Sunday, May 10, 2009

to cik Puan seri Rahilah with love

1st day standard 1

"anak mak mesti lawan orang2 lain tu tau. tgk tu, ada anak Basir, anak Ka'ab, anak Ajis. kawan dgn diorang..dah, jgn nangis2 lagi!mak ada ni ha" emak menyapu airmata aku dengan hujung tudung nya. sentuhan tangan dia kat embun2 kepala buat aku jadi tenteram dan selamat. setiap detik selama sebulan pertama aku darjah satu, mata aku sering curi keluar, takut2 mak hilang.

"wahhh..manja dia ni, x mcm kakak2 n abg2 dia. ehh, tapi kata orang, anak yg selalu nangis masa kecik, dah besar nanti dia la yg sayang kat kita" huhu, Mak Jun jiran kami membuat hipotesis awal sambil tangan dia membelai Bulat, kucing parsi dia yg pernah cakar tangan aku dulu.


a night before SPM

"emak...ramai2 anak mak, saper yg paling susah dan paling sakit nak diberanakkan?" soal aku ketika bersandar dibahu emak sambil membelek album keluarga.

"Engkau la..ya Allah, dah la besar!kau paling berat. masa nak bersalin tu bukan main sakit nyer, sampai atuk kena buat air jampi khas..." jawab mak sambil menyelak helaian album.

cuti2 matrik

"Anjut, jom ikut mak pegi Parit Botak, kita carik ikan. nanti ayah kau balik subuh kita terus get ready depan umah." terkebil2 mata aku menahan ngantuk. tapi demi mak dan ayah, ini la masanya aku nak bermanja.

"Ahh, jumpa tak kerang ngan siput sedut kau tu? kalau tak der kita pergi Parit Raja" ini la mak aku, bab makanan, semua boleh. aku tau kegemaran mak ikan pari masak asam pedas. huhu, kalau nak tau, aku dah master masakan ni!huhu, tapi tak setanding serunding emak yg pernah jadi nama restoren "derita" kat Nilai dulu...

emak dan Abg Anep (gambar ni dibenarkan oleh ayah, sebab emak dah menaupouse, so aurat dia ringan jer)
------perasan tak mak, kita ada persamaan?mak ada taik lalat besar kat muka!so do i! mak pun dah gemuk, me too!!!huhu!seri la gamak nyer kita ni!

duduk di IPBA

"anak mak ni makan apa la harini?" ucap mak dalam telepon.
"makan hati berulam jantung mak, sakit pala duk kolej" jawap aku
"ellllleeehhhh!suka sangat terasa2 ni, cuba jgn jadi lembik sangat!" adoiii, sakit telinga aku...

sehari sebelum terbang

"mak, ampunkan segala dosa, halalkan makan minum.." huhu, tertahan2 airmata.
"yer la, dah tu tangungjawab mak jaga kau, nanti kau dah besar, kau pulak paham mcmana orang2 jaga anak..belajar rajin2..ermm..kalau ditakdirkan mak atau ayah x der masa kau kat sana, jgn buang duit nak balik2 sini. bukan nyer boleh hidupkan balik pun. buat susah2 jer...hidup mati kita jgn nyusahkan orang.kan pesan nabi, doa anak yg soleh jer sebagai habuan di kubur nanti.." mata mak dah merah. huhu, macam drama tv swasta. tapi itu la hidup, dunia ni pentas lakonan...

jauh nyer mak aku, walaupun ada telefon bleh tepon dia bila2 masa, tapi x sama dgn perjumpaan 4 mata...aku cukup risau dengan ucapan emak yang akhir tu.umur mak dan ayah umur nya sangat lanjut...mulut dia yang berkata, tapi didalam hati sapa yg tau kan? pernah juga mak n ayah bagitau pada semua "kalau kami dah tua dan tak mampu jaga diri lagi, anak2 jgn susah2...hantar je mak n ayah ke rumah orang2 tua. kat sana lagi seronok, ramai kawan dan ada nurse". tersentak kami...emak, walaupun jasad emak dan ayah, walau jasad kalian bertukar menjadi makhluk paling jijik pun (nauzubillah) kami akan jaga. apa sajer banding nyer dgn jasa kalain mendidik kami sepuluh adik beradik?sedikit pun x kan mampu terbalas...

bau emak, bau kasih sayang...sentuhan emak, kehangatan keibuaan...butir bicara emak, madu penyembuh luka...telapak kaki emak pun sangat mulia, kerana syurga ada dibawahnya...

6 comments:

Ateh Salim said...

Ai...foto mak awak 'menaupouse' pun awak siarkan?

anjut said...

huh?huhu..sbb rambut dia da x dikira aurat.huhu!sbb nak tunjuk semua betapa tua nyer mak kita...tgk uban2 tu..btw pak lang, wish happy mother's day to mak lang jua!

Atiqa Saleh said...

pt rje, pt botak
hoho
aku br lalu smlm;p

amel said...

masa mak ko sebut 'anak Basir', ko kenal ker? kalo aku mesti geleng kepala dah..

hmm... teringat plak kat sume bebudak kelas. Masa mula2 masuk dulu, aku tak takut tgk bebudak ni, tapi takut tgk muka cikgu! Dah la duduk depan meja dia. Jadik aku pandang jek muka bapak aku sambil tunjuk signal 'nak balik!!'

haha~ ape kaba la Atob dgn Emi skang ek..?

anjut said...

tiqa-aik?x tau plak kau bdk johor?wakakaka!

amel-aku kenal kot, sblm tadika aku kenal kau, kan ke bapak aku selalu belanja kat kedai kau?

haha..x tau la diorg, dulu selalu jumpa jugak si atob ty, emi tu kalau aku jumpa, segan la kot..huhu..

Rahilah said...

emak dah baca...19 jun 2009 9.35am