Sunday, June 28, 2009

tamat disini


Salam,

Alhamdulillah, dah selamat tiba di Besancon. mencuri masa upload gambar.

Mesir... siapa sangka aku akan ke sana, melihat universiti tertua yang pernah menjadi medan perjuangan dua orang abg aku...

merasa sejuk nyer sungai Nil, bahang nya udara Nasr city, sesak nya kawasan Sabek, Hadral maut, Tremco, teksi, dan segalanya...

Dari unta di Giza, falukah di Aswan, keretapi perancis di Luxor, keretapi ayam di iskandariah sehingga la kerusi empuk Royal Dutch Airlines...

manusia2 baik hati di Aswan, mata duitan di Luxor, aneh2 di Kaherah, cantik2 di Zagazig...

Keenakan Firah, kekenyangan Hadral maut, sambal sotong, fatirah yang aku gilai,kekenyangan Bricks (terima kasih Izzaty dan Wirda), Asir, asab, syai bi nak nak...

kesemuanya akan aku kenang. selama 23 hari berkelana di sana, mengunung pengalaman dapat ditimba. kalau nak ditukar dengan emas seribu lautan pun aku tak nak (kalau dua ribu lautan nak la!).

jika percutian lima bintang itu terlalu subjektif, aku tak kan meletakkan keselesaan hotel 4 seasons atau penari gelek diatas cruise2 besar sebagai ukuran, tetapi pengalaman2 ni yang tiada tolok bandingan nya.



Budaya...

Interaksi... (Zoo Kaherah)

Kesenian... (kawasan makam Saidina Hussein)


Kesengsaraan... (Bazaar Saidina Hussein)


Seruan... ( Masjid Saidina Hussein )


Rezeki... (beriyani kambing, Nasr City, Chef Aan)


Kepuasan... (yang ni pulak, si kambing. aku report mak kau perokok tegar!)

irama... (mail dan gitar, Nasr city)


Kesyukuran... (Harijadi Nabilo, Nasr City)


semerbak (Iskandariah, dalam tren ayam, bau ketiak Azri.)



Keletihan... (Iskandariah, Alwi penat...)


pertemuan... (Iskandariah, Arep Randzan!)


Haru Biru... (Cairo airport, 3 hours before departure to Amsterdam)


Ikatan... (Cairo Airport)


Keluarga... (mereka ini akan dikenang...)


insya'allah ini entry terakhir utk Mesir. kepada semua rakan2 disana, terima kasih utk segalanya. seperti perjanjian kita, anda semua akan ke Paris. jangan biarkan aku tertunggu2...

Tuesday, June 23, 2009

baru aku tahu hidup merempat tu apa...Luxor mengajar aku.

Salam,

jika anda ke Aswan, rugi sekiranya tidak singgah di Luxor, bandar pesisir nil yg mengambil masa 4 jam perjalanan dengan keretapi.

disini, terdapat kuil Luxor dan Karnak. tapi sayang, aku rasa sangat keletihan, dan meminta jasa baik travel mates yg lain tuk menjadikan luxor sebagai bandar transit sebelum pulang ke Kaherah (aku akan kembali semula ke sini, insya'allah).

Cuaca di Luxor terasa lebih bahang dari Aswan, difahamkan suhu mencecah 41 selsius. nasib baik kami hanya bermalam sehari di Luxor. aku masih tak dapat menyesuaikan diri dengan cuaca extrem ni, kalau di Aswan walaupun terik, udaranya nyaman. entah, aku tak berkenan dengan Luxor.

barang2 di Luxor agak mahal, bahkan lebih mahal dari Kaherah. Nasib baik kad bank aku tak leh digunakan di Mesir (lain kali check dgn bank anda sebelum melancong, nasib baik aku ada sahabat baik seperti Aman dan Lilo!!!). penduduk nya jugak tak berapa "baik", mcm x pernah nampak orang.hahahaha!mungkin aku salah hari kot, haritu jer Luxor 'buat perangai'.



ini adalah kuil Luxor, dan sebuah masjid sedang dalam pembinaan diatas kuil tersebut.


runtuhan kuil


Luxor diwaktu senja


cantik juga kan?

keadaan di waktu malam.

Pada hari itu, kami berulang-ulang kali ke stesen keretapi tuk menempah tiket. dan jawapan yang diterima adalah sama "naik jer train tu, bayar kat atas"...selamba jer...sabar je la aku.

pada pukul 5 pagi kami menaiki tren ke kaherah. ajaib dan pelik kerana harga tiket sangat murah! 43L.E sahaja! Katat duduk dgn abang aku si aan, dan aku dgn Azri.

sejam pertama, selesanya rasa, puas hati, tak sabar nak sampai Kaherah, walaupun keasyikan Aswan masih melambai2...Aswan....Aswan...Aswan...

tiba-tiba!

"encik, maaf, ini tempat duduk saya, nampak nombor di tiket ni?", Katat ditegur oleh seorang pemuda. hati kecil aku ketawa "padan muka kau Katat!!!Wakakakaka!" tapi muka tunjuk selamba.

"lepak r wei, baru Slumdog millionaire versi mesir!" selamba jer Katat cakap dan terus menghilangkan diri mencari tempat duduk di gerabak lain.

"aku rasa nanti kita pun kena la Anjut, sebab tiket kita tak der nombor" Azri berbisik.

"ish!jinx!jgn ckp bukan2 aku tak larat nak berpindah randah..."

selang beberapa minit...

"encik2 sekalian, maaf yer, ini tempat kami." SUDAHHHHH!!!!!giliran Azri dan aku pulak!Aan tak boleh bergerak kerana terpaksa menjaga beg2 kami.

dengan perasaan tak ikhlas, aku bangun!

"told u!kan dah kena!" kalau duduk diam tak pikir pelik2 kan bagus td.

jumpa la cik Katat sedang duduk dengan cute nya di sebalik pintu yang memisahkan dua gerabak.

"x der tempat kosong..." lesu muka dia

"tak pa la, terpaksa merempat! hahaha!mesti aku ingat sampai bila2!" aku terpaksa pasrah.

ada seorang pemuda mempelawa aku duduk di dalam tempat simpan barang. arghhh, kebas je la, daripada aku bersesak dengan orang2 lain, dengan bau aneka ragam dan keadaan train nya.

hampir sejam setengah aku terperusuk dalam tempat simpan barang tu dengan Azri.

Matahari dah berada di puncak, panas membara dalam train yang umpama ketuhar bergerak tu. aku tak tahan...

"jom kita cari tempat dalam gerabak lain" pinta ku pada Azri, mungkin nasib baik dapat menumpang penghawa dingin...



penumpang turun dan naik disetiap stesen yang kami lalu. harapan aku mengunung andai ada tempat kosong utk aku. (bukan aku mengada2, tapi aku hampir demam ketika tu, badan aku sakit2...).

"ermm, slumber la, kita duk belakang kerusi merah ni." ujar Azri...

ermm, x kesah pun, cuma aku tak sanggup berdiri dan berhimpit selama 13 JAM ke KAHERAH!

lega sedikit dapat duduk dalam gerabak yang ada penghawa dingin ni.

setengah jam kemudian...

"penghawa dingin rosak!!!" owhh, besar sungguh ujian aku didalam train ni..hahahaha!tapi lucu bila aku fikir balik!

kami ke tempat kami merempat tadi.

beberapa mata memandang aku, ada yang simpati kerana tahu aku tak tahan kepanasan, memelawa aku duduk di atas lantai, tapi aku tak sampai hati, kerana mereka dah tua2 dan membawa anak kecil...zalim andai aku ambil tempat duduk mereka.

lima jam aku hampir gila, hanya menjamah chips dan air mineral...andai ayah dan ibu aku tau (kalau ada pembaca yang cerita kat diorang, mati aku!)...

"baik kau pergi jumpa abang kau, n amik seat dia" Katat mencadangkan aku...

"entah, kitorang tak pa, dah biasa dgn Mesir. kau tu ha..kesian." yer, masih ramai manusia yang bersimpati.hehehe!

kaki melangkah lesu, semua mata memandang aku seolah makhluk asing, lima gerabak terpaksa aku rentasi tuk berjumpa aan.

"Aan, can u give me ur seat?aku tak larat dah ni...lima jam mcm pelarian dalam train..." aku kejutkan si Aan yang sedang enak membuta diatas kerusi empuk dan bilik berhawa dingin tu.

gegas dia bangun. aku rebah dan terus menghilangkan diri dalam dunia khayalan aku. sehingga la aku sedar, angin Kaherah sedang menyambut aku. Alhamdulillah!


* jika aku kemana2 negara, aku mempercayai, setiap rakyat negara itu cukup gembira dengan cara hidup masing2. sebagaimana aku rakyat Malaysia yang sangat bersyukur kerana di lahirkan di Malaysia. aku memandang kesusahan dan kesempitan hidup adalah antara lumrah alam yang akan diceritakan dalam bab2 kehidupan ini. aku tak berhak mengatakan mereka yang tinggal di timbunan sampah itu tak bahagia, sebab aku tau, andai duduk di istana berlian sekalipun, kebahagian tak dapat dijamin. kita ada pilihan, hidup senang, sederhana, atau kekurangan. tapi pengakhiran nya antara bahagia dan sengsara.

Monday, June 22, 2009

Aswan, kota asyik..

Salam semua,

kali ni lambat sikit up date coz laptop kecik molek ku itu meragam.(lain kali jgn guna windows ori!!!menyusahkan!terutama vista!HIDUP CETAK ROMPAK!!!).

baik la, pengembaraan di bumi berpasir ini diteruskan ke selatan, berhampiran Sudan.nama daerah ini ialah Aswan.

sebelum berangkat, aku membuat persiapan yang sangat berat. ada orang menasihati bahwa suhu di Aswan boleh mencecah 41 selsius pada bulan julai. diisytihar sebagai tempat terkering yang didiami manusia di dunia, membuatkan aku mahu menolak sahaja rancangan ni... teringat pada satu ketika suhu di Besancon mencecah 31 selsius dan hidung aku berdarah.ermmm...

train kami dari Ramses, Kaherah pada 10.30 mlm. dengan bayaran 165 L.E, anda akan mendapat tempat dikelas pertama (but i'll say it was 2nd class wagon...hurmmm...).



perjalanan mengambil masa 13 jam ke Aswan, diwaktu fajar menyinsing, anda dapat melihat di kiri kanan perjalanan perkampungan masyarakat mesir. mereka hidup seadanya, tapi mereka bahagia.(i wonder if i can adopt their lifestyle, to know the culture is just amazing n fun, but to live in it, hurmmmm..sorry la...)

16 jun 2009

kami tiba pada pukul 11.30. tatkala kaki melangkah, aku sedikit terkejut, mentari sangat terik, tapi aku tak rasa hangat seperti di kaherah. udara sangat bersih dan sedikit sahaja sampah dikiri kanan jalan...jatuh cinta pandang pertama.

kami menetap di hotel Yassen bersebelahan stesen keretapi, dengan bayaran 15 L.E, sangat berbaloi.
bangunan2 disana yang dihiasi ukiran2 kuno.


pada waktu petang, kami meneruskan aktiviti dengan menaiki 'Falukah" atau kapal layar. ini adalah aktiviti wajib jika anda ke Aswan.

Aswan dikelilingi pulau2 kecil di sepanjang sungai nil, antara pulau2 yang aku ingat nama dia ialah pulau Elephantine dan Philae.

pelayaran kami bermula di Botanical Garden. terletak berhampiran pulau Elephantine, pulau kecil ini mempunyai iklim yang aneh, kerana ia HAMPIR TROPIKA! sangat subur pulau kecil ini, dengan pelbagai pokok2, serta jangan terkejut sebab kami terjumpa banyak pokok cempedak dan jambu air di sini!

pokok cempedak, goreng pun sodap!


pemandangan di hujung pulau.

kemudian pelayaran kecil kami diteruskan ke sebuah pulau kecil yang menempatkan kuil Satet. tapi sayang, aku tak faham kepentingan kuil2 ni...



sepanjang perjalanan pulang (berjalan kaki jer, sebab kawasan ni kecil), kami sempat singgah di bazaar2 aswan. di sini senang jer nak dapat diskaun, bedal ckp arab sikit2, abaya aswan dari 120 L.E boleh ditawar sehingga 35 L.E.


17 jun 2009

seawal 3.30 pagi kami dikejutkan oleh pekerja hotel, untuk meneruskan perjalanan ke abu simbel. perjalanan mengambil masa dalam 4 jam. lama kan?

penat dan mengantuk...

padang pasir dalam perjalanan


pemandangan di tasik Nasser

patung2 ramses II, kuil ini dibina oleh Ramses II utk dirinya dan isterinya Nafeteri serta tanda penguasaannya keatas puak Nubi (Nubian adalah orang2 di Aswan)

pulang dari abu simbel, kami bersama pelancong lain meneruskan perjalanan ke pulau Philae, yang menempatkan kuil2 lama.


pulang ke hotel utk semayang dan tidur sejenak. sebentar lagi, kami akan ke nil semula, kerana pemandu falukah kami telah berjanji nak bawa kami berenang2 di sebuah kawasan. hati teruja!



kelihatan anak2 penduduk yang membelah sungai dgn bot2 kecil buatan mereka. seronok nyer alam kanak2...

Katat puas berenang. sebenarnya disebalik kejernihan dan kecantikan sungai nil dikawasan Aswan ni, jarang ada pelancong yg dibenarkan berenang. kami bertuah kerana pemandu Falukah kami sangat baik hati.

bersatu dgn Aswan.



kemudian kami dibawa ke perkampungan kaum Nubi, sedikit aneh, kerana kaum ini sangat lemah lembut dan baik hati, jauh menyimpang dari sifat2 orang arab. perjalanan kami merentas perkampungan tu langsung tak diserbu anak2 kecil (yg kebiasaanya dialami org asing di tempat lain). dan kiri kanan senyum tersimpul bagai kuntum bunga tamar. hati mula memuji keistimewaan kaum ini.

aan dan anak buaya sungai nil

pertanian antara aktiviti utama penduduk di sini.

sementara menanti matahari tengelam, kami dihidangkan teh pudina. duduk sejenak dgn aroma asyik dari teh tu serta langit yang mula membuat pertunjukan percuma, memang pengalaman yang indah. dan nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?

malam melabuh tirai, kami berangkat pulang ke hotel. syukur akhirnya aku tiba disini. esok harinya ada lagi satu perjalanan ke sebuah tempat bernama Luxor. jumpa nanti.

Monday, June 15, 2009

tiga piramid, tiga masjid

Salam,
baru dapat kekuatan tuk upload pics yg baru. huhu, mlm smlm kami ke Giza, seronok! here are the photos.

aan, kenapa kah aku kelihatan lebih macho dari mu?


empat jejaka pingitan, terselit celah piramid


haaa, masa ni ada tourists yg jeles sbb aku berjaya bwk masuk kamera!hahaha!

cacat-

baik, di Giza terdapat 3 piramid utama. Piramid yg terbesar dipanggil 'Khufu' sempena nama firaun yg memerintah pada masa itu. Kemudian ada pula piramid yang kecil sedikit dipanggil 'Khafre', beliau jugak dikatakan pencipta Sphinx. kemudian piramid yang terkecil ialah 'Menkaure' orang penting firaun Khufu jugak. disekeliling ia ada piramid2 kecil utk isteri2 firaun.


tungang unta, hanya RM 20 anda akan dibawa sehingga 1 km perjalanan.


bercium dgn sphinx. dikatakan Sphinx ini adalah penjaga kepada ketiga2 piramid tersebut.


Nabil dah lapar, dia nak gigit taik lalat kat idung aku ni.sabar Nabil!nanti kita makan Hadral Maut ok?


dibelakang ini adalah masjid Amr ibn al-As. dibina pada tahun 642 masihi, merupakan masjid tertua di benua afrika. Ams ibn al-As adalah sahabat nabi yg menyebarkan dakwah islamiah di bumi mesir.

sementara menanti zohor, sempat terlentok.


kemudian kami ke Kola'ah Salahuddin Al-Ayubi (citadelle atau kubu pertahanan Salahuddin Al-Ayubi 1176 and 1183 AD). akhirnya aku berjaya melawat tempat bersejarah idola aku ini (yup, antara pahlawan islam, dia antara yang aku kagumi). terdapat tiga masjid didalam citadel ini. 1)masjid Muhammad Ali (atau Muhammad Ali Pasha), 2) Masjid Sultan Al-Nasir ibn Qala'un, 3) Masjid Suleyman Pasha.


ini adalah masjid Mohammed Ali


Masjid Sultan Al-Nasir ibn Qala'un- apa yg menarik didalam masjid ini adalah tiang2 seri nya. disini terdapat satu tiang dengan ukiran kristian koptik, dan dua tiang dengan ukiran mesir kuno di pintu masuk, tiang2 yang lain adalah pengaruh islam. di fahamkan, tujuan tiang2 ni dikekalkan adalah sebagai untuk memperingatkan penduduk mesir sejarah2 mereka yg dahulu dan sikap toleransi sultan ketika itu. (didalam gambar kelihatan tiang yang terukir lambang salib).


didalam amsjid sultan al-Nasir ibn Qala'un. smart kan?


cubaan kami meruntuhkan tiang ni tidak berjaya.

ini masjid ali pasha tadi tu


dari hujung kubu, dapat lihat seluruh mesir lama.



didalam masjid ali Pasha. kagum tak?

lambang kesenian islam



haa, ini hiasan je la.

terdapat jugak muzium polis dan istana Al-Ghawara (istana utk tetamu2 sultan), juga muzium tentera.

memang kagum la jalan2 mcm ni, nampak monumen2 yang gah2 ni. rugi nyer kalau kita hilang arkitek2 bertaraf lima bintang ni.

*ini baru Kaherah, mlm ni aku akan berangkat ke Aswan sebelum ke Luxor. nantikan yer!