sebagai pengikut mazhab syafi'e, mesti semua orang kenal.


ini la dia makam imam syafi'e.



dikatakan ini kesan tapak nabi Muhammad s.a.w. banyak sumber mengenai kesan tapak ni, ada yang kata gabenor Madinah hadiahkan kepada mesir, ada yang kata nabi Muhammad muncul menziarahi makam (tentu la selepas baginda wafat, syaitan atau mana2 makhluk kan tak boleh menyerupai nabi, so, jelmaan itu dikatakan milik baginda, wallahualam...).



perkarangan masjid sultan hassan (mesir terkenal dengan masjid2 nya-tiap 1 km adalah masjid!, juga terdapat gereja2 utk pengikut kristian koptik)


kemudian kami ke masjid sultan Hassan
masjid ini juga dikenali dengan masjid empat mazhab, sebab didalam masjid ini ada empat buah bilik khas untuk belajar kempat-empat mazhab yang mashyur tu. melihat hasil kerja umat islam dulu, hati tertanya2, andai sehingga kini ada dikalangan kita yang mempunyai kepakaran seperti ni. kagum...







aku pun tak tau faedah berposing mcm ni. didalam masjid sultan Hassan.

owh, yang ni lupa nak cerita kat atas, dalam perjalanan ke masjid tu, kami singgah di makam waqi', guru alquran imam syafi'e.


souk atau pasar disepanjang jalan. banyak burung serindit yang dijual (teringat dekat emak...dia suka dengan burung serindit ni...)


dimakam saidatina Nafisah, cicit junjungan mulia kita. kenapa dimakamkan di mesir bukan di perkuburan baqi'?

cerita nyer begini, pada waktu dulu, keturunan nabi hidup dalam keadaan susah... semua negara arab tolak atau takut untuk menerima keturunan baginda. sehingga la mesir membuka pintu nyer kepada saidatina Nafisah. (kenapa diorang tak nak terima?aku pun tak tau, ada yang kata sebab ramai yang memburu keturunan baginda, so diorang pun takut tempias nya.). hajat suami beliau memang hendak membawa pulang jenazah ke Arab, tapi nabi Muhammad muncul dalam mimpi suami beliau, dan bersabda ' mesir itu sama seperti baqi', sebab itu beliau dimakamkan di mesir.

diriwayatkan, ketika hidup imam syafi'e, bila beliau sakit, beliau akan meminta saidatina Nafisah doakan kesiahtannya, sebab doa saidatina nafisah makbul. sehingga di satu waktu, imam syafi'e sakit, lalu beliau berjumpa saidatina nafisah, tapi Nafisah berkata ' segalanya ketentuan Allah' sebab beliau dapat petanda ajalnya imam syafi'e. seminggu kemudian, imam syafi'e meninggal dunia.

ada sahabat2 imam syafi'e yang bermimpi bertemu beliau di syurga, dan bertanyakan khabar.
imam syafi'e berkata "aku sihat2 sahaja di sini (syurga), dan aku masuk disini bukan kerana amalan ku, tapi kerana saidatina Nafisah turut hadir untuk menyembahyangi jenazah ku.

itu la, tempias2 karamah ahli bait. di makam ini, aku menitiskan air mata, rasa sebak tatkala mengingati sirah junjungan besar... derita keturunan baginda.dan dibandingkan dengan diri kita yang sedia lengkap ini. selawat dan salam keatas junjungan...sempat juga aku mendoakan kesejahteraan dan kejayaan kaum keluarga, sahabat handai, dan para pembaca yang sentiasa menyokong aku dari belakang dan menegur ketika aku membuat salah.

Saiful (duduk) dan Yusuf (yang besar, hehehe!), tourist guide yang berpengalaman dan banyak ilmu, walaupun penampilan sedikit sekular, hahaha!

suhu meningkat ke 38 selsius! air cond dalam kereta kami hanya membantu sedikit kehausan kami. bumi mesir yang kontang ini cukup terkenal dengan assir (jus) buah2an. aku meminta jus tebu dan assam, YA ALLAH!sedap giler!bagai nikmat di syurga!

itu la dia perjalanan kami pada 7 jun 2009. insya'allah, perjalanan aku akan diteruskan lagi, dan akan dikongsi bersama rakan2 disini. salam hormat!

"rindu kami ini pada mu ya rasul, rindu yang tiada tandingnya..."

3 comments:

Nadira said...

mesir pulak?
sgt best-lah!

sucagwale said...

mesir memang best..tp anjut!gambar posing tu..ade makne hanya orang tertentu sahaja yang faham akan maksud gambar itu..ehehe...

wei bangun la!

anjut said...

Nadira- huhu, mesir bumi tawakal...kena kuat kalau dtg ke sini, tapi sangat best!huhu!


Budak gemok- dah bangun la!