Tuesday, June 23, 2009

baru aku tahu hidup merempat tu apa...Luxor mengajar aku.

Salam,

jika anda ke Aswan, rugi sekiranya tidak singgah di Luxor, bandar pesisir nil yg mengambil masa 4 jam perjalanan dengan keretapi.

disini, terdapat kuil Luxor dan Karnak. tapi sayang, aku rasa sangat keletihan, dan meminta jasa baik travel mates yg lain tuk menjadikan luxor sebagai bandar transit sebelum pulang ke Kaherah (aku akan kembali semula ke sini, insya'allah).

Cuaca di Luxor terasa lebih bahang dari Aswan, difahamkan suhu mencecah 41 selsius. nasib baik kami hanya bermalam sehari di Luxor. aku masih tak dapat menyesuaikan diri dengan cuaca extrem ni, kalau di Aswan walaupun terik, udaranya nyaman. entah, aku tak berkenan dengan Luxor.

barang2 di Luxor agak mahal, bahkan lebih mahal dari Kaherah. Nasib baik kad bank aku tak leh digunakan di Mesir (lain kali check dgn bank anda sebelum melancong, nasib baik aku ada sahabat baik seperti Aman dan Lilo!!!). penduduk nya jugak tak berapa "baik", mcm x pernah nampak orang.hahahaha!mungkin aku salah hari kot, haritu jer Luxor 'buat perangai'.



ini adalah kuil Luxor, dan sebuah masjid sedang dalam pembinaan diatas kuil tersebut.


runtuhan kuil


Luxor diwaktu senja


cantik juga kan?

keadaan di waktu malam.

Pada hari itu, kami berulang-ulang kali ke stesen keretapi tuk menempah tiket. dan jawapan yang diterima adalah sama "naik jer train tu, bayar kat atas"...selamba jer...sabar je la aku.

pada pukul 5 pagi kami menaiki tren ke kaherah. ajaib dan pelik kerana harga tiket sangat murah! 43L.E sahaja! Katat duduk dgn abang aku si aan, dan aku dgn Azri.

sejam pertama, selesanya rasa, puas hati, tak sabar nak sampai Kaherah, walaupun keasyikan Aswan masih melambai2...Aswan....Aswan...Aswan...

tiba-tiba!

"encik, maaf, ini tempat duduk saya, nampak nombor di tiket ni?", Katat ditegur oleh seorang pemuda. hati kecil aku ketawa "padan muka kau Katat!!!Wakakakaka!" tapi muka tunjuk selamba.

"lepak r wei, baru Slumdog millionaire versi mesir!" selamba jer Katat cakap dan terus menghilangkan diri mencari tempat duduk di gerabak lain.

"aku rasa nanti kita pun kena la Anjut, sebab tiket kita tak der nombor" Azri berbisik.

"ish!jinx!jgn ckp bukan2 aku tak larat nak berpindah randah..."

selang beberapa minit...

"encik2 sekalian, maaf yer, ini tempat kami." SUDAHHHHH!!!!!giliran Azri dan aku pulak!Aan tak boleh bergerak kerana terpaksa menjaga beg2 kami.

dengan perasaan tak ikhlas, aku bangun!

"told u!kan dah kena!" kalau duduk diam tak pikir pelik2 kan bagus td.

jumpa la cik Katat sedang duduk dengan cute nya di sebalik pintu yang memisahkan dua gerabak.

"x der tempat kosong..." lesu muka dia

"tak pa la, terpaksa merempat! hahaha!mesti aku ingat sampai bila2!" aku terpaksa pasrah.

ada seorang pemuda mempelawa aku duduk di dalam tempat simpan barang. arghhh, kebas je la, daripada aku bersesak dengan orang2 lain, dengan bau aneka ragam dan keadaan train nya.

hampir sejam setengah aku terperusuk dalam tempat simpan barang tu dengan Azri.

Matahari dah berada di puncak, panas membara dalam train yang umpama ketuhar bergerak tu. aku tak tahan...

"jom kita cari tempat dalam gerabak lain" pinta ku pada Azri, mungkin nasib baik dapat menumpang penghawa dingin...



penumpang turun dan naik disetiap stesen yang kami lalu. harapan aku mengunung andai ada tempat kosong utk aku. (bukan aku mengada2, tapi aku hampir demam ketika tu, badan aku sakit2...).

"ermm, slumber la, kita duk belakang kerusi merah ni." ujar Azri...

ermm, x kesah pun, cuma aku tak sanggup berdiri dan berhimpit selama 13 JAM ke KAHERAH!

lega sedikit dapat duduk dalam gerabak yang ada penghawa dingin ni.

setengah jam kemudian...

"penghawa dingin rosak!!!" owhh, besar sungguh ujian aku didalam train ni..hahahaha!tapi lucu bila aku fikir balik!

kami ke tempat kami merempat tadi.

beberapa mata memandang aku, ada yang simpati kerana tahu aku tak tahan kepanasan, memelawa aku duduk di atas lantai, tapi aku tak sampai hati, kerana mereka dah tua2 dan membawa anak kecil...zalim andai aku ambil tempat duduk mereka.

lima jam aku hampir gila, hanya menjamah chips dan air mineral...andai ayah dan ibu aku tau (kalau ada pembaca yang cerita kat diorang, mati aku!)...

"baik kau pergi jumpa abang kau, n amik seat dia" Katat mencadangkan aku...

"entah, kitorang tak pa, dah biasa dgn Mesir. kau tu ha..kesian." yer, masih ramai manusia yang bersimpati.hehehe!

kaki melangkah lesu, semua mata memandang aku seolah makhluk asing, lima gerabak terpaksa aku rentasi tuk berjumpa aan.

"Aan, can u give me ur seat?aku tak larat dah ni...lima jam mcm pelarian dalam train..." aku kejutkan si Aan yang sedang enak membuta diatas kerusi empuk dan bilik berhawa dingin tu.

gegas dia bangun. aku rebah dan terus menghilangkan diri dalam dunia khayalan aku. sehingga la aku sedar, angin Kaherah sedang menyambut aku. Alhamdulillah!


* jika aku kemana2 negara, aku mempercayai, setiap rakyat negara itu cukup gembira dengan cara hidup masing2. sebagaimana aku rakyat Malaysia yang sangat bersyukur kerana di lahirkan di Malaysia. aku memandang kesusahan dan kesempitan hidup adalah antara lumrah alam yang akan diceritakan dalam bab2 kehidupan ini. aku tak berhak mengatakan mereka yang tinggal di timbunan sampah itu tak bahagia, sebab aku tau, andai duduk di istana berlian sekalipun, kebahagian tak dapat dijamin. kita ada pilihan, hidup senang, sederhana, atau kekurangan. tapi pengakhiran nya antara bahagia dan sengsara.

3 comments:

Nadira said...

kirim salam sama Azri.
haha..
saya mmg gatal.so?

AISHAH roslan said...

salam.
so, dh slamat sampai France ke?
nway, congrats.
slamat b'summer class :)

anjut said...

Nadirah- owh, kena tanya tunang dia. awak gatal?cari ubat la, ubat nyer kawen.

Esah- huhu, merci.