Monday, June 22, 2009

Aswan, kota asyik..

Salam semua,

kali ni lambat sikit up date coz laptop kecik molek ku itu meragam.(lain kali jgn guna windows ori!!!menyusahkan!terutama vista!HIDUP CETAK ROMPAK!!!).

baik la, pengembaraan di bumi berpasir ini diteruskan ke selatan, berhampiran Sudan.nama daerah ini ialah Aswan.

sebelum berangkat, aku membuat persiapan yang sangat berat. ada orang menasihati bahwa suhu di Aswan boleh mencecah 41 selsius pada bulan julai. diisytihar sebagai tempat terkering yang didiami manusia di dunia, membuatkan aku mahu menolak sahaja rancangan ni... teringat pada satu ketika suhu di Besancon mencecah 31 selsius dan hidung aku berdarah.ermmm...

train kami dari Ramses, Kaherah pada 10.30 mlm. dengan bayaran 165 L.E, anda akan mendapat tempat dikelas pertama (but i'll say it was 2nd class wagon...hurmmm...).



perjalanan mengambil masa 13 jam ke Aswan, diwaktu fajar menyinsing, anda dapat melihat di kiri kanan perjalanan perkampungan masyarakat mesir. mereka hidup seadanya, tapi mereka bahagia.(i wonder if i can adopt their lifestyle, to know the culture is just amazing n fun, but to live in it, hurmmmm..sorry la...)

16 jun 2009

kami tiba pada pukul 11.30. tatkala kaki melangkah, aku sedikit terkejut, mentari sangat terik, tapi aku tak rasa hangat seperti di kaherah. udara sangat bersih dan sedikit sahaja sampah dikiri kanan jalan...jatuh cinta pandang pertama.

kami menetap di hotel Yassen bersebelahan stesen keretapi, dengan bayaran 15 L.E, sangat berbaloi.
bangunan2 disana yang dihiasi ukiran2 kuno.


pada waktu petang, kami meneruskan aktiviti dengan menaiki 'Falukah" atau kapal layar. ini adalah aktiviti wajib jika anda ke Aswan.

Aswan dikelilingi pulau2 kecil di sepanjang sungai nil, antara pulau2 yang aku ingat nama dia ialah pulau Elephantine dan Philae.

pelayaran kami bermula di Botanical Garden. terletak berhampiran pulau Elephantine, pulau kecil ini mempunyai iklim yang aneh, kerana ia HAMPIR TROPIKA! sangat subur pulau kecil ini, dengan pelbagai pokok2, serta jangan terkejut sebab kami terjumpa banyak pokok cempedak dan jambu air di sini!

pokok cempedak, goreng pun sodap!


pemandangan di hujung pulau.

kemudian pelayaran kecil kami diteruskan ke sebuah pulau kecil yang menempatkan kuil Satet. tapi sayang, aku tak faham kepentingan kuil2 ni...



sepanjang perjalanan pulang (berjalan kaki jer, sebab kawasan ni kecil), kami sempat singgah di bazaar2 aswan. di sini senang jer nak dapat diskaun, bedal ckp arab sikit2, abaya aswan dari 120 L.E boleh ditawar sehingga 35 L.E.


17 jun 2009

seawal 3.30 pagi kami dikejutkan oleh pekerja hotel, untuk meneruskan perjalanan ke abu simbel. perjalanan mengambil masa dalam 4 jam. lama kan?

penat dan mengantuk...

padang pasir dalam perjalanan


pemandangan di tasik Nasser

patung2 ramses II, kuil ini dibina oleh Ramses II utk dirinya dan isterinya Nafeteri serta tanda penguasaannya keatas puak Nubi (Nubian adalah orang2 di Aswan)

pulang dari abu simbel, kami bersama pelancong lain meneruskan perjalanan ke pulau Philae, yang menempatkan kuil2 lama.


pulang ke hotel utk semayang dan tidur sejenak. sebentar lagi, kami akan ke nil semula, kerana pemandu falukah kami telah berjanji nak bawa kami berenang2 di sebuah kawasan. hati teruja!



kelihatan anak2 penduduk yang membelah sungai dgn bot2 kecil buatan mereka. seronok nyer alam kanak2...

Katat puas berenang. sebenarnya disebalik kejernihan dan kecantikan sungai nil dikawasan Aswan ni, jarang ada pelancong yg dibenarkan berenang. kami bertuah kerana pemandu Falukah kami sangat baik hati.

bersatu dgn Aswan.



kemudian kami dibawa ke perkampungan kaum Nubi, sedikit aneh, kerana kaum ini sangat lemah lembut dan baik hati, jauh menyimpang dari sifat2 orang arab. perjalanan kami merentas perkampungan tu langsung tak diserbu anak2 kecil (yg kebiasaanya dialami org asing di tempat lain). dan kiri kanan senyum tersimpul bagai kuntum bunga tamar. hati mula memuji keistimewaan kaum ini.

aan dan anak buaya sungai nil

pertanian antara aktiviti utama penduduk di sini.

sementara menanti matahari tengelam, kami dihidangkan teh pudina. duduk sejenak dgn aroma asyik dari teh tu serta langit yang mula membuat pertunjukan percuma, memang pengalaman yang indah. dan nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?

malam melabuh tirai, kami berangkat pulang ke hotel. syukur akhirnya aku tiba disini. esok harinya ada lagi satu perjalanan ke sebuah tempat bernama Luxor. jumpa nanti.

4 comments:

biskott said...

eh, tarikh tu macam silap je?16 julai ke 16 jun?hehe

apa-apa pon,
menarik gilerr!

yaya said...

waaaaaaaaaa...........cemburu dgn perjalanan yg sgt asyek itu...teruskan update yee.....ramai yg menanti :)

anumz sarah said...

Subhanallah cantik tempatnya... Biskott kirim karipap ke Aswan cepat. Bleh si mejah ni kongsi ngan anak buaya tu ...haha...

p/s:best berenang kat ctu... wah!!!

anjut said...

biskott- tima kasih biskott, otak aku tgh biol ni ha, x leh concentrate...kihkihkih!

kak ct payung - huhu, nak update haritu, tapi laptop meragam..(pss, jgn guna windows ori!menyusahkan!)hahaha!


anumz - memang cantik!!!saper g egypt, aku merayu pergi ke sini!!!

air sungai nil kat sini sangggattt jernih, leh main laga2 kaki ngn ikan lagi, dan air dia rasa mcm air mineral, x berbau langsung, mcm bau air hujan yg segar, seriously!